Wednesday, February 11, 2009

Susupan Pagi

Apabila Mahadzir Khalid Cuba Lindungi Kebusukan

SEMALAM Pengerusi Umno Kedah, Mahadzir Khalid menafikan yang Umno menawarkan RM5 juta kepada bekas Adun Bukit Selambau, V Arumugam. Katanya bijaklah dan terrorlah Umno kalau mereka boleh berbuat begitu.

Dalam penjelasan itu Mahadzir cuba memberi gambaran bahawa apa yang berlaku kepada Arumugam itu ianya berpunca dari masalah dalaman. Katanya Arumugam ditekan oleh partinya sendiri dan tidak ada kena mengena dengan Umno.

Untuk menjelaskan yang Umno tidak terlibat menganggu dan memujuk bekas Adun itu Mahadzir memberi penjelasan perlantikan Arumugam sebagai Exco ialah dalam bidang kuasa Menteri Besar, Azizan Razak. Apa yang hendak disampaikan, Azizan Razaklah yang menekan Arumugam supaya melepaksan jawatan.

Mungkin ahli Umno mempercayai kata-kata Mahadzir Khalid itu. Tetapi bagi mereka yang panjang akal dan menggunakan akal rasional tidak mudah untuk menelan bulat-bulat penjelasan dan provokasi Khalid itu macam ikan baung telan buah lakong.

Orang akan menggunakan akal logik sebelum menerimanya. Apakah dalam situasi kerajaan Kedah dalam nyawa-nyawa ikan itu bijak bagi Azizan berbuat demikian? Tentu sekali tidak! Usahkan nak memecat nak tegur mana-mana Exco atau wakil rakyat yang buat salah pun MB itu tidak berani.

Bagi Azizan baik, Khalid Ibrahim di Selangor baik, mereka kini umpama menarik tepong dalam rambut bila berhadapan dengan masalah di negeri masing-masing. Semuanya beringat apa lagi teladan sudah ada di Perak.

Jadi apa yang dikatakan Mahadzir semalam hanya temberang murahannya saja. Kenyataan itu hanya adalah sandiwara untuk melindungi apa yang berlaku ke atas V Arumugam itu.

Samada Mahadzir jelas atau tidak orang ramai sudah mengagak apa sebenarnya yang berlaku. Peristiwa-peristiwa yang terjadi sebelum ini menjelaskan siapa yang bertanggungjawab dalam menganggu dan menawarkan wang ringgit kepada wakil rakyat agar mengubah haluan dan meninggalkan parti asal mereka.

Kerja-kerja munafik dan tidak bermoral ini bukan hari ini berlaku tetapi sejak tahun 1959 lagi.
Bagi generasi lama mereka masih ingat bagaimana wakil rakyat Pas Kelantan diculik dan dikurung kemudian ditoucher pemikirannya agar menyokong Umno. Berhari-hari mereka dikurung di Kuala Lumpur kemudian dipaksa membuat pengakuan menerusi televisyen agar sokong Perikatan (Umno MCA dan MIC).

Dalam menlaksanakan kerja jahat ini jelas sekali Umno menggunakan khidmat anggota polis. Mungkin dari peristiwa dan kejadian inilah menyebabkan polis sering dikatakan sebagai alat Umno.

Saya percaya kerja-kerja jelek dan busuk itu masih dilakukan sampai kini. Jadi apa yang Arumugam dakwa yang dilakukan ke atasnya itu tidak mustahil ianya datang dari tangan-tangan cucu cicit orang yang pernah mengurung beberapa wakil rakyat Pas tahun 1959 dulu. Begitu juga apa yang berlaku ke atas Jamaluddin Radzi dan Osman Jailu mungkin sedikit sebanyak melalui modus oprandi yang sama.

Kejahatan orang seperti ini tidak mudah hilang seperti mana kejahatan Israel yang diwarisi anak cucunya dari datuk nenek moyang mereka dan akan berterusan selagi bumi dan langit tidak bertangkup. Pehatian: Kisah wakil rakyat Pas dikurung dan ditoture ini akan diceritakan dalam posting akan datang. [wm.kl 7:00 am 11/02/09]

4 comments:

Marzuki Yusoff said...

Begitulah jadinya kalau perlakuan seseorang tidak berasaskan kepada halal dan haram, dosa atau pahala. Penipuan dan pembohongan seperti tiada apa-apa. Mungkin bagi mereka ini jika mereka menipu rakyat, malaikat tidak akan mencatat perlakuan mereka ini. Cukup cukup lah dalam nak mengejar kuasa yang sedikit di dunia ni. Beristigfar dan bertaubatlah. Betul kata Raja belum tentu benar dengan Allah ...

Anonymous said...

saya sokong apa yang dinyatakan.selagi orang melayu masih belum sedar, masih tamak kuasa; selagi itulah orang melayu akan ketinggalan jauh.

Anonymous said...

tuan,saya harap sangat2 tuan buat artikel nasihat untuk sesetengah penyokong2 PR..malu saya tgk..mufti pon kene hina..marahkan nyamuk..bukan takat kelambu..rumah pon dibakar...

Pak Mat Tempe said...

Salam Pak MSO
Saya setuju dengan komen abae zu diatas tapi tak payah kita risaukan sangat kerana janji tuhan tidak pernah mungkir. Itu yang ditanam itu lah yang kita tuai.

Akan sampai masanya mereka akan dijemput juga oleh tuhannya, dan pada masa itu akan ditanya lah perbuatan mereka semasa hidup. Disitu nanti gunakan lah kepetahan lidah berucap, berikanlah segala macam alasan dan jawapan kepada Tuhan nya. Tiada siapa dapat menolong dan mempertahankannya lagi kecuali kebaikan,kebenaran dan amalannya.

Perbuatan baik dibalas baik dan buruk dibalas buruk walau sebesar zarah. Tuhan ada rekod semasa hidup kita.(Tak kira lambang mana kita pakai tapi hukum dia sama tak ada pilih kasih).

Insaf2ah lah peringatan Tuhan bahawa mati itu benar, soal jawab kubor itu benar , hari dibangkitkan itu benar dan hari pembalasan itu benar.

Tetapi sejarah kedegilan dan kesombongan manusia ini bukan berlaku sekarang tetapi beribu tahun dulu. Ia diperingatkan dan dibimbing melalui nabi dan rasul tentang jalan yang benar dan yang batil dan sesat. Kita difardukan membacanya dalam sembahyang (surah al-fatihah)supaya dibimbing kejalan yang lurus.

Mereka yang masih berani melanggar hukum tuhan, itu pilihan sendiri lah tuhan dah beri peluang. Tuhan dah beri peringatan demi peringatan salah satu nya manusia memang sentiasa dalam kerugian walau pun ia dalam kontek masa oleh itu fikir2 lah.
Wasallam