Tuesday, February 10, 2009

Perkembangan di Ipoh

Pejabat MB Kunci SUK Dikawal

Menteri Besar Rakyat, Mohamad Nizar Jamaluddin bersama Exconya gagal untuk memasuki pejabatnya hari ini apabila pejabat pentadbiran negeri Perak itu dikunci dan hanya pintu kecil saja dibuka untuk orang ramai berurusan.

Keadaan bangunan SUK juga dikawal oleh FRU dan polis berpakaian biasa. Semua jalan menuju ke bangunan pejabat MB itu diadakan sekatan jalan raya. Polis trafik mengawal sepenuhnya Bandaraya Ipoh.

Menteri Besar baru, Zambry Abdul Kadir yang juga dijangka akan memasuki pejabat Menteri Besar itu juga tidak kelihatan. Semalam Zambry membayangkan beliau juga akan memasuki pejabat Menteri Besar itu bagi memulakan tugasnya.

Nizar dilaporan berada di sekitar pejabat itu kira-kira 20 minit sebelum berundur dari situ bersama barisan Exconya.

Dalam pada itu pendakwaan ke atas Adun Behrang, Jamaludin Mohd Radzi dan Adun Changkat Jering, Othamn Jailu berhubung pertuduhan rasuah ke atas keduanya yang dijadualkan hari ini juga ditangguh. Satu sumber memberi tahu semua hakim dan pendakwa mahkamah tiada di pejabat hari ini.

Satu seminar yang membabitkan hakim dan pendakwa diadakan hari ini di Ipoh. Dalam pada itu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dikatakan telah pun bersiap sedia untuk melakukan pendakwaan ke atas Jamaluddin dan Othman. Tidak ada tarikh baru diberikan untuk pendakwaan itu.

Manakala laporan media dipetik polis telah mengeluarkan waran tangkap ke atas Mohd Osman Mohd Jailu kerana gagal menghadirkan diri ke mahkamah. Jamaluddin yang juga tidak hadir telah menyerahkan sijil sakit kepada mahkamah. Malam tadi tersebar sms mengatakan Jamaluddin dimasukkan ke wad di sebuah hospital di Kuala Lumpur, bagaimana pun sms itu tidak dapat disahkan. [- 12:20 t/hari 10/0/09]

7 comments:

Anonymous said...

akm..tuan..
sedih dan sadis sekali bila saya membaca komen diatas..siapalah agak nya..agak nya dia ni mempunyai tahap pengetahuan politik yg rendah..lebih rendah dari tahap tabika...Saudara yg memberi komen tersebut jangan lah saudara bertaklid buta dalam membaca sifir politi..
2.buat Saudara Ku MSO terus kan menulis walau pon ada sesetengah buah fikiran,pendapat mahupon pandangan tuan yang saya tidak persetujui tetapi saya menghormati tulisan tuan,tidak salah kalau nak berbeza pendapat..sebab saya tidak bertaklid buta.
3.Mengenai Karpal singh tu pada fikiran saya beliau mengkambing hitam kan diri beliau sebelum beliau dikambing hitam kan, dan langkah ini tentu nya akan memutihkan kambing yang lain, dari pada di hitamkan...(Budak_Kg)

Pak Mat Tempe said...

Pak MSO,
Iznkan saya komen luahan shari dol diatas,
Wah sape sharif Dol ni agaknya bahasa dia tidak sesuai untuk tatapan pengikut blog tuan, Kalau marah pun jangan lah sampai mengeluarkan perkataan seperti itu. Kita semua mesti ada pendapat sendiri dalam sesuatu hal dengan alasan sendiri. Saya hormat semua penulis politik walaupaun bukan semua yang ditulis itu saya setuju. Ini lah demokrasi. Kepada s.dol sabar2 lah sikit jangan marah sangat nanti kena darah tinggi.

Anonymous said...

chaiyok!cyaiyok MSO!!
kite biar je si sarip samseng kg dusun tu..lame-lame dia serah diri jugak kt si ramli...ye la..dasar orag jahat..hati busuk dari bau bangkai

ORE KIT0 said...

salam

oramg yang menulis tanpa identiti ini memang pengecut. kalau benar penuis ni berani dedahkan indentiti dan kemukakan padangan . Selepas itu sama-sama menilai. barulah jantan namanya. Kalau bahasa kasar orang ini ialah orang bodoh sombong

Anonymous said...

Tuan MSO

Nampak sangat si Sarip tu tak boleh baca berita yg bertentangan dengannya.

Saya rasa cerita tuan mengenai ada kes derhaka MB UMNO keatas Sultan Perak (Sultan Idris) yg menyebabkan dia marah.

Sebab sebelum ni orang kurang dan sekarang semua org dah tahu dan boleh tahu melalui blog.

Kalau nak harap suratkhabar biasa jangan haraplah. Sekarang rakyat ada kuasa membaca dari mana mana saja yg dia suka dan memilih yg mana baik dan buruk.

Bukan macam dulu asyik dok kena tarik hidung suruh percaya kat apa akhbar tulis.

Syabas Tuan teruskan menulis biarpun pedih.

Raden

Anonymous said...

Tuan Sayuti
Saya amat berbangga kerana di Malaysia ini masih lagi ada penulis yang begitu adil dalam penulisan. Teruskan dengan usaha tuan, dan blog tuan adalah akhbar saya setiap hari. Manusia seperti Sarif Dol adalah mereka yang tidak sekoloh, dan mikir agok bodo (kato ore kelate). Mereka mcm ni lah yg membuatkan orang ramai agak keberatan utk mendekati PAS, PKR, waimma DAP, kerana takut dengan ketaksuban bodoh mereka. Tahniah Tuan MSO. Keep up the good job.
Nizam
UK

Anonymous said...

Salam.Tn.Haji
Sarip Dol adalah merupakan spesis Melayu yang sudah ketinggalan zaman dan lambang kejumudan orang Melayu.Tn.Haji tak perlu berasa hati atau putus asa.Teruskan penulisan Tn.Haji yang amat bernilai sebagai penuntun kepada mereka yang mendambakan maklumat dan perjalanan politik tanah air.
Syabas dan tahniah diatas kehebatan dan kejayan Tn.Haji dalam mengolah perkembangan dan pergolakan politik semasa.Hasil ketajaman,kemantapan dan ketelusan penulisan Tn.Haji inilah menyebabkan orang seperti Sarip Dol ini menjadi tak sihat akal,kucar kacir seperti ikan kena tuba.Buat Sarip Dol,saya anda perlukan anjakan paradigma,baru orang Melayu boleh mencapai tahap maju.