Friday, February 17, 2023

Retak itulah keindahan gading

Jelang 100 hari Anwar jadi PM

Anwar melawat gempa bum d Turkiye. 
Foto: Bernama.
TIGA hari lagi genap100 hari Anwar Ibrahim jadi perdana Menteri. Sebaik sahaja beliau angkat sumpah jadi PM ke-10 pada 24 November 2022 lalu, maka detik, minit dan jam seterusnya meletakkan beliau dalam perhatian umum. Beliau berada dalam mata publik. Semua mata dan telinga rakyat negara ini khasnya dari pemerhati politik apa lagi pihak pembangkang tidak berkelip memerhati setiap tindak tanduk dan kata-katanya.

Semua aksi, cakap dan perbuatannya menjadi sorotan dan diulas menurut persepsi masing-masing. Pasti mereka atau golongan yang mendokong dan taksub kepadanya melihat semua tindak tanduknya sebagai baik dan ideal. Sebaliknya yang menjadi seterunya, semua dilihat tidak kena, cacat dan sumbang.

Sunday, February 5, 2023

Pengeposan dan catatan dalam blog ini direhatan.

BEBERAPA hari lalu tepat sejak 28 Januari saya tidak membuat apa-apa update dalam blog ini kerana sedikit terhalang disebabkan kesihatan diri tidak begitu baik apabila menghadapi masalah jantung. Saya diketahui telah mengalami serangan jantung, setelah menjalani pemeriksaan secara umum di sebuah hospital. 

Dari pemeriksa itu saya dirujuk kepada Institiut Jantung Negara (JN) ditahan di ward selama empat malam tiga hari. Semasa di IJN pelbagai pemeriksaan dilakukan oleh pihak IJN berakhir dengan engiogram yang kemudian mendapati tiga saluran jantung saya tersumbat (block). 

Insya-Allah untuk rawatan atau tindakan selanjutnya saya akan menjalani pembedahan bypass pada 17 Februari ini. 15 Februari saya akan mula ditahan di ward. 

Sepanjang tempoh itu blog ini ini tidak akan diupdatedkan. Saya pohon maaaf atas halangan. Insya-Allah setelah saya kembali shat kelak blog in akan diaktifkan seperti sedia ala. Di atas kerjasama, sokongan anda selama ini terhadap blog ini, saya ucapan berbanyak terma kasih. [wm.l.2:58 pm 05/02/2023]