Thursday, June 23, 2016

Abu Kassim jelas, tetapi tidak berapa jelas

EKORAN

Menurut Abu Kassim Mohamad beliau berhenti sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM bukan kerana ditekan oleh sesiapa tetapi atas kehendaknya sendiri.

Tugasnya untuk menyegerakan penamatan kontraknya di suruhanjaya itu ekoran beliau mendapat tawaran menjadi pakar jemputan di International Anti Corruption Academy (IACA), sebuah Universiti Pencegahan Rasuah pertama di dunia.

Betul dan penuh diplomasi sekali kalau Abu Kassim membuat penjelesan begitu mengelak permberhentinnya menjadi kontroversi. Sebagai orang yang cerdik dan tahu menghormat Kerajaan, beliau tidak akan membuat penjelasan sebaliknya.

Sebelum ini sebuah Ngo (NOW) telah membuat sidang akhbar membayangkan keterkejutan mereka dengan pengumuman tindakan Abu Kassim oleh KSN itu dan memberi pentafsiran pemberhetian itu kerana ada tekanan dan arahan pihak tertentu.

Penjelasan Abu Kassim itu bagaimana pun boleh dipertikaikan. Apakah kerana ada tawaran dari luar beliau sedia meninggalkan perkhidmatan untuk negara sendiri? Rasanya beliau lebih diperlu dan memaknakan sumbangan kepada negara dengan terus menjadi Ketua Pesuruhjaya SPRM daripada menjadi pensyarah jemputan.

Tidak payah cakap dan jelaslah, semua orang dapat berfikir dan menilai penjelasan erti dan matan Abu Kassim itu. Dan jika tidak ada apa-apa, SPRM bermasalah, masakan dua lagi orang pentingnya Mohd Shukeri Abdull dan Bahri Mohamad Zain mengambil langkah sama?

Penjelasan Abu Kassim tidak lebih daripada hendak menjaga muka pihak-pihak tertentu yang sudah berkeduh dan huduh dengan campur tangan mereka di badan berkenaan. [wm.kl. 4:01 pm 23/06/16]

No comments: