ADUN Pangkor, Zambry Abdul Kader, 47 adalah nama popular disebut bakal dipilih oleh Umno Barisan Nasional untuk dilantik menjadi Menteri Besar Perak yang baru. Populariti Zambry memandangkan beberapa faktor antara kerana beliau adalah antara orang yang vokal menentang kerajaan Pakatan Rakyat sebelum ini.
Zambry adalah Exco semasa kerajaan BN dibawah pimpinan Mohd Tajol Rosli Ghazali dulu. Beliau juga bekas Ketua Pemuda Umno Perak dan anggota Exco Pemuda Umno Malaysia.
Dalam sejarah politiknya Zambry merupakan seorang penyokong kuat kepada bekas Timbalan Presiden Umno, Anwar Ibrahim. Di era reformasi beliau juga termasuk salah seorang yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Negeri (ISA) kerana aktiviti menyokong Anwar.
Minat dan sokongannya kepada Anwar berubah dengan tiba-tiba selepas beliau bebas dari ISA. ISA telah memberi dimansi dan pengenalan politik baru kepada tokoh yang dikenali sebagai warak ini.
Kelulusan akademik juga menarik. Beliau seorang lulusan Phd dan pernah menjadi pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa (UIA).
Sekiranya Zambry ditakdirkan dipilih oleh BN untuk jadi MB ini bermakna cita-citanya untuk menjawat jawatan itu tercapai. Zambry dikatakan sudah lama menyimpan niat berkenaan.
Menjelang persidangan Umno pada Disember tahun lepas Zambry dilihat bergerak untuk menghidu arah politik ketika itu. Beliau juga dilihat pernah tampil dalam majlis yang dihoskan oleh Tengku Razaleigh Hamzah di Ipoh Perak dalam rangka bekas Menteri Kewangan itu mencari sokongan untuk mendapat pencalonan sebagai Presiden Umno.
Kehadiran beliau itu dilihat sebagai berani kerana jarang pemimpin bahagian bersedia hadir ke majlis yang dihoskan Tengku Razaleigh Hamzah.
Bagaimana pun beberapa nama lain turut sama disebut kemungkinan akan dipilih bagi menggantikan Mohamad Nizar Jamaluddin. Antara nama-nama itu termasuk Ramly Zahary Adun Manong yang juga Ketua Bahagian Umno Kuala Kangsar. Selain itu nama Wan Khairil Anuar Adun Bukit Candan yang juga timbalan Ketua Umno Kuala Kangsar turut sama disebut.
Nama-nama ini sudah pasti antara nama yang akan dikemukakan kepada Sultan Perak untuk diberi perkenan. [wm.kl 3:20 pm 05/02/09]
6 comments:
Seperti kata Encik Mso sendiri,"hanya kita memahami diri kita".Maka MB Nizar perlu melepaskan jawatan atas nasihat sultan.Mungkin Saudara MB Nizar, perlu belajar lagi tentang ilmu kepolitikan setiap masa selepas ini,kerana prosses pembelajaran itu tidak akan selesai bagi setiap manusia, selagi nadi belum menafikan nyawa.Sabar sentiasa dan pasti ada hikmah di sebalik segala kebejatan ini.
Salam Tuan Hj MSO,
Perkembangan menarik di Perak di mana 2 orang (seorang MB dan seorang bekas MB) tumbang gara-gara permainan licik politik. Tajol Rosli awal² ditumbangkan sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri dan semestinya tidak akan dilantik menjawat kembali jawatan MB yang pernah dipegang beliaun sekiranya BN membentuk kerajaan dan kini nasib Nizar bakal tumbang apabila Sultan Perak telah menitahkan beliau meletakkan jawatan berkuatkuasa serta merta.
Jadi, apakah akan ada kerajaan campuran ditubuhkan seperti mana kerajaan campuran Kelantan pada awal tahun 1970an yang mana MB baru dikalangan ADUN BN akan dilantik dan diperkenan Sultan Perak? Jika itu menguntungkan semua pihak kenapa mesti tidak, sekurang-kurangnya rakyat Perak dapat menilai penyatuan dua pihak yang berlainan ideologi didalam suatu kerajaan campuran kerana politik itu apa-apa kemungkinan boleh berlaku.
Wasalam.
Nak tanya MSO ni ahli PAS ke dak, kalau dak rentikan keje dok mengomen orang sana sini, sdgkan diri sendiri dok atas pagar, harap tak mcm tu...
Salam sdr (mungkin masih budak) kengkawan, mungkin tak berapa faham dalam hal blog dan juga politik. Sila baca tagline blog saya. Sebenarnya saya tidak ada masa untuk melayan persoalan seperti ini. Tetapi kerna ia sering masuk, komen ini sebagai mewakili komen yang sejenis dengannya maka saya ingin mengulasnya sikit.
Selalu saya kata kalau tidak senang dengan blog saya, jangan masuk dan cari blog yang serasi dengan jiwa sdr. Blog ini hanya untuk orang yang kuat semangat, berfikiran terbuka, tidak fanatik kepada mana-mana individu politik. Kepada kengkawag harap faham.
- MSO
munawir hampeh kalau orang nasihatkan hang adakah perlu hang dengar100% nama lagi nasihat.......
Kalau aku jadi menteri besar macam nizar pun aku tak kan letak jawatan semata-mata untuk memberi laluan menteri besar katak BN mengambil alih....dah la kaki rasuah lagi....
sekarang ni hanya persidangan DUN saja yang boleh memecat MB Nizar melalui undi tak percaya mengikut undang-undang tubuh negeri......
hang nak kata apa musewel...........
Salam...
Walau siapapun nama-nama yang dicalonkan sebagai MB baru Perak, diharapkan BN meletakkan nama orang yang sanggup bekerja keras untuk memajukan rakyat Perak dan mempunyai kesungguhan serta pastikan tiada rekod kotor (rasuah)... Jika menepati semua ni, Insya Allah Perak akan maju membangun...
Post a Comment