Thursday, March 21, 2019

Umno tidak perlu buang masa dan wang saman wakil rakyatnya

ULASAN

UMNO akan menyaman kesemua wakil rakyatnya Adun dan ahli Parlimen yang bertindak keluar meninggalkan parti itu untuk menyertai parti lain. Perkara ini diumumkan oleh Setiausaha Agungnya Annuar Musa (foto).

Memetik sebuah laporan menyebut, Annuar memberi tahu semua bekas ahli parlimen dan ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Umno yang meninggalkan parti itu selepas Piraum lalu akan menerima notis saman berkenaan.

Beliau telah pun mengarahkan penal peguam dilantik berbuat demikian.
Sebelum ini Pemangku Presiden Umno Mohamad Hassan memberi tahu Umno tidak akan meneruskan tindakan saman ke atas wakil rakyatnya yang lari kerana masalah kewangan.

Tuesday, March 19, 2019

Terima kecacatan disuarakan wakil Tangga Batu

ULASA PARLIMEN

KISAH yang diceritakan oleh wakil Tangga Baru (Dr Rusnah Aluai) (foto) berkaitan sistem pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan kini agak kelam kabut, tidak tersusun dan penuh kecacatan, adalah tepat sekali.

Dr Rusnah menceritakan bagaimana kedudukan beliau sebagai wakil rakyat dipinggirkan, apabila tidak dijemput menghadiri program menteri PH dari Parti Amanah Negara (Amanah) di sebuah kem di Melaka. Beliau mendedahkan demikian sewaktu berucap membahas titah ucapan di Raja di sidang parlimen hari ini.

Monday, March 18, 2019

Pengekalan MCA dalam BN tak senangkan Pas?

ULASAN PAGI

MCA tidak jadi keluar daripada BN.
SELEPAS beriya-iya untuk meninggalkan BN, tiba-tiba MCA mengambil keputusan untuk kekal bersama BN. 

Kekal bersama BN bermakna kekal bersama Umno. Sebelum ini MCA memberi tempoh dua minggu untuk memikirkan kedudukannya dalam BN. Parti itu bersama sebuah lagi komponen MIC juga bercadang untuk membubarkan gabungan berusia  47 tahun itu.

Saturday, March 16, 2019

MP Umno jangan sertai PH untuk menganggu

ULASAN 

Dr Mahathir umum penerimaan rasmi bekas Umno Sabah
ke dalam Bersatu.
TAHNIAH kepada Bersatu kerana menerima kemasukan enam wakil rakyat dan dua senator daripada Umno Sabah.

Mereka merupakan kumpulan pertama wakil rakyat dan bekas Umno Sabah yang meninggalkan parti asal mereka untuk menyertai Bersatu.

Thursday, March 14, 2019

Anwar, Husam dan Mustapa perlu kemaskan kabinet Dr Mahathir

RENCANA KHAS

PARLIMEN ke 14 sudah masuk sidang yang kedua, di mana sidang kedua bermula Isnin lalu yang akan bersidang selama 20 hari. Kabinet kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang pertama kali dibentuk sudah berusia 10 bulan. Walaupun kabinet pertama Dr Mahathir itu relatif baharu, di mana terlalu awal untuk dinilai, tetapi sudah ada aspek tertentu yang boleh dibuat penilaian.
Ketiga mereka ini sangat layak untuk sertai kabinet.
Kita tahu, hampir 95% anggota kabinet Dr Mahathir seramai 28 orang terdiri daripada orang baharu yang pertama kali menjadi anggota kabinet. 

Tuesday, March 12, 2019

Gobind tidak perlu berlengah untuk bertindak

ULASAN

MENTERI Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo tampaknya berhati-hati untuk melaksanakan sekatan atau tindakan ke atas mana-mana portal termasuk media sosial yang memberi kebebasan kepada pelayarnya memberi komen tanpa tapisan kerana bimbang takut tindakan itu dikatakan menyekat kebebasan bersuara.

Sebenarnya Gobind (foto) tidak perlu berfikir panjang untuk bertindak dengan kuasa yang ada di bawah kementeriannya kerana gejala fitnah, penghinaan dan pemutar-belitan maklumat dalam media sosial kini sangat ketara sekali atau dalam bahasa sekarang sudah "giler".

Tindakan menghalang dan menyekat itu bukan bermaksud menyekat kebebasan bersuara sebaliknya demi kepentingan umum dan ia juga sebagai penyuburan demokrasi di negara ini.

Sunday, March 10, 2019

Kerajaan gabungan PAMUM boleh guna formula 2, 2, 2,1.

ULASAN 

Perundingan rasmi pembentukan jawatankuasa
teknikal gabungan PAMUM.
PENGESAHAN penggabungan di antara Pam (was known as PAS) dengan Umno (PAMUM) tidak boleh dipandang ringan. Mungkin orang boleh gelak cara parti agama itu (Pam), berpolitik apabila melihat kepada sikap sorong tarik atau papan jungkit para pemimpinnya, tetapi penggabungan dengan Umno sesuatu yang boleh mengganggu dan membuka selera baru politik Malaysia.

Friday, March 8, 2019

Hadi, Mat Hassan alatkan Dr Mahathir untuk singkir Anwar?

ULASAN 

Usaha untuk gugatkan hubungan Dr M - Anwar.
RAMAI yang seronok dan menadah tangan bersyukur, apabila Pas dan Umno mengambil keputusan untuk bergabung dengan menjadikan Melayu dan agama sebagai landasan.

Kedua parti itu menjadikan keadaan bangsa Melayu yang kritikal dan kedudukan Islam terancam dewasa ini, dibawah kerajaan PH menyebabkan mereka mengambil keputusan.

Tuesday, March 5, 2019

Bergabung: Umno - Pas lakukan Harakiri.

SUSUPAN PETANG

Kenyataan bersama pemimpin Umno dan Pas
ke arah penggabungan.
URA-URA, sebenarnya bukan ura-ura lagi tetapi sudah jadi kenyataan Umno dan Pas bergabung. Bukan cubaan tetapi benar-benar. Hanya tunggu perasmian sahaja. Sebelum itu orang Pas berapi-rapi penaka jilatan "Hutamah" menuduh dan menganggap rancangan itu sebagai fitnah dan ia untuk memburuk-burukkan Pas.

Monday, March 4, 2019

Implikasi dan kesan Pirake Semenyih kepada PH dan BN

ULASAN SEMENYIH
[Bhg 2).

PIRAKE Semenyih memberi signifikan tersendiri kepada dua parti PH dan BN. Keputusan dan perjalanan pilihan raya itu perlu diambil perhatian oleh kedua-dua parti demi kepentingan masing-masing.

Pakatan Harapan (PH) sebagai parti kerajaan sangat-sangat perlu menjadikan pilihan raya itu sebagai bukan sahaja, bahan kajian akademik tetapi detik untuk mula bertindak secara agresif untuk menyelamatkan keadaan.

Sunday, March 3, 2019

BN berhak untuk menang di Semenyih

ULASAN SEMENYIH
[Bhg 1)

Zakaria dijulang kemenangan.
PERANG (Pirake) Semenyih selama dua minggu telah pun tamat dengan berpihak kepada BN yang berjaya merampas kerusi N 24 berkenaan. Calon BN, Zakaria Hanafi memperolehi 19,780 berbanding dengan calon PH Muhammad Aiman Zainali memperolehi 17,866 undi. Majoriti diraih Zakaria sebanyak 1,914 undi.

Friday, March 1, 2019

Kemana lagi Pas hendak lari?

CATATAN SORE
"Yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap. Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap." al-Isra'" 81.
OH.. berlinang mata saya mengenang nasib parti gemula chek (Pas) dengan apa yang berlaku kini. Sungguh tegal mereka yang melakukannya, itulah detapan nastapa di sanubari. Bohonglah kalau hati tidak sedih dengan apa yang berlaku dan menimpa Pas sekarang ini, sebab parti itu dicintai saya sejak dari kecil lagi.

Apakah balanya. Nasib malang satu demi satu menimpa Pas, bukan kerana lawan tetapi kerana ulah pemimpinnya sendiri. Harapkan pagar pagar memakan padi. Teringat sebuah kata-kata jika sesuatu itu diserahkan kepada bukan ahli, maka tunggulah kemusnahannya. Apakah kejadian ini menjadi tanda-tanda pertengahan dan akhir akan kemusnahan parti agama itu lebih besar lagi? Begitukah. Nauzubillahiminazalik.

Thursday, February 28, 2019

Pas tidak perlu melenting bila Anwar dedah parti itu bayar Clare

SUSUPAN PAGI

Anwar dedah Pas bayar Clare RM1.422 juta.
APA dilakukan Anwar Ibrahim malam tadi adalah sesuatu yang mengejutkan. Kita tidak fikir Anwar bertindak demikian kerana jarang sekali beliau mendedahkan aib orang walaupun aibnya sendiri didedahkan orang bersambung menyambung.

Anwar bukan seorang pemimpin yang berdendam dan suka cari gaduh dengan sesiapa. Beliau seorang pemimpin berjiwa pemaaf dan juga suka bersahabat dengan sesiapa sahaja. Apa lagi dalam kedudukan sebagai PM sedang menunggu beliau perlu berbaik dengan sesiapa sahaja.

Monday, February 25, 2019

Perkembangan awal Pirake Semenyih

ULASAN 

Calon-calon dalam Pirake Semenyih.
SEHINGGA kini saya belum lagi turun ke Semenyih. Kempen pilihan raya kecil itu sudah pun berlalu lebih seminggu. Hari penamaan calon 16 Februari lalu. Hari mengundi awal 26 manakala mengundi penuh 2 Mac.

Katanya suasana di Semenyih kian hebat dan panas. Ramai yang bertandang ke sana sama ada untuk berkempen bagi memenangi calon atau parti masing-masing atau sekadar membuat tinjauan sambil jalan-jalan cari makan.

Thursday, February 21, 2019

Antara Hadi dan Anwar: Mahathir lebih percaya siapa?

SELEPAS SUBUH

Pertemuan terbaharu Hadi dengan Mahathir.
WALAUPUN parti agama (Pas) sering mengubah sikap dan pendirian mereka dan pemimpinnya selalu buat u-turn dengan tiba-tiba atau bersifat macam ikan keli dalam besen, tetapi perubahan sikap terbaharu kini sedikit mengejutkan. Ada yang meroyan dan kebingungan serta  skeptikal dengan perangai Pas.

Perkembangan terbahru Pas kini menjadikan mereka cetak ilmu siasah, yang tidak dapat membaca tohor atau dalam anak sungai politik Pas terus digodam kebingungan.

Wednesday, February 20, 2019

Keramat seorang Mahathir

SUSUPAN MALAM 

KERAMAT atau karomah selalu dikaitkan dengan seseorang yang arifibilah atau menjadi kesayangan Allah. Dia mempunyai kelebihan itu apabila dia seorang yang senantiasa mengingati Allah, berzikir kepada Allah.

Atas ketaatan kepada Allah itulah didiberikan keramat atau kelebihan tertentu. Orang yang mendapat bantuan Allah ini juga dianggap wali.

Apakah Mahathir Mohamad boleh digolongkan dalam manusia bertaraf demikian. Seorang keramat mempunyai kelebihan sehingga dia menjadi kesukaan orang ramai. Kelebihan dimilikinya boleh menyilau orang menyebabkan orang menyembahnya. Realitinya seorang demi seorang musuhnya akhirnya tunduk dan berada di kakinya.

Halatuju MOA 2019-2020: Pelaksanaanya tuntut kerjasama semua pihak

RENCANA KHAS

Salahuddin menekapkan jari meluncurkan
Halatujuh MOA.
HALATUJU: Prioriti dan Strategi 2019 - 2020 Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) yang dilancarkan oleh Salahuddin Ayub 14 Februari lalu merupakan kerangka besar atau road map yang perlu dilangkahi MOA dalam tempoh itu.

Ia dirangka demi membina dan mensasakan kehidupan rakyat khusus di bawah naungannya.  

Sunday, February 17, 2019

Pendedahan Dr Mahathir mengenai pengakuan Hadi cermin perpecahan dalam Pas?

ULASAN PETANG

PERKEMBANGAN politik Pas selepas SPRM menunjukkan taring dengan mulai menyiasat isu pemberian dan pengambilan wang RM90 juta daripada pemimpin Umno kepada pemimpin Pas menarik. Perkembangan itu juga menggoda hati serta membuka dimensi baharu politik negara khasnya dalam Pas.

Sejak dua orang pemimpin dan bekas pemimpin Pas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz dan Nasharuddin Mat Isa dipanggil oleh SPRM untuk berkenalan dengan pegawai penyiasatan dan meninjau pejabat SPRM, suasana dalam Pas seakan sedikit bergolak. Semacam ada angin berhembus yang bergerak mengoncang kestabilan Pas selama ini.

Anak-anak agama Tarbiyatun Nisa' perlu dibantu

SUSUPAN SUBUH

Api marak memakan asrama Tarbiyatun  Nissa'.
PAGI 14 Februari lalu pondok pengajian agama dan tahfiz Terbiyatun Nisa' yang terletak di Kampung Marahabai Tambalang II Tuaran Sabah telah ditimpa musibah apabila asrama dua tingkat menempatkan pelajarnya hangus dijilat api.

Kebakaran itu menyebabkan keseluruhan peralatan belajar, buku, pakaian, makanan dan lain-lain musnah.

Friday, February 15, 2019

Hadi jumpa Dr Mahathir: persis lebai mengetuk pintu di pagi Jumaat

ULASAN

DALAM sebuah negara seperti Malaysia yang mengamalkan semangat federalisme, pertemuan di antara dua pemimpin berbeza fahaman politik, atau di antara pemimpin kerajaan dengan pembangkang adalah perkara lazim dan bukan satu kesalahan mengikut hukum politik.

Mereka yang buta dan mengamalkan politik taksub sahaja tidak menyukainya dan menganggap ia satu tindakan politik yang kotor.

Thursday, February 14, 2019

Warkah Wak Ibas harukan Salahuddin

CATATAN 

Salahuddin menjemput kehadiran Wak Ibas.
SEGMENT video gimik peluncuran Halatuju Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani 2019 - 2020 yang berlangsung di MAEPS  Serdang hari ini meninggalkan kesan mendalam kepada yang menyaksikannya.

Vedio yang berdurasi tidak sampai setengah jam itu dihasilkan penuh kreatif oleh Unit Koporat MOA apabila ia menggambung audio visual (rakaman) dengan realiti.

Monday, February 11, 2019

Dasar baru MOA pentingkan kebajikan rakyat

RENCANA KHAS 

Salahuddin menjadi harapan
 golongan B40.
BERSEMPENA dengan valentine day, (hari mengingati kekasih) 14 Februari, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, (MOA) Salahuddin Ayub akan meluncur dan membentangkan dasar kementeriannya secara rasmi.

Walaupun sebelum ini beliau telah mengumumkan beberapa pendekatan atau langkah akan dipraktikan di kementerian itu selari dengan aspirasi kerajaan PH, namun hala tuju atau dasar lengkapnya akan dapat diketahui pada hari tersebut.

Sunday, February 10, 2019

Sijil perlu tetapi bukan syarat utama dalam politik

ULASAN

Zuraidah dan Marzuki diserang dengan ijazah palsu.
TAMPAKNYA seorang demi seorang pemimpin kerajaan Pakatan Harapan (PH) diserang dengan mempertikaikan kelulusan akademik atau ijazah yang mereka perolehi. Isu ini seperti dirancang demikian rupa untuk menganggu pemimpin terbabit daripada menumpukan kepada kerja dan tanggungjawab masing-masing.

Kenapa ia dikatakan dirancang kerana kelulusan mereka dimasukkan ke dalam ensiklopedia on line (Wikipedia) tanpa pengetahuan dan kebenaran mereka kemudia ia dipertikaikan dengan bantuan media massa milik pembangkang. Wikipedia ini bebas disunting oleh sesiapa sahaja walaupun tanpa kebenaran individu tertentu.

Saturday, February 9, 2019

Saman SR, Hadi terperangkap?

ANALISA 
(Bhg kedua dan akhir]

Hadi diperangkap?
AL HAMDULILAH, pagi ini kita sambung kisah yang dipos semalam berkaitan persetujuan bersama di antara Abdul Hadi Awang (Pas) dengan Clare Rewcastle-Brown (Sarawak Report) yang menarik balik saman berkenaan tuduhan pemimpin Pas terima RM90 juta daripada Najib Razak.

Penarikan balik saman itu dengan persetujuan bersama tanpa memberi tahu apa sebab dan butirannya dirahsiakan mengejutkan ramai orang serta memecahkan polemik baru dalam dunia politik. Pemerhati politik terheran-heran termasuk juga ahli parti agama itu sendiri, bingung.

Friday, February 8, 2019

Pas Vs Sarawak Report: Versi yang diluar kotak fikir

ANALISA 
[Bhg Pertama dari dua bhg]

Hadi - Clare temui penyelesaian di luar
Mahkamah.
AYUH kita sama-sama membuat analisa satu isu besar membabitkan orang politik dan sebuah organisasi politik besar negara. Isu atau kisah itu saya namakan sebagai “Pas dan RM90 Juta”. Isu ini akan menjadi satu lagi dokumen sejarah khasnya dalam aspek politik di Malaysia.

Isu atau cerita ini melatari denai kehidupan (perjalanan) Parti Islam seMalaysia (Pas) muasir ini. Isu ini bermula sebelum pilihan raya umum lagi. Ia bermula apabila sebuah portal berita, Sarawak Report, yang didaftarkan di London mendedahkan kononnya, Najib Razak telah memberikan wang RM90 juta kepada para pemimpin Pas.

Thursday, February 7, 2019

Rahsia kenapa Pas tarik balik saman terhadap Sarawak Report akan terdedah

ULASAN BERITA

APABILA Husam Musa mencadangkan agar Pas mendedahkan terma persetujuan dicapai di luar mahkamah kenapa parti itu menarik balik saman terhadap Editor Sarawak Report Clare Rewcastle Brown ia menggambarkan Senator berkenaan menemui atau sudah menerima maklumat baru berhubung kasus itu.
HUSAM MUSA
Apakah maklumat yang sampai kepada Husam itu, sama dengan versi terbaru mengenai isu itu yang saya terima pagi tadi?

Sebagai seorang politician yang kreatif, cerdik serta suka menghulur umpan, kemudian menyintak kemudian, (memerangkap) saya tetap yakin sebab musabab atau terma persetujuan itu sudah berada dalam kocek Husam. Husam sudah menghidu kenapa tiba-tiba tempua bersarang rendah.

Saturday, February 2, 2019

Pandangan Dr Rusdi perlu dihadam oleh semua

REAKSI 

SETELAH membaca dan menghadam 10 sebab dan alasan diberikan oleh Dr Rusdi Omar, (foto) berkenaan pelantikan Mohamed Azmin Ali sebagai Pengerusi Majlis Tindakan Negeri Kelantan (MTNg) bertema kenapa ia perlu dikaji semula, saya nampak ia mempunyai alasan dan hujah kukuh.

Saya juga yakin pandangan Dr Rusdi mencerminkan pandangan umum khasnya di Kelantan. Justeru elok kalau pandangan beliau itu diambil kira, dihadam dan diberikan tindakan sewajar. Dalam konteks ini bukan sahaja, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad yang dilihat bertanggungjawab dengan pelantikan ini perlu perihatin, tetapi individu lain juga, termasuk Anwar Ibrahim sebagai Presiden Keadilan dan tuan tubuh sendiri, Azmin.

Thursday, January 31, 2019

Ambil perangai Mustapa sebagai modal dekati rakyat

SUSUPAN TENGAHARI

Sebagai wakil rakyat biasa Mustapa
turun berkempen untuk calon PH di Cameron Highlands.
KEKALAHAN pertama Pakatan Harapan (PH) di kerusi P078 Cameron Highlands 24 Januari lalu diterima dengan berbagai reaksi termasuk daripada kalangan pendokong PH sendiri.

Penasihat Media dan Komunikasi Pejabat Perdana Menteri, A Kadir Jasin juga ikut sama terbias memberi reaksi dan mentafsir kepada kekalahan itu.

Monday, January 28, 2019

Pirake Semenyih: Ujian lebih getir buah PH?

ULASAN AWAL

PILIHAN raya  kecil (Pirake) Dun Semenyih yang bakal diadakan pada Mac depan akan menjadi medan pertarungan sengit di antara BN dengan PH. Sudah tentu BN jadi lebih bersemangat untuk menghadapi pilihan raya berkenaan. Kejayaan di Pirake P 078 Cemeron Highlands memberi inspirasi kepadanya dan juga kepada rakan barunya Pas.

Pas tentu juga jadi lebih bersemangat dan ghairah untuk bersama berhapadan dengan PH bersama BN - Umno. Persepakatan politik yang ditunjukkan di Cameron Highlands tempoh hari sesuatu yang tepat.

Kemenangan calon langsung BN, Ramli Md Nor di CH itu akan menjadi momentum untuk keduanya merealisasikan kehendak dan idaman orang Melayu agar kedua parti itu bergabung demi mempertahankan agama dan bangsa yang disenandungkan sangat dibimbangi?

Sunday, January 27, 2019

PH jangan anggap dirinya arnab, Umno-Pas sebagai kura-kura

ULASAN PIRAKE CH

KEMENANGAN calon langsung BN Ramli Md Nor dalam Pirake Cameron Highlands sudah tentu disambut penuh kegembiraan, bakaran kemenyan dan dupa berkepul-kepul bukan sahaja oleh Umno, tetapi Pas juga. Pas berhak untuk tumpang seronok dengan kejayaan BN itu kerana kemenangan itu di atas sokongan dan suyfaat parti itu. Kemenangan itu adalah kemenangan bersama.

Bahkan, Paslah paling gembira dengan kemenangan itu. Bagi Pas kemenangan itu boleh melepaskan rasa geram dan marahnya kepada PH yang membentuk kerajaan sekarang ini. Kemenangan itu bagi Pas boleh dijadikan 'batu lastik' untuk melastik kepala orang-orang Parti Amanah Negara (Amanah) kerana mereka adalah bekas kawan dan sahabat mereka yang dianggap khianat kerana bersekongkol dengan DAP.

Friday, January 25, 2019

Pengamatan ringkas Pirake P 078 Cameron Highlands

ULASAN

SELEPAS penamaan calon Pirake P 078 Cameron Highlands dua kali saya turun ke kawasan pilihan raya itu. Bukan sangat sebagai peninjau atau penganalisis tetapi lebih sebagai pemerhati sambil makan angin dan minum tea Cameron sahaja.

Pemergian untuk mengalih hawa panas di Kuala Lumpur ke hawa dingin di tanah tinggi yang diterokai oleh Sir William Cameron pada 1885 itu.

Tidak banyak saya berjalan (pusing), hanya berkisar di pekan Sungai Koyan dan di Tanah Rata, di Ringlet, Brinchang, Lembah Bertam, Kea Farm dan Kampung Raja. Cukup di lokasi-lokasi ini sahaja. Berkereta sejauh kira-kira 100 km dari Sungai Koyan ke Tanah Rata sedikit sebanyak dapat membayangkan sejauh mana kehangatan dan kesengitan pilihan raya berkenaan.

Tuesday, January 22, 2019

Spray pegawai yang sabotaj di Jakim

ULASAN

DUA tiga hari lepas kecoh mengenai sepucuk surat yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berhubung pengurusan Pelaksanaan al Quran dan Fardu Ain (Kafa) kepada Majlis Agama Islam Kelantan (Maik)

Kononnya Jakim bersetuju dengan cadangan dan permintaan Maik untuk melaksana dan menguruskan perkara itu. Surat pemakluman persetujuan itu dikeluarkan 9 Januari 2019 yang ditandatangani oleh Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jakim, Paimuzi Yahya.

Tuesday, January 15, 2019

Perubahan kerajaan PH lambat - Bridget Welsh

ULASAN 

BRIDGET WESLH
MENURUT pendapat Profesor Madya dan pengkaji politik negara Asia yang tidak asing, Bridget Welsh pergerakan politik Malaysia ke arah perubahan (reform) berjalan perlahan dan sesetengah terbantut walaupun sudah lapan bulan berlalu.

Lantaran itu menyebabkan kalangan rakyat kecewa, khasnya mereka mengharapkan kerajaan PH dapat memenuhi kehendak perubahan sosial, politik serta perubahan dalam sistem pentadbiran yang diharapkan.

Walaupun beliau tidak menghurai mendalam kelembaban itu, tetapi dapat difahami antaranya ialah kerana berlaku persaingan di antara Dr Mahathir Mohamad dengan Anwar Ibrahim.

Friday, January 11, 2019

Pirake P78 Cameron Highlands; beberapa indikator

SUSUPAN PETANG

Calon BN Ramli Mohd Noor (kanan).
ESOK akan berlangsung penamaan calon untuk Pirake (Pilihan raya kecil)  P78 Cameron Highlands, Pahang. Pilihan raya itu diadakan berikutan pembatalan kemenangan calon BN C Sivarraajh dalam pilihan raya umum ke -13 lalu. 

Kedua parti bermusuhan DAP (PH) dan BN telah menyatakan kesediaan untuk menurunkan calon masing-masing pada pilihan raya itu nanti.

Thursday, January 10, 2019

Jika sistem penggiliran diteruskan Tengku Abdullah akan jadi Agong ke 16?

RENCANA KHAS

Tengku Abdullah, Raja Nazrin dan Tengku Ibrahim
PELETAKAN jawatan Sultan Muhammad Ke V sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 Ahad lepas bukan satu petaka besar kepada negara, bagaimana pun ia satu kejadian agak mengejutkan.

Pengunduran baginda tanpa sebab dijelaskan secara konkrit itu sedikit mengilankan dan menghampakan, lebih-lebih bagi rakyat negeri Kelantan yang dianggap negeri asing kerana pemisahan politik selama ini.

Monday, January 7, 2019

Yang berlaku semalam adalah pesan Tuhan untuk semua

SESUDAH SUBUH
Negara mencatat sejarah besar semalam, 6 Januari 2019 apabila Tengku Muhmmad Faris Petra Sultan Ismail Petra yang menggunakan gelaran Sultan Muhammad ke V, telah meletak jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong.

Beliau mengangkat sumpah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke 15 pada Disember 2016. Tempoh perkhidmatannya sepatut masih tersisa tiga tahun lagi. Tamat pada Disember 2021. Pengunduran sebelum sampai edah itu juga menjadi satu sejarah dan akan disebut-sebut apabila setiap kali sejarah dirujukkan kepadanya.

Yang di-Pertuan Agong sebelum ini semuanya berkhidmat sampai tamat tempoh perkhidmatan, kecuali yang meninggal dunia dalam perkhidmatan. Tidak ada Agong yang turun dari singgasana sebelum tamat tempoh atau ketika dalam perkhidmatan.

Thursday, January 3, 2019

K Bali - sasterawan yang terbuang tetapi dibilang Leo AWS

SOROTAN BUKU 

Buku mengisahkan K Bali.
GHALIBNYA saya dikirimkan sendiri oleh Sdr Leo A.W.S. atau nama sebenarnya Abdul Waled @ Suhaimi Smail, apabila ada buku atau apa-apa sahaja nota ilmu baharu daripadanya. Selalunya antologi sajak yang dibauri dengan pelbagai rencana. Saya kagum dengan penulis/penyair seorang ini yang berusaha sendiri merakam segala catatan variasi sasteranya dan menerbitkan sendiri dalam bentuk buku atau antologi.

Beliau seorang penulis berdikari yang rajin dan gigih.

Walaupun ada penerbitan seperti Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) dan penerbitan lain?, menerbitkan bukunya, tetapi itu tidak cukup untuk merakamkan sekian banyak karya-karyanya. Leo bukan sahaja merakam karya terbaharunya tetapi mengumpul apa sahaja catatan yang ada mengenai dirinya, termasuk surat-suratan sebagai autobiografi kreatif.

Wednesday, January 2, 2019

Mencari tangan dicurigai disebut Anwar

ULASAN

ANWAR Ibrahim menyebut perihal mengenai tangan yang dicurigai yang akan mengganggu agenda Reformasi yang dibawanya. Beliau mahu orang beringat-ingat dengan tangan berkenaan.

Apabila Anwar menyebut mengenai tangan "haram" itu tentu ramai yang memalingkan muka kepada Azmin Ali kerana hubungan di antara mereka kini ada sedikit masalah. Relation mereka berdua sedikit tegang dan tidak begitu aman. Semuanya berpunca ekoran perselisihan berkaitan pelantikan beberapa pimpinan tertinggi termasuk Naib Presiden tambahan dalam Keadilan.

Azmin secara terus terang tidak bersetuju dengan cara Anwar menyusun parti apabila dianggap tidak mencerminkan "fair and just representation" seperti mana digambarkan oleh oleh ahli parti semasa dalam pemilihan parti. Pokok menjadi pertikaian Azmin ialah pelantikan Rafizi Ramli sebagai salah seorang Naib Presiden dan pengekalan Saifuddin Nasution Ismail sebagai Setiausaha Agung.