Monday, February 2, 2009

Celoteh Murai 31

Jangan Marah Sama Yeop Din dan Yeop Man

SESIAPA yang waras pemikiran, sihat tubuh badan dan tidak ada apa-apa masalah tidak mahu berada dalam keadaan yang didiami dan dialami Jamaluddin Mohd Radzi dan Mohd Othman Jailu kini. Dunia mereka sehari dua ini lebih kurang macam di Gaza dua tiga minggu lepas saja. Nak keluar tidak boleh.. jadi terperap saja di mana-mana kubu perlindungan seemntara kerana dah jadi buruan para media massa.

Murai yakin kalau mereka tidak ada masalah berat mereka tidak memilih keadaan yang berlaku hari ini. Mereka bukan calang-calang orang, mereka ialah ahli Exco kerajaan negeri Perak. Jadi jangan marahkan kepada Yeop berdua itu.

Jawatan yang mereka pegang itu bukan mudah dan bukan remeh, tetapi ada klas kata orang. Ada orang menang sudah dua tiga penggal pun tidak boleh jadi Exco, usahkan Exco kanan Exco kiri pun tidak boleh. Tetapi mereka sekali menang saja terus dilantik menjadi Exco. Bertuah badan mereka pada mulenya!

Kedudukan sebagai Exco dalam sesebuah kerajaan negeri bolehlah tahan. Elaunnya agak lumayan juga, kalah guru besar ataupun pengurus pos. Ada kereta dan ada driver lagi. Murai percaya kedua mereka juga mendapat peruntukan untuk mendapat kereta Camry baru yang dibeli kerajaan Perak baru-baru ini. Masakan mereka dikesampingkan daripada mendapat kereta baru itu? Manakala kalau pandai ambil kesempatan dengan jawatan Exco tu bolehlah juga cari makan untik anak bini dan kawan-kawan!

Kerana itu kedudukan mereka sudah baik. Mereka sendiri Murai fikir tidak pernah mimpikan untuk menjadi Exco, duduk sekali MB dan sesekali pergi ke istana ataupun diundang menghadiri majlis rasmi kerajaan. Bukan main yeop kamu, cemburu Murai!

Jadi kalau mereka tidak ada masalah mustahil mereka mahu berada dalam keadaan hari ini yang memungkinkan mereka hilang jawatan berkenaan. Diburu dan dicemuh orang macam-macam. Jadi Murai harap kita janganlah marakah yeop berdua ini.

Cuma kalau mereka ada problem, apakah probelem mereka? Kata orang mereka nak masuk Umno, (sebenarnya diajak masuk Umno). Untuk apa? Kalau masuk Umno ditawarkan jadi MB dikira boleh tahan juga. Tetapi kalau setakat kekal dengan Exco apalah bezanya Exco BN dengan Exco Pakatan Rakyat? Bukankah Exco BN setakat diberikan Proton Perdana yang selalu rosak cermin saja tu?

Lainlah kalau orang Umno janjikan mereka jadi MB? Rasanya idaklah... kata orang Perak. BN atau Umno sendiri masih ada tokoh-tokoh yang mengidam untuk jadi MB, Zambry Abdul Kader, Raja Ahmad Zainuddin malah Tajol Rosli sendiri diam tak diam pergi ke istana, diam tak diam pergi ke istana. Pantang bunyi Raja bersin beliau tercongak depan pintu istana terperasaan Raja panggilnya untuk angkat sumpah jadi MB. Gila sangkak sungguh!

Jadi Murai fikir janganlah marah kepada yeop berdua itu. Sama-samalah kita faham kenapa mereka terbelenggu dan berada dalam kubu tak keluar-keluar. Bila Nizar Jamaluddin dengan spekar V Jayakumar jolok sikit katakan mereka sudah kosong kerusi baru nak berckap. Pandai juga si Yeop Nizar ni buat perangkap.

Apapun walaupun Jamaluddin dan Othman sudah mula bercakap dia sudah terlewat. Kerusinya sudah diistyharkan kosong oleh speaker. Jamaluddin dan Othman tidak dapat berbuat apa-apa lagi. Murai rasa mereka tahu apakah surat yang dihantar atau diterima oleh Jayakumar itu?
Yang tentunya Murai rasa bukan surat gadai tetapi surat mengatakan melepas jawatan sebagai Adun di kawasan mereka wakili. Bila mereka tanda tangan, tidak timbul masalah lagi cuma mungkin tarikh baru dibubur kelmarin, 1 Februari. Nasib tidak esok kalau tak terkena pada hari Murai menetas.

Cuma Murai nak pesan kepada kedua-dua Yeop itu, kalau kita berani usahlah sembunyi muka. Keluarlah tidak ada sapa nak marah heh. Begitu juga kalau kita benar kenapa nak main sorot-sorot. Kalau hari ni tak nak keluar, tapi 10 Februari kan Yeop kena keluar juga. Dengan gimik yang Yeop buat menyebabkan makin ramai orang nak ambil tahu cerita-cerita misteri mengenai Yeop.

Murai: Bersimpati dengan kedua bekas Adun itu dan juga Umno Perak.

2 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum Tuan MSO.Entahlah politik Di Malaysia ini,semakin hari semakin menyulitkan macam permainan "chess" pulak .Apapun saya dah naik meluat lihat Tv tv di Malaysia ini.Semuanya masih mahu menegakkan benang basah,hanya nak menangkan B.N. sahaja.Cerita sebenar pembangkang ingin buat yang baik baik,langsung ditolak sejauhnya.Tapi jika pembangkang buat salah dan silap sikit,bukan main lagi ligat lagi media B.N. ini memutarkan cerita sampai terbelit. Hakikatnya rakyat Malaysia semakin hari semakin bijak.HMM BARU NAK BUKAK TV3 malam tadi .last last tutup pasal berita politik yang semakin memualkan.Sama seperti Utusan Meloya..Asyik nak menangkan satu pihak sahaja dari DULU KINI DAN SELAMANYA..entahlah.

Anonymous said...

tuan mso,

selamat hari lahir..
semoga panjang umur murah rezeki..
teruskan menulis..saya adalah seorang pengikut blog ini..satu yang saya suka blog ni adalah apa yang xbetol..tuan tulis..xkira kerajaan ke..pembangkang ke..saya hormat..