Friday, May 23, 2008

Duka Senja

Nipisnya iman kenegaraan kita!

MUNGKIN tidak ada seorang pun dari kira-kira 26 juta rakyat Malaysia menangis setelah menerima keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang telah memutuskan bahawa Pulau Batu Putih kini sudah menjadi milik Singapura.

Bahkan mungkin ada rakyat Malaysia yang tidak menahu mengenai apa yang belaku di The Hague di Belanda hari ini. Apa itu Batu Puith atau Perda Blanca, atau di mana terletaknya South Ledge (Terumbu Karang Selatan) dan Middle Rock (Terumbu Karang Tengah).
Sebaliknya mungkin ada di kalangan rakyat negara ini yang tumpang bergembira dengan keputusan ICJ yang memberi hak kedaulatan Batu Putih kepada Singapura itu?
Rakyat negara kita bagaikan tidak peduli berhubung pertikaian ke atas pulau berkenaan yang berlaku sejak 28 tahun lalu. Generasi muda maupun generasi tua seakan membiarkan saja pertikaian itu kepada pihak kerajaan bersendirian tanpa ada usaha dan komitmen bersepadu daripada seluruh rakyat.
Misalnya kita tidak pernah terdengar rakyat negara ini bangkit menyatakan keprihatian mereka ke atas pulau berkenaan baik menerusi aksi fizikal maupun secara berdoa. Tidak ada apa-apa reaksi dalam hal ini.
Untuk sama-sama ke The Hague bagi mendengar perbicaraan tidak mungkin. Orang kita bukan saja miskin kewangan tetapi juga miskin semangat. Adakah mana-mana NGO kita yang kononnya kuat berjuang untuk nusa dan wangsa menghantar wakil ke Belanda?
Saya terkesan keimanan kita dalam menjaga watan ini sangat nipis dan naif. Bukan saja dari kalangan rakyat, tetapi pihak Kerajaan sendiri juga. Misalnya sebelum keputusan dibuat di Belanda petang tadi umat Islam yang baligh dan mukalaf ke masjid untuk sembahyang Jumaat tidak pun digerakkan untuk memberi sedikit perhatian kepada isu tuntutan bertindih Pulau Batu Putih itu.

Sepatutnya khutbah hari ini menyentuh mengenai apa yang bakal berlaku di Belanda itu. Para khatib patut membaca khutbah mengenai kedaulatan negara dan kasih kita kepada watan tujuannya memberi semangat dan rangsangan.

Sebaliknya apa yang belaku di masjid tempat saya menunaikan solat Jumaat hari ini (dan saya percaya di seluruh masjid dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur membaca teks khutbah sama) khatib membaca khutbah yang langsung tidak ada kena mengenai dengan isu yang berlaku ahri ini.

Tajuk khutbah di hari ini ialah “Cinta Terlarang” menghuraikan bahaya dan jijiknya cinta terlarang. Teks itu tidak sedikitpun menyentuh apa yang berlaku di Belanda. Khatib juga di dalam doanya sebelum mengakhiri khutbah tidak sedikitpun mendoakan meminta agar keputusan berpihak kepada kita.

Inilah yang saya katakan bangsa kita terlalu miskin iman terhadap negara baik di kalangan mat rempit maupun yang menjadi penunggu masjid. Keimanan masing-masing senipis kulit bawang? Apa salahnya kalau masjid menganjurkan solat hajat memohon agar keputusan ICJ berpihak kepada kita. Namun ini tidak pernah berlaku dan lupa untuk dilakukan. Apakah kita semua sudah tidak percaya kepada doa dan usaha secara kerohanian?

Begitu juga dengan parti Pas yang terkenal dengan usaha dan ikhtiar menerusi solat hajat juga tidak menganjurkan solat hajat untuk Batu Putih. Apakah Pas merasakan bukan tangungjawabnya untuk berbuat demikian. Atau kerana masing-masing kini sedang berebut untuk menjadi PM maka hal-hal yang lebih penting menyentuh soal maruah bangsa dan negara terabai begitu saja.

Apapun hari ini Malaysia kehilangan 0.2 hektar buminya! [wm.kl 7:45 pm 23/05/08].

10 comments:

muzammil said...

saya amat bersetuju dengan sesetengah pendapat tuan akan ketidak prihatinan rakyat negara kita terhadap keputusan tersebut kerana terbiasa dengan momokan kerajaan melalui kawalan media untuk menerima apa jua keputusan yang telah dibuat oleh kerajaan. pada masa yang sama pohon jangan tuan merasa langsung tiada kepedulian. saya, keluarga dan rakan2 amat berdukacita apabila mendengar keputusan ini yang mana kami semua senantiasa mengambil tahu akan perkembangannya walaupun tidak sampai ke belanda. tercetus di hati saya untuk berkabung esok hari dengan memakai baju kuning BERSIH dan reben hitam di lengan. mungkin tuan boleh mencadangkan sesuatu yang dapat rakyat yang prihatin menunjukkan rasa kecewa dengan keputusan ini khususnya kepada kerajaan barisan nasional yang telah banyak kali menodai amanah dan tanggungjawab tanahair kita yang tercinta.

ANAK RANTAU said...

Apa yang nak ditangisi dengan kehilangan Pulau Batu Putih yang di tengah laut tu.Berapa ramai lah rakyat kita yang bercita-cita nak jejak kaki dipulau seluas 0.2hektar tu? Apa benda yang ada kat situ pun kita tak tahu.Dah kering air mata rakyat kita menangis dan tak larat nak meraung lagi dah.Bukan takat pulau tu je dah lepas ke tangan Singapura bang ooiiii ,jangan buat-buat tak tahu pulak kita, berapa banyak tanah Malaysia ni terutama di Johor yang dan jadi hak
orang Singapura kita lupake? kerja sape tu? Tanah yang lepas kat tangan orang Indon entah berapa ribu hektar kita jangan tak tahu.Orang PAS tak buat kerja jual hak bangsa ni.Tanya pemimpin UMNO dia orang mesti tau.Saya dak lama jangka Batu Putih tu akan jadi hak Singapura. Datuk Rais Yatim pun dah jangka yang sama agaknya.Suruh dia pastikan tak ada lagi tanah negara ni jatuh ke tangan orang asing. Jangan nak tunding jari kat orang lain pulak sudah.

Anonymous said...

setahu saya beberapa masjid dan surau di johor khususnya johor bharu sering mengadakan solat hajat ini...

mat terab said...

Tidak mustahir suatu hari nanti Wilayah Iskandar pun akan terima nasib yang sama juga kalau puak-puak umno terus memerintah.....

Anonymous said...

saya turut berduka cita dengan keputusan ICJ. Daripada alasan yang diberi oleh pihak ICJ amat menakutkan. apakah orang kita sesuka hati memberi tanah kepada orang luar? tanah kita diberi oleh orang yang kurang cerdik di negara kita kepada orang yang licik. mudahnya bangsa kita dipujuk dan dimainkan.
Ingatlah setelah Tunku dengan mudah melepaskan Singapura pergi. yang diberi mahukan lagi tanah kita.
apakah mungkin kita boleh menuntut kembali SINGAPURA daripada kerajaan republik itu?
apabila sudah diberi, mustahil boleh direbut kembali..

tokjeng said...

Jangankan Johor kat Kelantan pun banyak tanah dah terlepas ke tangan bukan Melayu atas nama pembangunan. Tengok saja di lojing,kota bharu, machang pun sama.. Siapa tak kenal syarikat SBJ yang bolot banyak projek pembangunan di Kelate. Maaf, mungkin para penyokong pas akan marah tapi inilah hakikat yang harus diterima. Bukanlah saya nak jadi racist tapi kalau dah negeri yang 90 peratus orang melayu islam pun, rumah-rumah kedai kat bandar-bandar bagi kat non bumi, ini dah kes parah! Ini tak dicampur lagi dengan masalah yang menimpa peniaga-peniaga Melayu di pasar Siti Khadijah dan di sekitar Kota Bharu yang mungkin terpaksa gulung tikar kesan daripada kemunculan banyak pasaraya besar yang dikuasai non bumi di Kota Bharu. Kita tidaklah menolak pembangunan tapi nasib peniaga-peniaga kecil ni pun harus dijaga. Belajarlah daripada strategi yang digunakan oleh kerajaan Thailand yang mengenakan syarat yang ketat bagi pembukaan Hypermarket demi menjaga pengusaha-pengusaha kecil mereka. Hmm nyaris-nyaris saya tak undi pas dalam pilihanraya lepas sebab isu-isu macam ni.Nasib baiklah kebencian aku pada tindak tanduk pimpinan UMNO lebih tinggi.

mat_terab said...

Kita bukan bincang bab bumi putra ka bukan bumi putra woi megat....orang nak cerita bab gadai negara kpd negara asing...kalau nak cerita bab bumiputra jangan tengok pasar besar siti khadijah saja la bangang...tengok la seluruh malaysia bangunan-bangunan besar sapa punya bumiputra punya ka...Kedai-kedai sapa punya bumiputra ka....hotel-hotel berapa kerat bumi...yang tu tak payah nak kata kat kelantan saja la negeri lain lagi nyata...

ANAK RANTAU said...

Mat terap cakaptu betul dalam soal pembangunan dan pasal bumi putra ni mana-mana negeri semua ada masalah.Negeri kelantan contohnya didesak dan dicabar oleh Umno untuk zahirkan kemajuan dan kemodenan.Kelantan kononnya serba serbi kolot.Nak maju begitu nak harapkan duit sape?Kerajan pusat nak bagi?BN pun memerintah terpaksa pujuk pelabur luar melabur.Berapaje lah kilang dalam negara ini Malaysia punya? Yang jelas hanya orng kelantan sahaja yang ada semangat lebih nak berlumpa dalam dunia bisnes ni. Tapi sekarang macam kata mat terab kita nak cakap bab tanah tergadai bukan pasal bangsa dan bumi putra.Panjang citer nya nanti.

An~Nahli said...

Tanah yang gersang itu tak seberapa nilainya dengan tanah-tanah lain yang terjual atau tergadai kepada warga asing terutamanya Singapura. Cuba buat bancian pemilikan rumah RM100000 ke atas di JB, siapa pemilik yang lebih ramai? Melayu / Cina / India / Singapura? Belum masuk kira tanah yang dimiliki secara proksi oleh warga asing. Realiti ini amat menakutkan.

Lebai Janggut said...

Sapa kata PAS tak buat apa2? Sedap tangan aje menulis.. Takkan tak ingat suatu ketika dulu sapa yang masuk TV beri amaran pada PAS. Jangan bertindak sebarangan? Sapa tak ingat bila Polis Raja Di Malaysia bertindak menghalang gerobolan Pemuda PAS yang bertindak nak pacak bendera Malaysia kat Pulau Batu Putih?? Takkan tak ingat????