SUSUPAN PAGI
Keputusan pilihan raya Melaka ke-16 muktamad, BNPN menang, PH kalah. BNPN memperolehi 24 daripada 28 kerusi,manakala PH menang hanya 4 kerusi, semua menerusi DAP.
Lain-lain parti tidak menang walaupun satu kerusi, dan hilang wang pertaruhan.
Kemenangan BN itu merupakan kemenangan hattrick, dan kekalahan trilogi buat PH di Semenjung.
Beberapa pengajaran dan kesan daripada pilihan raya tersebut kepada PH yang membawa kesimpulan berikut.
1. Kerjasama BN dengan PN (Umno-Pas), benar-benar membawa kesan. Ini membuka keyakinan kerjasama lebih meluas ke dalam pilihan raya umum ke-16 kelak. Kerjasama BNPN nanti bakal memberi pukulan berat kepada PH.
2. Perpecahan dalam PKR yang membawa kepada kelahiran parti Bersama, tidak memberi kesan besar. Bersama tidak menjadi faktor kepada kekalahan PH khususnya PKR baik di Melaka maupun di Johor tempoh hari hari. Ini jelas apabila jumlah undi diraih calon-calon Bersama, jauh lebih kecil, tidak sampai 10 peratus undi majoriti diraih oleh calon-calon BNPN.
3. Kerjasama dan persefahaman dengan Bersatu tidak membantu PH, malahan semua calon Bersatu kalah.
4. Politik projek, bantuan, subsidi tidak memberi kesan kepada rakyat. Pengundi tidak teruja untuk menyokong parti kerajaan. Populariti Anwar sebagai PM tidak membantu. Is setakat jadi buih buih di lautan sehaja.
5. Kenaikan gaji dan elaun serta pelbagai kemudahan diberikan kepada kakitangan kerajaan, tentera dan polis, mewujudkan peluang pekerjaan, juga tidak memberi kesan. Undi awal tentera dan polis tidak berpihak kepada parti kerajaan. Pelbagai janji dan harapan untuk generasi Z tidak dipedulikan. Ini bermakna politik membalas budi mengenang jasa tidak berlaku.
6. Tidak ada kebangkitan daripada pihak PH, walaupun sudah tiga kekalahan sebelum ini. Kekalahan itu tidak menginsafkan. Bentuk kempen, kelemahan jantera pilhan raya, isu-isu dimainkan tidak berubah. Anwar tetap jadi enjin lama yang utama dalam kempen, penampilannya tidak lagi mempengaruhi pengundi, khasnya pengundi muda, juga tidak mampu mengubah pegangan pengundi konservatif Umno dan Pas.
7. Kekalahan di Melaka semalam dan kehilangan kerajaan Negeri Sembilan, kegagalan di Johor dan Sabah, perlu ditangung oleh Anwar Ibrahim sebagai pengerusi seratus peratus. Beliau perlu berbuat sesuatu yang signifiken ke arah untuk menghadapi pilihan raya ke-16 nanti, sekiranya beliau berhasrat untuk jadi PM untuk penggal kedua. Beliau perlu ubah sikap egoisme dan diktatorisme.
8. Perkara perlu disegerakan perkemaskan struktur PH menyuntikan semangat kepembangkangan (oposisionalisme) yang wujud sebelum ini ke dalam PH, disamping memperkasa jentera pilihan raya parti disemua peringkat.
9. Semua parti gabungan dalam PH, PKR dan Amanah perlu mengurus dan tadbir perjalanan parti dengan lebih teratur dan kemas, termask menyalin ketua parti yang sudah tepu dan mangli sesuai dengan citarasa kehendak pengundi semasa. Majlis Pakatan Harapan (MPH) juga perlu bersidang mengikut jadual secara berkala.
19. Jangan segan dan malu, bentuk dan jalin kerjasama intim dengan mana-mana parti lain seperti Bersatu, Putra, Bersama dan lain-lain. BNPN perlu dihadapi secara satu lawan satu. [wm.kl. 9:14 am 15/11/2026]
No comments:
Post a Comment