SELAIN daripada Mohd Najib Razak, Muhyiddin Yassinlah orang yang tidak senang dengan cadangan Presiden Pas, Abdul Hadi Awang agar Abdullah Ahmad Badawi terus mentadbir negara ini dengan memegang jawatan PM. Abdullah boleh teruskan walaupun pelan peralihan kuasa sudah dimaktubkan. Pelan itu cuma ciptaan manusia yang desprate dan bukannya Quran, ia boleh diubah dan dialih hatta dilupuskan sekalipun.
Muhyiddin yang kini berangan-angan untuk menjadi timbalan presiden Umno (kemudian timbalan PM) marah kepada Hadi atas cadangan itu. Beliau minta Hadi supaya tidak mencampuri urusan Umno dan elok selesaikan masalah Pas yang masih berserabut.
Dari sisi lain benar juga kata-kata Muhyiddin itu, Pas tidak patut campur tangan mengenai apa-apa urusan dalaman Umno, itu privancy Umno. Tetapi di sini adalah sedikit kelainan, apa yang Hadi katakan itu bukan soal Umno tetapi soal negara ini. Permintaan Hadi itu bukan dari konteks presiden Umno tetapi Abdullah sebagai PM.
Atas kapasiti PM, Abdullah adalah hak semua rakyat negara. Samalah dengan raja-raja Melayu ia bukan saja hak orang Melayu tetapi hak semua rakyat tidak kira bangsawan atau marhaen. Abdul Hadi tentu ada alasan dan hujah tersendiri kenapa beliau membuat rayuan itu.
Perkembangan politik, dan aksi-aksi politik hari ini mungkin membimbangkan beliau. Situasi yang berlaku kini, termasuk rampasan kuasa menerusi perlembagaan dan istana di Perak, masalah ekonomi, masalah perkauman memerlukan mungkin itu menyebabkan Hadi rasakan Abdullah berada di tempatnya kini.
Kucahan politik dan masalah itu besar bagi pandangan Hadi. Sekiranya ia tidak ditangani dengan sempurna oleh orang yang boleh dipercayai dan bersih dirinya, tidak terlibat dengan jenayah – rasuah dan bunuh ia akan memberi kesan kepada negara. Keadaan keselamatan negara juga boleh terancam. Selama ini kita berusaha dan bermadah untuk mengelakkan berlakunya ketegangan kaum. Peristiwa 13 Mei cukup menakutkan dan meninggal fobia dalam setiap rakyat negara ini. Kebimbangan itu tidak berguna langsung sekiranya usaha menghindarinya tidak dilakukan.
Semakin hari dengan cara politik oleh mereka yang gila kuasa dan berfahaman sempit (racialisme) masalah kaum sudah mula berbibit semula. Ucapan-ucapan di Parlimen oleh ahli parlimen menjelaskan perkara itu. Sesetengah ahli Parlimen memperlihatkan bahawa negara ini seperti di zaman sebelum merdeka, di mana atau lebih tepat sebelum kedatangan kaum Cina dan India masuk ke negara ini. Mereka merasakan semua yang ada di negara ini adalah hak mereka.
Sifat bongkak dan ego yang membenci kaum lain sudah dicerminkan dalam parlimen. Perkataan bangsa asing, kaum pendatang serta menafikan hak-hak warga negara lain makin lantang dan tidak dibendung sewajarnya dan adakalan ia seperti sengaja dilepaskan speaker.
Mungkin senario itulah membimbangkan Abdul Hadi maka beliau merasakan orang sedarhana seperti Abdullah diperlukan meneruskan pentadbiran. Masa dan ketika ini tidak sesuai untuk diserahkan kepada orang lain yang mempunyai genetik daripada tokoh politik yang sanggup bertindak diluar batas-batas pelembagaan dan adat susila kerana kuasa.
Apakah untungnya orang Melayu dan Muhyiddin sendiri sekiranya berlaku ketegangan kaum? Kemungkinan-kemungkinan ini tidak boleh diselindungkan di sebalik impian dan cita-cita tinggi kita kerana ia boleh meletup seperti bom jangka.
Jadi janganlah Muhyiddin sombong dan bongkok dalam melihat saranan dan cadangan Abdul Hadi itu. Jangan kita memikirkan kedudukan dan kekuasan, kita membelakangkan kepenting lain lebih besar. Saya percaya ahli Umno sedia mengenepikan impian Muhyiddin dan lebih untuk melihat kepentingan bersama!
Muhyiddin menempelak Hadi itu keran beliau bimbang dengan kedudukannya. Beliau takut kalau Abdullah terus menjadi PM dia akan hilang jawatan dan hilang peluang untuk naik. Saya rasa Abdullah bukan begitu orangnya. Walaupun Muhyiddin tidak habis mengodam dan berusaha agar Abdullah disingkir, namun Abdullah masih tidak melakukan apa-apa. Muhyiddin masih juga dikekalkan di kerusi Kabinet.
Kata Muhyiddin politing terlalu banyak kini. Beliau tidak sedar bahawa apa yang beliau cakap dan lalukan untuk jatuhkan Abdullah itu juga politiking. Sebenarnya kebimbangan Hadi itu bermula daripada apa yang Muhyiddin ilhamkan itu.
Elok kalau Abdullah rasa terpanggil dengan cadangan Hadi yang kemudian disokong oleh Nik Abdul Aziz Nik Mat itu. Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim juga pernah memberi jaminan bersedia untuk menyokong apa juga tindakan Abdullah yang memerlukan sokongan di parlimen. Walaupun Anwar tidak langsung menyebut yang beliau mahukan Abdullah terus kekal menjadi PM, jaminan itu menggambarkan kerelaan Anwar untuk lebih melihat Abdullah jadi PM daripada orang lain.
Krisis politik yang berlaku di Perak sekarang ini adalah masa paling sesuai untuk Abdullah mengadjustkan keadaanya – merombak pelan atau menghapuskan pelan berkenaan. Pergolakan di Perak itu boleh dijadikan alasan untuk Abdullah tidak berundur dulu. Apa lagi ketengangan di Perak itu telah dikaitkan secara langsung dengan orang yang bakal mengambil alih jawatan.
Pastinya kalau orang lain menggantikan Abdullah suhu dan iklim politik di Perak yang kini belum reda akan bertambah hangat dan kesannya bukan saja di Perak tetapi di seluruh negara. Jika ini berlaku negara akan jadi huru hara.
Pastinya kalau orang lain menggantikan Abdullah suhu dan iklim politik di Perak yang kini belum reda akan bertambah hangat dan kesannya bukan saja di Perak tetapi di seluruh negara. Jika ini berlaku negara akan jadi huru hara.
Mungkin untuk merealisasikan perkara ini Abdullah tidak perlu sampai mengistyharkan Perak dalam keadaan darurat seperti mana dilakukan Hussein Onn di Kelantan tahun 1978 lalu. Beliau masih ada kuasa tersisa dan beliau boleh menggunakan itu. Dalam hal ini Abdullah tidak perlu merasa takut kepada tekanan dalaman kerana sokongan di luar boleh mengimbanginya. Abdullah juga perlu memikirkan soal masa depan negara yang bakal ditinggalkan.
Sedikit sebanyak kalau berlaku kekacauan selepas ini Abdullah juga tetap akan dituduh sebagai tidak bijak meninggalkan penggantinya, tidak seperti mana Dr Mahathir Mohamad lakukan, beliau pergi dengan menggantikan Abdullah yang boleh mengembalikan keyakinan rakyat kepada Umno. [wm.kl. 10:00 am 20/02/09]
1 comment:
Sdr MSO,
Dalam ruangan yang amat terhad ini,Izinkan saya mengemukakan sebuah cadangan untuk renungan Pak Lah sebagai seorang yang berjawatan tinggi, PM Malaysia yang tercinta.
Sepertimana kita sedia maklum bahawa negara sedang menghadapi berbagai krisis yang amat teruk.
Rakyat juga amat mengharapkan ujudnya sebuah KERAJAAN YANG BERSIH DAN BERTANGGUNGJAWAB.
Adalah menjadi tanggungjawab KERAJAAN membawa keluar segala krisis yang teruk ini demi keamanan negara, kestabilan ekonomi dan kesejahteraan hidup rakyat yang rakyat amat harap-harapkan.
Bagi mencapai harapan rakyat, barisan kepimpinan dan rakyat wajiblah bersama melakukan anjakan dan pengorbanan dengan mengenepikan hal-hal yang remeh dengan meletakkan keutamaan adalah kepada kesejahteraan negara dan rakyatnya.
Jika kita renung kembali, bermulanya krisis dalam negara adalah berpunca dari krisis dalaman UMNO/BN. Sehingga kini masih belum nampak sebarang petunjuk penawarnya, malah kian parah dan membusuk.
Rakyat juga telah memberi isyarat yang jelas melalui PRK TT dan PP dengan menolak UMNO/BN. Dengan iziz Allah akan berulang didalam lain-lain PRK seterusnya.
Percayalah bahawa UMNO/BN telah tersasar dari landasan perjuangan sebenar dan kembalilah kepada kehendak semasa.
Jalanya amat mudah jika mahu, iaitu hanyalah kembali kepada kehendak rakyat jika masih mahu berpegang kepada sistem DEMOKRASI SEBENAR. Disamping itu, sebagai pemimpin besar, juga saya rasa tiada halangan sekiranya Pak Lah sudi berunding dengan lain-lain pemimpin PR, bergabung bersama merintis jalan yang baik dan sempurna bagi membentuk SEBUAH KERAJAAN YANG DEMOKRATIK.
Saya fikir Pak Lah masih lagi berpengaruh, tentu tidak sukar membawa 40 orang bersamanya. Kan Pak Lah juga turut restui amalan BERHIJRAH PARTI. IA TIDAK MELANGAR UNDANG-UNDANG DAN PERLEMBAGAAN. HIJRAHLAH DEMI KEBAIKAN NEGARA DAN RAKYAT.
Post a Comment