ULASAN
APA yang berlaku dalam Dewan Undangan Negeri Melaka semalam mungkin ia dianggap kecil dan satu kejadian yang tidak dirancang. Namun dari segi maruah politik ia tidak boleh dipandang enteng sebab ia memberi kesan negatif.
Semalam pihak kerajaan gagal mendapat sokongan Dewan sebulat suara untuk dilantik Hasan Bachik sebagai anggota Dewan Negara.
Apabila cadangan dibawa oleh Ketua Menteri Adly Zahari itu terpaksa dijalankan undian pihak kerajaan kekurangan satu undi. 12 menyokong manakala 13 menentang.
Pihak kerajaan tidak mendapat cukup sokongan apabila dua ahli Dewan tidak berada dalam dewan semasa pengundian dijalankan. Kedua Adun itu ialah Ginie Lim Siew (Machap Jaya) dan Muhamad Jailani Khamis (Rembia). Kedua-dua mereka adalah anggota Exco.
Ketiadaan mereka (keluar) sesuatu memelikkan yang sepatutnya tidak berlaku, wakil kerajaan "memulaukan" sidang. Sekiranya tindakan mereka itu ada unsur-unsur perbalahan dalaman parti mereka (Keadilan) ia tidak sepatutnya diheret sama ke dalam Dun.
Kedua Adun yang juga anggota Exco itu dikatakan orang timbalan presiden Keadilan.
Manakala Halim Bachik yang dicadangkan Adly itu dikatakan orang presiden Keadilan Anwar Ibrahim. Halim merupakan Pengerusi Keadilan Melaka.
Sekiranya tindakan dilakukan Ginie dan Muhamad Jailani itu ada kena mengena dengan kemelut yang berlaku dalam Keadilan kini ia satu tindakan malang. Jika ia bertolak dari keadaan itu tindakan kedua mereka itu menjelaskan kedua Adun itu tidak bersikap profesional dan diputar dengan sentimen kepuakan. Cis.
Apabila usul dibawa Ketua Menteri gagal diluluskan ia memberi kesan dan boleh mencalarkan wibawa Adly sebagai Ketua Menteri. Sepatutnya Adly membuat semakan terlebih dahulu sebelum beliau mengemukakan cadangan nama Hassan itu bagi mengelakkan ia mencemarkan nama baiknya.
Tidak boleh tidak Adly perlu mendapat penjelasan daripada kedua-dua Adun berkenaan, kenapa mereka bertindak melarikan diri dan tidak menyokong cadangan daripada kerajaan. Ketua whip kerajaan juga seharusnya melakukan sesuatu.
Bila berada ada dalam Dewan apa lagi untuk membuat sesuatu keputusan penting seperti melantik anggota Dewan Negara itu tidak sepatutnya kejadian berkenaan berlaku.
Jangan kerana sentimen peribadi menyebabkan kerajaan Melaka yang kini dilihat sebuah kerajaan mantap dan berjaya memikul tanggungjawab tercemar dengan kejadian seperti semalam. Saya tidak fikir sedangkal itu cara berpolitik kedua-dua Adun bertaraf Exco itu.
Mereka seharusnya tahu membezakan mana peranan mereka sebagai anggota dewan dengan peranan mereka menyokong mana-mana individu di luar dewan. Janganlah bawa reba ke dalam sidang Dun. [wm.kl.9:48 am 26/11/19]
Adly perlu panggil kedua-dua Adun tersebut. |

No comments:
Post a Comment