Monday, February 9, 2009

Belasungkawa

Ahli Parlimen Bukit Gantang Kembali Rahmatullah

DALAM suasana pergolakan politik Perak tidak menentu ekoran Pakatan Rakyat kehilangan kerajaanya, ahli Parlimen Pas, Bukit Gantang, Ruslan Shahrum pula meninggal dunia.

Ruslan meninggal dunia hari ini setelah jatuh dari basikal yang ditunggangginya untuk menju ke tempat keretanya dibasuh di sebuah stesen minyak.

Ruslan memenangi kerusi Parlimen Bukit Gantang dalam pilihan raya umum 8 Mac lalu mengalahkan Abdul Azim Mohamad Zabidi dari BN dan M Mohganan bebas dengan majoriti 1,566. Ruslan mendapat 20,015 manakala Abdul Azim 18,449 dan Mohganan 872.

Parlimen Bukit Gantang mempunyai tiga kawasan DUN, Kuala Sepetang dimenangi oleh DAP, Changkat Jering, Mohd Othman Jailu (bekas PKR) dan Terong, Rosli Husin dari BN. Jumlah pengundi berdaftar di Parlimen berkenaan sebanyak 55,471 dengan Melayu 63.48%, Cina 26.77%, India 9.71%, lain-lain 0.04%.

Menurut Menteri Besar Rakyat, Nizar Jamaluddin jenazah Ruslan kini masih di hospital Batu Gajah. Al Fatihah.
[wm. 1:30 t/hari 09/02/09]

2 comments:

Anonymous said...

Al-Fatihah buat Allahyarham Ustaz Roslan Shahrum...Semoga Allahyarham ditempatkan bersama para syuhada

Anonymous said...

Takziah kepada keluarga Ruslan diatas kembalinya ke rahmatullah Allahyarham Ruslan Shahrum pada 9/2/09. Semoga rohnya dicucuri rahmat ilahi dan diletakkan bersama para syuhada2 dan wali-wali Allah. Amin...

Dalam keadaan Negeri Perak sedang bergolak dengan masalah Politik, maka Allah mengambil nyawa seorang pemimpin Islam. Kita sebagai manusia biasa sudah pasti tidak mengetahui sebab dan musabab perkara ini berlaku. Tetapi yang pasti tentu ada hikmah disebalik apa yang berlaku.

Apa yang pasti PRK Parlimen Bukit Gantang pasti diadakan. Sudah pasti PAS akan meletakkan calonnya untuk bertanding kerana kerusi ini adalah kuota untuk PAS.

Pada pandangan saya dalam situasi politik perak pada hari ini sudah pasti calon yang sesuai adalah DS Nizar sendiri. Saya pasti Insyaallah beliau akan mendapat majoriti yang lebih besar berbanding PRU-12 yang lalu.

DS Nizar adalah seorang yang mempunyai bakat yang terpendam. Sebelum beliau dilantik sebagai MB, tiada siapa yang mengenali Nizar. Tetapi apabila Allah mengtakdirkan beliau menjadi menteri besar maka kepimpinan beliau terserlah. Pidato beliau cukup hebat setanding dengan pimpinan tertinggi PAS yang lain. Kalau tidak keterlaluan beliau pidato beliau sehebat DSAI.

Pimpinan PAS mesti ambil peluang ini di PRK Parlimen Bukit Gantang.


-NH Shah Alam-