Tuesday, February 3, 2009

Politik Tempoyak 1

Mengejutkan!
Tidak Ada Pilihan Raya di Behrang dan Cangkit Jering

SURUHANJAYA Pilihan Raya Malaysia (SPR) jam 1:00 tengah hari ini memutuskan tidak ada pilihan raya kecil untuk dua kerusi Dewan Undangan Negeri Perak, DUN Behrang dan Changkat Jering yang masing-masing diwakili oleh Jamaluddin Md Radzi dan Othman Jilau.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusuf menjelaskan dalam satu sidang akhbar di pejabatnya sekejap tadi memberi alasan, SPR tidak tidak menerima Pekara 36(5) Pelembagaan Negeri Perak mengenai berlakunya kekosongan luar jangka terhadap mana-mana kerusi DUN di negeri berkenaan.

Katanya, SPR juga dalam membuat keputuan itu telah mengkaji dari segi perundangan dan meragui akan surat perletakan jawatan kedua Adun berkenaan seperti mana dikemukakan Speaker DUN Perak V Sivakumar kepada SPR.
Penolakan itu menunjukkan SPR tidak memperakui surat dan penjelasan dari Speaker DUN Perak.

Keputusan SPR itu tentu mengejutkan banyak pihak dan menyalahi apa yang berlaku sebelum ini. Ia juga bertentangan dengan pandangan bekas Pengerusi SPR Abdul Rashid Ahmad yang berpendapat pilihan raya mesti diadakan apabila speaker memaklumkan mengenai kekosongan sesuatu kerusi Dewan Undangan Negeri.

Menurut Rashid soal ianya akan dicabar oleh kedua Adun berkenaan itu soal lain. Kes seumpama ini pernah berlaku di Sabah satu waktu dulu di mana SPR telah mengadakan pilihan raya semula di satu kawasan pilihan raya selepas speaker yang memaklumkan kekosongan kerusi berkenaan.

Seperti mana dilakukan speaker Perak V Sivakumar, pemakluman itu berdasarkan surat yang telah ditanda tangani awal-awal oleh DUN berkenaan yang merupakan satu strategi parti untuk mengelaknya berlaku lompati parti. Bagaimana pun wakil rakyat berkenaan telah membawa kesnya ke mahkamah dan mahkamah memutuskan ianya tidak hilang kelayakkan sebagai wakil rakyat.

Apakah sudut perundangan yang dikatakan dikaji oleh SPR untuk memutuskan apa yang berlaku di Perak itu berpandukan kepada kes di Sabah itu berkenaan? Mungkin juga disebabkan untuk tidak membuang masa dan wang kerajaan menyebabkan SPR membuat keputusan itu.

Bagaimana pun satu persoalan ekoran keputusan itu ia seolah-olah tidak menghormati spekaer dan juga perlembagaan Perak! Kita tunggu perkembangan seterusnya. [wm.kl 1:20 t/hari 03/02/09]

2 comments:

Anonymous said...

Salam...
Saya yakin, apa yang dilakukan oleh SPR logik dan relevan kerana surat perletakan jawatan tersebut sangat meragukan. Jadi, jika SPR membuat keputusan untuk mengadakan pilihanraya, mungkin ada pihak yang akan pertikaikan...Lagipun ia dibuat berdasarkan perundangan...

Ros said...

SPR bukan badan perundangan..
dia dah buat kerja mahkamah buat apa..
Dimana pula peruntukan terhadap speaker dewan spt termaktub diperlembagaan..