PANDANGAN
SEMALAM menerusi satu status di Facebook saya berjanji akan memberi ulasan sedikit mengenai apa dikatakan "dapatan" yang diperolehi sdr Kamal Amir Kamal Hijaz, yang kononnya akan berlaku perubahan kerajaan dalam masa sehari dua ini.Serentak dengan perkembangan itu beliau menyebut ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) akan dilantik menjadi perdana menteri.
