Monday, December 24, 2012

7 Perkara Menjadikan Momokan UBN

SELAM RASA                                                                                                      

Ada tujuh perkara yang sering dibangkitkan oleh UBN dan ianya dijadikan momokan kepada rakyat agar menolak Pakatan Rakyat untuk mengambil alih kerajaan di negara ini. Perkara ini diulang-ulang dan ditaburkan kepada rakyat dalam berbagai bentuk menerusi pelbagai saluran. Penyampai pula dari peringkat pemimpin tertinggi hinggalah kepada penyokong Umno di kedai-kedai kopi atau gerai canggung di kampung dan desa.

Tujuh perkara ini diasak betul-betul kepada rakyat terutamanya yang tidak begitu celik IT dan warga tua di kampung-kampung. Mereka yang menerima pandangan hanya dari satu lorong (one way) dan tidak mempunyai otak kreatif terus mempercayainya.

Cuba sama-sama kita renung dan kaji tujuh perkara ini sejauh manakah kebenaran dan kesahihannya. Saya akan membuat matemetik politik berhubung perkara ini dengan memberi jawaban seringkas mungkin.

Tujuh perkara itu ialah;



1. Konon sekiranya Pakatan Rakyat menang dalam pilihan raya ke-13 ini negara akan jadi huruhara.

- Kononnya akan berlaku huruhara sekiranya Pakatan Rakyat menang. Bentuk huruhara yang diuar-uarkan kepada rakyat kononnnya akan berlaku situasi perbalahan kaum seperti 13 Mei 1969. Mari kita tanya siapakah yang akan mencetuskan keadaan itu kalau ia benar berlaku? Apakah orang Cina, atau orang Melayu atau orang India? Di pihak Pakatan Rakyat pasti tidak akan memulakan kerana mereka suka kerana menang. Jadi potensi kalau berlaku yang akan memulakan ialah pihak yang membuat momokan itu.

- Sehubungan itu disebarkan kononnya tentera akan mengambil alih kerajaan ini kalau Pakatan menang. Kenapa? Apakah tentera tidak menghormati kepada demokrasi? Sediakan tentera untuk mengambil tindakan demikain. Di sinilah jelas pihak yang membuat spekulasi itu hanya menuduh semata-mata bagi menakut-nakutkan rakyat dari mengundi Pakatan Rakyat. Tentera boleh mengambil alih kerajaan kalau kerajaan tidak stabil dan berlaku huruhara.

- Ternyata juga pihak yang membuat isu berfikiran jahat, dengki dan tidak boleh menerima hakikat berlaku perubahan hatta pun untuk kebaikan rakyat.

2. PAS menjadi alat kepada DAP.

- PAS menjadi sasaran dituduh sebagai alat DAP. Pihak yang membuat tuduhan itu telah merendah-rendahkan martabat para pemimpin PAS. Mereka mengira pemimpin PAS budak-budak yang tidak ada prinsip. Tuduhan ini asalnya datang dari beberapa pemimpin PAS sendiri yang tidak dapat 'menguah' dan popular dari kalangan ahli PAS kerana kesongsangan politik mereka.

- PAS sebagai sebuah parti berwibawa ia mempunyai perlembagaan tubuhnya. PAS berpegang kepada perlembagaan yang dikonsepkan dari ajaran al Quran, Hadith, Qias ulama dan ijtihad pemimpin. Sesiapa pun tidak boleh memperalatkan PAS kerana ia ada perlembagaan. Seperkara lagi yang membuat keputusan didalam PAS ialah ahlinya bukan saja segelintir pemimpin. PAS ada muktamar dan persidangannya bagi menentukan hala tujuan dan matlamatnya. PAS dipancu secara jemaah bukan individu apa lagi otokrasi.

- Tuduhan begitu adalah datang dari mereka yang tidak tahu kaedah atau memahami apa itu pertubuhan dan organisasi.

3. Anwar akan jual Malaysia kepada Yahudi atau kuasa asing.

- Kononnya kalau Pakatan Rakyat menang dan Anwar jadi PM, negara ini akan menjadi milik kuasa asing, Amerika dan Yahudi. Negara asing akan memerintah negara ini. Ini juga tuduhan dangkal dan tidak berasas. Mereka yang membuat tuduhan ini sekali lagi tidak tahu konsep sesebuah negara dibangunkan secara demokrasi. Kalau benar Anwar ada bermaksud begitu ia tidak semudah untuk menjual anak kucing. Dalam Pakatan Rakyat ada PAS dan DAP. Peraturan demokrasi dan semangat pakatan ini kena fahami.

- Dakyah dan fitnah itu boleh dilihat kepada perjuangan Anwar kini. Kalau Anwar ingin menjualkan negara ini kepada kuasa asing beliau tidak akan mempertahankan prinsipnya semasa dalam BN dulu. Beliau ikut kehendak Mahathir termasuk membenarkan wang negara dirompak dan disamun semewahnya oleh Mahathir dan kuncu-kuncunya. Orang yang mempertahankan hak negara, prinsip bangsa dan maruah tanah air tidak akan berbuat demikian.

- Sekali lagi dinyatakan rakan Pakatan Rakyat PAS terutamanya tidak akan membenarkannya.

4. Negara akan bankrup.

- Negara ini akan bankrup sekiranya Pakatan Rakyat memerintah. Ini dirujukkan kepada beberapa polisi dan dasar membantu rakyat yang dicadangkan oleh Pakatan Rakyat seperti mana terkandung dalam Buku Jingga. Antara perancangan kerajaan itu termasuk, menghapuskan tol di lebuh raya, menghapuskan PTPTN, menurunkan kadar cukai harga kereta, memberi tambahan 15% royalti petroleum kepada negeri-negeri yang menghasilkan minyak dan gas.

- Penurunan kadar itu bagi meringan beban rakyat, ia dibuat dari formula dengan menghapuskan rasuah dan memansuhkan bayaran-bayaran yang tidak sepatutnya. Ironisnya kalau segala pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan hari ini tidak pula dianggap sebagai bankrup. Perhatikan betapa banyak wang negara dibazirkan artau pun digunakan tidak pada tempatnya. Penyelewengan, rasuah dan bayaran-bayaran tidak wajar berlaku itu semua merugikan negara.

- Jelas ia hanya tuduhan semata-mata bagi mencerminkan kelemahan dan kebobrokan kerajaan Pakatan Rakyat. Walhal yang sudah terbukti menyeleweng, samun harta rakyat dan khianat ke atas rakyat dan negara ialah pemimpin kerajaan hari ini.

- Ini boleh dirujukan kepada berbagai skandal berlaku yang melibatkan wang rakyat dan negara mengalami kerugian berbillion ringgit. Contoh paling baru ialah bagaimana projek lembu gemuk (NFC) wang rakyat dimanipulasikan untuk kepentingan individu.

5. Pembangkang tidak ada pengalaman.

- Pihak parti kerajaan selalu menguar-uarkan Pakatan Rakyat tidak boleh memerintah kerana mereka tidak ada pengalaman. Ini hujah yang cetek dan naif sekali. Hujah kebudak-budakan. Memang Pakatan Rakyat tidak ada pengalaman dalam soal ini kerana belum pernah menjadi kerajaan. Kalau orang yang berpendapat demikian cerdik dan tidak 'ssumbat' dan masuk air dia tidak akan tergamak memberi hujah demikian. Macam mana Pakatan Rakyat mempunyai pengalaman sebab belum memerintah. Hal yang sama juga berlaku kepada BN dulu, sebelum tahun 1971 ia juga tidak ada pengalaman. Dan Umno sendiri asalnya tidak pun wujud, ia diwujudkan kemudian. Umno semasa mula menjadi kerajaan tidak ada pengalaman dan mereka dibimbing oleh British.

- Pengalaman akan ada apabila ia menjadi kerajaan. Setelah itu baru dapat diukur ada pengalaman mampu atau tidak. Pandangan atau panduan awal boleh dibuat ke atas empat kerajaan negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat ketika ini; Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor. Baru empat tahun (kecuali Kelantan) Pakatan Rakyat memerintah sudah nampak perubahan positif sekurang-kurang dari aspek kemanusian dan integriti. Ia boleh disaksi sendiri. Jangan saksi atau baca butiran dan dakyah dilemparkan menerusi media massa tetapi cuba selidik sendiri.

- Pencapaian dari segi ketelusan (integriti) kerajaan Pakatan Rakyat jauh lebih baik daripada kerajaan negeri-negeri lain. Misalnya Kelantan dalam keadaan ditekan dan dihindik namun negeri itu masih berjaya membawa rakyat selari dengan negeri-negeri lain, sebaliknya pembangunan dari segi rohanian dan kemanusiaan Kelantan mendahului negeri-negeri diperintah oleh BN. Hutang kerajaan Kelantan dengan federal jauh lebih rendah berbanding dengan Pahang, Johor, Melaka, Perlis dan lain-lain.

6. Pembangkang tidak tunai janji.

- Ini satu lagi tuduhan dangkal dan kurang cerik. Apabila BN melaungkan slogan "Janji ditepai" mereka menuduh pembangkang tidak menunaikan janji. Ini dirujuk kepada manifesto pilihan raya dikemukakan oleh Pakatan Rakyat. Contoh diambil ialah Selangor. Jikalau manifesto yang dirujuk, bukan saja Pakatan Rakyat tidak menunaikan janji tetapi BN juga banyak janji-janji yang diikrarkan dalam manifesto tidak ditunaikan.

- Orang yang sihat akan dapat berfikir kenapa janji manifesto itu tidak ditunai semuanya, sebabnya Pakatan Rakyat tidak berjaya membentuk kerajaan Pusat. Sekiranya Pakatan Rakyat menguasai Malaysia semua janji itu akan dipenuhi kerana sebahagian besar janji perlu dilaksanakan bila kewangan mencukupi. Sesetengah bukan kerajaan Pakatan Rakya sengaja tidak mahu laksanakan tetapi terhalang disebabkan perbezaan kerajaan. Contohnya kerajaan Kelantan tidak dapat untuk merancakkan industeri berat kerana tidak ada kelulusan dan kerjasama dari kerajaan Pusat yang memegang atau berkuasa ke atas bidang-bidang tertentu.
 
7. Malaysia akan jadi seperti Singapura.

- Tuduhan ini juga merupakan imiginasi yang tidak berasas sama sekali. Kononya kalau Pakatan Rakyat memerintah Malaysia akan jadi seperti Singapura... orang Melayu tidak akan berkuasa dan Islam tidak akan berdaulat. Hujah yang digunakan kononnya DAP akan mengubah corak pemerintahan Malaysia ke arah republik dan liberal tanpa menjadikan bangsa dan agama sebagai asasnya. Tuduhan ini satu fitnah besar yang datang dari orang yang tidak mendapat pendidikan secara teratur.

- Kebimbangan seperti ini seharusnya tidak timbul kalau mereka - si penuduh mengenali sejarah bagaimana nasib dan apa yang berlaku ke atas Singapura dahulu. Siapa yang menyerahkan Singapura kepada Lee Kuan Yew? Apakah orang itu kini berada didalam Pakatan Rakyat? Tuduhan atau anggapan demikian oleh Umno seperti meludah ke muka sendiri. Apa yang menimpa ke atas Singapura tetap dijadikan azimat dan iktibar bukan saja kepada Melayu tetapi Cina juga.

- Kalau takdirlah DAP berhasrat menjadikan Malaysia seperti Singapura, apakah parti itu cukup kuat dan berkuasa? Dan apakah Melayu di dalam Umno akan hanya melihat saja tatkala Melayu dan Islam di dalam Pakatan Rakyat bangkit mempertahankan kehendak DAP itu? Kalau itulah berlaku maka jelas yang ada hasrat untuk menjadikan Malaysia seperti Singapura adalah Melayu di dalam Umno. Perlu diketahui Malaysia tidak boleh dijadikan seperti Singapura selagi perlembagaan tidak dirombak... sedangkan untuk merombak perlembagaan orang Cina memerlukan 2/3 kuasa di parlimen. Juga bukan semudah itu kerana ada bab-bab tertentu di dalam perlembagaan negara ianya tidak boleh diubah meskipun ada kuasa 2/3.

Itulah di antara tujuh perkara yang dijaja oleh UBN untuk mengabui mata rakyat agar tidak menyokong Pakatan Rakyat. Kesemua tuduhan itu direkacipta yang terbit dari ilusi rasa gerun dan takut UBN kepada kemampuan Pakatan Rakyat. Sebenarnya selain dari tujuh perkara itu ada beberapa perkara lagi yang ditimbul dan dimainkan untuk mengelirukan rakyat.

Jelas apa yang ditimbulkan bukan saja jauh dari kebenaran tetapi setengahnya sudah dapat difahami oleh rakyat ia adalah fitnah mentah. [wm.kl.8:14 am 24/12/12]

7 comments:

Zul Tg. Malim said...

Bermanfaat untuk tujuan menghadapi pilihanraya ...

Amir Aiman Akashah said...

tolong sebar luaskan fakta ini. rmai yg buta maklumat dan sejarah benar terutamanya berkaitan penyerahan Temasek oleh presiden pertama UMNO kepada Lee Kuan Yew

Anonymous said...

ameno dulu kini dan selama2nya x hbs2 nk bodohkan rakyat..kecundangnya ameno...insyaallah negara akan lebih makmur..

lijitra said...

dengan 7 momokan umenongok itu jelas menunjukkan puak2 ni amat2 bengong sekali.

Anonymous said...

mohon ahli pakatan untuk print dan sebarkan kepada rakyat....terutama kampung kampung.

Anonymous said...

Tuan-tuan semua boleh memberi penerangan serta hujah-hujah bernas di atas bagi mematahkan propaganda UMNO ini.

Sila tumpukan kepada golongan yang Mat Sabu kata "....gigit mee pun dah tak putuih....."

Anonymous said...

Baru2 ini sy berhujah dgn Ketua Cawangan Umno Mentari Sunway...kasihan, beliau bukan saja tidak berkredibiliti dlm berhujah tp penuh dgn emosi dgn menyatakan or melayu akan mundur dan dijajah oleh org cina jika pakatan memerintah,disampimg itu beliau berkata banyak tanah2 org melayu akan dijual nt....haha sy berhujah dgn fakta melalui Umno dasar DEB telah gagal memajukan org melayu kecuali kroni2 dlm Umno sdiri,manakala tanah2 rezab org melayu lebih dr 3 juta hektar separuh drpnya telah dijual atau digadai kpd kapitalis2 cina dgn bantuan Umno.semua ini berlaku sejak 55 tahun Umno memerintah....jadi soalan mudah,apa yg UMNO lakukan selama 55 tahun ini, beliau tidak tahu menjwb malah dgn emosi menyatakan org melayu hanya akan berjaya dgn Umno,kasihan mmg benar kata Tun Mahathir tiada lg pemimpin berkredibiliti yg akan masuk Umno sbb sikap Umno yg hanya mahukan pemimpin2 lembu supaya mudah dicucuk hidung....sedih kesian sgt dah UMNO nehhhhhhh