SERABUT MALAM
SELAIN daripada abu Chin Peng, bintang lima bucu bukan 14 bucu yang tersendak dalam kepala umum kini, persoalan lain yang sedang menari-nari dan mengigit kepala ialah rombakan kabinet.
Perkara merombak kabinet oleh Dr Mahathir ini dinanti-nanti macam menunggu hujan setelah guruh berbunyi sahaja. Tidak jadi-jadi dan tidak menjelma, macam setengah ahli kerohanian (tarikat) menunggu lama ketibaan Imam Mahdi.
Saya sendiri dah naik mual memikirkan perkara ini. Bagaimana pun saya konsisten, menunggu genap dua tahun Dr Mahathir memegang jawatan PM. Selepas dua tahun saya jamin ada perubahan besar akan berlaku. Dr Mahathir akan mengotakan apa dikatakan.
Yang pastinya bukan rombakan kabinet lagi tetapi kabinet baharu. Dari firasat saya, sekiranya Dr Mahathir tidak sedia menunaikan kehendak konsensus PH, berundur selepas dua tahun, Anwar Ibrahim akan langgar. Majlis presiden yang hari ini masih nampak seperti berdiplomasi dengan Dr Mahathir akan bertindak tegas. Mereka akan menggunakan kuasa mereka.
Geseran batu tidak akan mengelurakan api sebelum ia masih tidak panas seoptimumnya.
Saat itu Dr Mahathir tidak dapat berbuat apa-apa lagi. Beliau kena akur. Tidak ada kusa penyelamat berupa kuasa laut atau gunung akan mempertahankannya. Usaha dilakukan Azmin Ali bersama Hishammuddin Hussein untuk menyelamatkan Dr Mahathir, dengan mewujudkan kerajaan dari pintu belakang selepas dua tahun tidak berjaya.
Berbalik kepada perkara rombak kabinet, saya tidak fikir Dr Mahathir sedia dan perlu berbuat demikian. Seperti beliau kata, rombak pun tidak menjamin perubahan. Ertinya dia tidak mahu rombak dan kekal dengan jemaah kabinet yang ada kini.
Kelemahan kabinet kini hanya dilihat orang, pemerhati yang bimbang jika ia tidak diperbaiki ia melemahkan kerajaan yang sedia itu. Pendapat dan perasaan bimbang itu tidak ada kepada Dr Mahathir. Bagainya, tidak berfikir untuk jadi Perdana Menteri lagi kerana sudah berada di kerusi itu. Dan dia juga tidak perlu berfikir apa yang jadi selepas ini, sesudah dia keluar. Semua kehendaknya sudah tercapai kecuali mati dalam khasul khotimah.
Seorang doktor akan mengambil berat kepada pesakitnya semasa pesakit dalam bilik rawatannya. Doktor akan nasihat itu dan ini mengikut ilmu dan pengalamannya. Selepas pesakit dilepaskan pulang ia terserah kepada pesakit itu, dan doktor tidak akan mempeudlikan lagi. Pesakit mati pun tidak diucapkan khalulilah...
Dr Mahathir adalah seorang doktor yang berfikir secara praktikal, tidak mempercayai kepada elemen atau alam ghaib, jampi serampah atau doa munajak. Tengok dijarinya mana dia pakai cincin atau dilengannya, tak ada tali kasut atau benang mentah penghalau jin dan syiatan. Atau azimat kebal dipinggangnya.
Kesimpulannya, beliau tidak akan rombak kabinet, lagi pun tempoh perkhidmatannya hanya enam bulan sahaja lagi.
Jadi kepada menteri, timbalan menteri usahlah gusar dengan kedudukan anda. Anda kekal bernaung di bawah Dr Mahathir sebagai PM. Kecualilah selepas enam bulan ini hadir perdana menteri baru, kedudukan anda belum tentu apakah kekal ditempat yang ada sekarang ini atau pun berubah.
Jadi kalau anda menjaga nasib diri anda, pencapaian anda serta berdoa dan sokonglah biar Dr Mahathir kekal hingga enam bulan lagi. Apa yang anda perlu lakukan kerja kuat tingkatkan usaha dan tanggungjawab anda sebagai menteri. Tunjukkan pencapaian anda sebaik mungkin.
Bila itu berlaku anda tidak perlu risau kedudukan anda. Bila diri kita bertukar menjadi barlian kita akan dicari dari mana-mana sahaja oleh sesiapa sahaja. Hanya jauhari mengenali maknikam. Habis cerita, tutup riyawat. [wm.kl.8:11 pm 28/11/19]

No comments:
Post a Comment