Friday, December 21, 2012

Pembakaran Jambatan Antara Simbol Kejahatan Umno

KENANGAN                                                                                                        




Apabila bercakap fasal berbagai tindakan agresif para pembela dan pejuang bangsa di dalam Umno, kononnya untuk mempertahankan kedaulatan bangsa dan negara, maka teringatlah beberapa peristiwa besar yang telah dirakam oleh sejarah. Peristiwa dan kejadian itu juga secara tidak langsung menunjukkan akan kerakusan, hilang akal politik orang Melayu khasnya dan politik Malaysia amnya.

Ada beberapa kejadian yang berlaku, sebenarnya amat perit untuk dikenang tetapi terpaksa disebut untuk dijadikan iktibar. Biarlah generasi terkini menilainya sendiri dari persepktif mereka.

Semua peristiwa ini sebagai tanda mata kepada kecederaan politik bangsa Melayu. Kejadian-kejadian yang tidak sepatut berlaku ini jika diukur kepada hakikat sebangsa dan seagama, tetapi ia berlaku dan menjadi bukti betapa sadis politik Melayu yang dilakukan oleh Umno. Umno telah bertindak kejam dan di luar batas-batas demokrasi, dan ada kalanya di luar batas-batas undang-undang dunia sekalipun. Batas agama dan adat tidak perlu dikira lagi kerana Umno parti paling Melayu!



Perbuatan atau kejahatan politik Umno ini bukan sehari dua ini, bukan bermula dengan peristiwa 'menagur' bas PKR, menganggu ceramah Anwar, atau pun menyerbang petugas-petugas di tempat ceramah seperti berlaku di Gombak Selatan, tetapi ia berlaku sejak tahun 1969 lagi kira-kira lebih 40 tahun lalu. Bahkan Umno menubuh skuad khas untuk melakukan pengkhiatan dan gangguan terhadap demokrasi. Bolehlah dikatakan kejahatan Umno bermula sejak di dalam telor lagi.

Di antara peristiwa membuktikan kekejaman dan kezaliman Umno ialah, kejadian membakar jambatan atau gertak di Kampung Gertak No 3 di dalam Dewan Undangan Negeri Gual Periok, Rantau Panjang Kelantan, di kampung saya sendiri. Bolehlah dianggap kejadian ini berlakudi hadapan mata saya sendiri.

Kejadian itu berlaku pada tahun 1969 semasa pilihan raya umum. Menjelang hari mengundi pemuda tahan lasak Umno dari Rantau Panjang telah bertindak membakar jambatan di kampung Gertak 3, yang menghubungkan kampung Baruh Pial, Kubang Kual dan Bukit Tandak dengan pusat mengundi di Kampung Bakat. Gara-gara pembakaran itu menyebabkan lebih 200 orang pengundi tidak dapat keluar mengundi.

Natijah dari perbuatan itu calon Pas Nawawi Ahmad kalah kepada Hussein Ahmad dengan majoriti tipis. Kemenangan Hussein Ahmad yang disifatkan sebagai kemenangan dengan cara jahat itu memberi peluang pertama kali untuk Hussein menjadi wakil rakyat selepas tewas beberapa kali sebelum itu. Sebenarnya tidak menjadi masalah kalau Hussein menang, tetapi kesan psikologi politik dari peristiwa itu besar dan tambah malang lagi kejadian itu memburukkan kitab sejarah negara.

Dengan kejadian itu juga dunia mengenali akan kejahatan orang politik di daerah sempadan itu.

Semasa balik ke kampung minggu lepas saya mengunjungi lokasi kejadian itu untuk mengingat dan menghimbau kembali peristiwa berkenaan. Jambatan atau pun anak sungai yang dibina jambatan (gertak) itu sudah pun tiada. Jalan yang dulu bertanah merah dan berdebu kini sudah diturap tar. Kesan-kesan puing-puisng pembakaran juga sudah tidak ada.

Lama saya berdiri dan memerhati disekeliling lokasi itu sambil membayangkan bagaimana kecewa dan peritnya penyokong Pas melihat kejadian itu menyebabkan mereka gagal untuk melaksanakan tanggungjawab, mengundi, kerana perhubungan ke tempat mengundi sudah putus. Saya bayangkan tentu adalah mak cik dan pak cik menangis, kegeraman sambil melihat jambatan dimakan api.  Namun mereka hanya bisa menangis dan berdoa mengharap Allah memberi petunjuk kepada semua.

Generasi hari ini termasuk di Gual Periok dan Rantau Panjang tidak pernah tahu bahawa di situ pernah berlaku kejadian menyayatkan hati. Buku sejarah di sekolah menengah dan rendah tidak mencatat peristiwa itu sebagai lambang kerakusan politik negara.

Namun bagi generasi yang lahir tahun 50-an dan 60-an yang peka kepada sejarah dan politik tetap akan mengingatkan sesuatu yang pernah terjadi di situ. Peristiwa itu kemas melekat di sanubari mereka. Walaupun api yang mrembakar jambatan kayu itu sudah padam, asapnya sudah dibawa angin dan dihirup kabus namun nyalaanya masih menyambar mata dan minda orang-orang generasi 60-an seperti saya.

Selamanya peristiwa yang pernah berlaku dilokasi itu akan diingat dan dikenang, bukan saja oleh orang-orang Pas dan rakyat di Gual Periok tetapi orang Pas dan rakyat Malaysia yang mencintai demokrasi juga, dan oleh mereka yang membenci kerakusan dan kebiadaban yang si pelakunya. [wm.kl.10:34 am 21/12/12]

5 comments:

paradiseflower said...

Sdr. MSO, saya berasal dari Tal Tujuh, Pasir Mas masih terkenang peristiwa pembantaian kampung kami oleh gerombolan Pemuda Tahan Lasak UMNO pada 2 Mei 1969. Rumah Tok Penghulu Che Ahmad (arwah)dan kelab PAS dirobohkan dan Pondok Pakcu Dollah cuba dibakar. Saya yang berumur 15 tahun ketika itu terpaksa bergilir-gilir menjaga kampung kami dari kerakusan Pemuda Tahan Lasak. Jadi, bila UBN memulakan kembali sejarah itu sekarang ianya bagaikan membakar kembali hati kami untuk tidak menyokong mereka. Dan akan saya war-warkan kepada anak cucu kami tentang kejahatan UMNO kepada kami. Sekian...

Amir Aiman Akashah said...

setiap kebaikkan akan dibalas oleh Allah swt, begitu juga dengan setiap kejahatan yang kita lakukan. semuanya tddk akan terlepas dari hukuman dan pembalasan Allah swt. Janji dia adalah pasti.....jika tiada pembalasan di dunia, mungkin di akhirat sana.

jazakallah

puterjihad05 said...

Kerakusan dan kejahatan pemuda tahan lasak mungkin akan berulang disaat umno akan kehilangan kuasa

rizal ijal said...

saya mencadangkan supaya Tuan Mso membukukan kisah kezaliman Umno yang dipadamkan untuk mengaburi fikiran generasi muda seperti kami. Semoga mendapat perhatian

Anonymous said...

setuju sgt dgn cadangan supaya Tuan MSO bukukan kisah2 ini supaya kami anak-anak muda mendapat info sebenar. tq jazakallah...