SESUDAH SUBUH
Negara mencatat sejarah besar semalam, 6 Januari 2019 apabila Tengku Muhmmad Faris Petra Sultan Ismail Petra yang menggunakan gelaran Sultan Muhammad ke V, telah meletak jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong.
Beliau mengangkat sumpah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke 15 pada Disember 2016. Tempoh perkhidmatannya sepatut masih tersisa tiga tahun lagi. Tamat pada Disember 2021. Pengunduran sebelum sampai edah itu juga menjadi satu sejarah dan akan disebut-sebut apabila setiap kali sejarah dirujukkan kepadanya.
Yang di-Pertuan Agong sebelum ini semuanya berkhidmat sampai tamat tempoh perkhidmatan, kecuali yang meninggal dunia dalam perkhidmatan. Tidak ada Agong yang turun dari singgasana sebelum tamat tempoh atau ketika dalam perkhidmatan.
Apa yang berlaku semalam mengejutkan bagi mereka yang jauh daripada pagar Istana Negara. Sebaliknya bagi mereka yang hampir dengan laman Istana, sudah sedikit sebanyak dapat menghidu kasturi yang sedang merebak. Berbagai spekulasi yang timbul sebelum ini tetapi ia disembunyikan kerana melibatkan seorang yang dimuliakan.
Berbagai cerita mengenai Tengku Muhammad Faris ini menjadi sebutan sebelum ini. Sebutan itu bukan sahaja apabila baginda menjadi Agong, tetapi sebelum itu lagi. Ia semakin kuat dan lantang lagi tatakala baginda mengangkat sumpah menjadi Yang di-Pertuan Agong.
Peristiwa-peristiwa yang berlaku di negeri Cik Siti Wan Kembang dan sebutan-sebutan terhadapnya sedikit sebanyak menjadi rentetan kepada apa yang berlaku hari ini.
Mungkin mereka yang selama ini kagum dengan penampilan beliau yang tawaduk, selalu berjubah ringkas menghadiri majlis keagamaan dan sebagainya, akan berasakan satu kehilangan kepada negara atas apa yang berlaku. Perletakan jawatan itu sesuatu yang mendukacitakan dan mengilankan.
Mungkin selepas ini negara tidak mudah untuk melihat seorang Agong yang berjubah dan adakalanya menyimpan jambang. Sekiranya identiti itu dan wajah itu menjadi keinginan, maka rakyat akan berasa kecewa dan rugi?
Pengunduran baginda itu bukan sahaja memberi pengajaran kepada baginda sahaja, tetapi ia adalah kita semua. Mereka yang sedang dipayung kekuasaan, yang berada di atas kerusi empuk tidak perlu bermegahan dengan jawatan itu. Takdir yang menimpa Sultan Muhammad Ke V itu boleh berlaku ke atas sesiapa sahaja.
Takdir itu menandakan, yang berkuasa tidak akan berkuasa menghadang apa-apa takdir di luar dugaan umum ke atasnya. Apa yang berlaku itu memberi isyarat bahawa hidup kita dalam kawalan takdir dan alam. Makanya kepada yang berkuasa hendaklah waspada dan jagalah tugas dan amanah yang diserah sebaik mungkin jangan sampai berlaku sesuatu yang bakal menjadi sebutan di belakang hari.
Sekiranya pengunduran Sultan Muhammad ke V itu kerana beliau menginsafi akan dirinya, tidak mampu dan sanggup memikul tanggungjawab negara sehingga beliau mengambil tindakan gentlemen itu, syabas diucapkan kepadanya. Dan pembesar lain juga harus berbuat hal yang sama. Perletakan jawatan dalam situasi dihadapi beliau itu adalah sesuatu yang baik demi negara.
Kepada rakyat Kelantan tentu mereka bersedih dan dukacita atas apa yang berlaku. Dengan pemilihan Sultan Muhammad ke V menjadi Agong ia membanggakan rakyat Kelantan seluruhnya. Tetapi janganlah berduka dengan apa yang berlaku kerana ia sudah suratan takdir.
Berdoalah untuk kesejahteraan ke Bawah Duli Tuanku Sultan Muhammad Ke V, semoga baginda terus diberikan taufik dan hidayah sebagai al Sultan Kelantan dan rakyat jelata tidak akan mengurangkan rasa kasih dan sayang kepdanya. Kepada Allah kita berserah. [langkawi.6:54 am 07/01/19]

No comments:
Post a Comment