Friday, February 6, 2009

Sebelum Beradu

Kenapa Hee Yit Foong Tinggalkan DAP?

MUNGKIN kalangan kita sudah mengetahui sebab-sebab kenapa tiga Adun jantan Jamaluddin Radzi dan Othman Jailu memberi sokongan kepada BN dan Nasaruddin Hashim yang menyertai PKR hanya 10 hari sebelas malam kembali semula ke jelumun asalnya, Umno.

Membaca latar belakang dan sejarah mereka bertiga itu tidak menghairankan. Para tukang tilik juga dapat mengagak apa yang berlaku ke atas diri mereka hanya dengan sekilas menengok muka mereka.

Tetapi apa pula sebab musabab maka Adun betina (maaf wanita), Hee Yit Foon (foto) juga boleh bertindak meninggalkan partinya, DAP dan menyertai BN secara tektikal dengan mengumumkan diri sebagai bebas.

Selalunya ahli-ahli DAP dikenali sebagai parti yang berdisiplin dan berprinsip. Jangan sekali kita mendengar ada ahli DAP keluar parti apa lagi kalau keluar untuk memusnahkan kerajaan mereka atau pun kerana mengharapkan sedikit sisa untuk hidup. Sudah ada wakil rakyat DAP yang meninggalkan parti tetapi mereka tidak menyertai komponen kerajaan memberi sokongan sehingga membolehkan Umno tubuh kerajaan.

Hu Spang, Lim Lyam They adalah contoh klasiknya. Tetapi perbuatan mereka tidak sampai memusnahkan kerajaan yang sedang dilayar partinya, ataupun sampai merosakkan imej parti mereka. Mereka keluar secara terhormat dan penuh tanggungjawab.

Petang tadi saya bersembang dengan seorang rakan di rumah seorang bergelar Datuk yang mengetahui sedikit sebanyak latar belakang Adun betina berkenaan. Menurut rakan itu ianya soalnya kecil saja iaitu soal peribadi yang gagal ditangani oleh DAP Perak.

Ia dikatakan bermula apabila Adun bertina itu kecewa kerana tidak dilantik menjadi Exco. Beliau mendakwa sepatutnya beliau dilantik menjadi Exco kerana dia sudah 22 tahun menjadi ahli parti berkenaan. Beliau hanya dilantik menjadi timbalan speaker saja.

Menurut kawan itu jawatan timbalan speaker tidak memuaskan hatinya.

Rasa kecewa itu menjadi-jadi lagi apabila kerajaan Pakatan mengagihkan kereta Camry baru kepada para Exco tetapi beliau hanya diberikan Proton Perdana yang sering rosak cermin saja. Pengagihan itu beliau rasakan tidak adil dan menyebabkan marahnya semakin menjadi.

Selain daripada itu hubungan kurang baik Adun betina itu dengan salah seorang pemimpin DAP Perak juga menyebabkan kenapa Adun betina itu bertindak meninggalkan parti. Kemungkinan disebabkan masalah ini mudah bagi para broker untuk memujuk Adun betina ini meninggalkan DAP dan menjadi ahli bebas yang menyokong BN.

Mungkin apa yang beliau harapkan itu berjaya diperolehi, iaitu menjadi Exco dan mendapat kemudahan kereta Camry. Kalaulah itu yang menjadi matlamat hidup Adun betina ini maka wajarlah kalau dia meninggalkan DAP dan menunjukkan betapa naifnya perjuangan politik beliau. Bukan saja beliau sesiapa saja Adun yang meletakkan benda sebagai matlamat wajar meninggalkan parti kerana ia tidak akan menyusahkan rakyat. [wm.kl 12:44 t/malam 07/02/09]

9 comments:

Shitsurei Shimashita said...

adakah Najib merancang sokongan Melayu kembali kepada UMNO dgn mempergunakan instutisi raja?

haruskah sistem bangsawan wujud lagi sekarang?

Anonymous said...

"Lim Lyam They" ni dari mana en MSO.

saya rasa tan sri Lee Lam Thye,pengerusi MLKN sekarang

en mso mengantuk sangat ni

buyeh said...

SEPATUTNYA BUAT PILIHANRAYA SEMULA.XDAPAT SEMUA.3 DUN 2 SAHAJ CUKUPLAH...saya sebagai rakyat malaysia berasakan perkara ini tidak akan berkesudahan malah lebih teruk lagi(darurat) jika pilihanraya tidak diadakan.

Anonymous said...

Takpalah kalau si betina tu kempunan camry. Lepas keluar DAP ni bukan setakat Camry dia boleh beli, nak beli mercedez, bmw apa-apa aje pun boleh... Syabas Hee Yit Foon... Pandai hang cari duit noo...

Kedepan kedepan PR WAJIB bersikap hati-hati. Apabila Najib berjaya dengan strategi menawan kembali Perak, tak mustahil dia punya strategi yang lebih besar nak dapatkan negeri-negeri lain tanpa melalui PRU @ PRK untuk menjamu seleranya yang besar itu.

Anonymous said...

Assalammualaikum Pak MSO,
Berkenaan Adun DAP, ini pendapat saya, samaada betul atau tidak Wallahualam.

Bagi saya ini mungkin adalah komplot halus dan jahat dari pemimpin tertinggi DAP untuk menjatuhkan kerajaan Perak khususnya DS Nizar Jamaluddin (DSNJ).

Mereka ini sanggup buat apa sahaja asalkan pemimpin yang berwibawa seperti DSNJ diketepikan sebelum menjadi kuat.

Mengapa saya berkata demikian, mengikut pemahaman saya DSNJ adalah:
1. Seorang yang beragama, bijak, kuat berperinsip dan tegas (lihat bagaimana wartawan yang cuba mempermainkan beliau dihujah kembali dalam isu negara Islam)
2. Sangat yang vokal mendepani isu2 orang Islam dan orang Melayu Islam. Contoh isu saman di mahkamah PPSMI, isu sekolah agama rakyat yang mencabut roh Islam dari orang Melayu, memberi nafas baru kepada pentadbir2 agama Islam di Perak dan berbagai lagi.
3. Anak2 beliau sangat berjaya, membuktikan kebolehan beliau sebagai pemimpin
4. Boleh mempengaruhi orang bukan Islam menjadi Islam sebenar (bukan setakat tukar nama dan tampal ayat Quran dalam kedai sebagai pelaris)
5. Calon yang paling sesuai setakat ini menjadi pelapis kepada DSAI, apabila DSAI sudah bersara.
6. Sangat bijak berbicara, berdebat dan berpidato. Mengiurkan banyak orang samada dalam bahasa melayu atau bahasa2 lain

Walaupun orang Cina di Perak mendapat tanah, tetapi orang Cina berpandangan jauh, tanah yang sejemput tidak sangat menguntungkan mereka.

Tetapi jika UMNO memerintah di Perak dikala UMNO mudah dimainkan, ini adalah lebih baik dan lebih menguntungkan komuniti Cina. Saya rasa orang bukan melayu lebih selesa pemimpin dari parti lawan yang senang ditarik hidungnya dari pemimpin dari parti sendiri yang tegas dan bermaruah.

Lagipun jika DSNJ dibiarkan lama memerintah, dikhuatiri beliau dapat menanamkan kembali roh Islam terhadap orang2 Islam Perak. Inilah yang paling ditakuti oleh musuh2 Islam semenjak Islam mula jatuh di muka bumi ini beratus2 tahun dahulu. Lemah akidah, lemahlah orang Islam.

Dari kejadian ini, saya juga agak yakin yang pemimpin orang bukan melayu tidak akan selesa memberikan jawatan PM kepada DSAI, kerana saya yakin DSAI akan menguatkan pegangan orang Islam kembali. Walaubagaimanapun kalau keadaan terdesak mereka akan menyokong juga DSAI. Saya harap DSAI dan think tank beliau harus mengambil iktibar dari kejadian ini dan bersedia menghadapi apa sahaja kemungkinan.

Akhir sekali, orang2 Melayu Islam di Perak, harus belajar dari peristiwa 1998. Pada tahun tersebut, orang2 Melayu Islam terlalu bengang dengan pemerintahan TDM sehingga menjauhi kerajaan yang memerintah. Akibatnya kerajaan selepas 1998 diwarnai dengan pelbagai warna yang melemahkan orang Melayu Islam. Jadi jika kerajaan UMNO berkuasa diPerak, orang2 Melayu Perak rapatilah mereka dengan memberikan input dan pandangan yang bernas. Walaupun tidak setuju dan tidak sealiran dengann mereka, demi perjuangan agama dan bangsa terpaksa. Cuma perlu ingat, ia hanyalah strategi dalam keadaan getir (darurat), jangan pula menerima keadaan yang tidak sepatutnya dengan rela hati.

Komen ini hanyalah pandangan saya, tidak semestinya betul dan tidak semestinya salah, cuma boleh difikir2kan oleh Pak MSO dan teman2 lain jika pun disiarkan.

mohd sayuti omar said...

Untuk sdr Din, terima kasih kerana turut mengambil bahagian dalam memberi komen. Cuma sayang Din kurang memahami dan tidak cuba belajar sejarah politik Malaysia. Mengenai Lee Lam They tu saya tidak mengantuk, memang dia bekas ahli Parlimen DAP bagi kawasan Kuala Lumpur Bandar kemudian dikenali dengan Bukit Bintang. Ia menjadi MP sekitar tahun 80an. Mungkin waktu itu ayah dan mak Din baru masih lagi di Tadika Kemas. Adapun dia menjadi PengerusiPKLN itu baru saja dan sudah pun tamat kontraknya. Salam.

donmny said...

TUAN MSO

1. 'Politik adalah perniagaan'.

2. Apakata semua exco Kedah letak jawatan masuk BN. Seorang 50 juta. kalau 10 orang dah dapat 500 juta. Lepas tu istihar masuk PR pula. Perintah Kedah balik.

3. 500 juta dapat belanja negeri 2 tahun. Tak susah susah nak sibuk sibuk potong balak.

4. Amacam, mustahil..... dalam politik Malaysia apa yang nak dimustahilkan. UMNO bijak, PR kena la lagi bijak. Bijak putar belit.

mat_terab said...

Orang Macam ni elok baling dengan kasut ja....

Pak Mat Tempe said...

Pak MSO,
Wak rasa malas nak komen politik yng panas sekarang ni tetapi ada rasa terpanggil juga untuk berkongsi pandangan setidak2 nya dapat menyejukan suhu yang membahang sekarang ini. Risikonya wak tahu akan dibelasah jika tidak berhati2 atau kelihatan memihak kesebelah sana.
Wak rasa sakit hati juga dengan cara kerajaan perak dijatuhkan tetapi politik sebagaimana yang difahami seni dalam segala kemungkinan. Macam perang jugalah siapa banyak muslihat dan senjata akan menang samada ia disukai atau tidak itu soal lain .
Pemain2 politik disamping menjunjung The rule of law mereka juga mencari the loop hole of the law untuk justified tindakan mereka untuk mencapai matlamat masing2. Undang2 tidak dapat ditulis selengkap2 nya menjadi sempurna. Begitu juga perlembagaan bertulis tidak dapat menggariskan secara terperinci setiap perkara. Kekadang kedapatan kalangan profesor undang2 pun mempunyai pendapat yang berlainan. Sebab itu lah Mahkamah diberikan peranan mentafsir perlembagaan dan undang2 jika berlaku pertikaian antara dua pehak yang bertelagah.

Dalam soal perlantikan MB Perak ni setuju atau tidak setuju kita terpaksa terima apa yang telah diputuskan sultan kerana itu sistem yang kita amalkan selama ini. Final say ada kat dia( tetapi dipersoalkan dari segi undang2 oleh mereka yang tak puas hati, oleh itu biar mahkamah buat keputusan).Janganlah kita hilang kawalan sehingga mengeluarkan kata2kesat kepada baginda. Ilmu dan pengalaman tuanku terhadap sesuatu isu pemerintahan dan undang2 sangatlah luas pada pandangan wak. Mungkin segala aspek buruk baik kepada keseluruhan rakyat Perak telah dipertimbangkan. Jangan sesekali kita mencemuh raja kita kerana keputusannya tidak memehak kepada kehendak kita kerana institusi ini lah yang memberi perlindungan kepada hak istimewa orang melayu.(jangan pandang raja sebagai individu tetapi pandang lah sebagai satu institusi yang dimuliakan). Kalau ada kelemahan itu adalah kelemahan orang politik bukan raja. Sedar ke kita semua bahawa apa sahaja boleh dipinda didalam perlembagaan negeri atau persekutuan jika mendapat lebih 2/3sokongan ahli dewan. tetapi perkara yang menyentuh hak orang melayu dan raja2 melayu mesti mendapat perkenan majlis raja2. Begitu murninya peruntukan itu untuk menjamin, mempertahankan dan melindungi kedudukan orang melayu .
Jadi bertenang lah wahai sekelian rakyat duduk lah dengan tenang, fikirkan sebijak2 nya bahawa kita ini menjayakan matlamat siapa
kalau ditimbang timbang, difikir2 dengan kepala yang sejuk kejatuhan itu ada hikmahnya dimana.
1. komposisi exco dlm kerajaan negeri didominan oleh satu kaum.(itu realiti)Wak bukan perkauman tetapi realitinya pemerintahan yang ideal diperingkat negeri, negara atau organisasi sebaiknya hendaklah selari mengikut komposisi kaum atau penduduk supaya mencerminkan keseimbangan perwakilan didalam dewan2 berkenaan untuk mencapai kestabilan pemerintahan dengan konsep majority rule the minority.

kesimpulan:
Pilihan yang baik bagi pendapat wak bersatu je semua parti2 ni(yang mahu bersatu)supaya dikurangkan politicking tumpukan kepada pembangunan ekonomi rakyat. Mungkin itu juga yang paling disukai oleh raja2 melayu rakyatnya bersatu.Ambil lah iktibar dari perpecahan HAMAS dan FATAH. Siapa yang menanggong akibatnya dari perpecahan ini dan siapa yang mendapat untung. fikir2lah masih ada masa untuk bersatu lupakan dendam. kurangkan perbezaan lebihkan persamaan insaallah niat yang baik Tuhan akan permudahkan