Showing posts with label Utusan Melayu. Show all posts
Showing posts with label Utusan Melayu. Show all posts

Thursday, November 29, 2012

Utusan Malaysia Bakal Berkubur?

SESUDAH SUBUH                                                                                                          

Surat khbar Utusan Malaysia kemungkinan akan hilang lenyap dari atas muka bumi ini sekiranya lembaga pengarah dan editorial akhbar berkenaan tidak mengambil langkah awal meletakkan ahbar berkenaan di atas paksi kewujudannya yang sebenar. Sekiranya akhbar itu tidak dilakukan perubahan drastik Utusan Malaysia hanya akan meninggalkan nama saja didunia ini tanpa jasadnya lagi.

Kemungkinan ini dirasakan terjadi apabila jualan akhbar berkenaan merosot teruk setiap hari. Dari sumber dalaman memberi tahu jumlah edaran akhbar itu kini 70,000 perhari. Kedudukan syarikat Utusan Malelayu (M) Berhad juga senafas dengan parti yang didokongnya Umno yang kini nyawanya berada di hujung pedang.   

Dalam kenyataan urusniaga terbarunya menunjukkan Utusan Melayu (M) Berhad mencatat kerugian sebelum cukai berjumlah  RM1.09 juta bagi suku ketiga berakhir 30 Sept, 2012 berbanding keuntungan sebelum cukai sebanyak RM14.82 juta bagi tempoh yang sama tahun lepas. Keuntungan tahun lepas bukan kerana hasil jualan dan uruniaga lain termasuk iklan tetapi kerana penjualan anak syarikatnya Utusan Print Corp Sdn. Bhd.

Dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia, Utusan berkata pendapatannya susut kepada RM90.05 juta daripada RM92.14 juta.

Kesusutan pendapatan itu disebabkan jualan akhbar berkenaan merudum teruk. Utusan bukan lagi menjadi bacaan wajib bagi orang Melayu. Semua ini ialah kerana kredibiliti akhbar berkenaan haprak bila mana banyak kes-kes saman ke atasnya akhbar berkenaan kalah dan terpaksa membayar jutaan ringgit.

Pembaca yang sebelum ini menjadikan akhbar itu sebagai cake untuk dihirup bersam kopi waktu pagi juga sudah mengubah tabiat dengan memilih akbar lain yang lebih berwibawa. Ini semua berlaku kerana sikap akhbar berkenaan bukan lagi menjadi media yang membangun minda sosial secara profesional sebaliknya menjadi lidah penyambung lidah-lidah pemimpin Umno yang bercakap syok sendiri di samping kaporan tidak adil.

Ekoran kemerosotan julan dan pendapatan syarikat itu juga telah menjual anaknya syarikatnya Utusan Print Corp Sdn Bhd, dalam segmen percetakan pada September tahun lepas. Penjualan anak syarikat itu dirasakan sebahagian persediaan untuk penggulungan syarikat akhbar berkenaan sebaik saja Umno tewas.

Perkembangan 'masam' mengenai akhbar milik Umno itu ia berpotensi untuk tutup sebaik saja partinya kalah terus dan tidak memegang teraju selepas pilihan raya akan datang. Sesungguhnya penutupan Utusan Melayu akan membawa ketenangan buat orang Melayu di negara ini yang digumbal dengan fitnah, provokasi dan penyiaran berita-berita yang tidak boleh dipertanggungjawab.

Kesan daripada sikap melampau dan tidak bijak pengurusan menyebabkan lebih 600 pekerjanya berada di dalam dilema. [wm.kl.7:34 am 29/11/12]

Tuesday, March 20, 2012

Maklumat Canggih

Utusan Melayu Bakal Dijual?

Utusan Melayu (M) Sdn. Bhd penerbit akhbar Utusan Malayisa, Kosmos dan beberapa buah majalah bakal kehilangan aset terpenting apabila percetakan akhbar berkenaan akan menjadi entiti berasingan apabila ianya dimiliki oleh seorang orang korporat.

Urusan penjualan mesen cetak berkenaan yang terletak di Bangi Selangor dan beberapa tempat lain itu dikatakan sedang dalam proses perundingan. Penjualan itu dipercayai kerana syarikat penerbitan akhbar yang sahamnya dimiliki Umno sedang mengalami kerugian teruk yang tidak tertanggung lagi ekoran kemerosotan jualan akhbar itu.

Jualan akhbar Utusan Malaysia pada hari ini dipercayai 120,000 naskah sehari lebih rendah dari akhbar harian bersaiz tabloid lain. Angka itu jauh rendah berbanding dengan akhbar bersaiz sama yang menjangkau 180,000 edaran sehari.

Kemerosotan itu dipercayai kerana akhbar itu tidak adil dalam penyiarannya dan terlalu mempamirkan ia sebagai akhbar Umno. Laporan cerita-cerita sex juga menyebabkan ia makin dipulau oleh pembaca.

Ekoran penjulan itu Utusan Malaysia selepas ini akan mencetak akhbar itu dengan percetakan berkenaan atas sifat upah.

Dalam pada itu ahli korport berkenaan yang juga pernah menjadi menteri kabinet sedang merunding untuk memiliki Dawama - percetapan milik Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang swastakan dan kini bermasalah.

Dikatakan juga, ahli korporat yang dulu berniaga garam di Langkawi akan cuba memiliki Percetakan Nasional miliki kerajaan yang kini merupakan percetakan yang mengerjakan bahan cetakan negara.

Ahli korporat itu berangan-angan untuk menjadi gergasi percetakan di negara ini dengan memonopolikan beberapa percetakan terkemuka.

Ada kemungkin beliau juga akan berusaha untuk mendapat beberapa percetakan syarikat pengeluar akhbar lain untuk diletak dibawah satu bumbung.

Sekiranya usaha ini berlaku bermakna Utusan Melayu yang menjadi kebanggan orang Melayu Umno khasnya akan kehilangan identiti dan penjualan mesen cetak itu sesuatu yang memalukan terutamanya pemegang sahamnya terdiri kalangan ahli Umno.

Ada juga sumber lain memberi tahu usaha pembelian mesen cetak milik Utusan Melayu itu sebagai persiapan sekiranya berlaku sesuatu diluar jangka selepas pilihan raya umum ini. Sekiranya UBN tumbang sudah pasti kedudukan Utusan Melayu tidak menentu dan kemungkinan akan ditutup terus.

Agenda pembelian itu sebagai menyelamatkan aset Utusan itulah alasan yang diberikan. Dari sini memberi gambaran bahawa dalam kepala pembeli mesen cetak itu UBN sudah pasti kalah dan tumbang. [wm.kl.10:49 am 20/03/12]