Thursday, June 23, 2016

SPRM bakal bergolok besar?

SPEKULSI

Ketua Setaisuaha Negara (KSN), Ali Hamsa telah mengesahkan bahawa Abu Kassim Mohamad tidak akan meneruskan perkhidmatan dengan SPRM sebagai Ketua Pesuruhjaya. Abu Kassim akan berhenti mulai 1 Ogos ini. Berita itu mengesahkan desas desus yang kedengaran sebelum ini bahawa akan berlaku sesuatu dalam suruhanjaya itu.

Aku Kassim baru berusia 55 tahun, masih muda dan boleh berkhidmat beberapa tahun lagi. Beliau bersama teamnya juga telah menunjukkan pencapaian cemerlang dalam perkhidmatannya. Atas hakikat itu sudah tentu apabila beliau memohon untuk berhenti akan timbul persoalan. Kenapa dan mengapa?

Apakah ada sesuatu yang tidak kena menyebabkan Abu Kassim berhenti awal? Apakah beliau sakit atau tidak betah dengan suruhanjaya itu lagi. Atau beliau berdepan dengan tekanan mana-mana pihak yang tidak seronok dengan "modus operandi" SPRM selama menerajui badan bebas bebas itu?

Dalam saat rakyat mengharap SPRM bergerak sebagai badan pemantau untuk kesejahtaraan dan kecemerlangan pengurusan dan pentadbiran negara secara bebas, telus dan bertanggungjawab, tiba-tiba berlaku hal demikian - pengunduran pegawai tinggi SPRM dalam skala besar yang belum pernah berlaku sebelum ini.

Katanya, bukan sahaja Abu Kassim minta berhenti awal tetapi ia diikuti oleh beberapa pegawai lain. Orang nombor dua, Shukeri Abdull juga disebut-sebut akan mengikut jejak langkah Abu Kassim. Shukeri akan berhenti daripada SPRM pada bulan Oktober nanti.

Manakala seorang lagi, pegawai tinggi SPRM yang menjadi kontroversi sebelum ini kerana keberanian dan ketegasannya dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang terletak dibahunya, Bahri Mohamad Zain, Pengarah Operasi Khas juga akan mengambil langkah sama.

Bhari dikatakan akan meninggalkan SPRM pada Disember depan. Beliau katanya menyatakan hasratnya untuk berhenti beberapa bulan lalu, tetapi dinasihati agar tidak berbuat demikian. Tindakan Bahri tidak kerana lain melainkan kesal dan kecewa atas apa yang berlaku.

Pertukaran beliau dan beberapa pegawai lain yang terlibat dalam penyiasatan kes melibatkan pembabitan Perdana Menteri ke Jabatan Perdana Menteri (JPM) dikatakan antara sebab kenapa beliau tidak berpuas hati dan berasakan usahaya demi negara itu tidak dihargai. Kebenaran polis mencampuri urusan SPRM juga menjadi puncanya.

Jelas apa dilaku dan bakal berlaku itu akan menimbul pergolakan dalam SPRM. Perletakan jawatan ketiga-tiga mereka itu nanti akan memberi impak besar kepada Suruhanjaya bebas berkenaan. Rakyat yang sudah mempertikaikan akan kebekesanan dan kebebasan Suruhanjaya itu akan tertanya-tanya apa akan jadi dengan SPRM.

Pemberhetian mereka juga akan menganjakkan (ralat) perjalanan SPRM. Sedikit sebanyak ia akan melemahkan semangat kakitangan SPRM yang ikhlas bekerja untuk menjaga kebaikan negara. Ketegasan ketiga pegawai itu dalam melaksanakan tugasnya selama ini memberi kekuatan dan suntikan semangat kepada kakitangan untuk bekerja menurut piagam perkhidmatan SPRM tanpa mempedulikan riuh randah di luar sana.

Perletakan jawatan tiga pegawai tinggi itu juga akan menyebabkan timbul pesepsi SPRM berhadapan dengan masalah hilang keyakinan umum. Selepas ini akan ada pihak yang menjadikan isu perletakan mereka itu dan tentulah mereka akan disalah atas tindakan itu.

Sementara itu difahamkan tindakan perletakan jawatan orang besar SPRM itu sebagai protes terhadap tindakan Kerajaan yang menyekat beberapa usaha dan kerja keras mereka untuk membebaskan negara dari dilumuri noda rasuah dan penyalahgunaan kuasa. Ini termasuklah dalam kes 1MDB, SRT dan juga dana RM2.6 billion yang merupakan kes "perdana" negara di era ini yang tidak dimuktamadkan dengan keputusan mahkamah yang bebas.

Mereka dikatakan tidak berpuas hati dengan cara Kerajaan menilai kerja-kerja mereka dalam kes berkenaan. Kes itu disekat di tengah jalan oleh Peguam Negara dan inilah menyebabkan mereka sangat kecewa dan berasakan kehadiran mereka di situ hanyalah sia-sia sahaja. Atas sebab itulah mereka membuat keputusan bersara awal. [wm.kl.1:04 t/hari 23/06/16]
Post a Comment