Monday, September 29, 2025

Kenapa Melayu tidak dapat bersatu?

PANDANGAN

PARTI politik adalah pertubuhan atau gerakan sosial yang khusus bertujuan menguruskan negara. Parti politik berbeza dengan badan ataupun pertubuhan lain, skopnya lebih luas dan besar. Peranannya lebih signifikan daripada mana-mana persatuan, sebab ia secara langsung bertanggungjawab dan fungusinya untuk mengurus, merancang dan mentadbir negara.

Dalam negara kita ada berpuluh, malahan ratusan parti politik yang ditubuh, bergerak dan ada yang sudah jadi mendiang dan gemulah. Selepas pasca merdeka kemunculan parti politik lebih ketara. Bagaimana pun antara parti yang terawal ditubuhkan masih survive sampai ke hari ini walaupun ada pasang surutnya, seperti Umno, Pas, McA, MiC dan lain lain. 

Sementara Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang ditubuhkan lebih awal (1945), PKI ditubuhkan (1930) dan Hizbul Muslimin (1948) masing masing dicop berhaluan kiri diharamkan oleh penjajah British. Tegasnya parti orang Melayu yang berkelangsung hanya Umno dan Pas.

Apabila berbicara mengenai parti parti politik dan siasah, jarang kita menyedari dan memahami sejarah atau asal usul penubuhannya, tujuan ataupun desakan kenapa ia dilahirkan. Sikap itu menyebabkan ada yang tidak arif tentang parti dianggotainya, lantaran itu pemahaman, matlamatnya tidak sampai kedalam menyebabkan kita tidak menghayatinya, dan tambah mengecewakan tidak tahu akan maksud partinya ditubuhkan.

Keadaan ini ia seperti kita mengenali buah buahan atau kueh mueh yang dijual yang dibeli untuk dimakan, tetapi tidak mengetahui apakan kandungan, atau nutrisi dan bagaimana kueh mueh itu dibuat, serta apakah khasiat dan juga kebaikannya. Keadaan ini menjadikan kita tidak kamil mulkamil dengannya. Tidak kenal maka tidak cinta.

Begitu juga dengan mereka yang menyertai parti politik, kebanyakan anggotanya menyertai kerana diajak, dipengaruhi dengan berbagai elemen, menurut atau tertarik kepada gaya kepimpinan atau aura yang ada kepada pemimpi itu tanpa pun mengetahui latar belakang dan sejarahnya.

Seharusnya sebelum menyertai sesuatu parti dari asas dan sisi berkenaaan, kita kena mengenali kemampuan pemimpin, ilmu dan juga keperibadiannya. Kebanyakannya kerana ikut tanpa memahami tujuan dan kepentingannya.

Sebagai anggota kita wajar membuat semakan dan “mahasabah” sepanjang masa atau secara bertahap bagi mengelakkan kita terperdaya dalam retorikanya.

Sebaiknya kalau kita mahu menjadi anggota parti, sepatutnya kita mengenali akan sejarah dan matlamat asal penubuhannya, barulah kita tahu dan kenal betul betul parti itu dan tidak “terkecung.” Seperti mengambil ubat tahu akan khasiatnya barulah ia tidak sesia. Tujuannya apabila kita mengenali, tidaklah kita menyertainya kerana sebagai iseng isengan semata mata.

Disini saya hendak berbicarakan soal dua parti Melayu, Umno dan Pas. Kedua parti ini adalah parti asal yang mencorakkan negara ini baik dari segi perjuangan dan kepimpinan. Umum sudah mengetahui sejarah penubuhan parti ini. Umno ditubuhkan tahun 1946 hasil daripada satu kongres orang-orang Melayu di Kampung Baru yang mahu mencapai kemerdekaan daripada British. Mulanya ia bertujuan menentang British untuk mewujudkan Malayan Union. Idealismenya ialah nasionalis.

Lima tahun memudian tertubuh pula Pas, tahun 1951 di Pulau Pinang, dengan maksud penubuhannya kerana tidak senang dengan Umno yang tidak melaksanakan syariah Islam. Parti ini diasaskan oleh golongan agama dalam Umno beridealogikan agama. Dalam kata lain ia seperdu dengan Umno.

Kalau diperhatikan tujuan penubuhannya, kedua duanya membawa agenda besar. Umno untuk membebaskan negara, Pas untuk melaksanakan Islam dalam pemerintahannya. Jika dilihat kepada matlamat itu tidak ada sebab untuk kedua dua parti ini tidak dapat untuk bersama. Situasi ini wujud kerana perbezaan latar belakang pendidikan, kepercayaan mitos dan pegangan para pemimpinnya.

Satu hal yang jarang disentuh dan difahami malahan disedari bahawa kewujudan kedua dua parti itu adalah atas restu British walaupun pada prinsipnya untuk menentang dasar British. Fakta paling nyata kerana kedua duanya didaftar semasa kerajaan British, tanpa kebenaran dan persetujuan British ia tidak didaftarkan. Sesudah meluluskan pendaftaran Umno tanggal 11 Mei 1946, kerajaan British meluluskan pula pendaftaran Pas tanggal 24 November 1951, lima tahun memudian.

Dari sini boleh difahami kedua dua parti itu adalah dibawah naunga, kontrol dan dimonitor Brtitisih. Kenapa berlaku demikian ia tidak pelik kalau kita memahamai dasar dan perangai penjajah divide and rule, pecah dan perintah. Ia sengaja membuka peluang untuk Melayu bergaduh agar mudah mereka terus menjajah bagi mengaut hasil mahsul negara ini.

Penjajah sangat arif kelemahan kepada sesuatu bangsa itu ialah kerana perpecahan. Penjajah memahami akan rahsia sepotong ayat Quran dalam surah Ali Imran ayat 103 “Dan berpegang teguhlah kamu kepada tali Allah (agama) dan jangan kami berpecah belah.”

Bijaknya British disini mereka menggunakan hujah atau pun elemen agama dan bangsa untuk memecahkan Pas dan Umno. Melayu diasimilasikan dengan bangsa dan agama. Al hasilnya sampai kini Pas dan Umno tidak menemui titik persaman kerana virus ditanam British masih mengemas dalam jiwa.

Perpecahan atau pertelagahan itu sampai ke hari ini, sebab itu kedua parti itu tidak dapat bersatu, yang natijahnya bangsa Melayu yang sudah didoktrinkan penjajah tidak dapat bersatu.

Peranan yang dimainkan oleh British atau kolonial kini diambil parti berlainan bangsa seperti DAP. Tengoklah hari ini macam mana DAP dijadikan batu penghalang oleh Pas untuk tidak bersama Umno. Semasa Pas bersama DAP, Umno kata Pas bersahabat dengan Cina. Keadaan ini akan kekal berpanjangan selagi bangsa lain atau DAP pandai membahtrakan peranan mereka bagi mencapai maksud lebih besar.

Dan bangsa lain akan terus survive di negara ini bahkan makin kukuh dan kuat selagi tidak wujud perpaduan intim diantara Melayu dalam Umno dan Pas. [wm.kl. 9: 08 am 29/09/2025]

No comments: