MALAM tadi setelah lama tidak mengambil angin malam, selepas Maghrib saya bersama seorang rakan memasuki ke ibu kota. Lama tidak menjenguk ibu kota sejak negara diancam pandemik.
Berbalik kepada apa yang dilihat malam tadi, ia perasaan saya tersentuh bukan kepada para pengemis dan orang yang ketiadaan makan dan "homeless" yang menanti dan menunggu kedatangan rezeki, tetapi kepada sang penderma yang rajin membawa makan untuk mereka. Para pengemis itu sudah kalih buat orang ramai melihatnya, dan ia bukan sesuatu yang mengharu lagi.
Apa yang mengharukan saya ialah kepada mereka yang sanggup membawa makanan itu. Naluri kemanusiaan mereka bagi saya sangat tinggi dan tidak terlawan oleh saya. Saya tidak pun mengenali mereka. Dan yang datang itu pula dari kumpulan tertentu dan juga Ngo yang memahami penderitaan dan kesengsaraan para gelandangan. Tetapi sejak pandemik ini para Ngo tidak lagi digalakkan untuk terus melayan gelandangan bebas seperti sebelum ini.
Namun ada individu tertentu yang mengambil alih kerja Ngo itu dan juga sebagai membantu kerajaan dalam menyediakan makanan dan minuman buat mereka khasnya kepada yang terlepas pandang. Iya, dalam suasana pandemik ini jika tidak ada individu mulia begitu ia membebankan keparahan buat pengemis kerana orang ramai menghadkan pergerakan mereka, keadaan ini secara tidak langsung sumber rezeki mereka terhad.
Barangkali kita semua perlu juga mengambil kesempatan untuk mendapat anugerah Allah yang Maha Kaya itu dengan berbuat perkara yang sama. Silakan, kerana para gelandangan, orang miskin, homeless masih sedia menanti simpati kita di Lembah Pengharapan itu untuk memberi pahala buat kita. [wm.kl.11:35 am 18/08/2021]
Saya melalui jalan Tuanku Abdul Rahman kemudian membelok untuk pulang melalui Jalan Raja Laut. Setiap kali saya lewati jalan ini saya tidak akan lupa memerhati kepada gelandangan dan orang miskin yang berkeliaran dan duduk-duduk tercatuk di pinggir jalan itu.
Kawasan itu sudah jadi seperti lembah menerima rezeki daripada insan-imsan berhati mulia dan pemurah sejak lama dulu. Kawasan itu sudah jadi seperti lembah syurga buat mereka kerana akan dikunjungan oleh insan-insan baik hati bagi menyampaikan sedekah makanan dan minum buat mereka.
Ada juga yang tertidur dan menjadikan kaki lima itu sebagai tilam empuk untuk melalui sebuah malam sementara menanti sang suria muncul keesokannya.
Mengenang mereka itu saya teringat kepada burung-burung yang datang ke halaman rumah saya setiap pagi. Sebaik saja fajar sidiq menghilang kelihatan mereka bertenggek di atas talian eletrik menanti saya keluar dengan sepiring makanan. Sebegitu saya menaburnya mereka akan turun beramai-ramai dan memakannya penuh girang.
Begitu jugalah dengan para gelandangan dan orang miskin yang berada di "Lembah Pengharapan" itu.
Kita mungkin kurang senang dengan mereka. Merasa jijik dan mual apabila melihat pakaian sesetengah daripadanya compang camping. Ia mencacatkan pemandangan indah dan gemerlapan Kuala Lumpur. Mereka dianggap sebagai sampah masyarakat atau kutu jalanan.

Sebenarnya kita tidak boleh mengeji mereka begitu kerana nasib yang dilalui setiap insan itu berbeza. Mungkin ada seorang dua yang sengaja mengambil kesempatan? Kita kena faham kemiskinan wujud sejak lama dahulu lagi. Kemiskinan dan pelacuran adalah profesyen tertua di dunia yang tidak mungkin dapat dihapus.
Menyayat hati.
Sebaik-baiknya, kita tidak mengeji apa lagi tanpa turun menyelidiki sendiri masalah mereka dengan mata kepala sendiri. Melihat mereka dalam gambar berbeza dengan melihat secara nyata. Disebalik "sandiwara" itu sebenarnya ada kisah nyata yang sungguh menyayat hati. Justeru sebaiknya kita menginsafi nasib dilalui mereka dan bersyukur kerana keadaan itu tidak menyinggahkan kehidupan kita.
Berbalik kepada apa yang dilihat malam tadi, ia perasaan saya tersentuh bukan kepada para pengemis dan orang yang ketiadaan makan dan "homeless" yang menanti dan menunggu kedatangan rezeki, tetapi kepada sang penderma yang rajin membawa makan untuk mereka. Para pengemis itu sudah kalih buat orang ramai melihatnya, dan ia bukan sesuatu yang mengharu lagi.
Apa yang mengharukan saya ialah kepada mereka yang sanggup membawa makanan itu. Naluri kemanusiaan mereka bagi saya sangat tinggi dan tidak terlawan oleh saya. Saya tidak pun mengenali mereka. Dan yang datang itu pula dari kumpulan tertentu dan juga Ngo yang memahami penderitaan dan kesengsaraan para gelandangan. Tetapi sejak pandemik ini para Ngo tidak lagi digalakkan untuk terus melayan gelandangan bebas seperti sebelum ini.
Namun ada individu tertentu yang mengambil alih kerja Ngo itu dan juga sebagai membantu kerajaan dalam menyediakan makanan dan minuman buat mereka khasnya kepada yang terlepas pandang. Iya, dalam suasana pandemik ini jika tidak ada individu mulia begitu ia membebankan keparahan buat pengemis kerana orang ramai menghadkan pergerakan mereka, keadaan ini secara tidak langsung sumber rezeki mereka terhad.
Jadi kegiatan individu tersebut secara persendirian yang meneruskan berkebajikan sangat membantu para gelandangan dan orang miskin.
Saya tidak mengenali sekumpulan individu yang sedang membahagikan makanan ketika saya melewati jalan Tuanku Abdul Rahman malam tadi. Saya memerhati dari jauh dengan penuh kebanggaan dan terharu. Bagaimana pun saya difahamkan individu yang membawa rezeki untuk gelandangan itu dilakukan setiap malam.

Selepas Maghrib individu itu akan sampai dan membahagikan makanan itu dalam keadaan terbatas dan beberapa minit sahaja kerana mematuhi SOP. Pengemis juga sudah faham, dengan disiplin yang harus dilakukan semasa menerima pemberian makanan itu. Proses pemberian sekejap sahaja, beberapa minit ia selesai.
Melihat makanan itu diberikan dan disambut dengan penuh syukur oleh gelandangan ia menyebabkan saya rasa sebak bercampur rasa bangga. Sebak apabila melihat telatah pengemis yang tak sabar terus membuka bungkusan dan makan tergesa-gesa. Nampak sangat mereka seperti dalam kelaparan.

Sementara rasa sebak pula mengenangkan kemurahan individu itu. Jiwa makin tersentuh lagi apabila saya diam-diam menganggap mereka mewakili saya. Walaupun tangan kita sendiri tidak menghulurnya tetapi mata yang memandang pemberian sedekah itu sudah rasa terhibur. Itu menyebabkan saya sayu dan air mata sempat relai setitik dua.
Mengingat kebaikan pemberian sedekah ini, terkenang saya kepada sebuah kisah bagaimana kemurahan hati seorang Raja di sebuah negara di Timur Tengah yang mempercayai doa daripada fakir miskin didengari Allah. Lantaran itu Raja berkenaan melakukan sedekah setiap hari kepada ratusan fakir miskin tanpa jemu-jemu. Dalam amalan menghulurkan sedekah golongan pertama diberi adalah fakir miskin .

Begitu nampak individu itu mereka berlari dan terus beratur. |
Natijah daripada kebajikan itu menyebabkan Raja berkenaan dikurniakan Allah kekayaan tidak pernah terduga olehnya. Telaga minyak pertama yang ditemui di Timur Tengah adalah di negaranya. Penemuan itu sebagai anugerah Allah kepada negara berkenaan yang disifatnya kerana berkat doa sang fakir.
Sepanjang perjalanan pulang, saya terfikir dan percaya apa dilakukan individu berkenaan yang bermurah hati melakukan infak makanan dan minum kepada fakir miskin itu kerana mengambil iktibar daripada apa yang berlaku ke atas Raja berkenaan.
Barangkali kita semua perlu juga mengambil kesempatan untuk mendapat anugerah Allah yang Maha Kaya itu dengan berbuat perkara yang sama. Silakan, kerana para gelandangan, orang miskin, homeless masih sedia menanti simpati kita di Lembah Pengharapan itu untuk memberi pahala buat kita. [wm.kl.11:35 am 18/08/2021]
No comments:
Post a Comment