Mulanya saya mengira UBN akan menyisihkan presiden PAS Abdul Hadi Awang daripada diserang dalam usaha untuk mencari sokongan dan membina kekuatan parti itu. Umno akan kekal Hadi sebagai tidak berdosa bagi mengelirukan rakyat dan pihak Pakatan Rakyat. Tetapi ternyata anggapan saya itu meleset. Abdul Hadi tidak terlepas ikut sama memeriahkan dada-dada media massa PB dengan kecaman dan cercaan terhadapnya.
Abdul Hadi: Dituduh sesat. |
Sebelum ini semua pemimpin ternama di dalam Pakatan Rakyat telah diserang dan digodam semahu-mahunya. Ia dimulai dengan Anwa Ibrahim yang dianggap sebagai kepala jahat dalam Pakatan Rakyat dan pengkhinant negara dan bangsa Melayu nombor satu oleh Umno. Semua bahasa huduh dan jahat dilemparkan ke atas Anwar. Anwar digambarkan manusian banjingan.
Tidak tertinggal satu kejahatan Anwar pun yang dialpkan. Semua diungkit dan dibangkitkan, dijual dan dijaja dari gedung hinggakan ke pasar malam politik. Dari isu-isu membabitkan negara sampailah ke isu peribadi yang mengaibkan. Sekiranya segala itu dijadikan prasyarat utama untuk seseorang menjadi perdana menteri, maka Anwarlah paling layak bahkan terlebih layak menjadi PM kerana beliau sudah sampai ke peringkat "Ulul Azmi."
Anwar: Khianat negara? |
Serangan ke atas Anwar berjalan serentak dengan serangan ke atas Nik Abdul Aziz Nik Mat. Kerana Nik Aziz tidak ada kesalahan peribadi maka apa yang dapat dilakukan menghimpun kata-kata silap atau pun filsafah politik Nik Aziz yang tidak difahami untuk dijadikan alasan dan hujah. Kenyataan atau mantik-mantik siasah lamanya diungkit balik dan didendangkan di telinga rakyat.
Cubaan untuk menghuduhkan Nik Aziz dengan rasuah dan penyelewengan tidak begitu menjadi, ia bukan umpan lemak yang dilempar ke dalam laut dalam... tidak dimakan ikan. Maka Nik Aziz digambarkan sebagai pemimpin tua yang dijadikan alat dan diberikan 'nasi tangas' oleh Anwar dan DAP.
Selain Nik Abdul Aziz, pemimpin lain yang diserang ialah Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmi Ali bersama timbakan presiden PAS Muhammad Sabu. Azmin digambarkan sebagai seorang yang korup, gila kuasa ataupun menggadaikan isteri kepada bosnya Anwar. Muhammad Sabu pula dituduh sebagai penyokong komunis, beraliran syariah dan seorang pemimpin Islam yang boleh dipertikaikan moralnya.
Kedua mereka ini disusahkan dengan berbagai bentuk pertuduhan dan dakwaan di mahkamah. Muhammad Sabu mencatat rekod sebagai orang yang paling banyak dituduh di mahkamah atas kesalahan kerana politik. Begitu juga dengan Azmin.
Nurul Izzah: Benarkan murtad? |
Serangan menggila bukan saja kepada pemimpin PAS, tetapi DAP juga menjadi sasarannya. Tiga pemimpin utama dalam DAP diserang siang dan malam dengan menggunakan hampir semua jenis senjata. Mereka Lim Kit Siang, anaknya Lim Guan Eng dan Karpal Singh. Mereka digambarkan sebagai anti Melayu dan Islam serta cuba membentuk negara bangsa mereka sendiri di Tanah Malaya ini.
Lim Kit Siang diserang dengan membawa cerita Kiat Siang adalah anak didik Lee Kwan Yew bakal membawa Malaysia menjadi sebuah negara liberal milik Cina persis Temasik. Gua Eng pula seorang ketua menteri yang menganiaya dan menyisihkan Melayu di Pulau Pinang. Sementara Karpal Singh digambarkan penentang agama Islam terutamanya hukum hudud.
Lain-lain pemimpin yang tidak berjawatan tinggi tetapi menunjukkan potensi dan kebolehan memimpin serta daya komitmen tinggi kepada rakyat seperti Tany Phua, Tian Chua, Abdul Khalid Ibrahim ikut sama diserang. Mereka diberikan gambaran sebagai Cina yang cuba membawa idealisme dan aspirasi Cina manakala Khalid sebagai pemimpin yang kononnya bersifat eltis melupai rakyat.
Dalam kerancakan Umno menyerang semua pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat itulah, mulanya mereka semacam mengecualikan Abdul Hadi Awang. Sikap ini hinggakan menimpulkan pertanyaan dan konfius banyak pihak. Semacam Umno sengaja memelihara Abdul Hadi Awang untuk tujuan dan maksud tertentu. Berita buruk mengenai Abdul Hadi tidak sebanyak cerita buruk pemimpin lain yang disiarkan akhbar Utusan Malaysia, Berita Harian dan lain-lainnya. Tetapi akhirnya mungkin setelah psywar ini tidak berjaya maka Abdul Hadi terpaksa juga diserang dan dilanyak dengan menimbulkan semula "Amanat Haji Hadi".
Nik Aziz: Nyanyak. |
Tidak lupa ketua jabatan yang selalu menjadi 'Pak Ka', (chemeleon) yesman juga ikut sama berusara kerana bimbang dapur tidak akan berasap untuk menjatuhkan hukuman sesat ke atas Abdul Hadi.
Yang bergema di serta ruang umum hari ini ialah cerita amanat berkenaan. Nampak semua pihak dalamn Umno dan juga orang yang menjadi penghidu punggung Umno ataupun bekerja untuk mendapat komisyen bagi membeli minyak untuk dapaur minyak ramai-ramai menyanyi-nyanyikan amanat berkenaan. Memberi tahu kepada umum yang Abdul Hadi sesat barat.
Dengan menjadikan Abdul Hadi sebagai 'oknum' terbaru, jadi kini Umno tidak mengecualikan sesiapa lagi didalam Pakatan Rakyat semuanya diserang hendap dan dibedal. Umno sudah tidak merezebkan mana-mana orang di dalam Pakatan Rakyat, terutamanya PAS. Jadi dengan serangan ke Abdul Hadi ini dikira lengkapkah persengketaan Umno dengan PAS dan Pakatan Rakyat. Dengan lengkapnya sengketa ini maka Umno sudah tiada apa-apa agenda tersembunyi lagi seperti mahu memaut Abdul Hadi bersimpati kepada Umno atau sebagainya, jadi hendak tak hendak suka atau tidak Umno kena berlawan dengan semua orang yang dianggap musuhnya. Serangan Umno ke atas Abdul Hadi ini juga menggembirakan PKR dan DAP?
Kesimpulannya hari ini Najib Razak sudah tidak ada sesiapa lagi kawan sebangsa dengannya dari luar Umno. Najib kini hanya berkawan dan mengayahkan Mahathir Mohamad sebagai induk dan mentol naluri politiknya. Apa yang berlaku orang nampak akan kesilapan dan kelemahan Najib sebagai seorang pemimpin parti dan negara.
Karpal Singh: Anti hudud. |
Orang-orang yang dimaki hamun dan diserang oleh Umno hari ini mempunyai nilai dan harga tinggi yang maha dari kaca mata masyarakat. Harapan Umno untuk rakyat melihat mereka sebagai hina dan jahat tidak menjadi. Inilah istidraj namanya. Orang-orang ini, Anwar Ibrahim, Nik Abdul Aziz, Abdul Hadi Awang, Azmin Ali, Muhammad Sabu, Husam Musa, Nurul Izzah, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Karpal Singh, Tian Chua, Tony Phua adalah hero dan wira di mata rakyat.
Usaha Umno hendak memburukan imej dan maruah mereka sia-sia sebaiknya serangan dan penghinaan terhadap mereka menjadi Pakatan Rakyat semakin kuat dan rakyat nampak Umno terus terjempik dan longlai, rakyat pula meletakkan mereka sebagai orang yang layak untuk menjadi pemimpin.
Mat Maslan tidak termasuk dalam senerai ini. Mat dah mandi junuh ke? [wm.kl.7:57 am 31/12/12]
16 comments:
Terbaik...terbaik...alangkah indahnya jika semua rakyat negara ini dapat menjenguk blok tuan...teruskan menulis...
Keadaan sebegini sememangnya PERLU dijangkakan kerana FAKTOR kelemasan dan perasaan terhimpit oleh pendukung UBN.Strategi terbaik adalah dengan mendesak dan terus mendesak AGAR Tuan Guru Haji Abdul Hadi diberi keadilan untuk menjwab tuduhan itu secara LIVE di medai masa bergambar gerak!
Hal-hal sebegini sepatutnya tidak menjadi KEJUTAN kepada barisan pembangkang,malah WAJIB telah bersedia dgn hal yg lebih rumit dan komplek. Jentera perang saraf UBN jgn sesekali dipandang rendah. PR mestilah mengempur segenap ruang dan peluang yg ada di masa yg ada ini dengan cara memberi tekanan kepada UBN. Kebolehan dan keupayaan juak-juak disekeliling NAJIB adalah jentera manusia yg paling lemah pernah seorang Perdana Menteri miliki,ambil kesempatan ini dengan LONTARkan sebanyak mungki hal-hal yg melibatkan kewangan negara dan GAMBARKAN kepada golongan sederhana dan miskin kesan dari penyelewangan ini!
Jika diikutkan perkembangan semasa......hal yg melibatkan AMANAT ini adalah sedikit sangat kesannya kepada PENGUNDI malaysia kerana isu ini isu yg telah BERKULAT dan dah lama basi!
Buah fikiran demo tahap yg paling haprak. Tulisan demo mcm mmaksa org sokong apa yg dtulis. Sedangkn yg ditulis adlah olahan dan disedut dari hasil rekaan dan provokasi pmbangkang trhadap BN mnjelang PRU 13.
Saya sengaja lepaskan komen dari seorang penjenguk bertaraf intelektual ini. Walaupun tahap tulisan saya hakprak tetapi turut sama dinilai oleh penjenguk ini. Terima kasih kerana memberi input yang cukup baik buat saya. Didoakan moga sdr ini diberikan kekuatan untuk terus melahirkan tulisan yang bertaraf dunia dan akhirnya dapat memberi pencerahan kepada semua. Janganlah lupa blog saya. Horas.
Maafkan saya tn mso. Mengatakan anwar ibrahim sudah sampai sampai keperingkat ulul azmi macam tak kenalah. Kenampakkan seperti pujaan berlebih pula.
Kita pun tahu Rasul2 yang digelar ulul azmi ni macam mana mereka menerima ujian dan dugaan. Kita tak boleh samakan dugaan politik yang diterima oleh anwar dengan para rasul itu menerima dugaan dan ujian demi agama yang saya kira terlebih besar lagi.
Maafkan saya atas teguran ini
Tuan MSO, tulisan tuan dikatakan haprak oleh seseorang yang paling intelektual komennya. Tuan, ambo faham apa yang tersirat kerana macam biasa lah, apa yang dikomen oleh pencacai UMNO nilainya amat tinggi menggapai langit ke tujuh, hingga tak nampak langsung nilainya. HAHAHA, pencacai otak udang, busuk dan tak boleh diambil buat bicara. Tahniah kerana melepaskan tulisan pencacai 11.12AM
TUAN MSO.
OK LAH TU CERITA POLITIK HUJUNG TAHUN. TAPI SILAPNYA TUAN PANTANG DI NGOMEL ( DI KOMEN ).
Mcm mana tulisan yg x haprak bak mai nk baca...
Tuan MSO
Seorang penulis macam tuan menulis tidak sama dgn seorang bukan penulis menulis. Teruskan... kami sentiasa menyokong tuan. Jangan peduli dgn mereka yg haprak tu..
hebat tak hebat bau haruman tong taik umno hinggakan ulaRmak2 dari kecil menadah kitab belajar halal & haram tapi bau haruman tong2 taik umno jadi pilihan hati, tak lupe penjual2 agama pada harga yg murah.
Tuan MSO, jika Umno, tOk Peti dan pencari2 kebenaran tu sememangnya mahukan perjernihan ttg "amanat' ini, sepatutnya mereka berikhtiar memberi satu slot kpd Hj Hadi utk menjelaskannya di TV secara live spt yg dimahukannya. Hj Hadi pun akan yakin bahawa org akan faham seperti apa yg keluar dari mulut dia sendiri , bukan keluar dari mulut2 org lain. Itu kalau diorang memang mahu penjernihan lah.. Kalau UBN hanya mahu buat modal utk pilihanraya ni...lebih baik tok soh layanlah...
Orang yang tidak mahu memahami ucapan Tuan Guru kemudian mahu mengulasnya akan mengulas sampai nampak kebodohannya, seperti orang yang tidak faham tulian Tuan MSO tentang Ulul Azmi kemudian mahu mengulasnya sampai menampakkan tahap akalnya.
Semua yang cerdik akan faham bila satu-satu perkataan itu di letak "...", itu bukanlah apa yang dimaksudkan.
Kalau dibuat secara siaran tertunda maka itu merupakan perangkap...berhati hati lah jangan sampai terpedaya.
pru13 , paling hebat umno laku kan serangan
tidak pernah dlm sejarah pru , dari no 1 hingga 12 dulu , menggila sekali serangan umno & mahathir
apakah ini tanda2 betapa cemas nya umno ketika ini
,,,,,,rakyat terbanyak harus perlu menguatkan iltizam & semangat utk menjatuhkan umno dlm masa 3 bulan dari sekarang
Terserlah kejahilan pengikut syatian di kenali bagicmemahami Nilai sastera dan olahan bahasa hasil penulisan Intelektual Politik...kurangnya budaya Ilmu dikalangan mereka,apa sahaja penulisan bersifat akademik..di nilai dr sudut kefahaman singkat dan songsang mereka... teruskan menulis MSO...pembaca yang sentiasa setia :-)
Syabas Tn MSO !Puak pembodek dan pecacai BN payah untuk mengakui kebenaran .Teruskan menulis.
Post a Comment