Tuesday, January 15, 2019

Perubahan kerajaan PH lambat - Bridget Welsh

ULASAN 

BRIDGET WESLH
MENURUT pendapat Profesor Madya dan pengkaji politik negara Asia yang tidak asing, Bridget Welsh pergerakan politik Malaysia ke arah perubahan (reform) berjalan perlahan dan sesetengah terbantut walaupun sudah lapan bulan berlalu.

Lantaran itu menyebabkan kalangan rakyat kecewa, khasnya mereka mengharapkan kerajaan PH dapat memenuhi kehendak perubahan sosial, politik serta perubahan dalam sistem pentadbiran yang diharapkan.

Walaupun beliau tidak menghurai mendalam kelembaban itu, tetapi dapat difahami antaranya ialah kerana berlaku persaingan di antara Dr Mahathir Mohamad dengan Anwar Ibrahim.

Friday, January 11, 2019

Pirake P78 Cameron Highlands; beberapa indikator

SUSUPAN PETANG

Calon BN Ramli Mohd Noor (kanan).
ESOK akan berlangsung penamaan calon untuk Pirake (Pilihan raya kecil)  P78 Cameron Highlands, Pahang. Pilihan raya itu diadakan berikutan pembatalan kemenangan calon BN C Sivarraajh dalam pilihan raya umum ke -13 lalu. 

Kedua parti bermusuhan DAP (PH) dan BN telah menyatakan kesediaan untuk menurunkan calon masing-masing pada pilihan raya itu nanti.

Thursday, January 10, 2019

Jika sistem penggiliran diteruskan Tengku Abdullah akan jadi Agong ke 16?

RENCANA KHAS

Tengku Abdullah, Raja Nazrin dan Tengku Ibrahim
PELETAKAN jawatan Sultan Muhammad Ke V sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 Ahad lepas bukan satu petaka besar kepada negara, bagaimana pun ia satu kejadian agak mengejutkan.

Pengunduran baginda tanpa sebab dijelaskan secara konkrit itu sedikit mengilankan dan menghampakan, lebih-lebih bagi rakyat negeri Kelantan yang dianggap negeri asing kerana pemisahan politik selama ini.

Monday, January 7, 2019

Yang berlaku semalam adalah pesan Tuhan untuk semua

SESUDAH SUBUH
Negara mencatat sejarah besar semalam, 6 Januari 2019 apabila Tengku Muhmmad Faris Petra Sultan Ismail Petra yang menggunakan gelaran Sultan Muhammad ke V, telah meletak jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong.

Beliau mengangkat sumpah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke 15 pada Disember 2016. Tempoh perkhidmatannya sepatut masih tersisa tiga tahun lagi. Tamat pada Disember 2021. Pengunduran sebelum sampai edah itu juga menjadi satu sejarah dan akan disebut-sebut apabila setiap kali sejarah dirujukkan kepadanya.

Yang di-Pertuan Agong sebelum ini semuanya berkhidmat sampai tamat tempoh perkhidmatan, kecuali yang meninggal dunia dalam perkhidmatan. Tidak ada Agong yang turun dari singgasana sebelum tamat tempoh atau ketika dalam perkhidmatan.

Thursday, January 3, 2019

K Bali - sasterawan yang terbuang tetapi dibilang Leo AWS

SOROTAN BUKU 

Buku mengisahkan K Bali.
GHALIBNYA saya dikirimkan sendiri oleh Sdr Leo A.W.S. atau nama sebenarnya Abdul Waled @ Suhaimi Smail, apabila ada buku atau apa-apa sahaja nota ilmu baharu daripadanya. Selalunya antologi sajak yang dibauri dengan pelbagai rencana. Saya kagum dengan penulis/penyair seorang ini yang berusaha sendiri merakam segala catatan variasi sasteranya dan menerbitkan sendiri dalam bentuk buku atau antologi.

Beliau seorang penulis berdikari yang rajin dan gigih.

Walaupun ada penerbitan seperti Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) dan penerbitan lain?, menerbitkan bukunya, tetapi itu tidak cukup untuk merakamkan sekian banyak karya-karyanya. Leo bukan sahaja merakam karya terbaharunya tetapi mengumpul apa sahaja catatan yang ada mengenai dirinya, termasuk surat-suratan sebagai autobiografi kreatif.

Wednesday, January 2, 2019

Mencari tangan dicurigai disebut Anwar

ULASAN

ANWAR Ibrahim menyebut perihal mengenai tangan yang dicurigai yang akan mengganggu agenda Reformasi yang dibawanya. Beliau mahu orang beringat-ingat dengan tangan berkenaan.

Apabila Anwar menyebut mengenai tangan "haram" itu tentu ramai yang memalingkan muka kepada Azmin Ali kerana hubungan di antara mereka kini ada sedikit masalah. Relation mereka berdua sedikit tegang dan tidak begitu aman. Semuanya berpunca ekoran perselisihan berkaitan pelantikan beberapa pimpinan tertinggi termasuk Naib Presiden tambahan dalam Keadilan.

Azmin secara terus terang tidak bersetuju dengan cara Anwar menyusun parti apabila dianggap tidak mencerminkan "fair and just representation" seperti mana digambarkan oleh oleh ahli parti semasa dalam pemilihan parti. Pokok menjadi pertikaian Azmin ialah pelantikan Rafizi Ramli sebagai salah seorang Naib Presiden dan pengekalan Saifuddin Nasution Ismail sebagai Setiausaha Agung.