PENDAPAT
Kamil Munir ketua pemuda PKR perlu berfikir lebih jauh dan berani. |
kepada kedutaan Amerika di Kuala Lumpur mendesak agar kuasa dunia itu membebaskan 23 rakyat Malaysia yang menyertai misi flotila yang ditahan oleh regim Zionis.
Misi flotilla suatu gerombolan armada kapal dari pelbagai negara untuk menghantar bantuan makanan, perubatan dan barangan keperluan kepada rakyat Palestin yang dikepung Israel. Seusai solat Jumaat semalam, pemuda Keadilan bersama beberapa Ngo lain mengadakan tunjuk perasaan mengutuk dan mengecam Israel sambil minta jasa baik Amerika bebaskan segera anggota misi berkenaan.
Memorandum itu katanya diterima oleh pihak kedutaan Amerika, dan disifatkan suatu kejayaan buat PKR.
Sebagai sayap kepada sebuah parti politik yang memerintah, (PKR) saya rasa tindakan pemuda Keadilan dan juga pihak-pihak lain menyatakan simpati kepada Palestin itu tidak boleh hanya setakat mengutuk dan menyerah memorandum kepada Amerika saja yang sudah terang lagi bersuluh menjadi dalang disebalik kejahatan Israel itu. Usaha dilakukan itu tidak ubah kita memaksa penjenayah agar menyerahkan diri kepada polis sahaja.
Sudah berdekad Israel dan Amerika dikutuk oleh seluruh dunia, baik dari negara-negara Islam mahupun bukan Islam. Dalam pada itu sudah berkali-kali rombongan kapal atau misi flotilla dilakukan, hampir semua misi itu gagal dan telah ramai juga anggota misi maut ditangan Israel. Misi seperti itu tidak menuntaskan masalah nasib rakyat Palestin tidak berubah.Negara kita adalah johan dalam membela nasib rakyat Palestin ini, mengalahkan negara-negara Arab. Biasalah negara ketiga yang baru bebas dari penjajahan belum lagi satu abad pun, yang masih bernostalgia dengan kekejaman penjajah, merasakan diri mereka lebih hero daripada negara berkuasa lain.
Tindakan mengutuk, mengecam Israel tidak membuahkan apa-apa hasil, selain Israel dikutuk secara raya bahkan kutukan itu menjadi bahan berita hangat dimedia massa, atau konten untuk menambahkan pengikut dari kalangan influencer dewasa ini. Bagi Israel kutukan dan kejaman kepadanya tidak ubah sebagai dendangan lagu negaraku buatnya. Realitinya sedikit demi sedikit bangsa Yahudi itu mengikis bumi bumi Gaza.
Dalam pada itu sudah ratusan ribu rakyat Palestin terkorban dan diusir dari bumi kelahiran mereka, hidup merempat dalam ratusan khemah pelarian seperti di Sabra dan Satila, di Lebnon. Hidup mereka umpama gelandangan di serata dunia, menjadi seperti pelanduk diburu singa oleh Yahudi.
Seolah-olah setiap kali kutukan menambahkan lagi marah Israel dan yang menjadi mangsanya rakyat Palestin. Dalam kejadian terbaru ini kalau bukan ijtihad Hammas mungkin 70,000 rakyat Palestin dan berbillion harta benda dapat diselamat.
Justeru sudah sampai masanya satu solusi baru perlu dibuat untuk mengatasi masalah di semenanjung Gaza yang berlarutan itu khasnya menyelamatkan bangsa Palestin. Mereka perlu diselamatkan bukan sahaja setakat kehilangan bumi kelahiran mereka, tetapi paling afdal baqa bangsa itu yang wajib diselamatkan. Jangan hendaknya bangsa Palestin itu lenyap seperti kaum-kaum terdahulu yang wujud kemudian hilang kerana malata peta ataupun kemungkaran dikeranakan mereka sendiri kepada Pencipta.
Disini saya berpandangan perlu diadakan satu solusi yang mungkin bersifat menang menang dengan Israel, tetapi maslahatnya untuk menyelamatkan bangsa Palestin daripada hilang dari muka bumi ini, setelah tanah airnya yang kini sudah hampir ditakluki sepenuhnya oleh Israel.
Bagi saya hilang tanah air tidak separah lenyapnya sesuatu kaum itu. Negara boleh dibangunkan oleh sesuatu kaum itu dimasa akan datang selagi ia ada ditinggalkan baqa atau benih.
Satu penyelesaian atau perkara yang boleh dilakukan, antaranya memepersatukan negara-negara Islam dalam satu persatuan demi kepentingan bersama atas kalimah LAILAHAILLAH. Tindakan bukan bukan sahaja atas kertas atau melayarkan bahtera, tetapi fizikal, perang.
Perkara atau tindakan utamanya ialah memikirkan langkah menyelamatkan rakyat Palestin. Kerah seluruh kekuatan bangsa bangsa didunia yang bencikan Israel untuk menyelamatkan rakyat Palestin. Untuk tujuan ini negara-negara simpati kepada Palestin baik atas landasan saudara seagama atau humaniti mengambil rakyat Palestin untuk dibawa ke negara mereka masing-masing. Jadikan rakyat Palestin sebagai rakyat angkat semua negara bersekutu. Jumlah rakyat Palestin yang tersisa bukan ramai mana, kalau sebuah negara mengambilnya 50,000 atau 100,000 sudah dapat menyelesaikan masalah.
Selain itu satu lagi cara ialah bangunkan negara buat mereka sediakan penempatan. Jangan pedulikan soal bumi Palestin, yang penting selamatkan kaum berkenaan. Negara-negara diseluruh dunia boleh mencadang dan membawa usul kepada PBB mencari tempat untuk dibangunkan tempat perlindungan atau negara buat Palestin. Masih ada tanah dan kawasan didunia ini yang belum menjadi hak milik mana-mana negara, atau masih dalam pertikaian untuk dijadikan negara buat bangsa Palestin.
No comments:
Post a Comment