Saturday, September 30, 2017

Pelancaran PH Johor dan Fastaqim di Terengganu

ULAS KEGIATAN

Sebahagian hadirin di pelancaran PH Johor.
Malam tadi dua acara politik berlangsung serentak. Satu di Pantai Timur di Terengganu, Fastaqim 2.0 anjuran Pas, manakala satu lagi di Selatan Johor, pelancaran rasmi Pakatan Harapan (PH) di Johor.

Kedua-dua acara itu membawa signifikan tersendiri. Di Teluk Jembal, Terengganu Pas mahu menunjukkan kekuatannya serta semangat menjelang Piraum ke-14 tidak lama lagi. Parti itu mahu menzahirkan kekuatan fizikal, kesepaduan ahli dan menggerak semangat istiqamah para ahlinya.



Sebahagian hadirin di Fastaqim 2:0. 
Fastqaim 2: 0 mensasarkan untuk menghimpun 200,000 peserta dari seluruh negara. Keupayaan Pas mencapai sasaran itu membuktikan parti itu masih relevan dan mendapat kepercayaan rakyat walaupun menyatakan sikap untuk bersendirian.

Pencapaian sasaran itu juga membuktikan bahawa kepimpinan Pas kini diwajahi ulama konsevertif diterima umum. Sebaliknya jika ia gagal acara itu memberi kesan "masam" kepada parti gemulah chek ambo itu.

Apakah sasaran itu akan dicapai? Ia sedikit meragukan kerana sehingga semalam tidak sampai 50,000 yang hadir dilaporkan. Tidak banyak juga gambar yang dipasang di facebook atau pun dalam media sosial lain.

Apa yang ralatnya juga majlis malam pertama semalam katanya terhalang dengan angin ribut dan hujan bahkan ketika salah seorang pemimpin berucap, melantun guruh yang memeranjatkan. Bagaimana pun tiada kecederaan yang dilaporkan. Semoga sahaja majlis itu dilindungi Allah s.w.t. Kejadian petik dan guruh itu akan dijadikan bahan pemikiran.

Nawaitu yang sama.

Pemimpin PH membuka banner pelacaran PH Johor.
Manakala di Johor pula PH, khasnya di Johor juga mempunyai naiwatu sama mahu menunjukkan kekuatan dan menyatakan persediaan mereka untuk menganyang Johor yang menjadi kubu UBN selama ini. Majlis itu disempurnakan pelancarannya oleh Pengerusi PH Dr Mahathir Mohamad, dihadiri sama oleh pemimpin-pemimpin kanan lain termasuk Muhyiddin Yassin, Salahuddin Ayub, Amiruhuda, Saifuddin Nasution Ismail, Lim Kit Siang dan lain-lain.

Dengan pelancaran semalam rasminya PH Johor meletakkan kerjanya untuk menganyang UBN dan menjadikan PH sebagai wadah baharu kepada rakyat Johor. Harapan lebih besar diterbitkan dari acara semalam ialah mahu mencatat sejarah baru dalam arena politik negara ini yang diharap bermula di Johior. PH mahu tawan Johor menjadikan Johor sebagai negeri perintis kepada penawanan Malaysia. Ehwah...

Sebenarnya PH Johor sudah bergerak beberapa bulan sebelum ini. Pelancaran semalam yang dihadiri ribuan rakyat menunjukkan PH yang terdiri gabungan empat buah parti, PKR, DAP, AMANAH dan PPBB mulai diterima oleh rakyat Johor. Kesuksesan acara semalam memberi petanda baik yang tidak boleh dilihat sebelah mata oleh UBN Johor.

Seperti mana kata Presiden PBBM Muhyiddin Yassin yang diangkat menjadi kapten utama PH Johor bergandingan dengan Timbalan Presiden AMANAH, Salahuddin Ayub bersama pemimpin-pemimpin lain, selepas pelancaran itu, PH selepas ini akan bergerak disegenap pelusuk negeri Johor memasuki bukan sahaja kawasan ubran (bandar yang telah lama dimasuki) tetapi kawasan luar bandar juga.

Tumpuan khusus diberikan kepada kawasan Felda yang menjadi kawasan kuat Umno selama ini. Sekiranya PH dapat menguasai setengah kawasan luar bandar yang dominan Melayu, tidak mustahil satu sejarah baharu yang diimpikan itu akan tercatat di Johor apabila kekuadaan UBN sejak tahun 1955 akan ternafi. Di kawasan bandar gabungan itu tidak begitu bimbang kerana kerabatnya DAP memberi jaminan akan menguasai kawasan bandar.

Muhyiddin malam tadi menzahirkan harapan besar rakyat Johor akan mencatat sejarah dalam pilihan raya akan datang, dan mahu menjadikan Johor sebagai barisan hadapan untuk menguasai Malaysia. Dalam katanya, dengan track record yang ada kepada rakyat Johor beliau mahu menjadikan Johor sebagai negeri perintis menakluki Malaysia.

Apa disuarakan itu tidak mustahil kerana rakyat Johor telah membuktikan keupayaan mereka dan merekodkan sejarah politik tersendiri. Di Johorlah Umno ditubuhkan kemudian dengan Umno berjaya menghalau penjajah dari negara ini. Atas sejarah itulah Muhyiddin mengajak rakyat Johor bangkit sekali lagi melakukan tindakan berani untuk membersihkan negara yang dikotorikan oleh Najib Razak.

Dr Mahathir berucap melancarkan PH Johor.
Dalam pada itu beliau berteori untuk mengugatkan Umno, maka Umno di Johor dahulu perlu diranapkan.

Harapan Muhyiddin itu selari dengan apa disuarakan oleh Saifuddin Nasutiion Ismail yang menyifatkan bumi Johor subur dengan Pakatan Harapan. Sementara Salauddin pula yakin Johor akan jatuh kepada PH dan ianya akan dilakukan dengan cara politik Johor yang penuh tata susila dan santun.

"Gelombang di Johor (kejatuhan UBN) akan berlaku dengan kesantunan orang Johor," kata Salahuddin yang begitu optimis semangat dan sikap sopan satun orang Johor, politik matang akan menarik hati rakyat seterusnya memberi peluang kepada PH.

Ternampak sekali pada majlis semalam wujud kesepakatan dan kesepaduan di kalangan pemimpin PH. Parti itu juga mencapai konsesus untuk saling bantu membantu dalam pilihan raya akan datang. Pasti kalau ini dapat direalisasikan, apa yang diimpikan itu akan berjaya.

Dan bagaimana dengan Fastaqim 2:0 di Tok Jembal Kuala Nerus itu pula. Untuk menuntaskan acara itu di sini tidak adil kerana ia akan berakhir malam ini. Apakah sasaran tercapai dan apakah solusi dari himpunan itu dan sejauh mana kesannya dapat dilihat selepas ini. Paling ditunggu kejutan dijanjikan di acara itu sama ada berlaku atau pun tidak. Apa yang jelas acara di Johor semalam lebih bersemangat dengan acara di Terengganu itu. [wm.kl.7:15 pm 30/09/17]
Post a Comment