Wednesday, December 18, 2013

2 billion untuk perojek di Kelantan tahun depan?

SINGGUNGAN                                                                                   

Menurut laporan Bernama Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan, Mukhtar Mustapa kerajaan Persekutuan akan membelanjakan RM2 billion pada tahun depan untuk berbagai projek di bawah RMK-10 di Kelantan. Terjungkit rakyat Kelantan mendengar pengumuman itu.

Katanya pembangunan itu menolak tuduhan yang kononnya berlaku diskriminasi di Kelantan.

Beliau tidak mengumumkan butiran projek-projek berkenaan hanya menyebut salah satunya ialah pembinaan jambatan di Kuala Krai bernlai RM16 juta.

Wajar kalau Mukhtar mengumumkan projek berkenaan agar ia tidak menjadi omong-omong kosong sahaja. Sebelum ini berbagai projek untuk Kelantan telah diumumkan tetapi tidak menjadi kenyataan sampai kini. Iya hanya diperingkat mengumum dan menyebut kepada media massa sahaja.


Pengerusi Umno Kelantan, Mustapa Mohamed juga telah beberapa kali mengumumkan projek tebatan banjir di Sungai Golok tetapi ia tidak menjadi kenyataan sampai kini. Setiap kali musim banjir tiba Mustapa akan menyebut perkara itu. Kalau tidak silap saya sudah lebih tiga kali projek tebatan banjir itu disebut.

Puteri Umno yang mengadung mendengar Mustapa mengumumkan itu kini sudah pun mengandungi anak yang ketiga. Manakala anak yang berada dalam kandungan ketika mendengar Mustapa umum dulu sudah hendak masuk ke kelas Tadika anjuran Kemas. Sungai Golok masih juga tidak ditebak.

Ahi Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Yusuf juga sering membangkitkan mengenai projek itu dan mengenai masalah dihadapai penduduk di sekitar Sungai Golok bila berlaku limphan air semasa musim banjir. Tetapi ungkitan itu tidak dipedulikan seolah-olah Zailah bercakap dengan beruk dan kera yang disumpah Sang Kelmbai menjadi batu dan kayu sahaja.

Yang jelasnya dalam Bajet 2014 baru-baru ini Menteri Kewangan yang juga Perdana Memnteri, Najib Razak tidak menyebut sedikit pun fasal tebatan banjir berkenaan. Apa yang disebut ialah peruntukan untuk tebatan banjir di Kuantan atau Pekan. Mungkin gara-gara diskriminasi itu menyebabkan banjir menyerang Kuantan (Pahang) hebat tahun ini bagi menyedarkan Najib Razak.

Kalau Pengarah JPP Kelantan itu benar-benar ikhlas, beliau kena senarai projek berkenaan. Selepas senarai hendaklah diserahkan kepada pihak kerajaan Kelantan (kalau pun tidak untuk diumumkan kerana bimbang kerajaan Pas Kelantan mendapat political mileage) cukuplah sekadar pemakluman sahaja. Boleh juga pihak kerajaan Kelantan buat bahan untuk berangan-angan kerana kalau mengharapkan kepada hasil negeri sampai kucing tumbuk tanduk pun projek itu tidak akan terbuat.

Janganlah mempermainkan rakyat Kelantan kononnya ada peruntukan sekian-sekian tetapi hakikatnya habuk tidak ada. Cukuplah kalau orang politik memperdayakan dan menipu rakyat dengan mengula-gula projek jangan pula pegawai kerajaan di JPP yang dilihat lebih berintegriti itu ikut sama menjadi alat menyambung kebusukan mulut orang politik. Biarlah orang politik saja yang makan bangkai, pegawai kerajaan makanlah budu atau belacan.

Apakah JPP juga sudah termasuk dalam sistem yang digunapakai oleh Umno; menipu, memperdaya dan mempermainkan rakyat? Haji Alwi Che Ahmad wakil rakyat Kok Lanas tentu ada hadith untuk membelanya. [wm.kl.12:11 t/hari 18/12/13]

4 comments:

mohamad said...

jaga jaga !!!! duit tu nak diguna untuk menyerang pas kelantan nbawah menteri besar baru. mereka lihat pas kelantan dan mula kendur. mungkin mb baru terperangkap dalam sikap manis puak lawan. ingat weeeh !!!!! politik UMNO, mana ada keikhlasan, kalau ikhlas nak tolong melayu islam dah lama dak kelatan diberi hak. ini modal untuk umno kelatan menyerang. projek projek juga, jangan sampai kerana pembangunan, jual matlamat nak tegak dan pertahan sebuah negeri yang ingin menegakkan daulah islamiyah.

bat8 said...

Tuan,

Ambo bersetuju dengan pandangan sdra mohamad diatas. Projek ters3but adalah pertama untuk m3ngambil hati rakyat kelantan. Keduanya ialah untuk mengumpul dana untuk ditabur menjelang PRU 14 untuk mem eli sokongan dan undi rakyat kelantan. Kita telah lihat bagaimana ef3ktifnya BR1M dalam PRU13 lalu untuk memenangkan UBN.

Saya percaya s3kali ini UMNO akan menabur projek-projek dan wang ringgit k3pada rakyat kelantan termasuk kepada p3nyokong-p3nyokong akar umbi PAS. Mer3ka mak8n konfiden set3lah melihat perlantikan PAS Kelantan yang terbaru dimana penghalang kepada UMNO selama 23 tahun t3lah diberkah dengan k3mah keming ol3h pimpinan PAS N3geri.

Telahan ambo pasal husam s3belum ini ternyata betul. Husam pada masa ni kedudukannya lebih rendah dari Dr Johari Mat. PAS sudah bers3dia u tuk meruntuhkan ikon dan mercu tanda kejayaan kepimpinan ulamak pasca Dato Asri.

K3na ingat, bila Umno dapat memerintah Kelantan, royalti akan dikembalikan. Dengan royalti ters3but agak sukar PAS untuk m3ngugatkan kerajaan n3geri dibawah kepimpinan UMNO.

Kepimpinan PAS Kelantan kena ingat rakyat kelantan tidak taksub kepada mana-mana parti samada PAS atau UMNO. Kedua parti pernah menjadi kerajaan negeri dan pernah ditendang dari puncak kuasa n3geri. Kedua2nya kena tendang s3bab m3ngkhianati amanah rakyat dan berbalah sesama sendiri.

Unknown said...

penipu hangit....kalu pengerusi jpp ni aku kenal la....

Al-Khattab said...

ambo bersetuju dengan Bat8...bahawa kedua-dua parti pernah memerintah Kelantan....jika amanah dikhianti, maka, "flying kick" akan dihadiahkan oleh rakyat Kelantan...apa pun... rakyat Kelantan sentiasa memerhati perjalanan pihak yang memerintah... dan pihak yang INGIN memerintah....