Thursday, January 27, 2022

Pirane Johor: Jangan mati beramai-ramai hidup berasingan.

PANDANGAN

DEWAN Undangan Negeri (DUN) Johor telah pun dibubarkan. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan bermesyuarat bagi menentukan tarikh pilihan raya pada minggu pertama bulan depan. Tampaknya SPR tidak begitu "gaduh lorak" untuk mengadakan mesyuarat bagi membincang perihal Pirane Johor itu. Kelambatan ini menyebabkan timbul persoalan, apakah Pirane Johor akan diadakan serentak dengan Piraum ke-15?

Monday, January 24, 2022

Anwar perlu berani dan tegas kembalikan kekuatan

PANDANGAN


MERUJUK kepada kenyataan Anwar Ibrahim bahawa PH akan bergabung dengan semua pembangkang untuk menghadapi Pirane Johor, ingin saya mengemukakan satu pandangan yang mungkin tidak disenangi oleh pihak tertentu.
 
Cadangan Anwar selaku pengerusi PH untuk menggabungkan semua pembangkang dan komuniti sivil menghadapi pilihan raya itu bagi menjamin kemenangan PH dan memulihkan semula PH yang kelihatan lendur kini, ia satu tindakan baik.
 
Tetapi ada sesuatu yang mungkin perlu diambil hirau sama oleh Anwar untuk menambahkan kekuatan pembangkang menghadapi pilihan raya itu.
 

Sunday, January 23, 2022

Umno dan Pas, putus sudah kasih sayang

ULASAN

Gambaran Hiasan: Pimpinan Umno Kel.
SEMALAM biro politik Umno Kelantan telah bermuzakarah dengan pimpinan tertinggi Pas Kelantan yang berlangsung di kediaman MB Kelantan di JKR 10, Kota Bharu. Pertemuan itu menjadi perhatian akan natijah yang dihasilkan daripadanya. Pihak Umno diwakili oleh Pengerusinya Ahmad Jazlan Yaakub, timbalannya Fatmi Che Salleh dan lain-lain. 

Sementara Pas pula diwakili oleh Pesuruhjaya Ahmad Yaakob yang juga MB Kelantan, timbalan Pesuruhjaya Mohd Amar Nik Abdullah dan lain-lain. 

Wednesday, January 19, 2022

Isu Azam Baki: Ismail Sabri perlu letak jawatan

ULASAN

Azam Baki pembuka
panggung 2022.
ISU yang mengaitkan Pengerusi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Azam Baki yang mengaku telah memberi pinjaman akaun CDS kepada adiknya, Nasir Baki untuk memiliki jutaan saham awam benar-benar mengoyak integriti kerajaan Ismail Sabri Yaakob yang sudah pun dipersoalkan keberadaanya bila transisi kepimpinan negara kepadanya diragui dari segi angka.

Berapa Ngo sedang susun agenda tukar kerajaan Kelantan

SESUDAH SUBUH

KEINGINAN rakyat Kelantan yang berada di luar (perantau) untuk melihat berlaku perubahan pemerintahan negeri itu daripada Pas kepada parti atau entiti lain sangat ketara dan serius. Ini terbukti dengan tertubuhnya beberapa Ngo yang diasaskan oleh rakyat Kelantan yang berada di luar Kelantan. 

Ngo tersebut lahir atau ditunjangi oleh individu mempunyai iktisad dari berbagai cabang atau kelas rakyat Kelantan, profesional, peniaga, mahasiswa dan juga bekas pegawai kerajaan (pensiun).

Monday, January 17, 2022

Pemberian wang royalti RM400 juta bakal jadi isu dalam pilihan raya nanti?

Husam bapak pejuang royalti
Kelantan.
KITA yakin dan percaya apa disarankan Husam Musa kepada kerajaan Kelantan agar menuar-uarkan atau memaklumkan ke mana peruntukan royalti petroleum bernilai RM400 juta yang disalurkan oleh kerajaan Persekutuan digunakan.

Semua rakyat negeri Kelantan sedang menunggunya penuh sabar khasnya mereka yang berada di luar Kelantan yang sudah mengesan akan kedahagaan rakyat Kelantan untuk mengecapi nikmat royalti itu.  

Tentu sekali Husam sendiri orang yang bertanggungjawab mengerak dan memperjuangkan tuntutan royalti itu sangat ingin melihat dan mengetahui ke mana wang petroleum itu dimanfaatkan oleh kerajaan untuk rakyat.

Sunday, January 9, 2022

PBM ditubuh untuk pastikan Azmin dilantik sebagai TPM

SOROTAN PAGI

SEMALAM diumumkan barisan kepimpinan sebuah lagi parti baru, Parti Bangsa Malaysia (PBM) yang dikaitkan dengan bekas ahli Keadilan. Sebelum ini Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin disebut-sebut sebagai bakal memimpin parti ini. Tetapi tampaknya tidak jadi apabila ahli Parlimen Julau Larry Soon@Sug diumumkan sebagai presiden. Larry Sug ini juga adalah bekas ahli Keadilan dan pernah menjadi pengerusi Keadilan Sarawak. 

Manakala timbalan presiden I, Haliza Mohd Talha. Hampir 90% barisan kepimpinan diisi oleh bekas ahli Keadilan. Apa yang jelas parti yang dijenamakan semula daripada parti Pekerja Sarawak itu  menjadi wadah mengumpul bekas-bekas ahli Keadilan yang meninggalkan perjuangan reformasi.

Wednesday, January 5, 2022

Belum tentu Pas kuasai semula Kelantan

Dr Mazlan Ali, ramal Pas kuasai Kelantan.
PANDANGAN dan analisa Dr Mazlan Ali (berdasarkan budaya politik tradisi di Kelantan), 
yang Kelantan tetap dikuasai Pas selepas pilihan raya umum ke-15 akan datang, hampir dipersetujui oleh semua pemerhati. 

Sandaran Dr Mazlan untuk berpandangan demikian antaranya kerana di negeri itu kekuatan pembangkang "leweh" (lemah). 

Iya, jika ditanya keadaan di Kelantan hari ini kekuatan pembangkang (khasnya PH) langsung tidak ada, bahkan pembangkang tidak menyerlah, situasi ini memberi peluang untuk Pas terus menguasai negeri Tok Kenali itu.

Saturday, January 1, 2022

Selamat tahun baru

Selamat tahun baru diucapkan khas kepada penjenguk blog ini. Terima kasih atas sokongan anda selama ini. Semoga tahun ini akan menjadikan kita lebih berjaya dan dalam rahmat Allah sepanjang masa. 

Tahun 2021 kita tinggal dengan berbagai peristiwa dan kejadian yang dialami. Ada yang manis dan ada yang pahit. Ada kegembiraan dan kesedihan. Hendaknya 365 hari mendatang tidak akan membawa kita mengulangi kesedihan, kedukaan dan kemalangan, melainkan ia memberi rahmat yang diharapkan. 

Salam hormat. [wm.kl.8:14 am 01/01/2022]