Monday, December 31, 2012

UBN Melengkapkan Serangan, Menjadikan Hadi Sasaran Akhir

ULASAN                                                                                                                               

Mulanya saya mengira UBN akan menyisihkan presiden PAS Abdul Hadi Awang daripada diserang dalam usaha untuk mencari sokongan dan membina kekuatan parti itu. Umno akan kekal Hadi sebagai tidak berdosa bagi mengelirukan rakyat dan pihak Pakatan Rakyat. Tetapi ternyata anggapan saya itu meleset. Abdul Hadi tidak terlepas ikut sama memeriahkan dada-dada media massa PB dengan kecaman dan cercaan terhadapnya.

Abdul Hadi: Dituduh sesat.
Isu yang dimainkan untuk memburuk dan menghuduhkan Abdul Hadi ialah, isi ucapan beliau tahun 1981 yang disifatkan sebagai satu 'amanat' yang menyesatkan ummah.

Sebelum ini semua pemimpin ternama di dalam Pakatan Rakyat telah diserang dan digodam semahu-mahunya. Ia dimulai dengan Anwa Ibrahim yang dianggap sebagai kepala jahat dalam Pakatan Rakyat dan pengkhinant negara dan bangsa Melayu nombor satu oleh Umno. Semua bahasa huduh dan jahat dilemparkan ke atas Anwar. Anwar digambarkan manusian banjingan.

Tidak tertinggal satu kejahatan Anwar pun yang dialpkan. Semua diungkit dan dibangkitkan, dijual dan dijaja dari gedung hinggakan ke pasar malam politik. Dari isu-isu membabitkan negara sampailah ke isu peribadi yang mengaibkan. Sekiranya segala itu dijadikan prasyarat utama untuk seseorang menjadi perdana menteri, maka Anwarlah paling layak bahkan terlebih layak menjadi PM kerana beliau sudah sampai ke peringkat "Ulul Azmi."


Anwar: Khianat negara?
Serangan ke atas Anwar tidak ada sempadan dan tidak disenggang oleh musim. Umno khasnya semacam menghalalkan darah Anwar untuk diminum. Anwar diserang bukan saja dari soal moral dan maruah tetapi fizikal juga. Bukan saja setakat rakan Umno dalam BN tetapi rakan Umno dalam NGO dan individu-individu yang 'sakit telinga', taupun 'sakit mental' juga turut sama mengodam Anwar. Mereka menjadikan Anwar sebagai piala rebutan kejahatan untuk disampaikan kepada pihak tertentu sebagai buktikan kejayaan dan kehandalan mereka 'menangkap' petulang bernama Anwar.

Serangan ke atas Anwar berjalan serentak dengan serangan ke atas Nik Abdul Aziz Nik Mat. Kerana Nik Aziz tidak ada kesalahan peribadi maka apa yang dapat dilakukan menghimpun kata-kata silap atau pun filsafah politik Nik Aziz yang tidak difahami untuk dijadikan alasan dan hujah. Kenyataan atau mantik-mantik siasah lamanya diungkit balik dan didendangkan di telinga rakyat.

Cubaan untuk menghuduhkan Nik Aziz dengan rasuah dan penyelewengan tidak begitu menjadi, ia bukan umpan lemak yang dilempar ke dalam laut dalam... tidak dimakan ikan. Maka Nik Aziz digambarkan sebagai pemimpin tua yang dijadikan alat dan diberikan 'nasi tangas' oleh Anwar dan DAP.

Selain Nik Abdul Aziz, pemimpin lain yang diserang ialah Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmi Ali bersama timbakan presiden PAS Muhammad Sabu. Azmin digambarkan sebagai seorang yang korup, gila kuasa ataupun menggadaikan isteri kepada bosnya Anwar. Muhammad Sabu pula dituduh sebagai penyokong komunis, beraliran syariah dan seorang pemimpin Islam yang boleh dipertikaikan moralnya.

Kedua mereka ini disusahkan dengan berbagai bentuk pertuduhan dan dakwaan di mahkamah. Muhammad Sabu mencatat rekod sebagai orang yang paling banyak dituduh di mahkamah atas kesalahan kerana politik. Begitu juga dengan Azmin.

Nurul Izzah: Benarkan murtad?
Selepas itu naib presiden parti juga turut sama diserang dan dicuba dihuduhkan. Nurul Izzah Anwar dari PKR, Husam Musa dari PAS ikut sama dihala muncung meriam Umno, ditembak sampai berasap. Pantang mereka tersalah cakap, akan diheret dan dispin ke tengah bagi menampakan mereka busuk. Nurul Izzah ulasannya mengenai kebebasan beragama dari konteks agama dan perlemnbagaan negara diperbesar-besarkan untuk menggambarkan Nurul Izzah menganut fahaman liberal atau "kura-kura sanggama" hehe...(pluralisme agama) dan kononnya Nurul Izzah membenarkan murtad. MasyaAllah ya sheikh. Bukan setakat itu saja, serangan ke atas fizikal Nurul  Izzah juga turut sama dilakukan beberapa kali dan hampir Puteri Reformasi itu cedera.

Serangan menggila bukan saja kepada pemimpin PAS, tetapi DAP juga menjadi sasarannya. Tiga pemimpin utama dalam DAP diserang siang dan malam dengan menggunakan hampir semua jenis senjata. Mereka Lim Kit Siang, anaknya Lim Guan Eng dan Karpal Singh. Mereka digambarkan sebagai anti Melayu dan Islam serta cuba membentuk negara bangsa mereka sendiri di Tanah Malaya ini.

Lim Kit Siang diserang dengan membawa cerita Kiat Siang adalah anak didik Lee Kwan Yew bakal membawa Malaysia menjadi sebuah negara liberal milik Cina persis Temasik. Gua Eng pula seorang ketua menteri yang menganiaya dan menyisihkan Melayu di Pulau Pinang. Sementara Karpal Singh digambarkan penentang agama Islam terutamanya hukum hudud.

Lain-lain pemimpin yang tidak berjawatan tinggi tetapi menunjukkan potensi dan kebolehan memimpin serta daya komitmen tinggi kepada rakyat seperti Tany Phua, Tian Chua, Abdul Khalid Ibrahim ikut sama diserang. Mereka diberikan gambaran sebagai Cina yang cuba membawa idealisme dan aspirasi Cina manakala Khalid sebagai pemimpin yang kononnya bersifat eltis melupai rakyat.

Dalam kerancakan Umno menyerang semua pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat itulah, mulanya mereka semacam  mengecualikan Abdul Hadi Awang. Sikap ini hinggakan menimpulkan pertanyaan dan konfius banyak pihak. Semacam Umno sengaja memelihara Abdul Hadi Awang untuk tujuan dan maksud tertentu. Berita buruk mengenai Abdul Hadi tidak sebanyak cerita buruk pemimpin lain yang disiarkan akhbar Utusan Malaysia, Berita Harian dan lain-lainnya. Tetapi akhirnya mungkin setelah psywar ini tidak berjaya maka Abdul Hadi terpaksa juga diserang dan dilanyak dengan menimbulkan semula "Amanat Haji Hadi".

Nik Aziz: Nyanyak.
Untuk tujuan itu makan dikerah segala orang dan segala macam "ulul albab" yang ada di negara ini untuk membuat tafsir dan fatwa bahawa Amanat Hj Hadi itu sebagai sesat dan menyesatkan. Guru pondok yang dulunya hanya memakan nasi kera, mufti mufta dan ustaz-ustaz muda Umno semua berhimpun dan sepakat menjatuhkan hukuman tanpa bicara di mahkamah keadilan terhadap Abdul Hadi sebagai sesat.

Tidak lupa ketua jabatan yang selalu menjadi 'Pak Ka', (chemeleon) yesman juga ikut sama berusara kerana bimbang dapur tidak akan berasap untuk menjatuhkan hukuman sesat ke atas Abdul Hadi.

Yang bergema di serta ruang umum hari ini ialah cerita amanat berkenaan. Nampak semua pihak dalamn Umno dan juga orang yang menjadi penghidu punggung Umno ataupun bekerja untuk mendapat komisyen bagi membeli minyak untuk dapaur minyak ramai-ramai menyanyi-nyanyikan amanat berkenaan. Memberi tahu kepada umum yang Abdul Hadi sesat barat.

Dengan menjadikan Abdul Hadi sebagai 'oknum' terbaru, jadi kini Umno tidak mengecualikan sesiapa lagi didalam Pakatan Rakyat semuanya diserang hendap dan dibedal. Umno sudah tidak merezebkan mana-mana orang di dalam Pakatan Rakyat, terutamanya PAS. Jadi dengan serangan ke Abdul Hadi ini dikira lengkapkah persengketaan Umno dengan PAS dan Pakatan Rakyat. Dengan lengkapnya sengketa ini maka Umno sudah tiada apa-apa agenda tersembunyi lagi seperti mahu memaut Abdul Hadi bersimpati kepada Umno atau sebagainya, jadi hendak tak hendak suka atau tidak Umno kena berlawan dengan semua orang yang dianggap musuhnya. Serangan Umno ke atas Abdul Hadi ini juga menggembirakan PKR dan DAP?

Kesimpulannya hari  ini Najib Razak sudah tidak ada sesiapa lagi kawan sebangsa dengannya dari luar Umno. Najib kini hanya berkawan dan mengayahkan Mahathir Mohamad sebagai induk dan mentol naluri politiknya. Apa yang berlaku orang nampak akan kesilapan dan kelemahan Najib sebagai seorang pemimpin parti dan negara.

Karpal Singh: Anti hudud.
Dengan menjadikan semua orang sebagai musuh jelas menunjukkan Umno dalam keadaan tertekan dan hilang upaya untuk mengawal diri dan kekuasaanya. Umno yang suka 'menjahatkan' orang lain ternyata menjadi dia lebih jahat. Malang bagi Umno walaupun semua ketua parti dan pemimpin berpotensi diburukkan namun keupayaan semangat untuk dilihat kuat tidak juga menjadi. Pemimpin Umno dilihat semakin lemah dan hilang fokus manakala dalam masa sama mereka meletakan merkah tinggi buat pemimpin Pakatan Rakyat.

Orang-orang yang dimaki hamun dan diserang oleh Umno hari ini mempunyai nilai dan harga tinggi yang maha dari kaca mata masyarakat. Harapan Umno untuk rakyat melihat mereka sebagai hina dan jahat tidak menjadi. Inilah istidraj namanya. Orang-orang ini, Anwar Ibrahim, Nik Abdul Aziz, Abdul Hadi Awang, Azmin Ali, Muhammad Sabu, Husam Musa, Nurul Izzah, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Karpal Singh, Tian Chua, Tony Phua adalah hero dan wira di mata rakyat.

Usaha Umno hendak memburukan imej dan maruah mereka sia-sia sebaiknya serangan dan penghinaan terhadap mereka menjadi Pakatan Rakyat semakin kuat dan rakyat nampak Umno terus terjempik dan longlai, rakyat pula meletakkan mereka sebagai orang yang layak untuk menjadi pemimpin.
Mat Maslan tidak termasuk dalam senerai ini. Mat dah mandi junuh ke?  [wm.kl.7:57 am 31/12/12]
Post a Comment