Showing posts with label Sg Besar dan K Kangsar. Show all posts
Showing posts with label Sg Besar dan K Kangsar. Show all posts

Wednesday, May 11, 2016

PRK Sg Besar, K Kangsar peluang baik untuk tukar Najib

PANDANGAN

Pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar yang bakal diadakan adalah peluang terbaik untuk pembangkang dan mereka yang bencikan Najib Razak untuk menurunkan anak Razak itu dari kerusi perdana menteri. Kedua-dua pilihan raya itu boleh dijadikan petunjuk dan bukti bahawa Najib sudah tidak "dihingini" lagi bagi terus memimpin Malaysia.

Caranya ialah dengan pembangkang merampas kedua-dua kerusi berkenaan. Dalam sistem demokrasi apabila sesuatu kerusi yang dimiliki sesebuah parti, apa lagi kerajaan, tetapi tiba-tiba berjaya dirampas pembangkang menunjukkan kepimpinan semasa parti kerajaan itu sudah tidak popular lagi.

Soal parti mana akan bertanding mewakili pembangkang melawan BN dalam kedua-dua pilihan raya itu, boleh dibincangkan kemudian. Tempo dan waktu masih ada. SPR pun belum menentukan tarikh penamaan calon dan pengundian.