Tuesday, February 10, 2009

Sulam Jiwa

Antara Cikgu Ya dan V Arumugam

TINDAKAN Adun Bukit Selambau, V Arumugam mengosongkan kerusi DUN berkenaan satu tindakan yang berat untuk dilakukannya. Pasti ugutan yang diterimanya sudah tidak tertahan menyebabkan beliau tidak ada pilihan lain, melainkan berbuat keputusan yang menyeksakan itu.

Pakatan Rakyat Kedah seharusnya berterima kasih atas pengorbanan V Arumugam itu. Walaupun ianya mungkin berpuca daripada kesilapan dilakukan V Arumugam sendiri yang mendedahkan dirinya kepada timbul masalah yang mengheret beliau mengambil tindakan itu, namun langkah itu patut dipuji.

Setidak-tidak V Arumugam tidak tergamak melemparkan tahi kepada orang yang memberinya peluang menduduki jawatan Exco atau mengkhinati rakyat yang menyokognnya dalam pilihan raya umum lalu. Arumugam bukan saja berjiwa besar tetapi seorang yang jujur!

Seperti mana dakwa Arumugam beliau pernah ditawarkan wang RM 5 juta supaya meninggalkan PKR dan menyertai BN. Namun beliau tidak teruja dan terpesona dengan tawaran itu. Wang ternyata tidak bisa menggugah dan merubah sokongan dan keyakinannya kepada kerajaan Pakatan Rakyat Kedah. Beliau tidak mahu menjadikan cacian dan cumuhan rakyat sebagai legasi kerjaya politiknya.
Sikap yang diambil Arumugam itu satu langkah terpuji. Begitulah yang patut ada kepada diri setiap pemimpin, waima apa juga bentuk kepimpinan mereka. Apa lagi politik benar-benar memerlukan orang yang berjiwa besar dan tidak bermata keranjang yang mudah terbeliak biji mata apabila melihat wang dan tawaran kebendaaan lain serta seks.

Arumugam rela kehilangan jawatan sebagai wakil rakyat dan Exco demi kesejahteraan parti dan juga kerajaan yang didokongnya. Seandainya beliau tidak mementingkan perjuangan pasti beliau akan kelabu mata dan bersedia menerima huluran wang RM 5 juta. Dalam keadaan hari ini RM 5 juta mungkin boleh membesarkan kerak nasi keluarga.

Hendakanya PKR atau Pakatan Rakyat tidak mengenepikan Arumugam dan membantunya sebagai imbuhan atas sikap gentlemannya mengosongkan kerusi berkenaan daripada bertindak mengkhianatkan kerajaan Pakatan. Pengorbanan besar Arumugam itu patut dihargai walaupun beliau sendiri tidak akan menuntutnya.

Apabila saya mengenangkan nasib dan kisah Arumugam ini saya teringat kepada apa yang berlaku di Kelantan sekitar tahun 2006 dulu. Hal yang hampir sama juga pernah berlaku dan menimpa seorang Adun Pas kawasan Kemuning, Machang, Zakaria Yaacob atau cikgu Ya yang pernah ditawarkan wang RM5 juta untuk meninggalkan Pas.

Tetapi kerana sayangnya Zakaria kepada Pas beliau tidak menerima wang itu. Zakaria lebih menyanyangi perjuangan dan menjaga selamatan kerajaan pimpinan Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat daripada menjaga kepentingan dirinya.

Saya masih ingat kata-kata Zakaria yang dinukilkan dalam laporan muka depan akhbar Siasah keluaran Mac 2006; "Saya tidak akan menukar perjuangan saya. Prinsip saya dan maruah saya. Tidak akan saya gadai dengan wang ringgit. Saya dibesarkan dalam perjuangan Islam, di universitidulu pun saya terlibat dengan gerakan Islam, jadi tidak mudah untuk memperdayakan saya,”

Itulah sebaris kata-kata yuang menjadi azimat dan benteng menyelamatkan akidah perjuangan Zakaria. Sudah pasti kalau beliau tidak memiliki kekuatan dan keyakinan itu Zakaria juga akan jadi kabur mata dan menerima rasuah sebanyak RM5 juta. Wangt sejumlah itu boleh menghidupkan Zakaria dan seluruh keluarganya untuk bertahun-tahun.

Betapa kalau beliau bersedia mengkhianti parti, dengan meneriam wang sebanyak itu, lari untuk menyertai Umno kerajaan Pas pimpinan Mursyidul Am Pas, Tok Guru Nik Aziz ketika itu juga turut tumbang bagaimana berlaku di Perak kini. Kelantan juga akan jadi hurhara.

Apa yang berlaku itu patut dijadikan iktibar khasnya kepada wakil rakyat dan ahli parlimen semuanya. Walaupun kedua watak itu, V Arumugam dan Zakaria Yaacob bukan personaliti tersohor namun jelas mereka memilih sekeping hati yang ketal dengan keimanan dan mempunyai keyakinan dan prinsip diri yang utuh. Pengorbanan dan jasa mereka akan dikenang selama-lamanya.

Mungkin tidak salah kalau baik PKR atau Pas memberi satu anugerah khas kepada mana-mana ahli atau pun penyokong mereka yang memberi jasa besar kepada parti. Anugerah itu bukan apa hanya untuk menandakan bahawa parti itu tetap mengenang kepada mereka yang berjuang dan menjaga nama baik parti. [wm.kl 7:00 pm 10/02/09]

6 comments:

Anonymous said...

bila membaca apa yang berlaku kepada v.arumugam - betapa malu nya saya sebagai seorg melayu islam - bila beberapa org (jika layak di panggil org) yang 'berpindah' parti di perak demi kerana wang.

rendahnya nilai seorg melayu islam berbanding kaum lain.....

haris

Anonymous said...

Pak Sayuti,

sarif dol itu bukan orang lain. Gaya penulisannya itu saling tak tumpah ezam punya juak-juak murahan yang tak laku dalam PKR dan kini cuba cari tempat dalam UMNO. Saya rasa UMNO sendiri nak tunjuk lubang kubur kat sarif dol tu. Penulis pojok murahan. Takde prinsip, takde maruah. Bodoh tak boleh diajar.

Anonymous said...

ABe MSO,
Nilai duit nie walaupun ada bekal iman namun kadangnya ia memanggil manggil manusia itu ke arah keseronokan yang bakal dihidangkannya..maka terujalah sekeping hati yang pernah berwuduk dan pernah menadah tangan kepada Allah memohon keampunan,minta murah rezeki dan minta Allah matikan dalam keadaan islam..Dan berperang lah jiwa itu samada mengikut pemimpin yang bernama NAFSU yang menjanjikan..hidup nan indah,hidup senang ,boleh bini muda,boleh berkereta besar,bole melancung keluar negara..orang lain mana tahu aku ambil duit..orang boleh syak..apa nak kisah..setahun dua lenyaplah syak orang tu..maka IMAN pula datang memujuk ..wahai jiwa bila kamu tidur berduit ,segala kamu bakal mendapatnya..kamu sudah tentu tak akan berani gunakan duit itu ke mekah..kerna hati mu itu benar..duit itu haram..kamu yang mengambilnya ...berlakun dgn manusia agak senang..kalu pergi tentu rukun islam ke 5 itu sia sia saja..IMAN terus memujuk ingatlah jiwa ..ramai kuasa tersohor dunia rebah dalam sesat dan kamu pernah membacanya..ingat janji Allah tetap benar..hidup mesti ikut Alquran dan As sunnah..jangan terpengaruh dengan orang dgn kata2...alos aaa itu pun nak kira..sekarang dah biasa la benda nie bang..skit2 cakap islam...susah laa camni..apa dia boleh buat..susah nak menang laa..kita bukan tak nak sokong..kalu sokong pun setakat menang negeri budu buat apa.....last dia pun tinggalah duit itu...hati gelabut dan tenang kembali...tahniah Cikgu YA..

drp kemahe

Anonymous said...

Assalamualaikum
Ayahanda MSO, tahniah dan terima kasih kerna masih berdiri di atas tinta yang adil. Melayari blog ayahanda ini membuka minda saya yang selama ini kaku dan lebih hampir kepada fanatik. Harapan saya ayahanda teruskan meninta tanpa memperdulikan apa cemuhan, makian atau kata-kata kesat orang lain antaranya seperti Sarif Dol.
Berbicara tentang kemelut politik yang melanda tanahair kini, saya merasakan memang benar UMNO sudah sampai ke penghujung nyawa. Masakan tidak, pelbagai muslihat dan tipudaya mereka rencanakan agar impian pemimpin UMNO bertakhta menjadi kenyataan hingga terealitinya Peristiwa 6 Februari. Namun di sebalik peristiwa tersebut sebenarnya memberi input yang besar kepada perjuangan Islam di rantau ini. Perubahan yang ketara yang dapat saya lihat sendiri di kawasan saya (Sungai Petani-berhampiran dengan DUN Bukit Selambau)penyokong2 UMNO semakin meninggalkan perjuangan mereka dan ramai yang ber'taubat' daripada kesilapan mereka ber'perang' dengan pimpinan ulama'. Bagi saya kesempatan ini perlu digunakan semaksimum yang mungkin oleh PR agar maruah yang telah diaibkan kembali mendapat keyakinan tulen rakyat. Secara peribadi pula saya becadang akan menerbitkan artikel-artikel ayahanda MSO yang berkaitan tentang jeleknya UMNO dan sikap double standard UMNO akan diedarkan kepada sebahagian daripada pengundi2 Bukit Selambau. Insya Allah.
Sekian, terima kasih.

Anonymous said...

Salam Tuan MSO,
Pasal reward kepada Cikgu Ya ni, tal salah saya Tok Guru dah hadiahkan tiket umrah selepas PRU mac 08 yang lalu, selain beliau ada dua lagi iaitu buni amin,salor, dan hassan kaabah temangan.
Tetapi Pas kelantan boleh letakkan cikgu ya dalam Hall Of Fame, kerana tak lelap mata dengan nilai jutaan walau menang dengan 2 undi sahaja. 2 undi itu menyelamatkan kerajaan kelantan 2004 - 2008.

tq
wanz

Anonymous said...

Salam sejahtera Tuan MSO,

Diharap Allah swt sentiasa memberi kekuatan untuk tuan meneruskan tulisan yang saya anggap penuh dengan maklumat yang berguna untuk kita renungi. Sekian lama negara kita yang aman damai, megah membangun dicelahan dunia ketiga, maka sedar atau tidak Negara sedang secara senyap-senyap menghadapi KERISIS KEPIMPINAN yang amat kritikal. Tambahan pula kita rakya marhaen telah diheret sama ke kancah pergeseran ISTANA yang tiada kaitan secara langsung terjerumus ke dalam kancah politik yang tidak mengenal batasan buruk atau baik atau secara islam dinggil haram dan halal. Keadaan bertambah parah apabila komentar dibuat melalui media masa olih intitusi agama iaitu tercalik lah pula pak alim dan pak lebai dari golongan yang dipanggil MUFTI.

Keadaan bagini amat merimaskan saya, apa tah lagi bagi mereka yang kurang ilmu agama.Suasan sekarang sangat gentir kerana peluru, bom dan persenjataan yang digunakan terlalu canggih, tidak seperti di Gaza/Israel. Persenjataan politik dengan putar belik akal yang seakan-akan manusia sudah tidak dapat berfikir dengan baik dengan menidakkan ketenangan akal.

Sekian komen saya, Wallahuaklam. Hanya Allah sahaja yang mengetahuian sekelian alam.

Hj. Mohd Noor Ali
Kuala Terengganu.