Friday, December 7, 2012

Menyuluhi Musa Hassan: Apa Sebenarnya?

ULASAN ISU                                                                                                                    

Kemunculan secara aktif bekas Ketua Polis Negara, Musa Hassan bercakap mengenai beberapa tindakan jabatan atau pasukan yang pernah dipegangnya, Polis Di Raja Malaysia (PDRM) ke belakangan ini menimbul sedikit tanda tanya. Apa lagi penglibatan beliau itu memberi kesan negatif kepada PDRM dan terutamanya mereka yang bertanggungjawab dalam menjaga hal ehwal polis.

Orang menjadi sasaran beliau ialah Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin Hussein sendiri. Kritikan itu dilihat sebagai satu keberanian yang pelik kerana jarang bekas pegawai tinggi kerajaan yang sedang menikmati kemudahan selepas bersara membuat kritikan terbuka seperti itu. Selalunya adalah sesuatu yang berlaku, pelik.. kerana kalau tidak masakan tempua bersarang rendah.

Musa Hassan
Apa ditimbulkan Musa kononnya Hishmuddin mencampuri urusan polis dengan memberi arahan kepada pegawai junior polis dan seorang ketua polis negeri melakukan sesuatu tanpa memaklumkan kepadanya. Perbuatan Hishamuddin itu dianggap mencampuri urusan polis dan salah mengikut akta polis.

Lantaran itu ada orang bertanggapan beliau berbuat begitu kerana dendam disebabkan kontreknya kali kedua sebagai KP tidak disambung oleh Hishmuddin. Bagaimana pun beliau menafikan, apa dilakukan untuk memperbetulkan sesuatu yang salah dalam pasukan itu demi menjad imej dan intergriti polis.

Pendirian dan pengakuan itu ada munasbaah dan boleh diterima. Tetapi ia tetap menjadi persaolan kenapa Musa tidak berbuat begitu semasa dia masih menjadi ketua polis? Apakah sekiranya dia sambung kontrek dia juga akan berdiam diri dan terus bersubahat dengan kekotoran itu? Kalau begitu adalah baik pegawai tinggi kerajaan tidak diberi kontrek (sambung jawatan) untuk menyaksikan berlaku pendedahan keburukan sesuatu jabatan?

Dalam hubungan di atas kalau difahami Musa tidak mengkritik PDRM tetapi mengkritik menteri yang menjaga hal ehwal dan urusan kepolisan negara. Ini juga menimbulkan tanda tanya, kenapa? Harus difahami Umno selain daripada sedang mengheret dada untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13, parti itu juga akan berdepan dengan pemilihan pemimpin pada tahun depan.

Apakah Musa melakukan itu bagi mempastikan Hishmuddin terguling dari kedudukannya sebagai salah seorang Naib Presiden Umno kini. Bahawa Musa ada nawaitu memprojekkan seseorang untuk mengambil alih tempat itu atau memberi keselesaan kepada dua lagi Naib Presiden, Ahmad Zahid Hamidi dan Shafei Afdal?

Apakah Musa sedang berkempen untuk menyelamatkan Ahmad Zahidi Hamidi yang dikatakan kurang selamat sekiranya Muhyiddin Yassin menjadi Presiden akan datang, begitukah? Zahid kini sedang mencatur kedudukannya sendiri di dalam Umno yang semakin kabur kini.

Abdul Rahim Noor
Pastilah bila ada ubi tentu ada batasnya, bila ada budi pastilah ianya diharap atau fahm-faham agar dibalas. Mungkinkah ada kerjasama di antara Musa dengan Zahid dalam soal ini secara faham memahami? Oph... ini hanya andaian tetapi ada kemungkinan ia berlaku. Politik itu serba mungkin.

Juga, sebelum Musa membuat pendedahan yang boleh memburukkan reputasi Hishmuddin beliau telah melakukan sesuatu yang nmengejutkan orang ramai bila mana menarik balik saman malu ke atas Anwar Ibrahim tanpa semena-mena. Musa bertindak menyaman Anwar kerana menuduhnya mereka-reka fakta atau menyembunyikan fakta sebenar dalam siasatan kes mata lebam melibatkan Anwar.

Dalam satu laporan polis oleh Anwar terhadap Musa dan Peguam Negara, Abdul Ghani Petail, menuduh Musa bersubahat dengan Ghani melakukan kekejian itu. Laporan polis Anwar itu ekoran penemuan maklumat baru daripada bekas pegawai tinggi polis Mat Zain Ismail yang ketika itu menjadi ketua penyiasat kes itu. Bagaimana pun Musa menafikan dan merasa malu dengan tuduhan lantas mengemukakan saman kepada Anwar.

Menjeutkan seluruh umat, tiba-tiba saat kes itu hendak dibicarakan Musa menarik balik saman itu tanpa ada apa-apa perundingan ketat dengan Anwar terlebih dahulu? Tindakan Musa itu dianggap anih dan songsang dan ia mula menjadi perhatian umum. Tindakan Musa itu menyebabkan timbul berbagai andaian dan lenggang lengguk politik negara menjadi semakin menarik.

Norian Mai
Walaupun Anwar menafikan tiada apa-apa kepentingan atas tindakan Musa itu, tetapi bila dengan senang beliau 'memaafkan' Musa menyebabkan orang menyuluh dengan berbagai suluhan dan membuat spekulasi berhubung kejadian itu. Tindakan itu memelikkan kerana sebelum ini orang melihat dan menganggap Musa adalah musuh nombor satu Anwar dari species polis. Apa lagi Musa Hassan juga dilihat sebagai timbalan kepada Abdul Rahim Nor yang paling setia melaksanakan tugas-tugasnya mencengah kebangkitan refomasi.

Ekoran kesetiaan Musa kepada tugas itu menyebabkan timbul kebencian amat sangat kepadanya, sampai ada yang meludah melihat gambar-gambarnya di akhbar atau di skrin tv.

Jadi apabila tiba-tiba Musa berubah rasa dan tindakan menyebabkan ada orang sangsi dan mencari apakah motif disebalik 'keikhlasan' Musa itu. Paling skeptikal mungkin dia ada niat tidak baik ke atas Anwar untuk meneruskan kerjanya selama ini. Ada juga beranggapan Musa terpaksa membuat koner 360 darjah kerana sudah dapat membaca situasi politik Malaysia didalam pilihan raya umum akan datang yang BN akan kalah teruk dan Umno akan kehilangan kuasa. Jadi untuk menyelamatkan dirinya dia harus berbuat sesuatu (menanam budi) bagi mengelak akan dikenakan tindakan.


Kemungkinan ini bukan tidak ada, ada. Sebab akhir-akhir ini bukan saja Musa tetapi beberapa orang bekas ketua polis negara dan pegawai tinggi polis lain juga aktif mengambil bahagian dalam percaturan politik hari ini. Semacam ada satu strategi bersama di kalangan mereka. Rahim Nor, Norai Mai, Hanif Omar  juga telah dan sedang memainkan peranan masing-masing.

Acap kali juga Rahim Nor mengeluar pandangan dan kebimbangan beliau terhadap kebangkitan rakyat warga Tionghua mengadakan siri-siri perarakan dan tunjuk perasaan. Dengan penuh tektikal Rahim mengeluarkan kenyataan perarakan komuniti Cina itu berunsur komunis. Apakah tujuan kenyataan begitu?

Rahim yang dikenal sebagai orang terbabit rundingan membawa ke meja perundingan bekas komunis Malaya dengan kerajaan, menggunakan isu ini untuk menimbulkan ketakutan kepada orang Melayu. Jelas kenyataan Rahim itu berunsur hasutan dan cuba memencilkan orang Tionghua dari bersama Melayu. Kalau tidak silap lebih dua kali beliau cuba mengaitkan himpunan Cina sebagai berunsur komunis dan termasuk juga Bersih 3.0 yang didominasi Cina.

Haniff Omar
Begitu juga bekas KPN, Haniff Omar yang sesekali muncul dengan kenyataan dan pandangan serong dan buruk ke atas Anwar Ibrahim. Semacam dia juga diberi peranan agar terus damagekan Anwar. Baik Rahim dan Haniff sependapat bahawa pengaruh Anwar berbahaya kepada masa depan Umno dan Melayu.

Manakala Norai Mai pula tidak sezahir mereka berdua tetapi beliau juga ikut sama terlibat dalam mencaturkan agar kuasa politik Melayu (Umno) kekal. Baru-baru ini ketiga-tiga mereka ini menghadiri satu perjumpaan bersama intelektual terpilih Melayu di rumah veteran Umno di pinggir ibu kota. Tujuan kehadirannya untuk membincang mengenai nasib Melayu dan beriktiar agar Melayu bersatu.

Hasil daripada pertemuan itu seorang bekas pegagai tinggi polis telah diminta berjumpa dengan Nik Abdul Aziz Nik Mat membincang mengenai perpaduan Melayu. Khabarnya dalam perbincangan itu ia cenderong mengajak Nik Aziz (Pas) agar duduk bersama Umno. Bagaimana pun perbincangan itu gagak memecat nekad Nik Aziz untuk terus bersama Pakatan.

Berdasarkan kepada latar peristiwa dan kenyataan-kenyataan serta aksi bekas-bekas ketua polis ini jelas mereka terlibat dalam mencaturkan game politik di negara ini. Jadi berdasarkan kepada situasi itulah maka timbul di benak saya, apakah tindakan tanduk Musa Hassan itu juga termasuk dalam pakej bekas-bekas ketua polis negara itu?

Kita menghormati mereka kalau ikhlas dan dibuat dengan penuh keadilan. Tetapi kalau usaha itu bertujuan memecahkan apa yang sedang dibuat oleh Anwar, Nik Aziz, Abdul Hadi Awang bersama DAP menerusi Pakatan Rakyat kini untuk membawa perubahan politik di Malaysia ia sangat dikesali dan kerja-kerja itu begitu jelek sekali. Mereka tidak bertindak atas prisinp keadilan dan berpijak pada paksi politik demokrasi.

Saya telah menyatakan sebelum ini usaha mendapaikan politik orang Melayu demi mencari perpaduan Melayu akan sia-sia saja sekiranya Anwar Ibrahim dikecualikan. Perpaduan Melayu tidak akan berlaku kalau hanya di antara Umno dengan Pas. Suka atau tidak usaha itu perlu menarik sama Anwar Ibrahim ke meja perundingan itu. Apakah Musa Hassan diberi peranan itu?

Dalam melihat dan mencari motif bekas-bekas ketua polis ini terutamanya Musa Hassan perlu diawasi. Mungkin mereka sedang memintal-mintal jerat untuk menjeruk kaki dan leher tokoh-tokoh Melayu dalam Pakatan untuk membolehkan pelanduk bernama Umno terlepas dan hidup seronok semula di hutan belantara. Mereka perlu diwaspadai. [wm.kl. 11:45 am 07/12/12]
Post a Comment