ULASAN
MB kena jawab. |
Sudah pasti pihak pembangkang di Selangor akan menggunakan isu tersebut sebagai modal politik ampuh dengan menyocok pengundi pertengahan dan bukan Melayu agar menolak kerajaan PH yang akan diterjemahkan sebagai tidak mesra alam.
Pennyahwartaan hutan simpan kekal itu menjadi hangat apabila Dewan Undangan Negeri (Dun) Selangor yang bersidang dua hari lepas memaklumkan sebanyak 536.7 hektar hutan simpan kekal itu dibebaskan sebagai hutan simpan yang boleh digunakan. Kawasan itu diberikan sebuah syarikat Gabungan Indah Sdn. Bhd untuk tujuan pembangunan.
Mulanya kesemua kawasan hutan seluas 991.9 hektar dicadang untuk dinyahwartakan namun ia dibantah hangat daripada banyak pihak. Persidangan Dun Selangor November 2020 telah mengundi bagi membantah cadangan itu dan Dewan bersetuju sebulat suara.
Tanpa telus.
Semacam ada sedikit kemisterian berhubung penyahwartaan kawasan hutan berkenaan kerana dibuat seperti tanpa telus. Rupanya ia telah diluluskan oleh MMKN sejak Mei lalu dan baru didedahkan di Dewan Undangan Negeri yang bersidang dua hari lepas.
Perkara itu didedahkan oleh Exco Alam Sekitar dan Hal Ehwal Orang Asli, Hee Loy Sian. Kelewatan memaklumkan tindakan MMKN itu menyebabkan timbul sangkaan ada sesuatu yang berlaku dan helah hendak menyembunyikannya.
Langkah meluluskan tindakan itu menimbulkan kekecewaan dan kekesalan pihak tertentu. Dua orang Adun Selangor dari DAP meminta agar ia ditimbang semula menarik balik keputusan untuk mennyahwartakan hutan simpan kekal berkenaan.
Dua orang Adun itu daripada DAP, Lim Yi Wei (Kampung Tunku) dan Michelle Ng Mei Sze (Subang Jaya). Kedua-dua Adun itu juga kecewa dan merasa aneh dengan keputusan itu dan mohon ia ditarik balik.
Apa menimbulkan rasa pelik dan kecewa mereka kerana sebelum ini DUN Selangor yang bersidang November 2020 pernah mengundi berbulat suara agar ia dibatalkan. Mengapa tiba-tiba diberitahu yang ia dinyahwartakan? Mereka persoalkan kenapa keputusan Dewan boleh dilanggar?
Sebelum ini juga berbagai pihak membuat bantahan cadangan menyahwarta kawasan hutan itu. Beberapa Ngo Pencita Alam membantah kerana ia boleh merosak ekosistem kerana hutan itu sangat diperlukan untuk kehidupan.
Orang Asli juga membuat bantahan kerana pembongkaran hutan itu boleh menjejaskan kediaman mereka yang berhampiran dengan hutan simpan berkenaan.
Bukan itu sahaja, dalam sesi pendengaran awam diadakan, peserta dan agensi yang memberi pandangan membantah tindakan tu.
Apakah penyahwartaan dilakukan kerana ada kuasa yang boleh mengatasi keputusan DUN Selangor? Jika itu realitinya maka tidak ada kuasalah DUN Selangor kerana tidak dapat mempertahankan keputusan sudah dibuat. Dimana kemuliaan Dewan apabila ia boleh diperkotak katikan?
MB Selangor Amiruddin Shari wajar memberi ulasan dan kepusan bagi mengelakkan kekeliruan berhubung perkara ini dan jangan sampai isu hutan simpan ini dieksploit sebagai isu politik.
Harap ia dapat diselesaikan bagi mengelakkan masalah kepada kerajaan PH Selangor yang disinonimkan sebagai kerajaan rakyat. Cadangan dua Adun DAP itu wajar dipertimbangkan.
Persoalan juga timbul kenapa cadangan dan kerisauan itu dibangkitkan oleh Adun DAP, dimana Adun Melayu dan India serta yang lain? Kenapa senyap? [wm.kl.2:00 31/08/2021]
No comments:
Post a Comment