Thursday, February 5, 2009

Politik Tempoyak 8

Catatan Mengakhiri Siri Politik Tempoyak

DEMIKIANLAH adanya, hidup ini berbanding-bading (abadan abada) dan berlawanan. Suka lawan duka, kalah lawan menang, wujud lawannya hilang. Setiap bermula akan berakhir juga. Allah s.a.w. juga Maha Adil dan Maha Bijaksana. Sesuatu yang dijadikan itu ada hikmah dan ada tujuannya tersendiri.

Dan hujun yang kini turun rintik-rintik yang disulamkan dengan bunyi guruh juga dihantar olenNya, mungkin sebagai simpati atas apa yang berlaku.

Pergolakan politik di Perak – usaha untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat telah pun berakhir. Segala usaha oleh Pakatan untuk mempertahankan kerajaanya berusia 11 bulan sia-sia sahaja.

Keadaan, kuasa dan pengadil tidak memihak kepada mereka. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak memihak kepada mereka. Surut pengosongan dua Adun tidak dilayan sewajarnya. Istana juga telah memberi keadilan yang perlu diterima sebagai bijaksana.

Jadi semuanya sudah selesai dan berakhir. Yang ada kini hanya kesalan dan air mata sahaja di pihak Pakatan Rakyat. Kesal dengan apa yang berlaku harus diterima ia adalah kesilapan diri kita semua. Dan air mata yang berladum adalah banjir duka kerana musibah itu menimpa Pakatan.

Sekarang ini jangan ungkit jangan lagi persenda. Jangan kata apa-apa. Mahkota kerajaan yang dipegang itu kini akan bersalin tangan dan biarlah BN meletakkan di atas kepala mereka.

Pihak Pakatan rakyat, termasuk Mohamad Nizar Jamaluddin atau sesiapa harus memujuk diri sendiri. Bayangkan bagaimana kecewa, kesal dan marahnya Tajol Mohd Rosli Ghazali selepas 3 Mac tahun lalu apabila kerajaannya runtuh dan beliau terlepas menjadi MB Perak, maka beitulah apa yang ada kini. Namun bagaimana Tajol Rosli dapat menerima hakikat itu maka begitulah juga harus diterima oleh Nizar dan pihak Pakatan.

Hormatilah apa yang telah diputus meskipun hati sakit dan remuk radam. Tunjukkan kita berjiwa besar dan sedia menerima hakikat. Marilah pula sama-sama kita lihat bagaimana BN membentuk kerajaanya dan mentadbir Perak selepas ini.

Selama sebelas bulan Pakatan memerintah macam-macam dakwaan dan tuduhan dilemparkan siang dan malam ke atas kerajaan Pakatan. Semoga segala kecacatan dan kepincangan itu diperbetulkan oleh kerajaan BN selepas. Adun Pakatan boleh menjadi pemantau kepada apa yang berlaku selepas ini.

Apa yang perlu Pakatan lakukan kini ialah memperkuatkan semangat perpaduan di kalangan mereka. Susun semula dan perbetulan apa yang pincang. Kesemua 28 Adun Pakatan jadilah wakil rakyat yang profesional dalam DUN Perak. Menjadi pembangkang yang berkualiti, membela rakyat dan menjadi penegur yang konstruktif kepada kerajaan baru.

Adalah lebih baik kalau Pakatan memperkemaskan barisan, menyusun agenda dan memantapkan hubungan untuk merampas balik bukan dalam sehari dua ini. Tindakan begitu bukan bijak, tetapi pacaklah semangat baru untuk merampas dan berkuasa balik dalam pilihan ke-13 kelak.

Gunakanlah masa tiga tahun setengah akan datang itu untuk membina semangat juang yang jitu dan sebagai bekalan untuk menghadapi pilihan raya ke-13 kelak. Sekali lagi dijelaskan usah kecewa dan bersedih dengan apa yang berlaku. Peristiwa hari ini dan akan datang adalah pengalaman yang akan mendewaskan semua orang.

Kepada mereka yang menggenapkan korum untuk membolehkan BN menubuhkan kerajaan negeri berbanggalah dengan apa yang saudara dan saudari lakukan. Percayalah nama saudara akan tercatat dalam buku sejarah sebagai Adun yang menyebabkan tumbangnya kerajaan Pakatan Rakyat.

Syabas kerana saudara berjaya meletakkan nama saudara dimercu itu. Apakah nama saudara harum dan kuburan saudara wangi atau busuk, itu soal lain sebab dalam politik sekular tidak ada dosa dan pahala yang diperhitungkan. Kerana mereka yang tahu dosa pahala dari awal lagi tidak akan melangkahkan kaki ke dalam gelanggang politik sedemikian.

Dengan catatan ini maka berakhirlah siri Politik Tempoyak menerusi blog ini. Siri ini diberi tajuk Politik Tempoyak 8 sebagai menggenapkan bilangan siri ini yang dimulakan dari Politik Tompoyak 1 hingga Politik Tempoyak 9. Wala’hualam. [d’ kota kl 5:20 pm 05/02/09]

5 comments:

mat_terab said...

Perbuatan 4 orang adun yang lebih busuk dari tempoyak tidak akan di lupakan oleh seluruh takyat perak khasnya dan rakyat malaysia amnya.....
sampai ka anak cucu kamu takkan rakyat lupa....
ingat lah dunia hanya sementara akhirat nanti rakyat akan memuntut dari kamu.............

Anonymous said...

Assalammualaikum Tuan MSO,

Saya adalah peminat setia MSO. Saya ni tak pandai politik tapi suka membaca kisah-kisah politik terutama ulasan MSO. Sejak PRU-12, saya menjadi peminat setia tulisan MSO. Kadang-kadang ingin memberi pendapat tetapi saya rasa saya tak pandai nak beri pendapat. Tetapi untuk kisah Politik Tempoyak ni, izinkan saya beri pendapat politik bodoh saya ini.
Bagi saya tindakan BN, adalah tindakan untuk jangka pendek, sependek 3 bulan rasanya. Sepatutnya BN harus memikirkan impilkasi kepada tindakan mereka ini. Buat masa ini BN mempunyai kedudukan 28 dan PR 28. Sementara itu, Bebas ada 3 yang mengaku menyokong BN. 2 daripada 3 akan menghadapi perbicaraan pada rasuah pada 10 Feb ini. Jika di dapati mereka berdua bersalah, maka mereka harus kosong kerusi mereka. Ini bermakna BN mempunyai kelebihan 1 melalui Bebas.
Jika pilihanraya diadakan ini bermakna, BN terpaksa menghadapi ujian yang paling getir. Dengan rekod 2 kekalahan, harapan untuk PR menang amatlah tinggi. Jika ditakdirkan PR menang, ini bermakna PR mempunyai 30 kerusi berbanding 29 BN (termasuk Bebas). Bukahkah senario ini memunkingkan PR akan membentuk kerajaan negeri kembali? Kalau ini terjadi, ini bermakna BN hanya kerajaan sementara sahaja. Senario-senario ini akan berulang kembali dan rakyat negeri Yop adalah rakyat yang paling rugi. Begitu juga tindakan BN.
Selain daripada itu berdasarkan kepada kemungkinan ini, saya berpendapat tindakan Sultan Perak juga adalah tidak tepat. Sepatutnya penasihat-penasihat baginda memberikan indikator-indikator ini kepada Sultan, agar Sultan dapat diberikan gambaran sewajarnya.
Selain daripada itu, warga negara Cina di negeri yop ini sudah pasti akan memberikan satu tindak balas yang merugikan kepada BN. Dengan ketiadaan wakil warga ini di dalam barisan EXCO (kemungkinan) akan memberikan impak yang besar status BN di negeri ini. Buat masa ini warga ini akan memerhatikan tindak tanduk perjalanan kerajaan terlampau ini. Bagaimana pula dengan warga India? Ini juga akan menjadi penentu aras di negeri ini. Dengan ketiadaan wakil bagi kedua-dua warga ini, akan menampakkan seolah-olah berlaku diskriminasi di dalam pentadbiran kerajaan BN yang baru ini. Semua ini akan memberikan impak yang besar dan boleh menyebabkan pentadbiran BN menjadi goyang dan kurang stabil. Parti komponen MCA dan Gerakan tidak ada suara dalam pentadbiran baru ini, begitu juga MIC. Secara tak langsung DAP akan memberi cengkam maut pada kesemua warga cina dan india. Mereka semua akan mengharapkan agar DAP akan membawa suara mereka di dalam dewan negeri. Ini sahaja pilihan yang ada pada mereka. Secara tak langsung, DAP akan melebarkan saya mereka lagi. Yang rugi di sini adalah BN. Untung sekejap, rugi selama-lamanya.
BN sepatutnya memikirkan semasak-masaknya tindakan ini. Oh ya MSO, sempat tak Tuan rasa kalau BN campur tangan di mahkamah berhubung pertuduhan 2 anggota bebas tersebut? kalau sempat tercalar lagi lah Be End.

Pak Mat Tempe said...

Wak macam setuju je dengan komen KU Li bahawa kemenangan cara ini sebenarnya merugikan BN dari jangka panjang, Rakyat yang atas pagar pun marah dengan cara PR dijatuhkan dan bersimpati dengan PR dan seterusnya akan memberi undi simpati pada PRU13.
Nasihat wak kepada yang kalah jangan gundah gulana politik kita dah macam itu budaya nya so terimalah dengan redha so cuba lah jadi pembangkang yang baik dan berkesan.
Kekalahan hari ini mungkin untuk menuju ke kemenangan yang lebih besar. Mengadu lah kepada Allah dia lebih mengetahui segala sesuatu.

ORE KIT0 said...

Tuan MSO,

Saya penjenguk setia blog ni sudah lama dah tapi tak pernah nak komen. Tetapi dengan perkembangan terkini saya tergerak hati nak memberi sedikit komen. Tahniah kepada Tuan MSO kerana memberi maklumat tepat, berkecuali dan dari sumber-sumber yang terbaik. Oleh sebab itu segala perkembangan politik tempoyak ini dapat difahami dengan jelas tanpa memihak kepada mana-mana golongan. Tahnia dan terima kasih

Anonymous said...

Esok masih ada,kepada rakan rakan yang menyokong Pakatan Rakyat diharap bertenang ,jangan lakukan perkara yang bertentangan dengan dasar Pakatan Rakyat.

Marilah kita sama - sama melakukan solat hajat setiap malam mulai hari ini,lakukanlah setiap hari sehingga keadaan di Perak pulih seperti biasa.

Doa adalah "Senjata Orang Mukmin",marilah kita sama sama berserah kepada Allah SWT..sama sama lah kita berdoa dan bermunajat semoga Allah SWT memberi hidayah dan petunjuk kepada Sultan Perak membubarkan DUN Perak dan mengembalikan Kerajaan Perak kepada Rakyat Perak khususnya