Showing posts with label Mustapa Mohamed. Show all posts
Showing posts with label Mustapa Mohamed. Show all posts

Tuesday, July 23, 2024

Tok Pa perhambakan diri untuk rakyat dan negara

INTRAKSI

Berbicara santai dengan Tok Pa
KENYATAAN Mahiaddin Yassin mengenai Mustapa Mohamed (Tok Pa) yang tidak lagi jadi ahli Bersatu mengejutkan orang ramai. Kalau Mahiaddin tidak beri tahu hal itu, umum tidak tahu status Tok Pa dan menganggap beliau masih jadi ahli Bersatu dan salah seorang pimpinan tertingginya. 

Menurut Mahiaddin dia tidak tahu tentang status Tok Pa yang tidak lagi jadi ahli Bersatu sehinggalah dia membaca berita yang melaporkan Tok Pa sudah tidak bersama Bersatu lagi.


Tok Pa dilaporkan telah tidak lagi jadi ahli Bersatu dan meletakkan semua jawatan dalam parti selepas Piraum ke-15 sebaik beliau selesa membuat transisi perkhidmatan politik di Jeli. Kenyataan Mahiaddin itu dirasakan mustahil dan sukar dipercaya, masakan Tok Pa jadi "setegal" itu meninggalkan Bersatu tanpa memberi tahu bosnya.


Difaham Tok Pa membuat penjelasan itu apabila ada ura-ura dia akan dicalonkan semula oleh Bersatu untuk pertahankan kerusi Jeli sekiranya berlaku pilihan raya kecil di kerusi Jeli ekoran tindakan wakilnya Zahari Kechik dipecat oleh parti kerana menyokong Anwar Ibrahim. 


Dalam pilihan raya lalu Tok Pa beri laluan kepada Zahari dan membantunya. Zahari juga merupakan bekas Setiausaha Politiknya bertanding di kerusi itu atas tikit Bersatu. 


Gara-gara penjelasan Mahiaddin itu, nama Tok Pa tiba-tiba jadi perhatian umum dan timbul pelbagai spkulasi. Memang selama ini, sejak beliau istirehat tak bertanding dalam pilihan raya ke-15, menyebabkan kedudukan bekas anggota kabinet itu jadi misteri.


Orang tidak tahu apakah sebab musababnya melainkan mengira dia mengambil keputusan itu kerana masalah kesihatan. Itulah alasan yang diberikan. Bagi mereka yang mengetahui akan kebolehan dan kegigihan Tok Pa membangun kawasannya, merasa terkilan dengan tindakannya. Bagi mereka Tok Pa adalah "Dewa Khnum" bagi Jeli. Dewa Khnum adalah Dewa yang masyor dalam kepercayaan masyarakat kuno Mesir yang bertanggungjawab menjaga Sungai Neil.  


Tidak dinafikan Jeli sebelum ini dianggap sebagai daerah paling terpencil, kini mula mendominasi dalam peta di Kelantan sebagai daerah atau jajahan paling maju apabila Tok Pa menjadi wakil rakyat di situ sejak tahun 1995, hingga tahun 2022. Selama 27 tahun beliau berkhidmat di Jeli. Lima penggal beliau memenangi kerusi Jeli dan hanya tewas sekali pada tahun 1999. Selain menjadi wakil rakyat parlimen Jeli beliau juga menjadi Adun bagi kerusi Ayer Lanas yang terletak dalam parlimen Jeli.


Mengejutkan.


Apa yang diberi tahu tentang status Tok Pa itu mengejutkan. Ramai orang menduga ke mana hala tuju politiknya. Sebagai orang politik tidak mudah untuk menerima bekas menteri dalam kabinet empat perdana menteri itu berihat begitu sahaja. Bah saya sendiri tidak terfikir yang beliau telah memberi lambaian "sayor nara" kepada parti politik. 


Kebetulan pula sewaktu Mahiaddin memaklumkan yang Tok Pa sudah tidak bersama Bersatu lagi, presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi semasa merasmi mesyuarat Umno bahagian Jeli, membayangkan beberapa bekas ahli Umno memohon untuk rujuk semula ke dalam Umno. Bayangan diberikan Zahid itu menyebabkan mata memandangkan kepada Tok Pa. Tok Pa jadi menteri dibawah Dr Mahathir Mohamad, Abdullah Ahmad Badawi, Mohd Najib Razak, Muhiaddin Yassin dan Ismail Sabri Yakob. Lingkaran politiknya genap sekiranya beliau turut menjadi anggota kabinet di bawah Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Dalam reaksi umum diperingkat bawahan terhadap kenyataan Zahid itu ramai mengalu-alukan Tok Pa kembali semula ke dalam Umno. Mereka yang merasai sentuhan beliau dan tahu membaca rekod cemerlang perkhidmatan bekas ketua Umno bahagian Jeli dan bekas Pengerusi Umno Kelantan itu, mengira dapat membantu Zahid dalam memperkasakan Umno yang terkorban dalam pilihan raya lalu jika dia kembali kepada parti asalnya itu. Justeru itu kalau Tok Pa ingin rujuk semula kepada Umno akan disambut bagaikan sireh pulang ke ganggang. 


Tok Pa dikenali dengan memiliki beberapa keistimewaan. Antaranya beliau dikenal sebagai tokoh yang sedarhana dan baik dengan semua orang, baik kawan atau lawan. Beliau tidak reti bergaduh dan tidak punya apa-apa isu kontroversi apa lagi skandal. Apa yang istimewa lagi mengenainya dia dikenal sebagai seorang yang kuat bekerja.Tok Pa berkerja lebih 24 jam dalam sehari. Tidak ada minggu yang beliau tidak pulang ke Jeli sekiranya beliau berada dalam negara, beliau akan tetap juga memijak bumi Jeli walaupun hanya beberapa jam. Lantaran itu beliau disayangi dan dihormati oleh rakyat Jeli.  


Bagaimana pun ada juga yang skeptikal dengan  Tok Pa, biasalah bumi mana tidak ditimpa hujan, gading mana yang tidak retak. Mereka yang menyifatkan tindakannya meninggalkan Umno dan menyertai Bersatu, disifatkan kata mengejar kolam, mahu beliau terus berihat sahaja. Wahal dilihat kepadanya sebagai suatu aset dan komintmen yang diberikan tindakan itu untuk membolehkan beliau berpeluang untuk terus berkhidmat kepada masyarakat.


Jumaat jumpa Tok Pa.


Jumaat lepas saya berkesempatan untuk berjumpa dan minum pagi bersamanya sambil berbicara soal politik negara secara santai serta mengulas mengenai perjalanan kerajaan Madani. Pertemuan itu adalah rutin sekurang-kurangnya setiap dua bulan sekali dengan beliau dengan saya. Tok Pa suka mengongsikan apa-apa perkembangan dirinya kepada saya, disamping bercerita hal-hal politik negara. Sebenarnya bukan saja saya menjadi tetamu bulannnya, tetapi ada individu lain lagi khasnya pemerhati politik bebas. Kelebihan yang ada kepadanya beliau akan mendapat pandangan kedua dari bawah tentang sesuatu mengenai dirinya dari pelbagai golongan. 


Dalam kesempatan itu saya bertanya akan kedudukan beliau yang menjadi sedikit polemik ekoran kenyataan Mahiaddin dan Zahid itu. Walaupun beliau sudah jelaskan bahawa beliau tidak lagi bersama Bersatu dan mengambil keputusan untuk berihat sepenuhnya daripada parti politik, tetapi ia tetap menjadi tanda soal bagi saya menyebabkan berminat untuk mendapat penjelasan lanjut dan cerita sebenarnya. Saya kira pertemuan Jumaat lalu itu beliau juga ingin menjelaskan apa sebenar yang berlaku. 


Tok Pa menjelaskan, memang sebenarnya dia sudah tidak bersama Bersatu beberapa bulan selepas pilihan raya umum ke-15. tepatnya pada 30 September 2023 beliau sudah meletakkan semua jawatan dalam parti termasuk keahlian. Baginya dia meninggalkan Jeli khasnya dan politik Kelantan, adalah tepat pada waktunya. Beliau tegas dengan keputusan itu walaupun ada kawan-kawan baik cuba menghalangnya kerana masih memerlukan khidmat bakti dan ideanya.


Baginya sesudah hampir tiga dekad, apa yang dilakukan untuk negara secara rasmi menerusi politik sebagai ahli Umno terutamanya dan Bersatu sudah mencukupi. Dia telah menjadi menteri selama 27 tahun dengan memegang beberapa porfolio. Bermula sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Menteri Kewangan ke-11, Menteri Pertanian, Menteri Pengajian Tinggi, Menteri Perusahawan Utama, Menteri Industri dan Perdagangan Antarabangsa dan Menteri Ekonomi. Beliau juga menganggotai berbagai dewan atau majlis dibentuk untuk negara baik dalam dan luar negeri. Tok Pa juga pernah menerajui Majlis Perundingan Ekonomi Negara selaku pengerusi. 


Usianya kini sudah cecah 74 tahun, tetapi masih bertenaga, kerana amalan gaya hidup sihat yang dilalukan. Beliau istiqamah melakukan senaman hampir setiap hari. Pun begitu keputusan untuk bersara dari politik partian sudah khalaf. Bagaimana pengalaman sebagai menteri dan kerjabuat membangun negara selama ini sedia dikongsikan dengan sesiapa sahaja. Beliau akan memanfaatkan segala pengalaman yang ditimba selama ini demi bangsa dan negara, jika diperlukan.


Selepas membuat keputusan berihat dari politik, beliau mengambil pendekatan dan hala tuju baru. Merubah pola hidupnya dan instrument baru untuk terus berkhidmat secara sukarela. Yang nyatanya semangatnya untuk membangun bangsa dan negara tidak pernah lupus begitu saja. Dalam perbualan selama dua jam itu, tuturnya apa yang tertanam kejap dalam dirinya ialah untuk melihat bangsa Melayu berjaya dan negara ini setanding dengan negara maju lain. Keharmonian negara, kedamaian politik menjadi azamnya.


"Apa yang saya harapkan sekarang ini, kita semua bergerak sederap untuk negara. Kalau boleh kita hentikan bergaduh sesama sendiri. Tiada untungnya kita berselehengan sesama sendiri. Semua pihak hendaklah menumpukan kepada pembangunan rakyat dan negara, jika ini berlaku negara kita akan lebih maju," tekannya. 


Berbicara tentang keputusan diambilnya itu, paling menggembirakan beliau kini katanya ialah beliau merasa lega dan bebas seperti kembali kedunia yang sebenarnya. 


Secara jujur beliau berkata, selama ini beliau tidak ada masa untuk menjalini hubungan dengan keluarga dan rakan-rakan lama kerana senantiasa diburui kesibukan. Apabila beliau tidak lagi aktif dan berpolitik, beliau membina semula hubungan kekeluarga dan kawan-kawan yang terabadi kerana kesibukan selama ini.


"Saya bersyukur kini kerana dapat menjalani hubungan dengan keluarga dan berjumpa dengan ramai orang terutamanya kawan-kawan lama sejak dari sekolah rendah hingga di uiversiti yang sebelum ini jarang sekali bertemu dan bermesra," ujar sambil menyambung, "tetapi kini saya boleh berjumpa mereka bila-bila masa sahaja dan dimana-mana saja." 


Bagi memenuhi masa yang terluang itu katanya dengan cara beliau menyertai pelbagai kumpulan atau group WhatsApp, menghadiri majlis re-union sekolah dari sekolah rendah, maktab hingga Universiti. Bukan itu sahaja menurutnya dia juga jadi pengunjung tetap ke surau atau masjid di khariahnya bersama isteri. 


Rajin bekerja.


Mengenai komitmentnya terhadap kerja atau tugas diberikan, Tok Pa memang dikenal sebagai seorang kuat (rajin) bekerja. Bekas Setiausaha Sulit Khasnya (SUSK) Datuk Mohamed Irwan Mansor pernah merungut kepada saya, "Abeti Tok Pa ini, pakai bateri cat gapa han, kadang-kadang amba tak dan nak ikut dia?" tanya Irwan yang menceritakan betapa Tok Pa ligat dan rajin bekerja tanpa mengira masa. Menurut Irwan kadang-kadang dia sedang tidur pun terpaksa angkat telefonnya dan menerima arahan. "Tak tahu tidur langsung ke dia abeti," keluh dan aduh Irwan suatu hari. Irwan seorang PTD yang diambil oleh Tok Pa untuk berkhidmat denganya dan merupakan pegawai yang setia. 


Seperti dinyatakan walaupun beliau tidak lagi jadi ahli parlimen Jeli, tetapi hubungan dengan masyarakat Jeli masih diteruskan. Beliau mempunyai ramai kawan dan sahabat di Jeli. Meskipun beliau anak kelahiran Bachok tetapi Jeli menjadi kampung halamannya yang senantiasa dikenang. Sekali sebulan beliau masih ke Jeli untuk bertanya khabar rakan dan para penyokongnya. Sebenarnya beliau tidak perlu melakukan itu lagi, sebab Zahari Kechik yang mengambl alih tempatnya kini adalah penerus legasinya. 


Tetapi tidak begitu dengan mereka yang merasa kasih dan sayang kepadanya tetap mahukan sentuhan daripadanya. Biarpun Tok Pa tidak ada apa-apa kuasa, tetapi kenangan persahabatan dan ketrampilannya dalam pentadbiran, sebagai pakar ekonomi masih diperlukan. Atas dasar itulah katanya, walaupun telah rihat sepenuhnya, tetapi beliau masih didatangi, untuk minta nasihat dan beliau tidak loket untuk melayan. 


Ambassador Takahashi
menyampaikan anugerah kepada
Tok Pa.
Secara diam-diam beliau masih menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai pemimpin - wakil rakyat. Penglibatan sukarelawa khasnya dalam memberi nasihat berdasarkan pengalamannya bukan sahaja terbatas di Jeli tetapi meluas ke dalam agensi dan jabatan kerajaan juga. Pihak luar termsuk badan berkanun dan syarikat kerajaan (GLC) ikut sama meminta pandangan dan beliau sering diundang untuk memberi talk atau jadi ahli panel. 

Dalam pertemuan itu beliau juga menjelaskan akan sedia untuk bantu memberi khidmat nasihat kepada sesiapa sahaja di luar orbit parti politik terutamanya dalam bidang menjadi kepakaran ekonomi, pengurus dan pembangunan manusia (masyarakat).


Kehebatan dan kepakaran Tok Pa dalam bidang itu, tidak menghairankan kalau baru-baru ini kerajaan Jepun telah menganugerahkan Grand Cordon of the Order of the Rising Sun kepadanya, suatu anugerah mengikhtirafkan kerjabuatnya selama ini. 


Penganugerahan itu membuktikan akan kehebatannya selama berkhidmat dalam kerajaan terutamanya semasa menjadi Menteri Usahawan, Menteri MITI dan Menteri di JPM, Ekonomi. Anugerah itu membanggakan dan menunjukkan kehebatan bekas wakil rakyat Jeli dan anggota kabinet lima perdana menteri ini ikut diperhatikan oleh dunia luar.


Melihat segala jasa, budinya dan rekod pencapaiannya bagi saya tidak jadi kesalahan kalau kerajaan Madani dibawah pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini terus memanfatkan apa jua kepakaran dan kehebatan yang dimiliki Tok Pa untuk negara ini. Beliau saya rasa bersedia berkhidmat secara porbono atas nawaitu di penghujung usia untuk melihat negara ini makmur dan kejayaan kerajaan Madani. Kebolehan dan kemampuan Tok Pa juga tidak pelik bagi Anwar kerana peringkat awal penglibatannya dalam kabinet beliau jadi regu Anwar semasa Perdana Menteri ke-10 itu jadi Menteri Kewangan. [wm.kl. 12:37 am 23/07/2024]



Monday, August 30, 2021

Mustapa Bendahara kerajaan Ismail Sabri

ULASAN
Tok Pa menteri paling 
senior.

KABINET Ismail Sabri Yaakob tetap akan diperkatakan dari pelbagai sisi pada sepanjang masa. Yang relatifnya ia merupakan kabinet yang paling lemah dari segi keupayaan, baik dari segi penyandang jawatan menteri dan juga majoriti pembentukan kerajaannya.

Kabinet “Keluarga Malaysia” dibentuk dalam suasana yang tidak kondusif dan lemah apabila majoritinya tipis dengan kelebihan empat suara sahaja.

Keadaan itu ditambah pula dengan anggota kabinet yang dibarisi Ismail Sabri Yaakob terdiri muka baru dan mereka yang tidak berpengalaman, bahkan ada yang sudah menunjukkan kegagalan masing-masing.

Walaupun ia merupakan "kabinet obesiti" dengan 32 menteri dan 37 timbalan menteri, tetapi ia tidak menjamin dari segi keberkesanan dan kualiti kabinet atau kerajaan itu, kerana individu yang dibawa masuk menjadi menteri kebanyakan muka-muka baru dan mereka yang belum ada pengalaman. Setengahnya pernah jadi menteri tanpa membawa apa-apa kejayaan?

Lapok.

Wednesday, July 3, 2019

Najib perli Mustapa dan ungkit kisah lampau

PANDANGAN

Mustapa menghormati Najib sebagai  ketuanya,
tetapi tinggal bila tahu ketuanya  tidak jujur. 
DALAM usaha untuk memulihkan keadaan Umno dan mengharapkan rakyat memberi sokongan padu kepada parti itu seperti sebelum ini, Umno Kelantan turut membawa Najib Razak ke negeri tersebut dua tiga hari lepas.

Di Kelantan Najib diberikan kesempatan untuk bertemu dengan orang ramai dan berucap dibeberapa majlis termasuk merasmikan mesyuarat perwakilan Umno bahagian Jeli.

Thursday, January 31, 2019

Ambil perangai Mustapa sebagai modal dekati rakyat

SUSUPAN TENGAHARI

Sebagai wakil rakyat biasa Mustapa
turun berkempen untuk calon PH di Cameron Highlands.
KEKALAHAN pertama Pakatan Harapan (PH) di kerusi P078 Cameron Highlands 24 Januari lalu diterima dengan berbagai reaksi termasuk daripada kalangan pendokong PH sendiri.

Penasihat Media dan Komunikasi Pejabat Perdana Menteri, A Kadir Jasin juga ikut sama terbias memberi reaksi dan mentafsir kepada kekalahan itu.

Wednesday, October 3, 2018

Mengapa Mustapa tinggal Umno?

KUPASAN

LANGKAH ahli Parlimen Jeli yang juga Adun Air Lanas Mustapa Mohamed mengumum meninggalkan Umno menjelang beberapa hari persidangan agung (PAU), disambut berbagai rasa oleh pemerhati politik dan juga ahli Umno.

Ada yang menyifatkan langkah itu tepat dan ada sebaliknya. Orang-orang Umno yang kesal dengan tindakan itu jadi histeria dengan keputusan Mustapa itu. Mereka kecewa sambil itu membuat pelbagai tuduhan dan mencela Mustapa.

Tuesday, September 18, 2018

Mustapa pula keluar Umno

TERKINI HANGAT

Status FB saya selepas minum pagi bersamanya.
AHLI Majlis Tertinggi Umno yang juga Ahli Parlimen Jeli dan Adun Air Lanas, Mustapa Mohamed telah mengumumkan keluar daripada parti tersebut yang dianggotainya sejak 40 tahun lepas.

Mustapa mengeluarkan kenyataan media malam ini mengumumkan tindakan mengejutkan itu.

Antara alasan diberikan Mustapa, kenapa beliau keluar Umno kerana melihat defisit kepercayaan dan imej parti semakin sukar dan tidak ada tanda-tanda bahawa rakyat berbilang bangsa dan agama untuk kembali menyakini perjuangan Umno.

Wednesday, February 1, 2017

Annuar Musa perlu diasingkan dari Umno Kelantan?

PANDANGAN PAGI

Mustapa perlu tegas dan berani.
Tindakan ahli Majlis Mara mengambil keputusan sebulat suara untuk menggantungkan tugas Annuar Musa sebagai pengerusi Mara dan juga pengerusi Syarikat Pelaburan Mara sedikit sebanyak menjejaskan reputasi Umno Kelantan yang waktu ini dilihat berkaca di mata rakyat Kelantan.

Walaupun tindakan majlis Mara itu tidak bermakna Annuar sudah bersalah melakukan salah guna kuasa atau rasuah menerusi kedudukkan sebagai pengerusi Mara dan Presiden Kafa, tetapi "insiden" tersebut sudah pasti ia menimbulkan persepsi buruk kepada batang tubuh ahli Parlimen Ketereh itu.

Tuesday, March 29, 2016

Mustapa tidak perlu ke depan desak Muhyiddin, Mukhriz dipecat

PANDANGAN

Menurut Pengerusi Umno Kelantan Mustapa Mohamed, Umno negeri itu bersetuju agar Muhyiddin Yassin dan Mukhriz Mahathir dipecat daripada Umno apabila keduanya menandatangan deklarasi untuk menggugurkan Najib yang kemudian menghadiri Kongres Rakyat di Shah Alam kelmarin.

Menurutnya keputusan itu diambil sebulat suara oleh ketua-ketua Umno bahagian Kelantan. Tindakan Umno Kelantan diketuai Mustapa itu dilihat sebagai berani dan mendahului Umno negeri-negeri lain.

Belum ada konsensus daripada Umno negeri-negeri lain agar kedua mereka dipecat.

Wednesday, October 7, 2015

Mustapa perlu elak dari terkena percikan najis Najib

KATA PAGI

Mustapa harus waspada.
Pelaksanaan cukai GST telah meninggalkan kesan yang cukup memarahkan rakyat, khasnya rakyat marhaen. GST juga dibenci oleh peniaga. Walaupun tindakan itu dibantah secara meluas oleh badan-bandan Ngo dan pembangkang demi menyelamatkan rakyat dari terbeban, tetapi semuanya sia-sia sahaja.

Para propagandis kerajaan begitu bersungguh menyakinkan rakyat bahawa GST untuk kebaikan rakyat, bukan menyusahkan rakyat.

Seorang propgandis tersohor kerajaan dan Umno, Ahmad Maslan bukan main lagi seronok sehinggakan mempamerkan kebodohannya dalam mempertahankan GST. Kerajaan dengan mengambil kira kempen Ahmad Maslan akhirnya melaksanakan cukai baru itu.

Monday, February 16, 2015

Mustapa tidak payah layan salakan anjing liar

SENYUMAN MALAM                                                                                      

Mustapa: Tak perlu layan.
Elok dan molek sangat kalau Mustapa Mohamed tidak layan kritikan Inchek Ibrahim Ali berhubungan cadangan peribadinya agar Umno tidak meletakkan calon di pilihan raya kecil Dun Chempaka.

Mustapa harus membiarkan Ibrahim menyalak bagaikan anjing salak bukit kerana bukit tidak akan runtuh dengan salakan anjing. Sikap Ibrahim itu tak ubah seperti anjing liar sahaja. Sudah menjadi kebiasaan dan tabiat anjing apabila haiwan itu ternampak sesuatu atas bukit ia akan menyalak tanpa tentu fasal.

Monday, January 12, 2015

Mustapa perlu merdekakan penjajahan politik ke atas Kelantan

IDEA AHAD                                                                                                      

Sekali lagi saya ingin berkata khusus kepada Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Mustapa Mohamed yang juga merupakan satu-satu menteri kabinet daripada Kelantan buat masa ini, bahawa inilah masanya kalau beliau ingin meninggalkan apa-apa legasi kepada Kelantan dengan mengambil manfaat daripada bencana banjir melanda Kelantan kini.

Mustapa berjumpa dengan Ahmad demi Kelantan.
Inilah "cerlak" terbaik sekali kalau beliau ingin mencatat sejarah buat dirinya dan untuk dikenang rakyat sebagai pemimpin rakyat yang prihatin dan berjasa bukan saja di Jeli kawasan dijaga dan dibangunkannya, tetapi bagi seluruh negeri Tok Janggut dan Tok Kenali itu.

Seperti diperakui umum bah emas, (banjir) yang kini sudah beransur surut merupakan bencana alam paling buruk menimpa negeri Kelantan. Walapun beberapa dekad sebelum ini sudah ada bencana sedemikian tahun 1930-an dan 1960-an, tetapi bencana pertengahan 2000-an adalah paling dahsyat.

Friday, February 21, 2014

Usrah turut menjadi amalan Mustapa Mohamed

RAKAMAN RASA                                                                           

Tokoh agama khusus dipanggil untuk memberi tazkirah.
Majlis-majlis keagamaan berupa usrah, syarahan agama (tazkirah) dan juga bacaan Yassin, tahalil dan solat berjemaah telah lama menjadi amalan sesetengah tokoh agama, korporat dan juga ahli politik di negara ini. Menerusi majlis seperti itu ia bukan saja dapat menambahkan pengetahuan dan ilmu agama, tetapi merapatkan lagi jalinan ukhuwah Islamiyah sesama sendiri.

Majlis sebegini secara tidak langsung mereka khasnya ahli politik dapat menjernihkan keadaan dan juga mengendurkan stres politik. Matlamat lain tentulah untuk memenuhi tuntutan Allah s.w.t. menyemarakkan dan sebagai mendokong kerja-kerja untuk mendaulatkan agama-Nya.

Thursday, May 16, 2013

Diharap Mustapa Bekerjsama Dengan Ahmad Yaakob

CATATAN TENGAHARI                                                                                                  

Kemarahan Najib Razak kepada pimpinan Umno Selangor kerana gagal menumbangkan kerajaan Pakatan Rakyat sehingga menyebabkan Timbalan Pengerusi Umno Selangor Noh Omar menerima hukum tidak dilantik menjadi menteri, tapaknya turut terhimbau ke negeri kelantan DarulNaim.

Mustapa boleh kerjasama dengan Ahamd.
Kegagalan Mustapa Mohamed untuk membawa Kelantan ke dalam tangan Umno dalam pilihan raya lalu menyebabkan negeri Kelantan juga terhukum. Dalam pegumuman kabinet semalam, hanya seorang saja wakil dari Kelantan iaitu Mustapa Mohamed yang dikekalkan sebagai menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industeri menampakkan semacam Najib tidak memikirkan apa yang Umno Kelantan perlukan.

Kenapa dikatakan tempias kemarahan Najib di Selangor merebak ke Kelantan, kerana selain Mustapa masih ada empat lagi ahli Parlimen yang boleh dipertimbangkan untuk dilantik menjadi menteri. Mereka ialah Tengku Razaleigh Hamzah (Gua Musang), Annuar Musa (Ketereh), Ikmal Hisham Abdul Aziz (Tanah Merah) dan Jazlan Yaacob (Machang). Mungkin Jazlan dan Ikmal terlalu baru dan muda jalan hendak ke parlimen pun belum arif untuk dilantik menjadi menteri tetapi Annuar Musa dan Tengku Razaleigh layak untuk dibawa ke dalam kabinet.

Wednesday, August 29, 2012

Hadirmu Jeli Berubah: Profile Pembangunan Jeli Di Bawah Mustapa

SATU PENGAMATAN 

Semasa menginap di sebuah hotel di Jalan Dusun Muda ketika balik ke Kelantan dua tiga hari lalu saya memperolehi sebuah buku "Hadirmu Jeli Berubah". Buku berkulit merah itu memaparkan gambar ahli Parlimen Jeli Mustapa Mohamed smart berbaju Melayu warna biru muda. Ia merupakan buku profil pembangunan di Daerah Jeli dalam tempoh 1995 - 2012 dibawah Mustapa Mohamed sebagai ahli Parlimen. Buku itu eksklusif penuh gambar warna warni kira-kira 227 keping.

Gambar kulit buku berkenaan.
Tidak dapat dinafikan buku berkenaan akan dijadikan bahan renungan untuk rakyat Jeli khasnya menilai jasa dan bakti Mustapa sejak beliau bermukim di situ menjadi ahli parlimen dalam tempoh berkenaan. Profile pembangunan itu juga wajar untuk disemak dan dibaca sama oleh rakyat dinegeri lain. Dengan buku berkenaan rakyat dapat menilai segala jasa dan bakti Mustapa serta perubahan yang dilaksanakan di Jeli. Buku itu boleh dianggap diary pembangunan Jeli.

Bukan saja setakat membelek buku berkenaan melihat foto-foto pembangunan dan perubahan yang dilakukan di Jeli, tetapi realitinya boleh dilihat sendiri. Sesiapa yang sudah lama tidak ke Jeli mungkin akan terkejut atau semacam berada dalam sebuah daerah yang disihirkan begitu rupa sekali. Pembangunan sosial dan penyediaan prasarana dilakukan Mustapa sungguh mengejutkan dan sekaligus menunjukkan kesungguhannya.

Mereka yang lama meninggalkan Jeli akan teruja melihat kawasan itu kini seperti mana terujanya pemuda Khasbul Khafi yang masuk ke dalam gua untuk bermunajat kepada Allah. Apabila mereka keluar mereka lihat negeri itu sudah berubah. Keasyikan mereka bermunajat kepada Allah di dalam gua menyebabkan mereka tidak tahu masa berlalu dan mereka dapat mengesan masa begitu lama mereka tinggalkan apabila wang syiling yang mereka miliki sudah tidak laku lagi.

Saya pernah berjenaka dengan orang Jeli gara-gara pembangunan pesat di Jeli yang dibawa Mustapa, menyebabkan kera dan monyet pun pandai bercakap Inggeris.

Satu kebangga kepada orang Jeli kerana memiliki pemimpin persis Mustapa yang rajin dan komited. Kemajuan dicapai di Jeli itu rasanya dicemburi orang Bachok - tempat asal Mustapa, kerana mereka enggan menerima kehadiran Mustapa dahulu. Memang orang Bachok menolak tuah kerana tidak mahu menerima Mustapa. Mustapa sepatutnya berbakti di bumi kelahirannya sendiri. Namun disebabkan nafsu politik dan politik keakuan tinggi menyebabkan Mustapa dihijrahkan ke Jeli.

Satu segi pengiriman Mustapa ke Jeli satu penganiayaan terhadapnya. Namun rahmat di sebalik itu tidak siapa tahu, bahawa kedatangan Mustapa ke Jeli untuk membangun daerah berkenaan dan ia merupakan pahlawan dan pembela Jeli bagi orang Jeli. Sewajarnya penghataran itu dikira satu tuah dan tindakan kena pada tempatnya kerana Jeli daerah baru memerlukan seorang wakil rakyat yang rajin, kuat berkerja dan ikhlas seperti Mustapa.

Cuplikan foto dalam buku berkenaan.
Pernah seorang pemimpin Umno Kelantan membuat jenaka, kalau Annuar Musa dihantar ke Jeli yang kaya dan senang nanti bukan rakyat Jeli tetapi Annuar. Mungkin semua bukit, gunung dan sungai-sungai menjadi milik Annuar. Tuhan menyelamatkan kahzanah Jeli untuk orang Jeli maka Mustapa dihantar ke tempat yang dulu jin bertendang kini bakal menjadi tempat jin berkarokea pula kalau tidak dikawal. Berdasar jenaka itu wajarlah kalau rakyat Jeli mengsyukuri dengan kehadiran Mustapa.

Hari ini setelah 17 tahun Mustapa berulang alik dari Kuala Lumpur ke Jeli, tidak kira siang malam akhirnya hampir setiap minggu, Jeli kini menjadi bandar moden dan hebat siap dengan segala kemudahan. Apa yang ada di Jeli tidak ada di daerah-daerah lain. Hampir semua bentuk pembangunan sosial, ekonomi, ada di Jeli. Semua jenis bank perdagangan ada di Jeli dan Bukit Bunga. Benarlah kata pepatah pembangunan dan kemajuan di sesebuah tempat itu bukan saja bergantung kepada rupa bentuk dan hasil buminya tetapi bergantung kepada kebijaksanaan pemimpinnya.

Kalau pun sesuatu kawasan itu kaya dengan sumber yang boleh menjana ekonomi dan pembangunan tetapi kalau pemimpin tidak rajin, tidak kreatif dan ada pula penyakit rasuah ia tidak dapat membangun. Dalam hal ini sekali lagi rakyat Jeli bertuah kerana mempunyai seorang wakil rakyat seperti Mustapa, anak kampung yang prihatin, beramanah serta berpendidikan tinggi dalam bidang ekonomi. Kelebihan yang ada kepada Mustapa juga dia masih mengekalkan tradisi dan budaya kampungnya walaupun bergelar seorang menteri. Meskipun beliau berterbang ke serata benua dalam melaksanakan tugasnya sebagai menteri namun dia tidak pernah menanggalkan baju tradisinya.

Tahniah atas penerbitan buku berkenaan yang diusakan oleh Pusat Pembangunan Sosial Ekonomi (PPSE) Parlimen Jeli. Sepatutnya apa dilakukan oleh pusat berkenaan menerbitkan  profile perjuangan dan pembangunan seperti Mustapa itu dicontohi oleh ahli parlimen atau wakil rakyat lain.

Bila melihat buku ini saya teringat kepada dua orang ahli Parlimen UBN di Kelantan yang sepatutnya mempunyai buku yang sama, memdokumentasikan perjuangan dan jasa dan bakti mereka di kawasan diwakili. Mereka ialah bekas ahli Parlimen Ketereh yang juga bekas jemaah menteri, Annuar Musa dan bekas menteri dan kini masih ali Parlimen Tengku Razaleigh Hamzah. Kedua-dua mereka ini sepatutnya sudah lama menerbit buku seperti ini bukan saja sebagai bahan dan modal politik, tetapi sebagai dokumen sejarah untuk dunia mengenali mereka. Jika ahli sejarah atau pemerhati politik ingin membaca jasa dan bakti mereka buku seperti itu boleh dijadikan panduan.

Dalam usaha Mustapa membawa pembangunan dan merubah muka dumi Jeli menjadi bandar serta membentuk pemikiran rakyat Jeli beliau merancangnya menerusi empat teras yang boleh dianggap sebagai paksi pentadirannya.

Teras-teras itu ialah, pertama meningkatkan syiar Islam, pembinaan masjid, surau dan institusi Islam seperti pondok. Pembangunan psykologi dan agama ini penting kerana hampir 100% penduduk di Jeli beragama Islam. Agama sangat sensitif dan menjadi kerangka hidup utama mereka.

Kedua, kemajuan pendidikan dengan mewujudkan pelbagai pusat pengajian dan kolej komuniti. Ini  termasuk kampus Universiti Kelantan (UMK), Maktab Sains Mara, sekolah Sains dan sebagainya. Penyediaan kemudahan pendidikan ini adalah pembangunan asas untuk rakyat Jeli. Menerusi teras ini juga Mustapa berusaha menyediakan biasiswa dan bantuan pendidikan kepada masyarakat Jeli.

Ketiga, penyediaan dan penambahbaikkan kemudahan awan di Jeli. Kini kemudahan jalan raya, air paip, eletrik, telefon dan sebagainya di Jeli adalah terbaik berbanding dengan daerah lain. Di Jeli juga mempunyai kompleks Imigresen, Kastam, Kurantin dan keselamatan

Antara foto pembangunan di Jeli dalam buku berkenaan.
Keempat, kecaknaan kepada rakyat. Menerusi program ini Mustapa mendekati rakyat sedekat-dekatnya. Beliau amat mengambil berat mengenai rakyat hatta tangisan malam rakyat akan terlantas di telinganya. Beliau 'mendepetkan' diri dengan raqkyat. Dengan kerajinan dan keprihanan beliau mampu menziarahi 60 buah rumah dalam sehari. Kerja menjalin silaturahim dan mengenali masalah rakyat bawahan ini jarang boleh dilakukan pemimpin lain. Bolehlah disifatkan usaha dan pendekatan Mustapa ini sebagai bayangan kepada Khalifah Omar Ibnu Abdul Aziz kecil.

Saya percaya apa dilakukan Mustapa itu bukan setakat melepas tanggungjawabnya saja tetapi ia adalah model yang cuba diketengahkan kepada pemimpin lain diperingkat daerah. Ia boleh dipetik bukan saja oleh kalangan ahli parlimen atau ketua Umno bahagian, tetapi pemimpin Pas juga beroleh manfaat dari cara Mustapa menjana kemajuan di Jeli kerana yang penting ia adalah untuk faedah rakyat.

Cara Mustapa yang sistemetik, impektif dan ikhlas itulah menambahkan kejayaan dan kemajuan di Jeli. Barang kali benarlah tutur-turut bekas MP Jeli Apandi Mohamad bahawa bukan mudah untuk dia merebahkan Mustapa di Jeli kerana apa yang dibuat Mustapa kepada rakyat dan bumi Jeli tidak terdaya olehnya dan kehadiran Mustapa kini umpama Chirstopher  Culombus yang menemuai Amerika Syarikat 1492 sehingga bumi Uncle Sam itu kini menjadi sebuah negeri termaju di dunia. [wm.kl. 8:36 pm 24/08/12]