Monday, December 10, 2012

Tengku Azlan Bersara Dalam Politik

TENGKU AZLAN                                                                                                                                           
Sejak malam tadi beberapa rakan termasuk pemimpin parti politik menelefon saya mahukan pengesahan apakah ahli Parlimen Jerantut Tengku Azlan Sultan Abu Bakar telah mengumumkan keluar Umno dan menyertai Pakatan Rakyat. Saya sebenar tidak mengetahui maklumat itu dan tidak pun dibayangkan sesiapa sebelum ini yang Tengku Azlan akan meninggalkan Umno.

Tengku Azlan, masih kekal dalam Umno.
Apa yang pernah dibisikkan kepada saya Tengku Azlan tidak akan mengekalkan kerusi parlimen Jerantut, itu saja.

Beliau dikatakan tidak akan bertanding di dalam pilihan raya akan datang. Bagaimana pun menjelang raya puasa baru-baru ini terdengar desas desus mengatakan beliau menarik balik hasrat itu ada sebab-sebab tertentu di mana beliau akan mengekalkan kerusi Jerantut.

Saya telah cuba mendapat pengesahan dengan Pesuruhjaya Pas Pahang Tuan Ibrahim Tuan Man. Menurut Tuan Ibrahim dia juga ada dengar begitu; pada mulanya Tengku Azlan dah nak lepas kerusi Jerantut tetapi kini terdengar pula desas desus dia akan bertanding kembali.

Sejak pagi pagi tadi saya menghubungi beberapa orang rakan Tengku Azlan termasuk Mazlan Datuk Harun. Menurut Mazlan apa yang beliau ketahui, Tengku Azlan tidak keluar dari Umno tetapi dia mengumumkan akan bersara dari politik.

Kata Mazlan kekeliruan mengenai status Tengku Azlan ini ekoran salah lapor akhbar berbahasa Tamil yang melaporkan Tengku Azlan keluar Umno dan menyertai Pakatan Rakyat.

"Tidak Tengku Azlan tidak keluar Umno, dia hanya mengumumkan - memberi tahu wartawan akhbar itu yang beliau akan bersara dalam politik, bukan keluar Umno," jelas Mazlan.

Penjelasan Mazlan itu menyapu tanda tanya mengenai kedudukan Tengku Azlan. [wm.kl.1.19 pm 10/12/12]

No comments: