REAKSI DAN ISU
Malam tadi saya sempat menonton rakaman rancangan Dialog Harmoni yang disiarkan oleh TV Hijrah. Rancangan itu dihostkan oleh tiga orang ahli panel yang mewakili tiga agama; Islam, Kristian dan Hindu. Panel yang mewakili bagi pihak Kristian ialah Dr Living Lee, Hindu olah Dramalingam dan Islam oleh Shah Krikut a/l Kakikula.
Manakala pengacara atau pengerusinya pula Mohamad Fareed Ravi Abdullah seorang India yang memeluk Islam. Kebetulan (barang kali), tidak ada seorang pun panelis berbangsa Melayu? Kenapa?
Tajuk atau tema yang dikemukakan untuk dibahas atau dibicarakan berbunyi; Bersatu Walaupun Berbeza. Tajuk yang dikemukakan menarik, ia berbentuk universal ke arahan kedamaian. Tajuk itu dikira kena dalam konteks negara ini yang rakyatnya mempunyai pelbagai, bangsa, bahasa dan anutan agama.