Tuesday, May 27, 2008

Ulasan Peristiwa

Kesian Kepada Dr Mahathir!

SAMBUTAN kepulangan Mahathir Mohamad dari Jepun hari ini tidak berapa meriah. Mungkin disebabkan cuaca tidak begitu baik menyebabkan orang ramai berfikir banyak kali untuk ke Subang?

Manakala tumpuan orang ramai di Parlimen hari ini yang menyaksikan MP Padang Serai, Gobalakrishnan melangkah ke tempat duduk Speaker dan membisikan sesuatu menyebabkan mereka mungkin terlupa dengan kepulangan Mahathir. Aksi di Parlimen lebih menarik lagi dengan apa yang bakal berlaku di Subang.

Kerana tidak meriah maka Mahathir pun tidak memberi ucapan panjang sekadar lima minit saja. Menurut mereka yang taksub dengan Mahathir kira-kira 1,000 yang hadir, manakala menurut media internet pula sekitar 300 orang.

Media arus perdana pula esok akan menulis kira-kira beberapa puluh orang saja.

Kebanyakan yang pergi menyambut Mahathir khabarnya ialah ahli Umno Cawangan di Jerlun Kedah yang datang dengan dua buah bas satu tingkat.

Beberapa bekas menteri yang diuar-uarkan akan turut sama menyambut kepulangan Mahathir juga dilaporkan tidak berada dilokasi. Mungkin mereka memantau dari rumah menerusi telefon.
Mahathir mengulas sambutan itu sebagai biasa baginya, baik semasa menjadi PM atau selepas jadi PM. Maknanya orang tidak berapa ramai itu adalah lumrah.

Mahathir juga dipetik sebagai berkata belum mati lagi orang sudah tidak kenangkannya. Apakah beliau merujuk kepada kehadiran petang tadi?

Beliau sepatutnya insaf dan sedar bahawa ahli Umno sendiri pun sudah lengguh melayan kerenah beliau. Dan mereka yang sedia ke hulur ke hilir juga sudah tidak rela mengorbankan diri lagi untuk mendengar bebelan-bebalannya.

Mahathir sepatutnya kena faham dalam Umno semua orang mahu hidup. Semua kerja termasuk menyambut kepulangan pemimpin atau menghantar pemimpin nak ke luar negeri pun mesti ada benefit atau kena bayaran. Mereka tidak saja-saja pergi kalau tidak mendapat apa-apa!

Dalam Umno tidak ada apa yang free melainkan mendengar ucapan Mahathir yang membelasah Abdullah Badawi tanpa kesudahan. Terima kasih kepada Sdr Nasa yang membuat pembetulan.[wm.kl 10:45 pm 27/05/08]

1 comment:

farzain said...

"Mahathir juga dipetik sebagai berkata belum mati lagi orang sudah tidak kenangkannya. Apakah beliau merujuk kepada kehadiran petang tadi?"

kalau benarlah ini yang diungkapkan Tun... Alahai, memanglah kasihan. Dia amat dependent pada sokongan ramai dan sampai bila pun masih mahu disanjung dan diberi perhatian...

Tun, Tun.... Sebelum ramai lagi yang hilang rasa hormat pada Tun, sya rasa Tun sendiri patut menilai apa yang patut Tun lakukan... :)