Tuesday, September 2, 2025

Apa boleh kita pelajari apa berlaku di Indonesia..

RENUNGAN

Prabowo Subianto bersumpah tidak
akan berganjak setapak pun mempertahkan
rakyat dan negaranya.
PAGI tadi saya hubungi seorang kawan di Jakarta untuk mengetahui apakah cerita sebenar dari versi di sana di sebalik demonstrasi yang berlaku 25 Ogos lepas yang menggemparkan dunia itu. Demonstrasi atau unjuk perasaan perkara biasa di Indonesia, tetapi yang berlaku sehari dua ini, telah mencemarkan pemerintah Presiden Probowo Subianto dan menggugatnya.

Demonstrasi selama beberapa hari itu bukan sahaja merosakan harta benda dengan nilai yang banyak tetapi meragut sekurang-kurangnya dua nyawa insan tidak berdosa, disamping ratusan yang lain cedera dan luka. 

Unjuk perasaan itu bukan sahaja setakat untuk menyampaikan tuntutan dan menyatakan protes, tetapi sampai berlaku kekecohan, penjarahan harta pemimpin dan juga pembakaran mengkhianati harta awam.

Kesan dari keributan akibat tunjuk perasaan itu, mendukacitakan kita sebagai jiran serumpun dengan Indonesia. Apakah sebenar yang terjadi sehinggakan tunjuk perasaan yang menjadi budaya rakyat negara ribuan pulau itu menyatakan protes dan menyampaikan aspirasi boleh merosakkan harta benda awam dan penjarahan terhadap khazanah pemimpin. Ini sesuatu yang mengegarkan dan luar biasa.

Lantaran itu saya menghubungi rakan di sana, seorang yang dikira mengetahui apa yang berlaku sebenarnya memandangkan kedudukannya, di central maklumat di sana. Narasumbernya tentu berbagai dan tidak hanya berpandukan kepada laporan media dan cerita ceriti di medsos semata disamping menjadi saksi hidup. 

Seperti dilaporkan dalam media, awal berlaku tunjuk perasaan di hadapan bangunan DPR, atau parlimen di negara itu, untuk memperotes kenaikan elaun wakil rakyat sampai 200 persen atau Rp50 juta, serta beberapa tunjangan kepada wakil rakyat. Disebut juga protes itu untuk mempersoalkan mengenai keabsahan RUU rampasan harta individu tertentu oleh pemerintah, disamping mahukan transparansi penuh terhadap anggota parlimen.

Tunjuk perasaan itu disertai oleh masyarakat biasa, mahasiswa, pemandu ajek on line, aktivis, pemimpin Ngo dan juga kaum ibu. Penyertaan itu adalah biasa. Mulanya mereka berhimpun di hadapan DPR untuk menyatakan perasaan mereka secara normal, kemudian mula bersikap agresif (anarkis) dengan cuba memasuki ke DPR, melontar ojek, meroboh pagar dan membakar. Ketika inilah berlaku perlawanan dengan pihak berkuasa. 

Situasi itu menyebabkan para aparat mula bertindak ke atas penunjuk perasaan. Dalam kekalutan itulah seorang pemandu ojek Affan Kurniawan 21, telah terlanggar truck polis, (Brimob) dan meninggal dunia. Kejadian itu berlaku secara tidak sengaja dalam suasana kelam kabut dan satu kekhilafan manusia, baik pemandu truck itu dan pemandu ojek itu sendiri.

Kejadian itu secepat kilat mengubah momentum dan acara daripada mempersoal soal elaun dan tunjangan ahli parlimen yang tidak wajar, berubah simpati kepada pemandu ojek yang meninggal itu. Ia melarat dan membakar seperti api dihembus angin. Berita kematian itu merebak dan digambarkan bahawa terjadi kekejaman polis terhadap pemandu ojek. Ia mengundang simpati masyarakat seluruhnya. Disini mediasosial menjadi wadah celaka bantu tolong meluaskan sebaran. 

Apa menghairankan, tunjuk perasaan itu bukan sahaja berlaku di Jakarta, tetapi tersebar ke bandar bandar besar lain, di Bandung, Surabaya, Malang, Sulawisi, Bali dan sebagainya dengan pembakaran di DPRD dan harta awam. Apa yang memelikan lagi, semua aksi para penunjuk perasaan sama di Jakarta, melakukan rusuhan pembakaran, dan penjarahan harta pemimpin. Menurut maklumat kawan saya itu, penjarahan juga berlaku digedung-gedung perniagaan dan rumah awam. 

Keseragaman kejadian itulah menimbulkan kecurigaan di sebalik demonstrasi itu.

Seperti mana diakui rakan saya itu, ia bukan aksi unjuk rasa biasa, tetapi diorganisirkan demikian rupa. Melihat kepada tunjuk perasaan itu berjalan teratur menyebabkan ia dirasakan ada pihak mengaturnya. 

Disinilah katanya ada pendapat atau tuduhan mengatakan ada dalang atau tangan tangan ghaib di sebalik aksi tunjuk perasaan itu. Bukti yang dipakai untuk menuduh demikian menunjukkan bahawa demonstrasi itu didalangi atau diatur, apabila setengah persertanya datang dari luar dan tidak mengetahui apa yang hendak dilakukan melainkan sudah diarah. 

Daripada beberapa penujuk perasaan yang diberkas polis, ada yang dibawah usia 18 tahun masih bersekolah rendah atau menengah membuat pengakuan yang mereka seolah-olah tidak mengetahui apa yang berlaku, melainkan mengakui menurut perintah. Manakala ada juga orang awam yang hadir kerana diarah oleh majikan mereka.

Apa yang menjadi tanya tanya siapakah yang memerintah atau menjadi dalang di sebalik demonstarasi besar-besaran dan menyeluruh itu. Rakan saya itu enggan memberi tahu secara jujur dan katanya ia boleh dikenali kalau memahami tantangan terhadap presiden Prabowo Subianto sejak beliau mengangkat sumpah menjadi presiden Indonesia ke 8 kira-kira 11 bulan lepas. (20 Oktober 2024). 

Sehingga kini pemerintah Indonesia belum membuat ketegasan pasti tentang dalang disebalik tunjuk perasaan itu. Penunjuk perasaan yang ditangkap masih dalam siasatan. Bagaimana pun Presiden Prabowo dalam satu kenyataan tidak menyembunyikan insting nalurinya mengatakan bahawa tunjuk perasaan itu ada dalang dan pihak mengaturnya. Tujuannya bukan untuk menyampaikan tuntutan dan protes, tetapi mahu menghancurkan Indonesia sekaligus mahu menurunkan dia dari kerusi presiden.

Melayan situasi itu beliau dengan tegas dan bersumpah tidak akan mundur walaupun setapak dan tetap mempertahankan membela rakyat. Sumpah Prabowo dengan nama Allah itu menunjukan beliau juga sudah siap untuk menghadapi penentangannya, walaupun siapa.

Mengambil kira maklumat dari rakan saya tadi dengan apa dinyatakan Prabowo itu sepakat menerima bahawa apa berlaku di Indonesia itu adalah satu agenda berstrategi yang matlamatnya untuk menurunkan Prabowo. Soalanya kenapa Prabobo yang baru menjadi presiden, belum genap setahun hendak diturunkan. Apakah kerana kenaikan elaun wakil rakyat atau apa? Apakah ada hambatan atau alasan lebih besar dari itu?

Sebenarnya menurut kawan saya itu, hambatan dan masalah Prabowo bukan itu, tetapi apa perkara lain. Ia ada kaitan dengan ketegasan dan iltizam Prabowo dalam mahu menjadikan Indonesia Emas dengan membasmi rasuah di negara berkenaan habis-habisan yang telah bermaharajalela kesekian lama. Sejak beliau jadi presiden sudah banyak koruptor ditangkap dan dibawa ke pengadilan. Ia bukan orang bawahan bahkan bertaraf pemimpin dan golongan maha kaya. Apa yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim di Malaysia membenteras perasuah dan menggangu tidur golongan maha kaya seperti dikuti oleh Prabowo di Indonesia.

Tindakan itulah yang tidak disenangi oleh sesetengah golongan khasnya mereka yang menjarah harta negara menerusi korupsi dan penyelahgunaan kuasa. Iltizam dan kesungguhan Prabowo itu menjadi musuh kepada dirinya sendiri. Katanya golongan maha kaya dan koruptor inilah yang menjadi dalang dan menggerakan tunjuk perasaan berkenaan.

Pergerakan dan aksi para koruptor ini licik, mereka menjadikan rakyat sebagai alat. Kata kawan saya itu, mereka telah membayar orang-orang tertentu para pelakon dan penggerak demonstran untuk faedah mereka. Dan rakyat bawahan yang realtif ketidak-cukupan untuk hidup mudah menerimanya dengan dijanjikan harapan bersinar banar seperti matahari dan bulan purnama. Mereka jadi lupa diri lupa tanggungjawab kepada negara bangsa dan sanggup menjadi pensubahat secara tidak langsung mengkhianati negara sendiri.

Kita yakin dan percaya dengan pengalaman Prabowo dalam bidang ketenteraan, TNI berjaya membendung cubaan untuk menjatuhkannya itu. Rakyat Indonesia perlu bersamanya dan berilah peluang kepadanya untuk merealisasikan agenda Indonesia Emasnya itu.

Dan dari apa yang berlaku di Indonesia itu, dengan kelicitan anasir tertentu memperalatkan rakyat tidak berdosa untuk memusanahkan rangka istana dicandangkan Prabowo untuk mereka sendiri, boleh dipelajari oleh kita di Malaysia. Genatik, perangai, fiil dan budaya rakyat kita tidak jauh bezanya dengan rakyat Indoneis kerans kita serumpun. Justeru apa yang berlaku di sana, elok diperhatikan dan diawasi agar ia tidak merebak ke negara kita.

Apa-apa insiden walaupun tidak ada kena mengena dengan politik yang berlaku hendak ditangani dengan baik, sesempurna dan bijaksana seperti tragedi menimpa murid di Sabah itu agar ia tidak dimanipulasi dan eksploitasikan oleh orang atau golongan yang benci dan irihati kepada kepimpinan negara kini. Dalam hal ini bukan sahaja rakyat awam perlu berwaspada dan bijak, pihak pembangkang juga perlu menyemak apakah aksi dan tingkah mereka selama ini tidak membuka peluang kepada anasir jahat untuk memusnah kita. [wm.kl. 2:16 pm 02/09/2025]

No comments: