Thursday, July 17, 2025

Siapa ketua hakim negara?

 ISENG ISENGAN

SEJAK malam tadi berlegar rumours seorang hakim berasal dari Terengganu kemungkinan akan dilantik sebagai ketua hakim negara yang baru. Kalau hakim itu dipilih, kalau tidak silap bermakna sudah dua orang hakim berasal dari Terangganu memegang jawatan itu. 


Kedudukan Terengganu dalam hal ini sama dengan Kelantan apabila dua orang anak Kelantan dipanggung sebagai ketua hakim negara, pertama Ariffin Zakaria dan kedua Tengku Maimun Tuan Mat.


Salleh Abbas yang merupakan anak Besut dan merupa hakim yang dipecat diera Mahathir dan pernah menjadi Exco kerajaan Terangganu sewaktu Hadi Awang jadi MB, pernah menjadi ketua hakim negara. 


Hebat orang Teranggnu dan Kelantan apabila putera puterinya terpilih menjadi ketua haikim negara, memegang jawatan tertinggi dalam institusi kehakiman negara.


Iya Kelantan dan Terangganu tidak panasaran lagi untuk melihat putera kebangaan mereka menduduki jabatan itu. Tetapi tentu ia tidak cukup disitu sahaja. Kalau dari eksekutif, ia, tetapi tidak dari aspek politik. Jawatan tertinggi dalam politik ialah perdana menteri dan timbalan perdana menteri, setakat ini belum ada anak Kelantan dan Terangganu memegang jawatan itu.


Negeri negeri lain (kecuali Negeri Sembilan, Melaka, Perak dan Perlis) sudah merasainya malahan ada yang mengulangi sampai dua, tiga  kali. Kedah mencatat sejarah apabila Tunku Abdul Rahman dipilih jadi perdana menteri pertama. Kemudian ia dikuti oleh Mahathir Mohamad menjadi PM yang keempat dan ketujuh, mencatat sejarah juga apabila dua kali jadi Perdana Menteri. Kedah juga merasai puteranya menjadi timbalan perdana menteri.


Kemudian diikuti negeri Johor, dua anak negerinya mejadi PM dan tiga orang jadi timbalan perdana menteri. Hussein Onn jadi PM ke tiga manakala Mahiaddin Yassin jadi PM ke lapan. Sebelum Hussien dan Mahiaddin, Musa Hitam juga pernah jadi TPM.


Negeri Pahang juga merasai hal sama, apabila Razak Husein jadi PM kedua dan anaknya jadi PM ke tujuh. Sejarah tersendiri berlaku disini apabila dua beranak jadi PM. Tidak cukup setakat itu saja Pahang menjadi negeri pertama memiliki tiga orang PM dan timbalan perdana menteri. Ismail Sabri Yaakob adalah PM ketiga dari Pahang dengan sejarah menjadi PM paling pendek tempohnya.


Sebuah lagi negeri bertuah dan ikut merasai puteranya jadi PM ialah Pulau Pinang apabila, Abdullah Ahmad Badawi jadi PM ke lima dan Anwar Ibrahim sekarang ini jadi PM ke-10. Kedua-dua mereka juga pernah jadi timbalan perdana menteri.


Dimasa akan datang, kita berharap PM akan datang dari Kelantan dan Terangganu pula selepas ini. Buat masa ini belum nampak siapa anak Kelantan dan Terangganu pertama akan jadi PM. Sebelum ini ramai mengira Tengku Razaleigh Hamzah bakal jadi PM dari Kelantan memandangkan populariti, kedudukannya dalam parti serta kepakarannya dalam ekonomi. Tetapi tidak menjadi.


Begitu juga dengan Teranggnu, ada angan angan untuk melihat Wan Mokhtar Wan Ahmad berdasarkan populis  dimilikinya. Tetapi beliau yang berlatar belakangkan agama, tetapi diberi kesempatan. Begitu juga denga Hadi Awang, kekutan partinya Pas, dan juga poplaritinya beliau sebagai agawaman dilihat ada potensi. Namun nampaknya Hadi senasib dengan Wan Mokhtar. Mereka bukan material perdana menteri, lebih layak jadi penceramah. 


Demikian juga di Kelantan, Husam Musa yang pernah mnduduki barisan pimpinan tertinggi Pas dan penampilannya di Kelantan menampak beliau punya bakat hebat untuk diangan-angan ke situ. Husam menyerlah sebagai pemimpin dengan gaya dan kehebatan tersendiri. Namun takdir politiknya beliau terpaksa berpisah dengan Pas, menjadikan harapan dan impi itu kabur.


Hari ini baik di Kelantan dan Terangganu tidak nampak sosok yang layak untuk di arah ke situ. Rafizi Ramli anak Terangganu tetapi membesar di luar tidak sangat dilihat mewakili Terangganu.


Bagaimana pun sekiranya Terangganu ingin memilik seorang calon PM di masa depan mungkin boleh mengambil Rafizi sebagai sosok untuk jadi pemimpin masa depan negara. Bagimana pun di Kelantan selepas Husam sudah terkeluar dari musim, belum ada yang dapat disetandingkan dengan Rafizi di Terangganu. [wm.kl.11:54 am 17/07/2025]



Sunday, July 13, 2025

Politik bebudak tidak perlu dilayan

PANDANGAN

Nampaknya pejabat setiausaha agung parti Keadilan tidak berdiam diri dengan tingkah laku sumbang sembilan orang ahli parlimen parti itu yang mengadakan sidang akhbar ala ala pasar malam baru baru ini yang bertindak seperti cuba menguji kesabaran parti itu. Dua daripada mereka tidak hadir.


Setiausaha Agungnya Dr Fuziah Salleh dalam satu laporan memaklumkan pihaknya   ada menerima gesaan agar parti mengambil tindakan ke atas mereka.


Mereka yang mengadakan sidang akhbar ala pasar malam itu, ialah termasuk mereka yang kalah dalam pemilihan lalu diketuai oleh Rafizi Ramli dan timbalannya Rodhziah Ismail. Sidang akhbar itu mendesak kerajaan menubuhkan RCI agar menyiasat skandal kehakiman dengan menuduh Perdana Menteri memyembunyikan sesuatu kepada rakyat.


Cadangan penubuhan RCI itu cuba memberi gambaran kepincangan kepimpinan perdana menteri yang juga presiden Keadilan. Gesaan itu dianggap mencemarkan imej Anwar sebagai PM dan suatu tindakan kontradik dengan amalan semangat parti.


Sidang mdia itu menjadi perhatian umum dan telah dieksploitasikan pihak pembangkang untuk menyerang perdana menteri. Dari segi moral dan tanggungjawab kesembilan ahli parlimen itu boleh dipertikaikan, maka wajar kalau gelagat sumbang mereka itu diperhalusi untuk diambil tindakan disiplin.

  

Berhubung perkara itu, Fuziah menjelaskan ia akan dibincang dalam mesyuarat MPP dua minggu lagi. Menurut Fuziah parti ada kod etika tersendiri untuk dikenakan tindakan disiplin kepada ahlinya.


Gesaan agar sembilan ahli parlimen itu diambil tindakan, digantung, datang daripada 19 ketua cabang di Johor dan 11 ketua cabang Kedah. Sehingga catatan ini dibuat belum ada apa-apa kenyatan serupa dikeluarkan yang dibuat oleh ketua ketua cabang di negeri lain. Pasti sehari dua lagi kenyataan sama, mendesak mereka digantung akan dibuat oleh ketua ketua cabang negeri lain.


Cadangam itu menujukkan betapa tidak senangnya mereka dengan lagak dipamerkan Rafizi bersama tujuh ahli parlimen berkenaan. Perbuatan mereka boleh ditafsirkan tidak menghormati parti, persis gunting dalam lipatan yang boleh menjejaskan maruah presiden.Tanggungjawab mereka menjaga airmuka parti sudah ke laut. Maka wajar mereka dikenakan tindakan.


Persoalan kini apakah perlu tindakan dikenakan kepada Rafizi dan MP itu. Dari segi makrifat dan motif politik, Rafizi dan gengnya itu bukan tidak tahu perbuatan mereka itu melanggar peraturan parti, tetapi disengajakan dengan tujuan tertentu. Perbuatan Rafizi itu tidak bezanya dengan tindakan Azmin Ali suatu waktu dahulu bersama 10 orang ahli parlimen PKR yang lari meninggalkan parti.


Mudah sahaja untuk difahami, tindakan itu ia tidak akan berlaku sekiranya kesemua mereka menang dalam pemilihan lalu. Isu kehakiman yang dipertikaikan itu bukan perkara pokok yang diperjuangkan, tetapi  diambil sebagai isu untuk melepaskan geram semata mata bagi memburukkan presiden. Sidang akhbar itu adalah rasa tidak puas hati kepada presiden.


Kita tidak fikir kalau Rafizi masih timbalan presiden, beliau akan mengadakan sidang akbar media ala pasar malam begitu dengan mencadangan perkara itu kepada kerajaan, kerana isu kehakiman itu sudah wujud semasa beliau masih memegang jawatan timbalan presiden lagi. 


Terbaik parti tidak perlu bertindak, apa lagi mengenakan apa apa tindakan terhadap mereka, biarkan sahaja Rafizi dan kekawanya terus melalukan apa yang mereka suka. Politik budak budak pantang dipujuk dan dirayu, sebab jika dipujjk ia akan meraung lebih kuat lagi. Kalau pun aksi mereka akan dicedup oleh pembangkang namun labanya tidak seberapa sangat.


Rasanya Anwar sendiri cukup mengerti dan faham dengan perangai budak budak ini, sebab dia sendiri pernah menjadi budak sebelum menjadi orang tua. Lama kelamaan apa yang dibangkit itu, mereput dan ia akan berhenti dengan sendiri. Macam bebudak yang menangis kerana menuntut sesuatu yang tidak dipenuhi oleh orang tuanya., akhir ia menangis atau terlena di tepi dinding. [wm.kl. 6:29 pm 13/07/2025].



Tuesday, July 8, 2025

Bara sengketa masih menyala

BACA POLITIK


SEMALAM Rafizi Ramli mengadakan sidang akhbar bersama lapan orang ahli parlimen Keadilan. Sidang akhbar itu sebagai meluncurkan projek politik baru beliau selepas tidak lagi jadi anggota kabinet dan berada dalam kerajaan. Beliau nampaknya merealisasikan apa yang beliau ucapkan, yang beliau akan buka babak baru dalam politik selepas tidak jadi timbalan presiden Keadilan. 

Ahli parlimen yang hadir mengiringinya di sidang akhbar semalam ialah, Rodziah Ismail (Ampang Jaya), Bakhtiar Wan Chik (Balik Pulau), Nik Nazmi Nik Ahmad (Titiwangsa), Syed Ibrahim Syed Noh (Ledang), Wong Chen (Subang) dan Zahir Hassan (Wangsa Maju).

Mereka ini ialah pengikut setia Rafizi dan sanggup untuk melakukan kamakazi. Mereka bergantung nyawa politik kepada Rafizi. Besar kemungkinan dengan ulah dan laku mereka itu, mereka semua tidak akan dicalonkan semula oleh Keadilan untuk mempertahankan kerusi berkenaan. Jika mereka merasa pengaruh dan dokongan kuat mereka boleh bertanding atas tikit bebas atau parti lain.

Ramai menyangka semalam Rafizi akan memgumumkan sesuatu mengejutkan disidang akhbar itu, tetapi meleset.

Rafizi masih kekal bersama Keadilan. Ilham untuk tubuh parti baru tidak berbangkit langsung, atau beliau sudah membuat kajian menyeluruh kalau buat parti baru, ia tidak akan membawanya ke mana mana pun. Buat parti itu tidak ubah seperti guruh kuat berbunyi hujan tak seberapa, tidak ada manfaatnya. Baguslah, nampaknya peminatnya di alam maya berjumlah ratusan ribu itu tidak memberi kekuatan dan keyakinan kepadanya untuk form parti baru.

Maka selamatlah semalam Keadilan ditimpa musibah kedua selepas peristiwa Langkah Sharaton. Rafizi nampaknya belum jadi seperti Azmin Ali sepenuhnya, iras iras sudah ada. Pembangkang yang berdoa dan solat hajat supaya Keadilan ditimba musibah terkantoi setakat ini.

Jadi langkah diambil semalam ialah bertindak jadi pembangkang dalam kerajaan, tepatnya menjadi gunting dalam lipatan atau lipas dalam almari. Rafizi mengguna kedudukannya sebagai ahli parlimen untuk menggodak Anwar. Jadi pengkritik kerajaan, bagi mencapai aspirasi reformasi. Bunyinya molek tetapi mesejnya lain.

Beliau memulakan dengan mengkritik Presiden, Anwar Ibrahim bersabit proses pelantikan dan kelewatan pelantikan hakim hakim yang disifatkan suatu skandal. Isu Tengku Maimun Tuan Mat tidak disambung enam bulan sebagai Ketua Hakim Negara turut jadi perhatian Rafizi.

Sejajar itu beliau mencadangkan agar kerajaan menubuhkan RCI untuk menyiasat perkara itu. Cadangan itu menunjukkan betapa seriusnya kehilang-percayaan Rafizi kepada Anwar. Logiknya bila seseorang ahli hilang kepercayaan kepada presiden dia minggak sahaja dari parti?

Selain itu beliau juga mendesak Anwar beri penjelasan berhubung soal perlantikan hakim. Rafizi tanpa segan silu mengheretkan isu secara terbuka ke tempat terbuka. Beliau cuba membayangkan ada sesuatu yang disembunyikan Anwar disebalik isu itu. Tampaknya Rafizi bekerja untuk membantu pembangkang ketimbang membantu kerajaan. Mungkin ini pola baru politik kita atau politik style Rafizi.

Seperkara lagi disebut Rafizi semalam, selepas ini beliau akan ada forum umum bergerak dari bandar ke bandar utama menjelaskan isu berkenaan dan lain lain isu kepada rakyat, biar rakyat tahu dan cerdik dengan isu. Jelajah forum ini adakah sambungan jelajah hiruk sebelum ini? Belum habis lagi ke perbalahan dan dendam, kata minta semua orang move on?

Tanpa mengira sejauh mana forum berkenaan berjaya, namun ia tidak boleh dipandang ringan. Para pemimpin parti dan mereka yang setia dengan Anwar yang mahu melihat Anwar kekal sebagai PM sekurang kurangnya sepenggal, perlu melakukan sesuatu. Rafizi kena ingat dan fikir juga Anwar juga ada penyokong hard core dan setia, malahan mereka telah teruji sejak berdekad lalu. Para penyokongnya yang tidak mengharap apa-apa imbuhan dan balas rela berkorban untuk Anwar.

Rancangan jelajah forum itu perlu dibendung. Parti tidak boleh biarkan ia berjalan semahunya tanpa kawalan atau diberi pelawanan atau penjelasan maksudnya. Tujuan forum itu dibuat terbuka oleh Rafizi kerana beliau mengharap ia akan disertai oleh pihak pembangkang sama. Ia sebagai taktiknya mencari sokongan. Dari situ beliau akan melihat sejauh mana sambutan dan sokongan kepadanya. Beliau kini sedang melebarkan pengaruh, merentasi parti politik. Sekiranya ia memberangsangkan tidak mustahil beliau akan bertindak lebih agresif lagi.

Jadi sebelum ia merebak, parti Keadilan perlu melakukan sesuatu yang signifikan. Bukan sahaja Keadilan, tetapi parti gabungan kerajaan juga, PH dan BN perlu mengambil perhatian sama, sebab serangan ke atas Anwar merupakan serangan terhadap kerajaan. Mungkin satu perhimpunan parti perlu dipanggil segera untuk memberi penjelasan kepada ahli agar tidak keliru dengan sihir dimainkan Rafizi.

Barisan pemimpin yang baru punya tanggungjawab untuk berhadapan dengan Rafizi dan mempertahankan Anwar. Mereka kena ingat pertembungan semasa kempen pemilihan lalu masih belum berakhir. Bara belum padam sepenuhnya. Pegawai utama parti, Setiausaha Agung, Ketua Penerangan, Pengarah Strategi, Bendahari, Ketua Wanita, Ketua Pemuda dan lain-lain perlu memerah otak untuk menghadapi serangan terbaru Rafizi ini. Timbalan presiden baru Nurul Izzah kena proaktif, sehingga kini mulutnya masih terkunci, kenapa? Ada masalah gusi ke?

Perhimpunan itu seeloknya selepas parti selesai menyusun barisan kepimpinan baru, pelantikan eksekutif, lantikan pengerusi negeri negeri selesai dibuat. Tidak boleh biarkan Rafizi dan gengnya bergerak sesuka hati tanpa pemantauan dan bendungan. Bacaan saya, gerak kerja yang dilakukan Rafizi itu adalah sebagai persiapan untuk menanti kongres tiga tahun akan datang.

Masa terluang yang beliau miliki sekarang ini saya percaya bukan keseluruhan ditumpukan kepada untuk jaga 18 ekor kucing kucingnya, tetapi tempoh ini beliau akan istiqamah jadi pengkritik, penganggu kerja buat Anwar sebagai perdana menteri. Dan sekiranya apa digerakkan ini mendapat sambutan beliau mengharap Anwar akan surrender sebelum tiba masanya. Itu impian dan mimpi Rafizi bersama gengnya. [wm.kl. 9:58 am 08/07/2025]


Wednesday, July 2, 2025

Piraum 16: Semua parti politik berpeluang jadi kerajaan

RENCANA

SELEPAS beberapa kali usaha untuk menjatuhkan kerajaan Perpaduan dengan cara undemokratic, menebuk atap, dengan beberapa langkah diatur, tetapi tidak berjaya, tumpuan kini kepada pilihan raya umum ke-16 akan datang.

Pembangkang kini sudah tidak ada harapan lagi melainkan dengan berhadapan dan menanti peluang pada pilihan raya umum akan datang. Kerajaan Perpaduan pimpinan Anwar Ibrahim tidak mungkin akan tumbang ditengah jalan, sekurang-kurang untuk lima tahun pertama ini.

Dua Langkah dan strategi.

Ada dua strategi atau langkah dibuat untuk menumbangkan kerajaan Perpaduan tetapi tidak berjaya. Pertama awal pemerintahan Anwar diura-urakan ada projek “Langkah London”. Menerusi projek ini beberapa ahli Parlimen dikatakan akan berpaling tadah memberi sokongan kepada Mahiaddin Yassin untuk diangkat sebagai perdana menteri. 

Kebanyakan mereka terdiri daripada ahli parlimen UMNO. Ada 10 atau 12 orang ahli parlimen UMNO dihasut untuk melakukan kudeta itu. Suatu gerakan undi tidak percaya kepada Anwar akan dilakukan dalam parlimen.

Selepas itu digerakkan pula projek langkah dikenali dengan Langkah Dubai, ia juga membabitkan ahli parlimen UMNO. Sekian jumlah peruntukan disediakan untuk tujuan ini. Dipercayai wang sebanyak RM170 juta dirampas oleh SPRM dikatakan ada kaitan dengan bekas PM Ismail Sabri Yaakob ada kena mengena dengan projek berkenaan.

Mereka yang dikatakan menjadi dalang ialah Ismail Sabri dan Hishammuddin Hussein. Bagaimana pun Ismail Sabri keras menafikan akan rancangan ini.

Pembangkang mengira sekiranya 10 orang itu menarik sokongan kepada Anwar, Kerajaan perpaduan akan tumbang dan pembangkang mempunyai harapan untuk membentuk Kerajaan. Mereka bernafsu mahu menjadikan Kerajaan Perpaduan senasib dengan Kerajaan Pakatan Harapan pimpinan Dr Mahathir dan Kerajaan Perikatan Nasional, pimpinan Mahiaddin sebelum ini.

Walaupun relatif jumlahnya masih belum mencukupi, tetapi diperkirakan mereka akan memperolehi 2/3 untuk menguasai parlimen, membentuk Kerajaan dengan majoriti simple 112 kerusi, apabila ada sokongan tambahan kemudian daripada parti gabungan dari Sarawak (GPS) yang mempunyai 32 anggota parlimen.

Dengan sokongan Gabungan Parti Sarawak (GPS) mereka menjangka akan mendapat 102 kerusi dimana jumlah itu akan digenapkan dari 10 kerusi lagi yang diharap datang daripada parti kecil lain dan juga ahli parlimen bebas.

Itulah rancangan awal berupa angan-angan daripada pembangkang. Nanum nampaknya ia sia sia sahaja, kerajaan Peraduan kian mendapat sokongan, apabila mendapat jaminan terbuka daripada (GPS). Lebih dari dua kali Premier Sarawak Abang Johari Openg dan Fadillah Yusof menegaskan bahawa mereka bersama kerajaan sedia ada. Mereka tetap bersama Kerajaan Perpaduan atas alasan untuk kestabilan politik.

Pendirian GPS itu tepat kerana mereka sudah mendapat apa yang diperlukan. Banyak kepentingan GPS khas untuk Sarawak dipenuhi oleh Anwar Ibrahim. Beberapa orang ahli parlimen mereka juga diambil menyertai kabinet dimana Fadillah Yusof sendiri dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri. Jawatan itu pertama kali diwujudkan merupakan penghargaan buat GPS yang bersama kerajaan.

Jadi cerita dan ura-ura Kerajaan tebuk atap sudah dikira berakhir.

Dengan tertutupnya hikayat itu, maka tumpuan kini kepada pilihan raya umum (Piraum) ke-16.  Pembangkang meletak harapan besar kepada Piraum ke-16. Semua pemerhati politik juga mengarahkan pandangan dan pemerhatian mereka ke situ. Cerita atau projek tebuk atap sudah khalaf. Pembangkang kini sudah kehabisan idea dan ikhtiar untuk menumbangkan kerajaan. Penggunaan berleluasa pengalaman dan politik hati kering Dr Mahathir juga ternyata gagal. 

Sesuai dengan itu pembangkang kini sedang rancak mengaturkan strategi kemas untuk menguasai pilihan raya umum akan datang. Berpandukan pencapaian dalam pilihan raya lalu pembangkang yakin dan optimis mereka akan memberi tentangan sengit terhadap Kerajaan. Memang ada kemunasabahannya.

Pilihan raya umum akan datang jadi sama penting dengan pilihan raya ke -15, apabila semua parti dibayangkan tidak akan dapat menguasai parlimen. Sekiranya pilihan raya ke-15 akan mewarna pilihan ke -16 nanti, pembangkang yakin mereka akan berjaya. Berpijak atas realiti itulah menjadikan pembangkang “bergeletik” mahukan pilihan raya umum diadakan segera. Faktanya pembangkang perlu menambahkan undi (kerusi) sekitar 10 kerusi sahaja lagi. Faktor yang diharap pembangkang ialah agar undi Melayu tidak berkurang untuk mereka. 

Memerhati kepada situasi parti-parti yang ada hari ini tidak ada satu parti pun boleh mendabik dada. Semua parti mempunyai harapan dan peluang. Pintu untuk ke Puterajaya terbuka untuk semua parti atau gabungan. 

Dengan kedudukan mutakhir semua parti tidak memperolehi 40% daripada (222) kerusi parlimen, menjadikan perlawanan terbuka. Realiti hari ini, parti utama dalam gabungan PH, PKR menguasai 31 kerusi, DAP 40 kerusi dan Amanah 8 kerusi dengan jumlah keseluruhannya 81 kerusi kurang (31) untuk menguasai parlimen, sedangkan pembangkang (PN Bersatu – Pas, Gerakan) 74 kerusi, kekurangan 38 kerusi perbezaannya relatif kecil, hanya tujuh kerusi sahaja.

Manakala UMNO (BN) pula memperolehi 30 kerusi, masing-masing dua MCA dan satu MIC, ketinggalan jauh 82 kerusi untuk meraih 112 kerusi. Dengan kedudukan itu, berdasarkan pencapaian lampau sukar untuk mana-mana parti mendapat 112 untuk membentuk kerajaan secara bersendirian. Tanpa berkolaborasi.

Suasana ini sungguh menarik dan boleh menimbulkan tragis. Apa-apa boleh berlaku dalam pilihan raya akan datang. Kerana politik itu dinamik dan tidak ada persetiaan abadi sampai ke kiamat, apa saja boleh berlalu. Tarik tali dalam pilihan raya akan berlaku di antara parti UMNO dengan Bersatu, Pas dengan Amanah, Bersatu dengan PKR. Yang agak selesa sedikit ialah DAP kerana lawan mereka MCA dan Gerakan tidak berupaya.

Menurut logik, PH dan BN akan kekal bekerjasama. Namun itu bukan jaminan, kerana apa saja boleh berlaku. Dalam UMNO tidak semua anggotanya senang maufakat dengan PH, lantaran kewujudan DAP. Masih ada segelintir ahli Umno yang alergik dengan DAP.

Kekukuhan hubungan UMNO dengan PH hari hanya diperkuatkan oleh beberapa pemimpin tertinggi UMNO sahaja khususnya Ahmad Zahid Hamidi. Hubungan PKR dengan UMNO diikatkan tali peribadi dan persahabatan antara Zahid Hamidi dengan Anwar Ibrahim. Sekiranya UMNO tidak lagi dipimpin oleh Zahid, kekukuhan itu tidak akan terjamin sebab ada individu tertentu dalam UMNO yang “sikir gigi” dengan Anwar. Masih ada usaha untuk membebaskan UMNO daripada PKR dalam masa sama untuk rujuk tanpa cerai dengan Pas.

Manakala dipihak PN juga menghadapi masalah sama. Kerjasama politik di antara Bersatu dengan Pas bukan diikat dengan tali janji yang abadi. Pas yang keluar sebagai juara parti mendapat kerusi terbanyak dalam pilihan raya lalu, (43) kerusi merasakan berhak untuk menjadi juara atau kepala kepada mana-mana gabungan. Pas juga ada menyimpan cita-cita untuk mengepalai kerajaan Malaysia dimasa akan datang, dan ia tidak mustahil.

Dengan pencapaian cemerlang itu tidak salah kalau Pas menyimpan dan berusaha untuk mencapai angan-angan itu, bahkan ia realistik. Untuk tujuan itu Pas boleh berkolaborasi dengan mana-mana parti sahaja, hatta dengan PKR ataupun UMNO. Gabungan Pas dengan UMNO dilihat lebih mudah kerana sebelum ini mereka sudah bentuk Maufakat Nasional. Keadaan itu tidak menjamin Bersatu akan selamat dan kekal abadi dengan Pas.

Demikian juga dengan Bersatu, hubungan parti itu dengan Pas membentuk Perikatan Nasional (PN) kini bukan rigid. Bersatu boleh lari ke mana-mana saja, termasuk dengan UMNO, atau PKR. Saya yakin kalau Bersatu sudah bertukar kepimpinan kepada Azmin Ali misalnya, Bersatu akan bersama PKR. Jalan untuk dirintis ke arah itu lebih mudah atas keyakinan kedua mereka Azmin dan Anwar ada chemisteri tersendiri. Hubungan personal Anwar dengan Azmin sama dengan hubungan persenoal Anwar dengan Zahid.

Begitu juga halnya Pas, selain boleh bertaut kembali dengan UMNO tidak hairan juga kalau Pas bekerabat kepada PKR. Sekiranya berlaku pertukaran kepimpinan utama dalam Pas, kepada lebih pemimpin terbuka dan fahaman politik liberal, Pas akan bergabung dengan PKR. Cuma menjadi persoalannya penggabungan sama ada sebelum atau selepas pilihan raya.

Melihat kerencaman ini tidak mudah untuk dilengsaikan, adalah elok kalau proses penggabungan itu berlaku selepas pilihan raya. 

Dalam pilihan ke-16 nanti semua parti mengambil sikap berani dan sedia menanggung risiko untuk bertanding bersendirian. UMNO, PKR (PH), Pas dan Bersatu bertanding bersendirian, uji kekuatan masing-masing secara gentlemen. 

Selepas itu baru boleh diproses penggabungan untuk membentuk kerajaan. Dalam mencari proses ini mana-mana parti mendapat kerusi tertinggi boleh mengepalai kerajaan dan perlu dihormati. Politik Malaysia perlu dan harus dinamik sesuai dengan peredaran masa. Bersambung: Siapa PM selepas Anwar?. [wm.kl. 10:19 am 02/06/2025]