Thursday, December 27, 2012

Polemik Nama Allah Yang Tiada Kebenaran

MENYULUH LAHAD                                                                                                       

Hari ini 'geger gegak' (kalut) orang memperkatakan mengenai kalimah Allah. Ia bermula apabila kenyataan Lim Guan Eng semasa perutusan hari Natal yang menyarankan agar kalimah Allah yang sensitif disebut oleh orang Kristian itu diberikan kebenaran untuk dipakai oleh orang Kristian di Sabah dan Sarawak. Alasannya sebab sudah lama orang Kristian di sana mengguna pakai perkataan itu, kerana mereka menjadi kitab lama Bible sebagai panduan.

Nik Aziz berbual dengan paderi.
Ekoran pandangan Guan Eng itu ia menjadi penjang dan polimek apabila kenyaataan itu 'dikhianatjahat' (spin) oleh (sebut direcet lah ) Umno menerusi media PB nya, untuk kepentingan politik mereka. Umno sengaja melambung isu untuk menunjukkan Guang Eng membela Kristian. Tujuannya tidak sukar untuk difahami, ianya untuk dihubungi kaitkan tuduhan sebelum ini di mana DAP kononnya cuba mengembangkan Kristian di negara ini. Itu saja.

Mungkin Umno ada tanggungjawab untuk mempertahankan Islam dan sekaligus mengekang dakyah Kristian, tetapi cara yang dibuat itu kurang tepat sebaliknya menimbulkan masalah kerana Umno lebih bersuara atas sentimen politik untuk mempertahankan kuasa sekular bukan ad-den.



Dalam masa sama tujuan ia dipertikaikan kerana Umno mahu tenguk sikap PAS mengenai apa yang difitnahkan ke atas Guan Eng itu. Apakah PAS mendiamkan diri atau pun menyokong kenyataan Guan Eng yang sedia dikhianatjahatkan itu. Ternyata pancingan Umno dalam isu itu mengena. Beberapa orang pemimpin PAS pun bangkit ikut mengomen dan mempertahankan perkataan Allah dari versi Umno juga.

Di sini sekali lagi pemimpin PAS kurang berhati-hati dan terjerut dalam jerat dipasang Umno menerusi isu berkenaan. Sebaiknya pemimpin PAS tidak melayaninya dan cukup kalau ia disuarakan oleh Mursyidul Am saja kerana isu itu berbau berat dengan agama.

Antara yang memberi ulasan dan pandangan Ketua Penerangan PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man dan juga Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Rani Othman. Dalam ulasan mereka, kedua pemimpin PAS ini agak keras dan tegas agar penggunaan perkataan Allah tidak boleh digunakan oleh Kristian. Kristian hendaklah menggunakan perkataan Tuhan atau God seperti mana lazimnya. Jangan guna Allah.

Orang di luar sana juga kena faham sikap atau ulasan Tuan Ibrahim dan Rani itu adalah bukan menandakan keadaan sebenarnya pendirian politik mereka atau PAS. Saya tidak fikir juga itulah pesepsi iman mereka terhadap isu itu. Tetapi itu adalah ulasan bagi menjawab pancingan Umno. Bagi saya jawaban itu hipokrit dan bertentangan dengan sikap politik PAS sebelum ini. Melihat kepada apa yang dipamerkan sebelum ini saya percaya isu penggunaan nama Allah itu bukan bahaya dan sampai boleh merosak akidah bagi PAS.

PAS tidak perlu pun marah dengan penggunaan perkataan Allah oleh Kristian itu. Kenapa saya berkata begitu, apakah kesalahan langsung kepada PAS kalau Kristian menggunakan perkataan itu? Apakah ia terus mencacatkan pegangan dan akidah umat Islam? Ia tidak memberi apa-apa impak. Lagipun sebelum ini bukankah pemimpin PAS sendiri memasuki ke dalam gereja Kristian dalam menjalani hubungan kemanusiaan dan politik? Pemergian ke gereja itu adalah sebagai pernyataan kemanusiaan dan keterbukaan dan prihatinnya umat Islam. Kehadiran itu lebih bahaya dari mendengar Kristian menyebut nama Allah.

Kalau PAS tiba-tiba merasa 'seriau' apabila Kristian menggunakan perkataan Allah, PAS sepatutnya terlebih dahulu 'seriau' dengan kedatangan pemimpin spritual mereka ke dalam gereja dan memberi bantuan kemanusiaan. Anihnya kenapa tidak begitu. Masa Abdul Hadi Awang atau Tokguru Nik Aziz melawat gereja yang terbakar satu masa dulu kenapa tidak ada bantahan terbuka dari PAS? Kenapa tidak ada kebimbangan atau tanggapan perilaku itu cacat?

Jadi kalau pemimpin PAS boleh masuk gereja, duduk dalam satu majlis sama dengan orang Kristiian, bermesyuarat mengenai negara, apa hal pula yang kita mahu larang dan halang mereka menggunakan perkataan Allah? Perkataan Allah ini bukan perkara baru dalam agama Kristian. Ia wujud sudah berabad malahan Kristian dulu yang menyebut Rabb atau Allah kerana ternyata mereka lebih awal lahir dari Islam. Hanya orang yang tidak mendalami sejarah agama saja merasakan penggunaan Allah itu sesuatu yang baru bagi Kristian. Di antara kitab-kitab rasmi agama Injil, Zabul, Taurat dan Quran yang mana dulu dizahirkan.

Seharusnya umat Islam negara ini berbangga apabila Kristian turut menyebut menyebut Allah. Langkah itu secara tidak langsung mereka sudah kembali kepada keasalan Kristisan yang mana menyebut nama Allah atau menggunakan istilah-istilah yang sama dengan diguna pakai oleh Islam selepasnya. Tindakan Kristian yang mahu menyebut nama Allah bagi saya satu keinsafan dan pengembalian mereka kepada sejarah keagamaan. Sedar atau tidak agama itu juga sedang mencari dinimaknya tersendiri. Bagaimana pun ia tetap salah dan termansuh dari persepktif Islam selepas zahirnya Quran.

Baik saya katakan, kerana lagi banyak orang menyebut nama Allah kita orang Islam akan menjadi lebih kerap berdebar, gemuruh dan ketakutan (insaf) bila nama itu disebut?  Itu sepatutnya berlaku; di mana bila disebut saja nama Tuhan kamu (Allah) maka kamu akan bergementar.

Tanya diri kita apakah bila nama itu disebut kita bergementar? Kalau tidak, ertinya kita sendiri tidak sampai atau penghayatan kita kepada Allah tidak mencecah ke dasar. Kita hanya berada atas awan-awanannya di sebalik nama Allah itu. Tidak ada guna kalau kita menyebut nama Allah beribu kali kalau ia tidak memberi kesan atau membawa apa-apa vibrate kepada kehidupan kita. Faham pernyataan ini elok-elok.

Saya faham kenapa ada yang bimbang kalau kebenaran menggunakan nama Allah dibenarkan kepada Kristian. Ia dibimbangi akan mempengaruhi permikiran umat Islam yang cetak dan lemah iman, generasai baru. Mereka persis ini akan beranggapan Allah disebut Kristian itu akan mengelirukan umat Islam kerana Allah disebut Kristian itu berbeza dari segi pemahaman dan iktikad ketuhanannya dengan Islam.

Sebenarnya kalau kita faham Allah itu sebenar-benarnya kita tidak perlu bimbang. Sebab tidak akan ada perbezaan dari segi sebutan pengertian dan hakikat sebenarnya di antara Allah disebut oleh Krisitan dengan dengan disebut oleh kita. Pengertian dan makna Allah itu tidak akan lari. Bahawa Allah itu adalah Yang Maha Esa, yang mempunyai 20 sifat dan 99 nama lain. Yang memiliki zat, sifat dan asma yang sama.

Yang berbeza ialah dalam pengertian Tuhan. Tuhan bagi kita ialah Allah yang mempunyai sifat-sifat disebutkan tadi. Yang esa dan tidak diperanakan. Yang gagah perkasa dan sebagainya. Tetapi berlainan dengan Tuhan dalam pemahaman Kristian, yang ada anak, ada ibu dan ada bapak, konsep Trinitis. Mereka menganggap Isa al Mashi itu sebagai Tuhan. Ada perbezaan di sini.

Kita jangan terkeliru bahawa Allah itu adalah Tuhan Kristian, bukan, Allah nama Tuhan umat Islam yang pengertian; atau zat, sifat dan asmanya tersendiri.Yang bukan mahadith (baru) tetapi qadim (kekal) selama-lamanya. Makanya apabila Kristian menganggap Nabi Isa sebagai tuhan (dalam pengertian dan makna sebenar) ia adalah salah.

Orang yang mempelajari dan mendalami ilmu ketuhanan tidak akan mudah terkeliru dan merasa cuak dengan apa yang berlaku. Ia tidak membimbangkan sama sekali, sebab menyebut nama Allah oleh pihak lain samalah juga dengan udara dan air laut ini tidak akan habis walaupun diambil oleh sesiapa pun. Bahkan udara dan air laut itu turut memberi manfaat kepadanya, baki lagi apakah ia sampai kepada hakikat atau tidak terserah maklum kepadanya.

Jadi kenapa harus diributkan mengenai penggunaan nama Allah itu. Ia sesuatu yang tidak patut apa lagi disebabkan kejahilan dalam mentafsir subjek itu boleh menimbulkan perbalahan ummah. Tidak ada kandati pun sebesar misai Mahathir. (Mahahthir tak ada misai).

Mengenai ada cadangan supaya gubal undang-undang mengelakkan Kristian guna perkataan Allah, ataupun fatawa melarang Kristian dan mana-mana pihak bukan Islam dari menyebut perkataan tertentu, seperti masjid, zikir, tahlil dan sebagainya, bagi saya satu tindakan yang belum tamadun. Tindakan itu menggambarkan kita yang menganut Islam ini tidak faham akan universl Islam. Tindakan itu juga kolot dan ego dan beperasaan kitalah makhluk hamba yang terbaik? Kita sering berilusi syurga hanya untuk kita anak beranak.

Tindakan mencegah begitu hanya dilakukan oleh mereka yang berjiwa kecil dan nipias iman. Yang sempit dalam memahamai sesuatu mengenai dunia, diri dan ilmu ketuhanan. Maka yang terbaik semua pihak berkuasa dalam agama, memberi kesedaran, didikan, terbiah ajaran Islam yang syumul kepada umat Islam. Sekolah, univeristi dan institusi Islam bukan saja setakat memberi ilmu farduin dan sejarah Islam atau sirsah Rasulullah s.a.w. tetapi harus juga mula membuka ruang ke dalam ilmu tasauf (hakikat) yang universal dalam mengenal agama dan Allah yang hakiki.

Hari ini banyak ustaz muncul untuk memberi didikan dan khnowledge agama Islam, tetapi semuanya berkisar kepada hal ehwal fardu ain saja. Kegiatan fardu ain hanya berlingkar kepada ritual agama tetapi tidak mencecah dasar dan hakikat agama sebab itulah bila kita dihadapikan dengan isu-isu seperti penggunaan nama Allah oleh pihak lain kita gelabah dan panik macam mat rempit telan pil kuda.

Penganut Islam di Malaysia ini banyaknya Islam kulit sahaja. Islam pandanga-pandangan dan Islam rasa-rasaan atau Islam baka-bakaanya. Kita tidak boleh menerima Islam sebagai hak kita yang kononnya orang sejati tetapi harus dikongsi dengan sesiapa saja. Bagi saya perkongsian nama Allah ataupun apa jua istilah agama (ritual) tidak perlu dipertikaikan kerana ia tidak menjejaskan kecurian dan kemurnian iman dan Islam kita. Apa maksud kata Allah; dia jadikan manusia ini berbangsa-bangsa dan untuk dikenali. Kenapa apa? Cari dan mengembaralah ke dalam hutan belantara diri.

Allah itu hanya nama kepada Tuhan, ia bukan Tuhan sebenarnya. Yang penting ialah memahami dan mengerti (mencari) akan hakikat Tuhan (Allah) itu. Dalam hubungan ini nama Tuhan (Allah) itu bebas digunakan oleh sesiapa, seperti mana orang politik hari ini berebut untuk menggunakan nama negara (Malaysia) sebagai tag line. Umno menggunakan 1 Malaysia, Pakatan menggunakan slogan "Malaysia Baru"... keduanya tidak menjadi kesalahan mengambil dan mengguna nama itu, yang penting ialah apakah erti dan masud serta praktis-prsaktis di dalam Malaysia yang digunakan itu.

Polemik mengenai penggunaan nama Allah ini hendaklah dihentikan segera kerana cara atau sebab musabab kita berdebat mengenai isu itu membolehkan kita akan diketawakan oleh bangsa beragama lain di luar sana yang mana mereka sudah lama terlepas dari tersesat didalam gua istilah atau pun sudah lama terlepas dari membicarakan syariat agama, hanya kita masih terkial-kial seperti kera ditambat di 'selongen'. Selongen ialah tempat kera ditambat.

Masa kini dengan terpegang al Quran dan Hadith ditangan bukan lagi masa kita hendak menyanyikan lagu Tuhan atau ketuhanan tetapi kita mahu berjumpa denganNya sendiri dalam erti kata sebenarnya seperti mana maksud sebuah Hadith orang beriman akan berjumpa dengan Tuhannya secara berdepan setelah mati kelak. Ayuh... [wm.kl.11:15 am 17/12/12]
Post a Comment