Tuesday, June 15, 2021

Pelan pengukuhan diri bukan negara?

ULASAN

Mahidaddin bentang pelan
kukuhkan kedudukan diri bukan negara.
SEMUA orang sudah dengar perutusan khas Mahiaddin Md Yassin membentangkan pelan, (saya panggil "peler") pemulihan negara sekejap tadi. Mahiaddin membuat perutusan itu kurang 24 jam Raja-Raja Melayu dan Yang diPertuan Agong berjumpa di Istana Negara esok untuk "berbincang-bincang" masalah negara.

Perjumpaan esok ramai yang salah anggap sebagai persidangan Majlis Raja-Raja (MMR). Bukan, ia perjumpaan luar biasa antara Raja-Raja Melayu dengan Agong. 

Saturday, June 12, 2021

Debar 16 Jun menguli-uli jiwa

ULASAN

Anwar beri kenyataan ringkas sebaik
keluar dari Istana Negara.
SIRI pertemuan ketua-ketua parti dengan Yang diPertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah hampir selesai. Semua ketua parti utama di negara ini dipanggil menghadap secara seorang demi seorang. 

Pertemuan itu adalah merupakan interaksi eksklusif ketua-ketua parti dengan Yang diPertuan Agong yang dilihat sebagai satu stail pemerintahan Yang diPertuan Agong ke 16 ini. 

Wednesday, June 9, 2021

Kemana dan bagaimana Azmin selepas Piraum ke-15? (Bhg Kedua).

FOKUS 

SEBELUM Azmin Ali melakukan "harakiri" meninggalkan Keadilan dan mengkhianati rakan-rakan dan bosnya Anwar Ibrahim, tentu beliau sudah membuat perhitungan rapi. 

Beliau sudah mengukur lilit, panjang dan luas bingkai politiknya selepas ini. Azmin bukan pemuda "becak" kampung, kerja politiknya penuh taktik. Beliau seorang yang berambisi. 

Atas perbuatannya itu, berkomplot dengan Mahiaddin Md. Yassin, hari ini Azmin dicemuhi dan disumpah. Perbuatannya itu melukakan hati banyak pihak. Beliau sudah menjangka hal itu dan berusaha untuk membendungnya. Mustahil kalau Azmin tidak istikharah tentang politiknya sebelum bertindak. 

Tuesday, June 8, 2021

Abd Rahman seorang rakan setia Anwar

BELASUNGKAWA

Menjelang Maghrib semalam (26 Syawal 1442), kita dikejutkan dengan pemergian ke alam baqa Abd Rahman Yusof. Beliau adalah seorang ahli politik dan pejuang Reformasi yang ampuh. Abd Rahman pergi dalam usia 64 tahun kerana menghidapi kanser paru-paru.

Saya sedikit terkilan kerana mengetahui beliau terlantar di PPHUKM agak lewat, menyedarinya setelah anaknya Muhammad Muhsin mengangkat status mengenai ayahnya itu dalam Facebook Allahyarham. Beliau rupanya sudah keuzuran sejak enam bulan lalu. 

Saturday, June 5, 2021

Kemana dan bagaimana Azmin selepas Piraum ke-15?

FOKUS

Azmin graf politiknya
menaik?
KEDUDUKAN Mohamed Azmin Ali, 57 untuk terus kekal dan selesa berada dalam koridor kuasa politik selepas Piraum akan datang menjadi tanda tanya. 

Peluangnya untuk mengekalkan pencapaian kini tampaknya tidak mudah dan pasti. Berbalam-balam. Seperti kebijakan politiknya akan tergugat. 

Walaupun graf politiknya meninggi, sehingga beliau berjaya mengangkat dirinya lebih tinggi daripada keadaan sebelum ini, serta dapat mengekalkan prestasinya, tetapi itu bukan satu indikator beliau akan selamat kemudian terus mencapai kemuncaknya.