Monday, December 3, 2012

Jangan Ghairah Mencabar Najib

RENUNG KE DALAM                                                                                                           

Keghairahan UBN merasakan mereka akan menang malahan akan mencapai 2/3 dalam pilihan raya akan datang sepatutnya tidak dicemburui oleh Pakatan Rakyat. Pemimpin PR tidak perlu merasa tercabar dengan keghairan itu sehingga mencabar balik Najib Razak supaya membubarkan segera parlimen.

Kenyataan Ketua Penerangan Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man mencabar Najib segera membubarkan parlimen kalau benar parti itu berada dalam keadaan selesa, rasanya bukan satu cabaran yang bijak dan baik. Cabaran ke atas lawan yang kita sendiri belum siap siaga sepenuhnya bukan tepat. Tuan Ibrahim atau sesiapa saja jangan begitu 'cepelek' (celupar) mulut mencabar UBN kerana sikap begitu boleh dilihat sebagai 'agah' atau pun sombong.

Biarkan apa saja pemimpin UBN hendak kata usah dipedulikan. Kata-kata Najib kononnya BN selesa dan akan menang besar adalah provokasi saja. Dia mahu melihat bagaimana pemimpin PR memberi reaksi ke atas semua itu. Kalau dengan provokasi itu pembangkang termakan sehingga membuat cabaran balik ia akan merosakan imej Pakatan Rakyat kerana rakyat akan melihat Pakatan sudah over konfident.

Kalaupun BN dalam tidak selesa atau tertekan dalam perkiraan Pakatan Rakyat biarkan saja. Mengajak orang untuk bertumbuk bertalu-talu walaupun orang diajak itu relatif lemah tidak bijak. Apa kena diingati yang menilai diri kita bukan sesama sendiri tetapi rakyat. Kita akan menilik di hadapan cerin besar rakyat bukannya menilik dengan cermin sopek di rumah sendiri.

Hari ini adalah lebih baik kalau PR menumpukan kepada gerak kerja untuk menghadapi pilihan raya. Memperkemaskan jentera parti dan juga mempereratkan persefahaman sesama sendiri. Menyediakan sebanyak bahan-bahan bacaan untuk disebar kepada rakyat. Mengolahkan dalam bentuk design atau persembahan yang mudah difahami.

Pakatan lebih baik muhasabah diri sejauh manakah Pakatan telah benar-benar bersedia didalam perkara ini. Rasanya Tuan Ibrahim sendiri maklum mengenai perkara ini. Masih ada sudut-sudut tertentu di dalam Pakatan Rakyat belum kemas molek. Kemenangan tidak akan tertempa dengan angan-angan dan bahasa yang retorik.

Map road ke Putrajaya biarlah jelas dan lurus, jangan mencabar parlimen dibubarkan.

Biarlahl kita dilihat 'seronyeh' dan 'serebeh' tetapi hakikat sebenarnya kita kuat dan gagah. Tidak ada guna kita bertempik dan menunjukkan kita kuat tetapi hakikatnya tidak begitu. Apakah masalah pembahagian kerusi di antara komponen Pakatan Rakyat kini sudah selesa. Dan kalau selesa apakah pengagihan kerusi didalam Pas sudah sempurna. Di Terengganu misalnya sudah redakah pertikai kerusi di antara Pas dengan PKR.

Sudahkah Pas Terengganu melayan PKR dengan adil dan saksama? Dan apakah PKR pula menyedari kekuatan dan tenaga sahwat politik mereka di negeri penyu itu, jangan pula kata orang nafsu kuat energi kurang?

Juga apakah Pas sudah mengenal pasti calon-calon mereka diambil dari kalangan berwibawa untuk bertanding atau pun terpaksa mengulangi calon lama, tidak dapat dikehek kerana kroni ataupun kerana dia semata-mata Yang Dipertua kawasan?

Masalah ini patut dijuruskan oleh Tuan Ibrahim dan pimpinan Pas lain. Perkemaskan diri sendiri dan menanti saat bertempur dengan penuh siapsiaga. Tidak ada guna kita bertempik mencabar orang berlawan dengan kita kalau dalam perlawanan nanti kita jatuh bertonggeng. Kalau itu berlaku orang hanya kata, kita hanya kuat di mulut dan 'reng' (tenaga) tidak ada.

Jadi awaslah sebelum membuat cabaran dan pastikan cabaran itu tidak akan membidas ke muka sendiri. Hari ini tidak perlu mencabar excited Najib membubar parlimen lagi, kerana edah pembuburan itu sudah pun hampir rapat. Cabaran atau tidak parlimen terpaksa juga dibubarkan nanti. Dibimbang apabila parlimen dibubarkan pihak Pakatan masih kalut, itu tidak ada, ini tidak buat, akhirnya akan kalah nanti. [wm.kl.11:50 am 03/12/12] 

2 comments:

andah said...

Saya setuju dengan apa yang diutarakan oleh penulis. Seperkara yang perlu diingatkan adalah issue pengundi HANTU. Nampaknya perkara ini membisu seprti disimpan dalam "cold storage".Jangan sampai Parlimen dibubarkan baru nak kelam kabut.

Nor Azman bin Sukerman said...

Assalamu alaikum tuan. Bagi saya dari mencabar Najib untuk mebubar parlimen, adalah baik kalau PAS berusaha mengasak Najib ke dinding. Dalam erti kata lain mencari jalan memaksa Najib hilang kuasa dengan sendirinya melalui pembubaran parlimen secara otomatis pada 28 April nanti. Jika itu berlaku PR sebenarnya secara psikologi telah menang dan moral rakyat untuk menjatuhkan BN akan lebih tinggi lagi.