ULASAN
Tok Pa menteri paling senior. |
KABINET Ismail Sabri Yaakob tetap akan diperkatakan dari pelbagai sisi pada sepanjang masa. Yang relatifnya ia merupakan kabinet yang paling lemah dari segi keupayaan, baik dari segi penyandang jawatan menteri dan juga majoriti pembentukan kerajaannya.
Kabinet “Keluarga Malaysia” dibentuk dalam suasana yang tidak kondusif dan lemah apabila majoritinya tipis dengan kelebihan empat suara sahaja.Keadaan itu ditambah pula dengan anggota kabinet yang dibarisi Ismail Sabri Yaakob terdiri muka baru dan mereka yang tidak berpengalaman, bahkan ada yang sudah menunjukkan kegagalan masing-masing.
Walaupun ia merupakan "kabinet obesiti" dengan 32 menteri dan 37 timbalan menteri, tetapi ia tidak menjamin dari segi keberkesanan dan kualiti kabinet atau kerajaan itu, kerana individu yang dibawa masuk menjadi menteri kebanyakan muka-muka baru dan mereka yang belum ada pengalaman. Setengahnya pernah jadi menteri tanpa membawa apa-apa kejayaan?
Lapok.
Ada juga beberapa muka lama tetapi boleh dikira sudah lapok tidak pantas lagi diambil menjadi anggota kabinet. Mereka dilihat tidak mampu menyumbangkan apa-apa idea untuk negara. Kewujudannya menghabiskan beras sahaja.
Jika diperhatikan dan dinilai satu persatu wajah-wajah yang menganggotai kabinet PM Ke-9 itu hanya beberapa orang sahaja yang layak dari segi pengalaman dan iktisad untuk mereka dilantik menjadi menteri.
Mereka yang boleh diletakkan di baris atas, berkelayakan menganggotai kabinet, bahkan kalau untuk jadi perdana menteri sekalipun hanya Mustapa Mohamed (Tok Pa). Rasanya antara 32 menteri termasuk perdana menteri sendiri semua tidak terlawan dengan pengalaman dan track record yang dilakar oleh ahli Parlimen Jeli itu.
Jika diperhatikan dan dinilai satu persatu wajah-wajah yang menganggotai kabinet PM Ke-9 itu hanya beberapa orang sahaja yang layak dari segi pengalaman dan iktisad untuk mereka dilantik menjadi menteri.
Mereka yang boleh diletakkan di baris atas, berkelayakan menganggotai kabinet, bahkan kalau untuk jadi perdana menteri sekalipun hanya Mustapa Mohamed (Tok Pa). Rasanya antara 32 menteri termasuk perdana menteri sendiri semua tidak terlawan dengan pengalaman dan track record yang dilakar oleh ahli Parlimen Jeli itu.
Selepas Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang dilantik menjadi Menteri di JPM (Undang-Undang dan Parlimen), Tok Pa lah yang paling tua. Mustapa dilahirkan pada tahun 1950 kini sudah berusia 71 tahun, muda empat tahun daripada Wan Junaidi, 75.
Yang lain rata-rata berusia dibawah 65 tahun ke bawah, kecuali Shahidan Kassim berusia 70.
Menyentuh mengenai pengalaman dan pengelibatannya dalam kerajaan semua tidak terlawan Tok Pa. Beliau bolehlah dianggap menteri paling lama yang kaya dengan pengalaman dan luas hubungan diplomatik. Menerusi beberapa kementerian yang dipegangnya menyebabkan Tok Pa mempunyai hubungan dalam aspek perdagangan di peringkat dunia. Sebelum ini Tok Pa telah menyertai berbagai misi perdagangan dan menghadiri mesyuarat pelbagai pertubuhan dan kesatuan ekonomi dunia.
Misalnya beliau pernah mempengerusikan mesyuarat Menteri-Menteri Perdagangan sedunia, mesyuarat Pertubuhan Perdangangan Dunia (WTO) di Geneva dan Swizsland dan lain-lain. Beliau juga mempunyai hubungan rapat dengan toko-tokoh korporat di peringkat Asean, Timur Tengah, Korea Selatan, Jepun, Australia, Eropah dan Amerika Syarikat. Dizaman Najib Razak jadi perdana menteri, Tok Pa bolehlah dianggap sebagai enjin kabinetnya.
Beliau telah berkhidmat lebih daripada lima kementerian disamping bertanggungjawab mengepalai pelbagai sektor dan badan kerajaan. Situasi ini memberikan pengalaman cukup “bercekerawala” kepadanya. Sekiranya pengalaman dan keluasan perkhidmatan dijadikan kriteria, Tok Pa sebenarnya lebih berkelayakan dan ampuh untuk menjadi perdana menteri.
Sepanjang pengelibatannya dalam politik selama 33 tahun, (sejak 1982) ia bermula dengan jadi Setiausaha Politik Daim Zainuddin. Tok Pa telah memegang berbagai portfolio dan berkhidmat di bawah empat orang perdana menteri; Mahathir Mohamad, Abdullah Ahmad Badawi, Najib Razak, Mahiaddin Yassin dan terbaru Ismail Sabri.
Kementerian pertama yang dijenguk Tok Pa ialah Kementerian Kewangan sebagai timbalan (1993 – 1995) Selepas itu ke kementerian Pembangunan Usahawan (1995 – 1999).
Setahun kemudian beliau dilantik menjadi Menteri Kewangan II, (1998 – 1999). Ketika ini beliau berkolaborasi di perbendaharaan negara (MOF) bersama Anwar Ibrahim. Masa inilah pengurusan kewangan negara muncul sebagai terhebat dan Anwar mendapat pengiktirafan dunia sebagai Menteri Kewangan terbaik.
Apabila Abdullah Ahmad Badawi menjadi perdana menteri (2003 - 2009) Tok Pa dibawa ke JPM, Menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Di sini beliau lebih bertindak menjadi perancang ekonomi dan "penasihat" ekonomi kepada Jabatan Perdana Menteri khasnya kepada Abdullah Ahmad Badawi.
Tok Pa suatu masa pernah berjumpa dengan Menteri Ekonomi Turki Zafer Caglayan. |
bagi menggantikan Mahiaddin Yassin.
Di kementerian ini beliau diharap untuk memancu ekonomi kaum petani, nelayan dan peternak sekaligus mengkomersialkan sektor pertanian. Di kementerian dikira sangat sesuai baginya kerana latar belakang beliau sebagai orang kampung.
Apabila Najib Razak menerajui kerajaan (2009), Tok Pa diletakkan dibawah MITI. Peranannya membawa kesan sangat positif kepada negara khasnya dari aspek pelaburan asing. MITI dibawahnya membawa banyak pelabur luar ke negara ini. Nilai pelabur asing dari industri naik mendadak. Keberadaan Tok Pa di MITI ini bolehlah dianggap setanding dengan keupayaan dan rekod pernah dicatat oleh bekas menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Rafidah Aziz.
Kekalahan BN.
Kekalahan BN dalam Piraum ke-14, tumbangnya kerajaan BN menyebabkan beliau berhenti menjadi menteri untuk seketika. Masa rehat itu sangat tindak menyenangkan dan membosankannya. Sebagai seorang "gila" bekerja, senantiasa memikirkan nasib rakyat, hidup tanpa jawatan menjadikan Tok Pa semacam kosong.
Apabila Najib Razak menerajui kerajaan (2009), Tok Pa diletakkan dibawah MITI. Peranannya membawa kesan sangat positif kepada negara khasnya dari aspek pelaburan asing. MITI dibawahnya membawa banyak pelabur luar ke negara ini. Nilai pelabur asing dari industri naik mendadak. Keberadaan Tok Pa di MITI ini bolehlah dianggap setanding dengan keupayaan dan rekod pernah dicatat oleh bekas menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Rafidah Aziz.
Kekalahan BN.
Kekalahan BN dalam Piraum ke-14, tumbangnya kerajaan BN menyebabkan beliau berhenti menjadi menteri untuk seketika. Masa rehat itu sangat tindak menyenangkan dan membosankannya. Sebagai seorang "gila" bekerja, senantiasa memikirkan nasib rakyat, hidup tanpa jawatan menjadikan Tok Pa semacam kosong.
Atas kemaslahatan rakyat demi meneruskan khidmat baktinya kepada negara serta melangsai beberapa agenda yang tersangkut, beliau mengambil keputusan berat (taktikal) meninggalkan Umno menyertai Bersatu. Langkah itu bagaimana pun tidak disenangi oleh sesetengah orang dalam partinya dan menuduh beliau tidak setia dengan parti. Sebaliknya kalau orang mengenali hati budi dan jiwa Tok Pa yang bekerja 25 jam tidak akan mudah berbuat tanggapan demikian.
Keruntuhan kerajaan PH yang kemudian diganti dengan kerajaan PN, Mahiaddin memberi peluang kepadanya menjadi Menteri Ekonomi dan peluang itu bagi menyambungkan perkhidmatannya kepada rakyat dan negara yang telah dirintiskan semasa kerajaan BN.
Sebagai seorang yang tidak gemar berlandum dalam kancah kontroversi dan tidak peduli sangat tetek bengkek politik, melainkan bekerja, Tok Pa tenang sahaja dan bersikap tawaquf. Sekali lagi apabila kerajaan bertukar peneraju daripada PN kepada BN beliau dikekalkan di di JPM sebagai Menteri Ekonomi. Keberadaannya dalam kabinet kini seperti sireh pulang ke ganggang.
Dan hari ini apabila beliau mengangkat sumpat untuk kesekian kalinya sebagai anggota jemaah menteri sebagai menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) bertanggungjawab ke atas ekonomi, anak kelahiran kampung Badak, Bachok itu, merupakan menteri paling tua yang penuh pengalaman.
Realiti itu beliau boleh dianggap sebagai Bendahara dalam kerajaan Ismail Sabri. Selaku Bendahara dan orang tua utama sudah tentu Tok Pa mempunyai tanggungjawab besar, secara tidak langsung terhadap kerajaan Ismail Sabri. Apa lagi memegang portfolio ekonomi merupakan posisi penting menjadi akar nadi kepada kerajaan Ismail Sabri.
Namun ia tidak menjadi masalah, dengan pengalaman dan ilmu perekonomian, kewangan yang dimiliki Tok Pa semua itu kita yakin dapat dipikul dengan baik. Tepat Ismail Sabri masih mengundangnya untuk berada dalam kabinet. Selain daripada untuk menjadi pemancu ekonomi sudah tentu cara dan pekerti politik pembangun Jeli moden itu diharap dapat diteladani oleh orang lain.
Tok Pa dianggap bapak pembangun Jeli moden, kerana jajahan itu berubah wajah sejak beliau menaunginya di situ. Tok Pa adalah orang tua keramat dan tempat mengadu rasa dan merujuk masalah para menteri muda. [wm.kl. 4:27 pm 30/08/2021]
No comments:
Post a Comment