ULASAN
DUA tiga hari lepas kecoh mengenai sepucuk surat yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berhubung pengurusan Pelaksanaan al Quran dan Fardu Ain (Kafa) kepada Majlis Agama Islam Kelantan (Maik)
Kononnya Jakim bersetuju dengan cadangan dan permintaan Maik untuk melaksana dan menguruskan perkara itu. Surat pemakluman persetujuan itu dikeluarkan 9 Januari 2019 yang ditandatangani oleh Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jakim, Paimuzi Yahya.
Paimuzi kononnya melakukan itu sebagai menjalankan amanah. Amanah apa?
Bagaimana pun surat itu menjadi pertikaian di Jabatan Perdana Menteri (JPM) sendiri dan sempat menimbulkan keributan di Kelantan. Kalangan pimpinan dan ahli parti komponen PH yang menjadi kerajaan kini mempersoalkan mengenai surat (arahan dan persetujuan) berkenaan yang mana ia dilihat bertentangan dengan hasrat yang diingini oleh wakil PH Kelantan. Surat itu benar-benar mengejut dan mengecewakan mereka.
Wakil PH yang baharu menemui Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dr Mujahid Yusuf terkejut kerana hasil pertemuan dengan menteri itu beberapa hari sebelum itu tidak ada hal itu dibangkitkan - menyerahkan urusan itu kepada Maik. Bahkan Mujahid memberi jaminan cuba menimbangkan cadangan dan pelan dikemukakan wakil PH Kelantan.
Persoalan memelikkan di sini, kenapa pegawai bernama Paimuzi itu pandai-pandai mengeluarkan surat berkenaan. Apakah ia merupakan keputusan Menteri atau Jakim? Paling memelikkan pula pihak Menteri sendiri tidak tahu mengetahui mengenainya. Menteri tidak dimaklumi pun mengenai perkara itu.
Kebetulan semalam saya terjumpa seorang pegawai Menteri di JPM dan sempat bertanyakan itu. Jelas pegawai itu, memang benar pihaknya tidak tahu menahu mengenai surat berkenaan. Walaupun ianya tidak seharusnya melalui pejabat Menteri, katanya, tetapi sekurang-kurang perkara berhubung dasar dan polisi Jakim sepatutnya pihak mereka (pejabat) tahu dan diberi tahu mengenai hal itu.
Disebabkan kepelikan itu, apakah berlaku sabotaj di pejabat Menteri khasnya di Jakim? Jika Menteri sendiri tidak tahu, jelas surat itu, atau tindakan demikian membelakangkan Menteri dan jabatan itu.
Di sini bukan soal tidak baik atau tidak perlu, urusan Kafa diserahkan kepada Maik, tetapi cara ia diperlakukan mencurigakan dan semacam suatu sabotaj. Kalau hendak membela dan membawa kebaikan pun biarlah cara beradab. Dalam Islam tidak ada kaedah matlamat menghalalkan cara. Dan jarang pula jenazah dikebumikan dengan muka membelakangkan kiblat.
Dengan kejadian itu elok kalau Dr Mujahid atau pun pihak eksekutif di JPM membuat siasatan atas apa yang berlaku. Tindakan paling baik ialah melakukan pembersihan. Pegawai yang bertanggungjawab menulis surat itu, rasanya bukan bersendirian, melainkan ada pakatan yang kemas dan tersusun. Jika ia tidak dibersihkan atau di spry racun penyelamat, akan berlaku banyak lagi elemen-elemen sabotaj begitu.
Sementelahan pula, apa yang diketahui, sebelum ini Jakim menjadi lubuk Umno dan lubuk Pas sejak berzaman. Kebanyakan pegawai tingginya diangkat melalui kuasa politik Menteri terdahulu, si Jamil Khir. Manakala pegawai bawahan, pegawai sokongan pula ramai terdiri penyokong dan ahli parti agama (Pas), ini termasuk pengerusi dan ahli jawatankuasa masjid di bawah kendali Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (Jawi). Kombinasi keadaan ini boleh menganggu urusan pentadbiran Jakim yang kini berslogankan Rahmatan- li- alamin.
Paling menyedihkan ada segelintir pegawai secara terang-terangan tidak memberi kerjasama kepada Dr Mujahid dan kerajaan baru, PH. Bahkan ada yang berani menyindir Mujahid dan meremehkan slogan Rahmatan- li-alamin.
Dalam satu majlis ketika Dr Mujahid berucap dan menyebut perkataan Rahmatan-li-alamin, ada pegawai dilaporkan yang menambah, atau menjampuk di belakang dengan mengatakan, bukan “Rahmatan-li-alamin”, tetapi RAHMATAN LI KAFIRI. Adus...
Sebenarnya pegawai kerajaan seperti ini, yang tidak dapat menerima perubahan kerajaan, tidak lagi wajar berada di bawah bumbung Jakim kerana engan mematuhi dasar dan polisi baru kerajaan. Sebagai pegawai mereka seharusnya taat kepada kerajaan “of the day” bukannya masih merindui kerajaan lampau.
Dan jika mereka enggan patuh dan hormati, elok meletakkan jawatan secara terhormat, dan bukanlah bangsa manusia pula kalau mereka mengharap untuk diberikan surat tunjuk sebab agar berundur apabila mereka sengaja melakukan pengkhianatan. Bertanggungjawab dan biarlah bermaruah.
Selagi elemen-elemen demikian tidak dibersihkan di Jakim, dan juga kementerian lain ia menyulitkan untuk Mujahid melaksanakan dasar dan polisi Rahmantan-li-alamin. Keberkesanan sesebuah jabatan atau kementerian itu apabila ia mendapat sokongan padu daripada pegawai atasan dan bawahan.
Kepada pegawai kerajaan walaupun tidak setuju dengan peralihan kerajaan janganlah jadi gunting dalam lipatan atau pun musang berbulu ayam. Kalau benar jantan nah, kahwinlah. Trims. [wm.kl.8:08 am 22/01/19]

No comments:
Post a Comment