ULASAN
Beliau mendiamkan diri sebaik sahaja selesai menunaikan fardui haji bersama suami tersayang. Kebetulkan beliau ke Makkah selepas usai pemilihan dan menang sebagai timbalan presiden PKR. Beliau seakan membunyikan diri.
Mungkin beliau mengambil sedikit masa sebelum kembali aktif untuk menghormati adat adat pascra menunaikan haji dan menenangkan gelora pemilihan.
Kerana diamnya yang agak lama itu, saya kira dia terkejut dengan kemenangan sebagai timbalan presiden menewaskan rakannya Rafizi, menyebabkan saya mengira beliau masih belum pulih dari keterkejutan itu. Dengan sikapnya itu saya sindir dengan bertanya apakah beliau sakit gigi.
Mereka yang memahami makrifat siasah tahu Izzah serba salah menerima tanggungjawab dan kemenangan itu. Perlawanan dengan Rafizi sedikit sebanyak meninggalkan trauma kepadanya. Tetapi apa boleh buat adat berpolitik suka tak suka kena ditempuhi.
Sementara tugas dan tanggungjawabnya sebagai timbalan presiden sangat berat, apa lagi beliau harus mengisi setiap aspek kekosongan yang ditinggalkan Rafizi.
Rafizi pula seakan mengosongkan parti secara total, setelah kalah apabila menolak pelawaan dan tawaran Izzah untuk membantunya. Pelawaan dan tawaran Izzah itu menyebabkan Izzah dipersendakan. Izzah kecewa dengan sikap Rafizi itu, jadi hilang semangat apa lagi para pengikut tegar Rafizi tidak habis habis mengecam dan mengejek Izzah. Inilah lumrah dan peraturan politik.
Tidak mengapa, sebagai seorang politician dan serikandi yang pernah melalui masa dan waktu sangsara memperjuang dan membela ayah dan keluarga yang diaibkan, sejak dari remaja, Izzah sudah lali dengan segala itu. Justeru sebarang sindiran dan cercaan tidak berasas terhadapnya ditelan begitu sahaja bagaikan meneguk penawar yang pahit.
Kini Izzah sudah turun ke gelanggang dan dia sudah pulih dari trauma pertandingan. Dia sudah mengorak langkah perjuangan dengan yakin.
Sudah beberapa hari beliau berada di Sabah dalam persiapan untuk menghadapi pilihan raya negeri itu yang akan diumumkan bila bila masa sahaja. Acara yang dihadirinya menemui pimpinan akar umbi dan jentera pilihan raya di beberapa cabang serta melakukan perasmian bilik gerakan PKR.
Sedikit sedih apabila saya mengikut dua acaranya dibuat secara live, ia tidak begitu mariah dan hebat yang seharusnya diterima seorang timbalan presiden. Saya tercari cari mana pemimpin PKR nasional lain yang mengiringinya. Walaupun itu bukan wajib tetapi sepatutnya ada yang mendamoinginga. Tidak kelihatan wajah ketua ketua sayap wanita dan juga AMK atau wakilnya.
Kenapa dibiarkan Izzah bersendirian. Kedudukannya dalam parti lebih tinggi dari ketua sayap. Dia adalah orang nombor dua parti, selaku timbalan presiden. Sepatutnya ada pemimpin lain peringkat nasional bersamanya. Lebih afdal mengiringi Izzah adalah ketua wanita Fadhlina Siddik. Kalaupun Fadhlina sibuk dengan tugasnya sebagai menteri cukup untuk satu acara bersama Izzah sudah memadai kemudian serahlah kepada wakilnya. Fadhlina boleh terus mengekorai bapa angkat perdana menterinya.
Kita tahu Izzah tidak mahu penghormatan itu, tetapi dari segi protokol parti harus menyediakannya. Apakah kerana Fadhlina terbelenggu dengan kes dan tragedi kematian seorang murid di Sabah maka beliau kekok untuk ke negeri itu. Dari sudut mana dan apa alasan sekalipun Fadhlina kena bertanggungjawab dengan kejadian itu atas kedudukannya sebagai menteri.
Pilihan raya Sabah adalah ujian pertama buat Izzah. Ujian itu sedang diperhatikan banyak mata baik dari luar mahupun dalam PKR sendiri. Ramai yang ingin bersorak kalau PKR tidak berjaya, dan risikonya nanti akan dilemparkan kepada Izzah. Orang dan penyokong Rafizi yang masih belum keruan menanti situasi itu.
Sikap seperti itu sesuatu tidak baik bagi sebuah perjuangan. Tanggungjawab kepada parti dalam pilihan raya itu bukan terletak dibahu timbalan presiden atau presiden sahaja, apa jua kerja dan perjuangan perlu disepakati, berat sama dijunjung ringan sama dijinjing. Tanggungjawab secara kolektif. Konsep itu harus ada.
Masih belum terlambat untuk membetulkan suasana yang pincang itu. Diharap dalam kunjungan Izzah ke Sabah yang seterusnya nanti tidak sepi dan beliau hanya disambut dan diiringi pemimpin tempatan Sabah saja. Perlu ada para pemimpin nasional baik dari Wanita, AMK ataupun MPP ataupun pengerusi negeri negeri yang lain. Apa yang berlaku sekarang ini seolah mahu bebankan Izzah bersendirian untuk mencapai sesuatu yang berat dan besar di Sabah itu.
Presiden walaupun sibuk dengan isu Palestin, hendak melunakkan hati pimpinan pembangkang di negeri negeri Kelantan, Terangganu
dan Kedah, beliau juga perlu menyemak apa yang berlaku dalam parti. Kepincangan dalam parti dan perasaan pengikut sendiri kena dijagai. Difahamkan ramai pengikut terutama orang lama kecewa dengan Anwar. Kata orang orang jangan hanya tahu menyakinkan gelegar patah, tetapi tiang serambi juga perlu diperbetulkan. Trims. [wm.kl. 9:39 pm 25/08/2025]
No comments:
Post a Comment