SUSUPAN PAGI
SEJUJURNYA apabila Senator Husam Musa memberi tahu sepasang Wagyu akan sampai ke rumahnya, reaksi saya tidak begitu merujakan. Saya hanya dengar acuh tak acuh sahaja.
Saya terfikir itu adalah ilusi bekas Exco Kanan Kerajaan Kelantan era Tokguruku Nik Aziz itu yang suka bermain dengan pelbagai cita-cita anehnya mengenai dunia pertanian dan penternakan. Husam memang begitu mencintai dunia pertanian.
Saya tidak mengambil pot "setara" mana pun.
Sehinggalah Wagyu itu sampai ke rumahnya dan gambar mengenainya di WhatsApp kepada saya, baru saya mengira, beliau serius.
Bukan angan-angan atau impian lagi, tetapi satu usaha dijalankan secara serius. Di sini menampakkan komitmen bekas Exco ini dengan dunianya.
Untuk itu saya tabik kepadanya kerana beliau berjaya membawa balik sepasang Wagyu, lembu Jepun berwarna hitam yang sebelum ini begitu jauh dari birai otak orang Kelantan dan juga birai benak saya. Bukan perkara mudah untuk dibawa pulang haiwan yang dilindungi ketat oleh negara asalnya. Ia hanya boleh berlaku apabila ada arahan khas (G to G) daripada negara berkenaan.
Banyak projek aneh.
Dalam banyak perkara Husam sering membawa dan mencetuskan projek dan produk baharu untuk negeri Kelantan; daripada kambing Japnapari, pohon Depu, padi Organik, keretapi laju, lebuh raya dan macam-macam lagi. Mereka yang kurang berpengetahuan dan bersikap skeptikal dengan usahanya akan mengejek dan memtertawakannya.
Beberapa idea atau usaha Husam ada yang berjaya dan merubah landskap sosioekonomi di Kelantan. Kejayaan itu tidak pun didendangkan apalagi untuk berterima kasih kepadanya, seperti royalti petroleum, lebuh raya dan sebagainya, sebaliknya dicuri hidup-hidup sebagai hasil usaha pihak tertentu lain. Flagiatisme.
Mengenai projek dan pembangunan tadi seperti royalti, beliaulah pertama kali menyebutnya dan menggerakkan usaha untuk mendapatkannya. Kelahiran NGO "R" yang memperjuangkan Royalti Petroleum serta membawa isu Royalti itu ke mahkamah adalah atas inisiatif dan keprihatinanya.
Atas usahanya itu yang mulanya dipandang dingin sesetengah pihak, kini ia sudah mulai dapat dinikmati rakyat Kelantan. Hasil royalti sudah dapat dikecapi, begitu juga dengan lebuh raya. Sedikit masa lagi rakyat Kelantan pula boleh menaiki ERL, kereta api cedas dimana satu ketika tatkala beliau mengemukakan cadangan itu ada yang anggap Husam "sinting." Kini siapa sebenarnya yang sinting.
Ketika beliau mencuba satu teknik bagi mengurangkan minyak motor dengan menggunakan sejenis alat menyerupai sumbu, beliau digelar sebagai Husam sumbu, diejek dengan perniagaan "sumbu." Beliau tidak mempedulikan ejekan-ejekan itu kerana memahami tinggi rendah minda orang-orang Kelantan. Iya sebenarnya Husam adalah sumbu untuk rakyat Kelantan.
Daripada sumbunya itulah Kelantan dilihat sedikit terang hari ini apabila mendapat royalti dan pelbagai projek pembangunan daripada kerajaan PH yang tidak menganak-tirikan Kelantan. Tanpa banyak bercerita dan publisiti beliau kerap menyuarakan hal-hal kepentingan rakyat Kelantan yang sudah lama diperjuangkan kepada perdana menteri kini bila setiap kali berjumpa dengannya.
Mendahului dalam segala hal.
Perihal Wagyu ini sudah kerap dipertuturkan Husam. Husam mendahului dalam segala maklumat baharu mengenai produk pertanian atau pun peluang perniagaan baru.
Selain membaca, beliau juga mengembara dari satu benua ke satu benua semata-mata untuk mencari maklumat baru mengenai pertanian dan merasa sendiri. Apa-apa yang ditemui di luar negara akan dibawa balik untuk diaplikasikan ke dalam negeri. Saya kira tidak ada manusia seperti beliau. Pengembaraan atau beliau ke luar negara bukan seperti orang lain yang lebih kepada mengambil peluang atas kedudukan untuk makan angin.
Misalnya dia sanggup terbang ke New Delhi India semata-mata merasai keenakan mangga India, Alphonso, Dashre, Mangapali dan lain-lain. Selepas makan beliau pulang dan dalam kepalanya siap dengan rumusan apa yang hendak dibuatnya.
Selepas ke New Delhi beliau terbang pula ke Myanmar juga untuk tujuan yang sama menjejaki Sein Talone, mangga Myanmar yang wangi itu. Bukan berhenti di situ sahaja, beberapa negara atau lembah pertanian lain di dunia ini diterokainya untuk mendapatkan idea dan maklumat baru. Itulah Husam.
Apabila saya ke rumahnya suatu hari sebelum dihidang tea Arab, beliau sudah mengajak ke belakang kandang lembunya (Wagyu) terletak kira-kira 150 daripada rumahnya. Kedudukan kandang itu tidak begitu selesa kalau diikut peraturannya. Ia berhadapan dengan pintu masuk utama ke rumahnya.
Anehnya, tidak ada bau kurang menyenangkan tersendak dan terhidu yang datang dari arah kandang itu. Di hadapan rumahnya bukan sahaja ada kandang lembu, ada juga kambing dan ayam. Tetapi kandang dan reban itu tidak mengeluarkan bau kurang menyenangkan. Ini satu rahsia atau teknologi nyah bau yang dimilikinya.
Melihat Wagyu milik Husam itu adalah kali kedua buat saya sepanjang hidup, menyaksikan lembu Jepun itu dari dekat. Ia lebih kecil sedikit apa yang dipamerkan di Maha pada awal tahun lalu. Munasabah kerana ia adalah masih anak yang ketika itu baru setahun lebih usianya. Menurut rekod, Wagyu yang betina belum pun cecah usia dua tahun manakala yang jantan baru berusia 20 bulan.
Wagyu yang dimiliki Husam itu berasal daripada Thailand. Asal usul (benih) Wagyu itu daripada Jepun. Menurutnya walaupun ia dilahirkan di Thailand, tetapi 97.5% sama dengan Wagyu asal daripada Jepun.
Walaupun saya melihat sendiri Wagyu berkenaan tetapi masih was-was dan kurang yakin, apakah ia dapat hidup dan membiak seperti diharapkan. Ini kerana daripada cerita-cerita dan maklumat yang sampai kepada saya bukan senang untuk memelihara Wagyu. Ia sejenis lembu yang sangat istimewa dimana dagingnya bernilai ratusan ringgit sekilo. Pemeliharaanya haruslah dilakukan dengan rapi.
Misalnya Wagyu bukan boleh dipelihara seperti lembu biasa, atau lembu daripada luar seperti Charolois, Barhaman dan sebagainya.
Penjagaan Wagyu agar rumit dan perlu pemerhatian yang khusus. Ada beberapa perkara yang saya difahamkan tidak mungkin dapat atau mampu dilakukan Husam atau penternak lembu Malaysia untuk menternak Wagyu. Katanya, penjagaan Wagyu sangat cerewet dan istimewa. Lembu dari Jepun itu perlu diurut-urut (massage), diberikan muzik serta diberikan minum arak? Elemen ataupun penjagaan dan minuman itulah menjadikan dagingnya berkhasiat dan bermutu.
Untuk mengurut-urut badannya agar sasa dan sebagainya mungkin boleh dilakukan Husam atau penjaga Wagyu itu. Begitu juga untuk memperdengarkan muzik juga boleh. Mungkin muzik itu boleh ditukar dengan memperdengarkan ayat-ayat al-Quran seperti mana dicadangkan oleh seorang wakil rakyat Pam Kelantan.
Menurut wakil rakyat itu yang juga bercakap pasal ternakan lembu setelah Husam memulaknya daging lembu boleh dilembutkan dengan membaca ayat-ayat Quran.
Tetapi untuk memberi minum arak sesuatu yang tidak mungkin dilakukan. Arak atau minuman keras (alkohol) diharamkan dalam Islam. Justeru saya mengira, mungkin Husam akan mencipta sejenis minuman nutrisi lain berasaskan makanan halal seperti kurma daripada Arab atau pun buah-buahan tempatan seperti duku, langsat ataupun nanas.
Itu sangkaan saya dan menolak Husam akan berjaya dalam penternakan lembu hitam itu. Maka projek menternak Wagyu Husam saya lihat ia lebih sukar daripada projek ternakan kambing Japnapari yang diusahakan satu masa lampau dan menjadi isu kontroversi.
Meleset.
Ternyata sangkaan dan maklumat yang saya terima itu meleset sama sekali. Bahawa Wagyu perlu dimassage, diperdengarkan muzik dan beri minum arak. Ia tidak benar sama sekali, sebaliknya ia suatu dongengan dengan motif tertentu. Mungkin rekaan mereka yang suka membuat penyelidikan dari jauh mengikut andaian dan khayal mereka. Atau mungkin itu taktik orang Jepun untuk mengawal ternakan itu daripada merebak ke luar negara.
Semua itu terjawab dan tanggapan lencong saya itu tertolak selepas saya berkunjung ke Prefecture Tottori di Barat Asoka Jepun. Dalam lawatan selama lima hari itu bersama Husam, Dr Alias dan Syafiq, kami berpeluang untuk melihat kandang ternakan Wagyu milik seorang peladang muda bernama Tanikuci, 40an di daerah Sankai, Yamahura. Dari pemerhatian saya itu, ternyata tiga elemen tadi tidak benar sama sekali. Tidak wujud dalam kandang miliki Tanikuci itu.
Wagyu dipelihara seperti lembu-lembu feedlot lain yang biasa sahaja. Kandang dan ruangnya juga tidak banyak beza. Cuma bezanya dari segi pemakanan dan juga kebersihan.
Kandang Wagyu milik Tanikuci itu tidak sedikitpun berbau. Jika kita tidak melihat lembu dan suasananya, semisalnya kita buta dan tuli, berada dalam kandang Wagyu Tanikuci itu kita tidak kata dan berasa berada dalam kandang lembu.
Peladang muda lepasan Universiti Tottori ini melihara 100 ekor Wagyu sahaja yang mana semua Wagyu itu sudah lama ditempah oleh pembelinya dari luar kota Tottori dan juga negara luar. Beliau akan memelihara sehingga Wagyu itu cukup matang untuk diserahkan kepada pembelinya.
Saya tidak bertanya mengenai nilai setiap seekor, cuma menganggarnya kalau ia RM100,000 seekor bermakna Tanikuci sudah memiliki RM10 juta?
Bayangkan pendapatan berapa dalam masa tidak sampai tiga tahun?
Bertuah.
Kami dikira bertuah kerana dibenarkan melawat kandang Wagyu itu, kerana sebelum ini sukar untuk mengadakan lawatan apa lagi mendapat penerangan mengenainya. Pada kunjungan itu kami bernasib baik. Tanikuci yang kebetulan satu kampus dengan Dr Alias di Universiti Tottori bermurah hati membenarkan kami meninjau kandang ternakannya dan sudi pula memberi sedikit maklumat.
Dalam pemerhatian saya, kadang dan prasarananya untuk ternakan Wagyu tidak berza dengan ternakan lembu feedlot lembu-lembu jenis lain. Cuma yang berbeza dari segi kebersihan penjagaan dan pemerosesan makanan khas dan juga cuaca atau iklim.
Tanikuci memproses sendiri makanan untuk lembu-lembunya. Begitu juga jadual pemakanan amat terapi sekali, di mana makan diberikan tiga kali sehari, sarapan pagi, makan tengah hari dan malam. Penyediaan makanan ini mesti berdisiplin.
Lokasi paling sesuai untuk menternak Wagyu adalah ditanah tinggi yang kapasiti iklimnya dibawah 20 darjah celcius. Prasarana dan kemudahan itu boleh diubah sesuai dengan keadaan yang ada di negara kita. Terdapat beberapa lokasi di negara kita memiliki tanah tinggi yang cuacanya di bawah 20 darjah celcius.
Yang perlu diberi perhatian dan dipelajari ialah mengenai makanan dan pemakanan dan juga air. Air mineral daripada gunung adalah sebaik-baik minum untuk Wagyu. Mungkin untuk tujuan ini jika ia diternakan di Malaysia air sulingan boleh digunakan.
Buat masa ini Wagyu daripada Tottori adalah Wagyu yang termahal dan berkualiti di Jepun bahkan dari seluruh dunia? Wagyu disini sudah lima tahun memegang trofi "olimpik" sebagai Wagyu terbaik. Dan salah satu kandang melahirkan Wagyu terbaik itu adalah yang kami kunjungi itu.
Hasil lawatan saya itu mengubah segala perspektif negatif saya kepada Wagyu sebelum ini dan juga membuang keraguan saya kepada usaha Husam. Dan semuanya terjawab dan ia seperti menghukum kejahilan saya apabila tanggal 1 November lalu jam 2:00 petang saya menerima kiriman gambar menerusi WhatsApp daripada Husam yang memberi tahu Wagyunya sudah melahirkan seekor anak betina, seberat 30 kg menjelang Subuh hari itu.
Kelahiran Wagyu betina diberi nama "Sauda'" itu membuktikan bahawa usaha dan impian Husam jadi kenyataan. Saya tidak pasti apakah kelahiran anak Wagyu itu adalah pertama di Kelantan khasnya dan di Malaysia amnya? Apapun kelahiran Saudah membawa sinar dan harapan kepada sesiapa rakyat negara ini yang mahu berkecimpung dalam penternakan lembu istimewa dari negara Matahari Terbit itu.
Dan seperti simbolik pula apabila Wagyu Husam melahirkan anak betina, kerana ia akan bertindak menjadi ibu yang bakal melahiran ratusan, puluhan bahan jutaan Wagyu lain dari masa ke semasa untuk negara ini. Horas. [wm.kl.11:45 am 08/11/19]
Sauda' selepas beberapa jam dilahirkan. |
Saya terfikir itu adalah ilusi bekas Exco Kanan Kerajaan Kelantan era Tokguruku Nik Aziz itu yang suka bermain dengan pelbagai cita-cita anehnya mengenai dunia pertanian dan penternakan. Husam memang begitu mencintai dunia pertanian.
Saya tidak mengambil pot "setara" mana pun.
Sehinggalah Wagyu itu sampai ke rumahnya dan gambar mengenainya di WhatsApp kepada saya, baru saya mengira, beliau serius.
Bukan angan-angan atau impian lagi, tetapi satu usaha dijalankan secara serius. Di sini menampakkan komitmen bekas Exco ini dengan dunianya.
Untuk itu saya tabik kepadanya kerana beliau berjaya membawa balik sepasang Wagyu, lembu Jepun berwarna hitam yang sebelum ini begitu jauh dari birai otak orang Kelantan dan juga birai benak saya. Bukan perkara mudah untuk dibawa pulang haiwan yang dilindungi ketat oleh negara asalnya. Ia hanya boleh berlaku apabila ada arahan khas (G to G) daripada negara berkenaan.
Sauda' diberikan susu sementara ibunya sedia menyusukan sendiri. |
Dalam banyak perkara Husam sering membawa dan mencetuskan projek dan produk baharu untuk negeri Kelantan; daripada kambing Japnapari, pohon Depu, padi Organik, keretapi laju, lebuh raya dan macam-macam lagi. Mereka yang kurang berpengetahuan dan bersikap skeptikal dengan usahanya akan mengejek dan memtertawakannya.
Beberapa idea atau usaha Husam ada yang berjaya dan merubah landskap sosioekonomi di Kelantan. Kejayaan itu tidak pun didendangkan apalagi untuk berterima kasih kepadanya, seperti royalti petroleum, lebuh raya dan sebagainya, sebaliknya dicuri hidup-hidup sebagai hasil usaha pihak tertentu lain. Flagiatisme.
Mengenai projek dan pembangunan tadi seperti royalti, beliaulah pertama kali menyebutnya dan menggerakkan usaha untuk mendapatkannya. Kelahiran NGO "R" yang memperjuangkan Royalti Petroleum serta membawa isu Royalti itu ke mahkamah adalah atas inisiatif dan keprihatinanya.
Atas usahanya itu yang mulanya dipandang dingin sesetengah pihak, kini ia sudah mulai dapat dinikmati rakyat Kelantan. Hasil royalti sudah dapat dikecapi, begitu juga dengan lebuh raya. Sedikit masa lagi rakyat Kelantan pula boleh menaiki ERL, kereta api cedas dimana satu ketika tatkala beliau mengemukakan cadangan itu ada yang anggap Husam "sinting." Kini siapa sebenarnya yang sinting.
Sauda' mulai menyusu susu ibunya. |
Daripada sumbunya itulah Kelantan dilihat sedikit terang hari ini apabila mendapat royalti dan pelbagai projek pembangunan daripada kerajaan PH yang tidak menganak-tirikan Kelantan. Tanpa banyak bercerita dan publisiti beliau kerap menyuarakan hal-hal kepentingan rakyat Kelantan yang sudah lama diperjuangkan kepada perdana menteri kini bila setiap kali berjumpa dengannya.
Mendahului dalam segala hal.
Perihal Wagyu ini sudah kerap dipertuturkan Husam. Husam mendahului dalam segala maklumat baharu mengenai produk pertanian atau pun peluang perniagaan baru.
Selain membaca, beliau juga mengembara dari satu benua ke satu benua semata-mata untuk mencari maklumat baru mengenai pertanian dan merasa sendiri. Apa-apa yang ditemui di luar negara akan dibawa balik untuk diaplikasikan ke dalam negeri. Saya kira tidak ada manusia seperti beliau. Pengembaraan atau beliau ke luar negara bukan seperti orang lain yang lebih kepada mengambil peluang atas kedudukan untuk makan angin.
Misalnya dia sanggup terbang ke New Delhi India semata-mata merasai keenakan mangga India, Alphonso, Dashre, Mangapali dan lain-lain. Selepas makan beliau pulang dan dalam kepalanya siap dengan rumusan apa yang hendak dibuatnya.
Selepas ke New Delhi beliau terbang pula ke Myanmar juga untuk tujuan yang sama menjejaki Sein Talone, mangga Myanmar yang wangi itu. Bukan berhenti di situ sahaja, beberapa negara atau lembah pertanian lain di dunia ini diterokainya untuk mendapatkan idea dan maklumat baru. Itulah Husam.
Apabila saya ke rumahnya suatu hari sebelum dihidang tea Arab, beliau sudah mengajak ke belakang kandang lembunya (Wagyu) terletak kira-kira 150 daripada rumahnya. Kedudukan kandang itu tidak begitu selesa kalau diikut peraturannya. Ia berhadapan dengan pintu masuk utama ke rumahnya.
Anehnya, tidak ada bau kurang menyenangkan tersendak dan terhidu yang datang dari arah kandang itu. Di hadapan rumahnya bukan sahaja ada kandang lembu, ada juga kambing dan ayam. Tetapi kandang dan reban itu tidak mengeluarkan bau kurang menyenangkan. Ini satu rahsia atau teknologi nyah bau yang dimilikinya.
Melihat Wagyu milik Husam itu adalah kali kedua buat saya sepanjang hidup, menyaksikan lembu Jepun itu dari dekat. Ia lebih kecil sedikit apa yang dipamerkan di Maha pada awal tahun lalu. Munasabah kerana ia adalah masih anak yang ketika itu baru setahun lebih usianya. Menurut rekod, Wagyu yang betina belum pun cecah usia dua tahun manakala yang jantan baru berusia 20 bulan.
Wagyu yang dimiliki Husam itu berasal daripada Thailand. Asal usul (benih) Wagyu itu daripada Jepun. Menurutnya walaupun ia dilahirkan di Thailand, tetapi 97.5% sama dengan Wagyu asal daripada Jepun.
Walaupun saya melihat sendiri Wagyu berkenaan tetapi masih was-was dan kurang yakin, apakah ia dapat hidup dan membiak seperti diharapkan. Ini kerana daripada cerita-cerita dan maklumat yang sampai kepada saya bukan senang untuk memelihara Wagyu. Ia sejenis lembu yang sangat istimewa dimana dagingnya bernilai ratusan ringgit sekilo. Pemeliharaanya haruslah dilakukan dengan rapi.
Misalnya Wagyu bukan boleh dipelihara seperti lembu biasa, atau lembu daripada luar seperti Charolois, Barhaman dan sebagainya.
Penjagaan Wagyu agar rumit dan perlu pemerhatian yang khusus. Ada beberapa perkara yang saya difahamkan tidak mungkin dapat atau mampu dilakukan Husam atau penternak lembu Malaysia untuk menternak Wagyu. Katanya, penjagaan Wagyu sangat cerewet dan istimewa. Lembu dari Jepun itu perlu diurut-urut (massage), diberikan muzik serta diberikan minum arak? Elemen ataupun penjagaan dan minuman itulah menjadikan dagingnya berkhasiat dan bermutu.
Untuk mengurut-urut badannya agar sasa dan sebagainya mungkin boleh dilakukan Husam atau penjaga Wagyu itu. Begitu juga untuk memperdengarkan muzik juga boleh. Mungkin muzik itu boleh ditukar dengan memperdengarkan ayat-ayat al-Quran seperti mana dicadangkan oleh seorang wakil rakyat Pam Kelantan.
Menurut wakil rakyat itu yang juga bercakap pasal ternakan lembu setelah Husam memulaknya daging lembu boleh dilembutkan dengan membaca ayat-ayat Quran.
Tetapi untuk memberi minum arak sesuatu yang tidak mungkin dilakukan. Arak atau minuman keras (alkohol) diharamkan dalam Islam. Justeru saya mengira, mungkin Husam akan mencipta sejenis minuman nutrisi lain berasaskan makanan halal seperti kurma daripada Arab atau pun buah-buahan tempatan seperti duku, langsat ataupun nanas.
Itu sangkaan saya dan menolak Husam akan berjaya dalam penternakan lembu hitam itu. Maka projek menternak Wagyu Husam saya lihat ia lebih sukar daripada projek ternakan kambing Japnapari yang diusahakan satu masa lampau dan menjadi isu kontroversi.
Meleset.
Tanikuci menerima kedatangan kami. |
Semua itu terjawab dan tanggapan lencong saya itu tertolak selepas saya berkunjung ke Prefecture Tottori di Barat Asoka Jepun. Dalam lawatan selama lima hari itu bersama Husam, Dr Alias dan Syafiq, kami berpeluang untuk melihat kandang ternakan Wagyu milik seorang peladang muda bernama Tanikuci, 40an di daerah Sankai, Yamahura. Dari pemerhatian saya itu, ternyata tiga elemen tadi tidak benar sama sekali. Tidak wujud dalam kandang miliki Tanikuci itu.
Wagyu dipelihara seperti lembu-lembu feedlot lain yang biasa sahaja. Kandang dan ruangnya juga tidak banyak beza. Cuma bezanya dari segi pemakanan dan juga kebersihan.
Kandang Wagyu milik Tanikuci itu tidak sedikitpun berbau. Jika kita tidak melihat lembu dan suasananya, semisalnya kita buta dan tuli, berada dalam kandang Wagyu Tanikuci itu kita tidak kata dan berasa berada dalam kandang lembu.
Husam memberi makan rumput khas yang dihasilkan Tanikuci untuk Wagyunya. |
Saya tidak bertanya mengenai nilai setiap seekor, cuma menganggarnya kalau ia RM100,000 seekor bermakna Tanikuci sudah memiliki RM10 juta?
Bayangkan pendapatan berapa dalam masa tidak sampai tiga tahun?
Bertuah.
Wagyu dari kandang Tanikuci. |
Dalam pemerhatian saya, kadang dan prasarananya untuk ternakan Wagyu tidak berza dengan ternakan lembu feedlot lembu-lembu jenis lain. Cuma yang berbeza dari segi kebersihan penjagaan dan pemerosesan makanan khas dan juga cuaca atau iklim.
Tanikuci memproses sendiri makanan untuk lembu-lembunya. Begitu juga jadual pemakanan amat terapi sekali, di mana makan diberikan tiga kali sehari, sarapan pagi, makan tengah hari dan malam. Penyediaan makanan ini mesti berdisiplin.
Lokasi paling sesuai untuk menternak Wagyu adalah ditanah tinggi yang kapasiti iklimnya dibawah 20 darjah celcius. Prasarana dan kemudahan itu boleh diubah sesuai dengan keadaan yang ada di negara kita. Terdapat beberapa lokasi di negara kita memiliki tanah tinggi yang cuacanya di bawah 20 darjah celcius.
Tanikuci memerhati sesuatu maklumat ditunjukkan Husam dari handsetnya. |
Buat masa ini Wagyu daripada Tottori adalah Wagyu yang termahal dan berkualiti di Jepun bahkan dari seluruh dunia? Wagyu disini sudah lima tahun memegang trofi "olimpik" sebagai Wagyu terbaik. Dan salah satu kandang melahirkan Wagyu terbaik itu adalah yang kami kunjungi itu.
Hasil lawatan saya itu mengubah segala perspektif negatif saya kepada Wagyu sebelum ini dan juga membuang keraguan saya kepada usaha Husam. Dan semuanya terjawab dan ia seperti menghukum kejahilan saya apabila tanggal 1 November lalu jam 2:00 petang saya menerima kiriman gambar menerusi WhatsApp daripada Husam yang memberi tahu Wagyunya sudah melahirkan seekor anak betina, seberat 30 kg menjelang Subuh hari itu.
Kelahiran Wagyu betina diberi nama "Sauda'" itu membuktikan bahawa usaha dan impian Husam jadi kenyataan. Saya tidak pasti apakah kelahiran anak Wagyu itu adalah pertama di Kelantan khasnya dan di Malaysia amnya? Apapun kelahiran Saudah membawa sinar dan harapan kepada sesiapa rakyat negara ini yang mahu berkecimpung dalam penternakan lembu istimewa dari negara Matahari Terbit itu.
Dan seperti simbolik pula apabila Wagyu Husam melahirkan anak betina, kerana ia akan bertindak menjadi ibu yang bakal melahiran ratusan, puluhan bahan jutaan Wagyu lain dari masa ke semasa untuk negara ini. Horas. [wm.kl.11:45 am 08/11/19]
No comments:
Post a Comment