UALASAN PAGI
SUDAH sepurnama lebih Datuk Seri Iskandar Md Akin (Sam) melepaskan secara relapaksa jawatansebagai Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri. Sam melepas jawatan itu 25 November, 2025 beberapa hari menjelang pilihan raya negeri Sabah. Ketika itu saya berada di Makkah menerima maklumat itu pernuh terkesimakan.
Walaupun keputusan itu berat, tetapi beliau mengambil akauntabiliti demi menjaga maruah kerajaan dan parti. Disini beliau lebih mengutamakan perjuangan daripada mempertahankan hak dan kepentingan peribadi.
Katanya keputusan berat itu diambil untuk mengelakkan isu yang menimpanya menjejaskan kerajaan.
Beliau boleh terus memegang jawatan itu atas prinsip keadilan seseorang itu belum didapati bersalah selagi ia belum diadili?' Disinilah jiwa besar Sam.
Sepatah kata Almarhum Tokguru Nik Aziz kepada saya apabila saya mendedahkan satu gerakan hendak menjatuhnya; “kalau ana bertindak tanpa bukti ana zalim, kalau ada bukti ana tak bertindak ana tidak adil. Mana bukti, buvi ke ana" katanya. Saya menyediakan bukti dan beliau segera bertindak.
Ramai melihat wajar beliau melepas jawatan dan menganggap tindakan itu gentlemen dan bertanggungjawab. Beliau menyedari tanggungjawab yang sepatut dilakukan tanpa dipaksa. Bagaimana pun, walaupun antara tujuan peletakan jawatan itu untuk tidak menganggu pilihan raya di Sabah, tetapi ia tidak begitu banyak membantu parti kerajaan dalam pilihan raya itu. Keadilan yang bertanding 12 kerusi hanya menang satu kerusi sahaja. Bermakna tindakan Sam itu tidak berbaloi?
Peletakan jawatan Sam itu suatu kehilangan juga bagi Datuk Seri Anwar Ibrahim. Macam juga Sam beliau juga terpaksa menerima peletakan itu demi maruah dan prinsip perjuangan. Jasa dan pengorbanan Sam kepadanya dan Keadilan bukan kecil dan sedikit.
Anwar boleh sahaja menggunakan kuasa dan kedudukannya untuk mempengaruhi pihak Jabatan Peguam Negara, atau SPRM, agar tidak meneruskan tindakan ke atas Sam, tetapi itu tidak dilakukan demi untuk membuktikan beliau tegas, tidak akan kompromi dengan sebarang kesalahan. Bagi Anwar kalau bersalah ia perlu ditindak tanpa mengira siapa.
Saya percaya kalau PM, atau PM sebelum ini, dengan kuasa yang ada kepadanya, akan menggunakan pengaruh dan keromahannya bagi mempertahankan pegawai atau kroninya, apa lagi mahkamah belum memutuskan apa apa. Tetapi ia tidak berlaku kepada PM Madani, inilah hebatnya Anwar dalam soal integriti.
Tidak mengapalah. Yang menjadi perhatian dan tandatanya umum kini kenapa belum ada pengganti mengisi jawatan itu. Rasanya kurang elok dibiarkan agak lama kerana ia membebankan Perdana Menteri yang sarat dengan tugas. Tanpa penjawat jawatan itu ia turut menambah beban kerja buat Setiausaha Politik yang ada, Datuk Farhan Fauzi, Kamil Munil dan lain-lain yang kian banyak dan mencabar.
Kita tahu beban kerja PM sangat berat, terutamanya dalam asepk perancangan dan strategi politik, perhubungan PM dengan semua pihak, khsusunya dalam soal politik baik dalam negeri dan antarabangsa dan juga menjaga reputasi PM dengan rakyat.
Sehingga hari ini sudah 44 hari kerusi Ketua Setiausaha Politik di JPM itu kosong. Mungkin keadaan pejabat sudah berdebu. Kenapa begitu lama untuk mengisinya. Dibiarkan begitu lama ia tidak baik juga kerana seolah-olah tiada individu yang kerkelayakan untuk dilantik. Atau Anwar tunggu pendakwaan ke atas Sam itu selesai?
Saya percaya ramai yang mengidam jawatan berkenaan, jadi tidak begitu sukar untuk memilihnya. Apa lagi ramai tokoh-tokoh senior dari pelbagai latar belakang iktisad dalam Keadilan layak mengisi jawatan itu. Atau dengan kapasiti dan radar yang ada kepada PM beliau dapat mengesani sesiapa sahaja untuk ditempatkan disitu. Seperkara diharapkan biarlah untuk mengganti Sam nanti lebih atau setanding wibawa dengan Sam.
Selama tiga tahun Sam memikul tanggungjawab itu beliau dapat melaksanakan dengan baik. Walaupun ada ketika berlaku ketegangan dan salah faham di antara Sam dengan PM, sampai tidak bersapa berbulan-bulan, tetapi ia berakhir dengan damai dan hormoni. Tiga tahun adalah satu tempoh lama, apabila Sam boleh bertahan bermkna beliau sudah kamil dengan politik, kehendak, citarasa dan iltizam PM, dan juga begitu sebaliknya.
Justeru itu saya yakin kalau Sam dapat membersih dirinya dan menyakinkan Perdana Menteri, suatu hari nanti the giant killer itu akan kembali atau diletakkan dimakam terpuji dalam kerajaan, kerana kita sedar dan tahu akan keihsaan seorang Anwar Ibrahim sangat tinggi. Anwar tidak sesekali melupai orang berjasa dan teguh iman perjuangan.
Apakah calon Ketua Setiausaha PM itu sudah ada dalam saku perdana menteri dan beliau akan mengumumkan sebaik sahaja kembali dari Turkiye bersama dengan nama beberapa orang Setiausaha Politik Menteri yang baru dilantik? Apakah, kita tunggu. Semoga calon bakal diumumkan sebagai Setpol itu terbaik individu yang fakeh politik seorang intelektual politik yang dijamin boleh membantu PM dalam berbagai aspek. [wm.kl 11:25 am 08/01/2025]
No comments:
Post a Comment