Monday, December 17, 2012

Haji Mukarram Telah Kembali Ke Ramatullah

BALESUNGKAWA                                                                                                           

Seorang pendokong Pas di Gombak Haji Mukarram Che Ayub telah kembali ke Rahmatullah lima hari lalu bertepatan dengan tarikh 12.12.12. Beliau meninggal di rumahnya di Gombak, Kuala Lumpur kerana disyaki di serang asma.

Tengah hari tadi saya berkesempatan mengunjungi keluarga Allahyarham di rumahnya di Gombak bersama Adun Limbungan Drs Zainuddin Awang Hamat dan aktivis Pas Rantau Panjang Rushdan Mustafa.

Allahyarham, Mukarram bersama isterinya.
Beliau meninggal enam orang anak dan seorang balu dalam usia 64 tahun. Menurut isterinya, beberapa minggu sebelum itu beliau telah dimasukkan ke hospital kerana masalah saraf.

Mukkaram dikenali di kalangan ahli dan pendokong Pas sebagai seorang dermawan dan banyak berkorban membantu perjuangan Pas secara senyap.

Menurut Drs Zainuddin Awang Hamat, Allahyarham banyak membantu perjuangan Pas termasuk memberi zakat wang kepada mana-mana wakil rakyat atau pemimpin Pas terutamanya di saat pilihan raya.

Masa pilihan raya rumahnya dijadikan stor barangan makanan dan keperluan lain untuk diagih-agihkan kepada petugas parti.

Beliau juga seorang yang suka meraikan kawan, cerita Zainuddin. "Saya kalau datang Kuala Lumpur kebetulan tidak ada tempat tidur akan bermusafir di rumahnya," cerita Zainuddin dengan nada sedikit mengendur.

"Bagi saya ketiadaan beliau satu kehilangan besar kepada Pas terutamanya bagi mereka yang tahu mengenai jasa dan pengorbanannya," celah Zainuddin lagi.

Dalam pada itu dua tiga bulan lepas Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat beriya-iya mahu saya menginterviu Mukarram mengenai kisah atau cerita beliau (Nik Aziz) semasa mula-mula menjadi wakil rakyat dulu.

Menurut ceritanya Mukarram adalah di antara orang yang selalu mengambil dan menghantar Nik Aziz ke parlimen atau melayan Tok Guru itu tatkala beliau datang berceramah di Kuala Lumpur.

Tidak dipasti apakah ada mana-mana wakil yang datang menemuramah Allahyarham untuk membongkar kisah Tok Guru Nik Aziz itu.

Dalam pada itu Zainuddin mewakil Backbancher  Dun Kelantan mengucapkan takziah kepada keluarga allahyaraham dan meminta maaf bagi pihak ahli dan pendokong Pas sekiranya ada apa kesalahan dilakukan ke atas beliau. Al Fatihah. [wm.kl. 5:34 pm 17/12/12]
Post a Comment